Sunday, February 17, 2013

Sijil Halal Shaklee tahun 2013

February 17, 2013 0 Comments

Salam semua..
Ni adalah sijil Halal Shaklee yang baru.. ramai yang tanya "HALAL ke Shaklee ni??" so andayg tercari2 jawapannya, nah... ini buat anda.

Ini adalah sebagai bukti bahawa produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia adalah halal, saya lampirkan sijil halal Shaklee yang disahkan oleh Islamic Services of America I.S.A.

Sijil halal ini perlu diperbaharui setiap tahun, supaya tak berlaku kes guan sijil halal tamat tempoh dan sebagainya.

 haaaa..macam mana nak tau I.S.A tu betul-betul organisasi yang bertauliah? Jangan bimbang. I.S.A adalah badan keislaman yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh layari laman web JAKIM dan tengok halaman 18 ye..

Jika anda berminat untuk dapatkan produk shaklee, hubungi saya di;
Eizmierah MNB Healthy Shop ~ Page FB
sms/call/whatsapp ~ 012.3814686
Suzie
SID 866440

Saturday, February 16, 2013

Fadiah dah 2tahun...!!

February 16, 2013 2 Comments
Salam... 
Syukur Alhamdulillah... now fadiah dah pun genap 2tahun.. 
smlm saya pos di wall fb untuk raikan birthday fadia.. ramai yg komen..buat sy rasa happy dgn komen2 serta doa2 dari sahabat..

Syukur Alhamdulillah, misi BF kan Fadiah juga telah selesai... part ni, sy akn cerita dlm entry yg lain ye..

tiada kata2 yg dpt di gambarkn bila ank membesar dgn sihat dan ceria..
ummi doakan fadiah n kakak fatin sentiasa berada dlm lindunganNYA.. 

ni lah pengarang jantung hati ummi sampai akhir hayat..
luv both of u..

Sunday, February 3, 2013

Omega Guard Shaklee

February 03, 2013 1 Comments



Bulan ni bulan untuk kesihatan jantung. Jadi, jom kita kenali si Omega Guard atau di kenali dengan nama minyak ikan..

OmegaGuard™
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam.

DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.Shaklee

OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sebarang pertanyaan berkenaan harga dan konsultasi, sila hubungi saya di:-
FB ~ Eizmierah Mumnbabyshop
Contact ~ 012.3814786
suzianti maswar | SID 866440


Thursday, January 31, 2013

Bahagia...

January 31, 2013 1 Comments
Assalamualaikum..

"Orang yang BAHAGIA adalah orang yang suka lihat orang lain BAHAGIA.."

Ini adalah status di wall FB saya saat ni..

ye, saya sukakan ayat dari Prof Dr Muhaya ni..
ayat yg indah dan penuh makna yg mendalam..
hanya yg benar2 paham je akn terus menusuk ke jiwa..

saya juga suka lihat org lain bahagia, sebab itu sahaja yg dapat buat sy rasa sangat bahagia..
walaupun kemampuan untuk buat org lain bahagia itu tidak terlaksana sepenuhnya, tp sekurang2nya saya telah cuba untuk membahagiakn org..

harap anda yang singgah baca blog saya ni pun rasa bahagia dgn status ini..

♥chugie♥

Thursday, January 17, 2013

Bahaya AIR KOSONG untuk bayi dibawah umur 6 bulan

January 17, 2013 0 Comments
Salam...

Bahayanya air kosong untuk bayi kita.

Sebenarnya tradisi memberi air kosong pada bayi ni dah lama di praktikkan sejak tok nenek kita lagi.. bagi ibu bapa yang dh sedar akan keburukan air kosong ni pada bayi, dah tentu lah dorang lebih berhati2.

Dalam zaman serba canggih ni, rasanya dah ramai ibu2 yang berilmu dan punya info mengenai keburukan air kosong buat si manja.

jom kita tengok apa masalah yg boleh timbul rentetan situasi ini:
1# MENGANCAM NYAWA
dikhuatiri air kosong itu mengandungi kuman, jadi dah semestinya bayi berisiko mendapat cirit birit jika kebersihan tidak di jaga.

2# MENGHAKIS PELINDUNG PENYAKIT
Air kosong akn menghakis pelindung penyakit yg di perolehi dari susu ibu.

3# MENYEBABKAN SAWAN TARIK
Bayi di bawah umur 5 minggu berisiko mendapat sawan tarik kerana bila air diberi berlebihan, garam di dlm tubuh bayi akn cair. Ini akn mengakibatkan suhu badan yg rendah, kembung dan sawan tarik.

4# MERENCATKAN PERTUMUBUHAN
Saiz perut bayi yg kecil dan dipenuhi dgn air akan menyebabkn dia kenyang dan kurang menyusu ibu, akibatnya bayi tidaj mendapat khasiat susu ibu yang sepatutnya. Jadi ia melambatkan proses pertumbuhan bayi.

5# MENJEJASKAN AKAL
melalu kajian, amalan memberi air kosonh pada bayi di awl kelahiran bolwh menibgkatkn lg bilirubin dlm darah. Malah, pemberian air akn memburukkan lagi keadaanbayi yg di serang jaundis tu.

Setelah bayi sudah melepasi umur 6 bulan, barulah kita boleh mula memberikanbya air. Tapi hanya sekadar yang pelu sahaja..

Setelah anak berumur 1 tahun barulah kita boleh berikan air kosong tanpa perlu di sekat.

(sumber: majalah Pa&Ma)


Harap ibu bapa semua celik mata tentabg keburukan air kosong untuk bayi anda...

Sekian duku...

♥Chugie♥●○●○●○●○

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates