Sunday, March 27, 2011

Thursday, March 24, 2011

Dah mula buat perangai..

March 24, 2011 11 Comments
Salam..

mentang2 lah hari berpantang dah nak sampai penghujungnya,
dak kecik ni mula buat perangai lah pulak..
kalau dulu, siang malam senang je nak tidurkan dia,
bagi susu kenyang2, tepuk2 dan dodoi2.. sure akan tidur.
La ni, buat pe'el plak dia..
Siang bukan main senang nak lena..
bila dah malam, mula lah dia buat perangai...

tepuk2, dodoi2.. dukung2, dia akan tidur..
tapi bila letak je kat atas katil,
die boleh buka balik mata dan merengek...
buat lah banyak kali mana pun dodoi, tepuk and dukung tu,
bila letak balik kat atas katil, sure die buka mata..

Aduihai anak..
mencabar ni..
Ni baru bab si adik,
belum lagi bab si kakak..
yang makin buat perangai..
menjadi2 plak tu perangainye..
ummi sampai terpaksa gunakan KEKERASAN,
sampai kena pegang rotan, supaya pe'el dia tak menjadi2..

Agaknye, ni semua penangan di manja berlebihan dengan orang kat sini..
naik minyak dah si kakak ni tau,
siaplah bila balik umah nanti ye...
ummi tak kasi can punye!

sabar je lah aku!
-chugie-

Tuesday, March 22, 2011

Check up Fadiah sebulan..

March 22, 2011 12 Comments
Salam..

Dah beberapa hari tak jengah blog..
Bz dari hari jumaat sampai lah isnin..

Ok, nak update perihal fadiah,
Jumaat lepas bawa Fadiah check up sebulan,
Patutnya bawa dia ke PMC, tempat fadiah lahir..
Tapi, memandangkan kami dah biasa bawa fatin ke Klinik Pakar Kanak2,
jadi kami ambil keputusan untuk bawa Fadiah kesana juga..

Cuma hari yang kami datang tu, Dr Tan yang biasa kami jumpa tak de pulak..
terpaksa lah jumpa doc lain je..
x best.. sebab Dr Tan kalau buat check up, sure akan check semua..
dia akan check tinggi, berat, dan lain2 yang sepatutnya..
tapi Doc ganti ni, just bagi injection HEP B ke-2 je..
emm makanya, tak dapat lah kami tahu berapa tinggi Fadiah sekarang ni.

Ok, Berat Fadiah sekarang dah 4.9kg.. kurang 100g je nak cecah 5kg.
tp apa pun ok lah tu kan..
dari 3.3kg masa lahir, now dia dah naik ke 4.9kg.
patutlah tengok dia skang ni dah semakin tembam dan lebor.. :D

owh ye, patutnye minggu lepas aku balik kerumah sendiri,
tapi atas sebab2 yang tak dapat di elakkan,
terpaksalah kami teruskan tinggal kat umah mil ni..
aduiyai.. dah rindu nak balik umah dah ni
tak sabar rasanya nak duduk umah sendiri.. uwwaaaa...
Hope dapat balik kerumah hujung minggu ni..

k lah, daaaaaaa
-chugie-

Friday, March 18, 2011

Doa fatin " Allah celamatkan ummi..adik"

March 18, 2011 16 Comments
Salam..

Owh, cerita ni agak basi sikit ye..
cerita masa saat aku berada dalam wad nak melahirkan Fadiah..
Cerita ni Mak mentua aku yang ceritakan balik,
dan aku pulak hampir terlupa nak abadikan cerita ni dalam BLOGku ini..

Ok, masa aku tengah bertarung nak melahirkan Fadiah,
rupanye, fatin pun tak henti2 doakan ummi dan adiknye ni..
Mil kata, start dari dia ambil fatin dari kami kat Klinik,
sampai lah ke rumah Mil ku, dia tak henti2 nyanyi lagu " Allah celamatkan ummi.."
dan juga tak henti2 nyanyikan lagu " Allah celamat kan adik"
terharunye aku dengar cerita ni masa Mil bagitahu aku..
Anak sekecil ni pun tahu mendoakan keselamatan umminye..
Mungkin dengan doa anak ni jugalah aku dapat melahirkan dengan mudah dan selamat kan?

Tak sia2 juga ajar anak nyanyi lagu doa macam ni dari kecil ni..
sebab dia akan lebih cepat dan mudah hafal..
Alhamdulillah, ummi di beri anak yang cerdik macam ni..
walaupun nakalnye kadang2 tak dapat di kawal..

***ummi sayang Kakak fatin***


-chugie-

Wah.. ramai dah kena BADIku..

March 18, 2011 13 Comments
Salam..

ekekeke.. yeke BADI? bukan.. bukan..
tu semua RAHMAT kan??

Apa kes lah aku ni kan??
Alhamdulillah, ramai dah kawan2 yang bakal ikut jejak langkahku..
Bakal punya cahayamata lagi..
means, pregnant lah!

dari start aku pregnant dulu, sampai lah dah bersalin ni,
tak henti2 dapat kabar kawan2 blogku mengandung..
macam bersangkut2 plak!
DOA aku masa ngandung untuk kawan2 yang teringin nak ngandung, di makbulkan BUKAN??

Syukur alhamdulillah...
Lepas ni bertambah lah ahli baru kawan2 ku kan??

tak lupa juga yang bakal bersalin dalam tahun ni..
wah.. tak sabar nak tunggu berita gembira dari kawan2 yang bakal melahirkan baby,
dan bakal mengandung tu..

k lah,
jaga diri semua..
daaaaaaaaaaaa
-chugie-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates