Sunday, January 15, 2017

Vitamin C shaklee atasi masalah demam dan selsema

January 15, 2017 0 Comments
Assalamualaikum semua..

Moga semua yang membaca entri di blog saya ni sedang sihat2 je ye.. Saya ni sedang tak berapa nak sihat, sedang proses nak sihat dari selsema ni haa.. seriously sangat2 menguji betul. sebab saya tak ambil apa2 ubat. memang sedaya upaya elak2 makan ubat ni.. bukan saje2 tau. tapi cuba treat badan untuk tidak makan ubat. alhamdulillah, sejak amalkan makan suplimen shaklee ni, kalau demam or batuk selsema pun, saya sebolehnya akan elak ubat. so lets nature take it course pada tubuh badan saya. lagi pun, bila kita di hinggapi demam, selsema n batuk ni, tanda imun badan kita sedang bekerja. bukan selalu pun dapat penyakit kan... sekali sekala ja.. tapi yang sekali sekala ni lah yang teruk.

Badan minta rehat ni. hehehehehe...

ok lah, selama tak sihat ni, memang suplimen shaklee lah yang saya dok pulun. Vitamin asas macam Vitalea dan Bcomplex memang sy ambil lebih. Vitalea dan bcomplex tu saya ambil 2biji siang dan 2 biji belah malam. Ada masa ambil extra 1-2 biji lagi. Vitamin C pun saya ambil extra. 3biji pagi, 2biji tengahari dan 3 biji lagi malam.

Tengah selsema ni, Vitamin C memang saya perlukan lebih. sebab tu saya ambil 6-8biji sehari.


Bagi kawan2 yang tak pernah tengok rupa Vitamin C shaklee, ini lah dia rupanya.. rasa dia, masam. tak de lansung rasa manis. Berbeza dengan Vitamin C kanak2 tau. Vitamin C kanak2, ada rasa masam2 manis..sedap! kita yang tua ni pun boleh je nak makan Vitamin C kanak2 tu.. tapi, dek mengenangkan kandungan per tablet nye sikit sangat, nak cukup kan 500mg tu pun kena makan beberapa tablet. so, saya lebih redha makan Vitamin C dewasa ni. Senang je. Telan saja... 


Vitamin C shaklee ni, sangat berkesan tau. so, korang mesti dapatkan vitamin c shaklee ni.
sebotol ada 180biji
harga normal RM98.10
untuk ahli, boleh dapat laaaagii murah, so wajib join ahli.

hubungi saya jika berminat ya..


Suzie Maswar
Pengedar Shaklee Sungai Buloh
012.3814786
COD: Sungai buloh dan kawasan berdekatan

Wednesday, January 11, 2017

Q & A tentang B Complex Shaklee

January 11, 2017 0 Comments
Assalamualaikum semua.. 

Lamanya dah tak bersiaran. sibuk mengalahkan Menteri gamaknya...

Ok, nak bercerita skit tentang Bcomplex Shaklee ni. 
Untuk makluman semua, Bcomplex adalah vitamin larut air. Bermakna ianya tidk disimpan dalam badan. Jika berlebihan ianya akan dikeluarkan melalui air kencing. Tetapi jika kurang, kita akan mengalami kesan akibat dari kekurangan Bcomplex terutama masalah saraf dan metabolisme badan. Disebabkan ia tidak disimpan di dalam badan maka kita memerlukan Bcomplex setiap hari tidak kira lelaki mahupun wanita.



Ada Macam2 brand Bcomplex ni, dan dah tentulah korang memang mudah sangat nak jumpa Bcomplex. Tapi, B complex brand Shaklee lain dari yang lain tau. Korang perlu tahu, kelebihan Bcomplex Brand Shaklee ni.

Saya akan ulas skit soalan2 paling banyak orang tanya mengenai Bcomplex shaklee ni.

Here we go....!

1. Apakah kandungan Bcomplex shaklee? 

B Complex Shaklee menawarkan kesemua 8 jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
  • Asid folik dan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
  • Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg*
2. Apa kelebihan dan kebaikan Bcomplex shaklee?
Ada banyak kelebihan dan kebaikan Bcomplex Shaklee. Boleh dikatakan 1001 fungsi yang bermanfaat. Dirngkaskan, Bcomplex membantu untuk fungsi normal saraf (sakit-sakit urat dan rasa menyucuk tu sesuai lah), untuk metabolisme badan dan memberi tenaga, cegah anemia dengan membantu penghasilan sel darah merah, galkkan perkembangan sel yang sihat, memberi ketenangan dan elak stress, kuatkan antibodi badan, membantu pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat, membantu sintesis DNA dan sel-sel badan. 

3. Tahan berapa lama Bcomplex shaklee
Satu botol Bcomplex Shaklee mengandungi sebanyak 120 biji. Hanya 1 biji sehari dan ia tahan selama 4 bulan

4. Bagaimana cara makan Bcomplex shaklee
Bcomplex perlu dimakan 1 biji selepas makan pagi. Bcomplex adalah vitamin untuk meningkatkan tenaga jadi saranan pengambilan di waktu pagi amat digalakkan berbanding waktu-waktu lain. 

5. Adakah makan Bcomplex Shaklee boleh menyebabkan kegemukan?
Tidak benar. Yang sebenarnya fungsi Bcomplex adalah memetabolismekan karbohidrat, protin dan lemak kepada makanan. Makanan akan ditukarkan kepada tenaga. Jadi sebab itu mungkin pengguna cepat berasa lapar dan ada keinginan untuk makan. Sebenarnya bila rasa lapar, dinasihatkan untuk minum air bukan dengan makanan berat. Jika ingin makan, pilih snek ringan yang berkhasiat atau makan buah-buahan. 

6. Kenapa warna urin sangat kuning selepas pengambilan Bcomplex Shaklee?
Warna kuning pada urin setelah pengambilan Bcomplex adalah perkara yang normal. Ianya disebabkan oleh kandungan riboflavin (Vitamin B2) yang menghasilkan warna kuning. Pastikan minum air yang mencukupi (tidak kurang dari 2 liter) dan warna urin akan kembali normal. 

7. Berapa harga Bcomplex shaklee
1 botol Bcomplex hanya berharga RM53. Hanya RM13.25 sebulan. Berbaloi untuk kesihatan kelseuruhan tubuh badan berbanding kos rawatan jika ditimpa sakit. 

8. Siapa yang sesuai ambil Bcomplex Shaklee? 
Semua golongan bermula dari umur 18 tahun ke atas sesuai mengambil Bcomplex Shaklee. Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Mereka yang mengalami stress, keletihan dan beban kerja yang menekan juga digalakkan mengambil Bcomplex. Tidak lupa untuk mereka yang menjaga kecantikan wajah dan kulit terutama mereka yang mengalami tona kulit yang tidak sekata kerana Bcomplex membantu menggalakkan peredaran darah yang baik. 

9. Ibu hamil sesuai tak ambil Bcomplex shaklee? 
Ibu hamil juga amat digalakkan untuk mengmabil Bcomplex kerana Bcomplex juga mengandungi asid folik. 
Asdi folik yang bagus adalah apabila ianya hadir bersama dengan vitamin B bukan semata-mata asid folic.

10. Ada tak testimoni keberkesanan Bcomplex Shaklee?
Berikut adalah antara komen mereka yang mengamalkan Bcomplex..ada banyak algi testimoni-testimoni hot yang mengambil vitamin lain bersama bcomplex. 

Nak tahu tak? :--->> Bcomplex sangat bagus untuk mereka yang mengalami migrain / Sakit kepala.

Ini Antara Kelebihan B complex shaklee mengikut kategori.

di bawah ni adalah antara Testimoni dari customer yang dah pun makan Bcomplex shaklee..






Bcomplex ni sangat best tau untuk korang yang selalu stressss dan nak control emosi tu. Terutama Mak2 ni.. biasalahkan, kalau dah jadi mak2 ni, tak kerja ke, kerje ke.. same je.. kalau suri rumah tu, part stress nya lain pulak. so masalah stress ni memang sangat berkait dengan kita. so, wajibkan diri korang tu untuk beli sebotol B complex ni.

Macam mana nak beli Bcomplex or mana2 produk shaklee?
Boleh lah hubungi saya terus ke : 012.3814786 (Suzie). nak sms/call / whatsapp pun boleh..

COD area : Sekitar Sg Buloh, Merbau Sempak, Paya Jaras, Kuang, Sri kundang, Kota Damansara, Damansara dan Sri Damansara.
Jom Follow Instagram saya di vitaminshopsgbuloh atau Page saya : Vitaminshopsgbuloh 


Sekian dulu.. 
next entri kita cerita pasal vitamin lain pulak ye.. :D


Suzie Maswar
iezmierah
@vitaminshopsgbuloh
Pengedar Sah Shaklee Sungai Buloh



Monday, October 3, 2016

Mandi manda ke Gold Coast Morib tanpa Gambar kenangan

October 03, 2016 0 Comments
Assalamualaikum.

Tajuk tak boleh blah laaaa!

Semalam incek suami baik hati, bawa kami anak beranak main air ke Gold Coast Morib. *jauh sungguh main air kan?* maklum ler, anak2 semua memang hantu air. Termasuk mak pak eih.

sebenarnya nak cerita pasal pergi mandi manda (berjalan) tapi tak snap2 pic. sayang sungguh lah kan..

handphone dah canggih manggih laki bini ni ha. Tapi, nak snap2 gambo kenangan mandi kat gold coast morib tu pun tak ado.. hahaha. *adeh*

semua barang simpan kat locker, jadinya. dengan handphone2 sekali simpan lah kan.. :P
bila tengok orang lain dok posing ngn family bergambar, baru rasa ruginya x bawa keluar handphone tu haa.. kalu tidak, mesti boleh snap2 gambar anak2 tengah mandi. Jadi kenangan dorang time2 kecik ni kan. sok2 dah besar boleh lah tengok balik gambar2 tu.

Makanya, dah nak balik tu baru dapat snap pics. itu pun hanya Picture hadapan Gold Coast Morib tu je. alahai.. sadis sungguh kami ni.

Tok laki pun memang bukan jenis suka ambil gambar isteri dan anaknye yang suka posing ni pun. keh keh keh keh..
lepas ni, boleh jual camera canggih yang ada dalam almari jadi pekasam tu. hu hu u.

u all, jangan jadi cam kami ya. Rugi sungguh tak ada gambar kenangan ke tempat yang kita pergi berjalan tu. bukan senang kan nak berjalan. bila dapat berjalan, dengan family pulak tu, sebaiknya abadikan lah kenangan anda tu.

pengajaran untuk saya juga. lepas ni kena siap2 handphone kat tangan. Jadi mamrazzi. ngeh ngeh ngeh.

Sekian ye..

Suzie Maswar
Eizmierah @vitaminshopsgbuloh
nak order shaklee boleh whatsapp 012.3814786 ye.
Offer omega Guard sepanjang Oktober ni.

Friday, September 16, 2016

Lupa PASSWORD blog ni

September 16, 2016 0 Comments
Phew..

Mujur lah masih di beri peluang untuk log in balik ke blog ni.
Dah berbulan tak jengah blog, arini baru tergerak nak post something as coretan suka suki kehidupan ku.. Muahahaha.

Berapa kali cuba, baru lah boleh log in. Mujur juga ada save no handphone dalam setting time create blog dulu, jadi boleh lah reset password thru handphone je..

Cemas i kejap tau 😅😅
So uolss jangan lah malas nak berblog ye.
Atau kata nama lainnya, sedar diri yang kita ni ada yang dah lanjut usia. Urat saraf otak pun dah banyak yang dah putus lepas bersalin kan? Hehe..

So, makesure keep your password safely. Nak simpan tang mana, ikut suka hampa lah. Janji hampa tau mana nak cari bila kes lupa password berlaku.

Ok lah ye, fukup takat ni hakak bebel. Esok sambung lagi ya!

Chow..!

Chugie a.k.a Suzianti Maswar
Women - wife- ummie- SID ♥️
Love ya!

Monday, March 14, 2016

Kanser Payudara. Jom Ambil tahu!

March 14, 2016 0 Comments
Assalamualaikum..



Petang yang damai, sebab sedang hujan kat luar kedai ni.

Hari ni nak bercerita tentang Kanser Payu Dara. Ramai yang pernah dengar or pernah nampak ayat 'Kanser Payu Dara'. Tapi, berapa ramai yang 'Ambil Tahu'?

Saya pun antara orang yang tak ambil tahu juga sebelum ni, tapi kebelakangan ni rasa nak ambil tahu tentang kanser payu dara ni amat ketara. Lebih lagi bila agak kerap terima khabar dari rakan2 terdekat tentang kisah kawan/mak/saudara perempuan mereka meninggal kerana penyakit Kanser Payu Dara ni.

Baik lah, Tahu ke apa itu Kanser Payu Dara?





Seperti yang kita semua sedia maklum, setiap manusia ni telah pun punya sel kanser di dalam tubuh, tapi ianya samada sel yang aktif menjadi kanser atau sel yang tidak berubah (sihat).  Lumrah keadaan sel-sel dalam tubuh kita ni, biasanya sel-sel ni akan membuat pembahagian dengan keadaan yang terkawal dan ia di hasilkan mengikut keperluan tubuh kita. Bila sel2 ini di hasilkan berlebihan dari keperluan, makan lebihan itu akan menghasilkan lebihan tisu. Tisu2 ini lah yang dinamakan ketumbuhan.

Ketumbuhan pula di bahagi kepada 2. Iaitu Tumor bukan barah dan Tumor jenis barah.

Barah payudara adalah ketumbuhan malignan yg terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Sel2 barah ini mampu memasuki saluran darah serta sistem limfa yang mana ia akan menyerang bahagian-bahagian organ lain penghidap kanser ini. Proses jangkitan ini dikenali sebagai METASTASIS.


Tahap 1
Ketumbuhan barah di peringkat ini adalah dalam ukuran sebesar 2cm atau kurang. biasanya sasaran serangan di tahap ini adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Di peringkat ini, ukuran ketumbuhan akan meningkat antara 2cm ke 5cm. Sasaran serangannya akan merebak ke bahagian bawah ketiak (Nodus Limfa)
Tahap 3
Saiz ketulan ketumbuhan itu berukuran 5cm. Di peringkat ini, barah telah merebak ke bahagian ketiak, kulit atau otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
Tahap 4
Tahap 4 ni, serangan ketumbuhan itu akan menjalar ke bahagian organ-organ yang terletak jauh dari bahagian payudara. Antaranya, leher, paru-paru, hepar atau tetulang penghidapnya.
APA PUNCA KANSER PAYUDARA NI?
Setakat ini tiada siapa yang benar-benar pasti apa punca kanser payudara. Antara faktor yang sering dikaitkan dengan kanser payudara termasuk lah; sejarah kanser dalam keluarga, umur, genetik, pil perancang keluarga, berat berlebihan dan gaya hidup kurang aktif. Menurut Dr. Joseph Mercola, antara punca utama kanser payudara adalah kekurangan nutrien dan pendedahan kepada pencemaran alam sekitar. Institut Penyelidikan Kanser Amerika menganggarkan bahawa kira-kira 40 peratus daripada kes kanser payudara di Amerika boleh dicegah jika orang ramai membuat pilihan gaya hidup yang lebih bijak.

APA Kaedah dan Pilihan Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Berbincanglah dengan doktor anda untuk pilihan rawatan yang sesuai dengan anda atau pesakit berkenaan. Pilihan rawatan umum untuk kanser payudara adalah pembedahan, terapi radiasi, kemoterapi, terapi hormon dan terapi sasaran.  Sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai pilihan rawatan, pastikan keputusan biopsi diteliti dahulu oleh pakar yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan luas tentang kanser payudara.
Terdapat juga rawatan alternatif seperti penggunaan dos tinggi vitamin D, vitamin yang tinggi antioksidan dan mengambil makanan yang mempunyai nutrien tertentu. Ada juga yang menggunakan homoeopathy sebagai rawatan alternatif.



Kami di shaklee juga ada testimoni penghidap Kanser Payudara.. antaranya;

BAGAIMANA VIVIX DAPAT MERAWAT ATAU MENCEGAH KANSER INI?



Untuk makluman semua, Vivix membetulkan DNA sel yang telah rosak supaya signal sel dapat di proses dengan betul dan dari sini lah sel-sel kanser yang rosak ini mati, melalui proses apoptosis. 
Apabila si pengamalnya terusan mengamalkan  pemakanan Vivix, maka, secara perlahan sel-sel kanser tersebut akan semakin berkurangan dan akhirnya hilang. Sekiranya anda telah bebas dari kanser, adalah sangat di galakkan untuk anda terus menerus mengamalkan vivix ini, supaya proses pencegahan dari serangan sel2 barah ini dapat di elakkan, malah vivix juga mempunyai banyak khasiat lainnya untuk keseluruhan tubuh anda.

TESTIMONI VIVIX SHAKLEE DAN PENGHIDAP KANSER PAYUDARA.

ini antara testimoni Vivix dan Kanser Payudara..





ada pelbagai alternatif untuk kita para wanita ni yang boleh di amalkan supaya pencegahan terhadap kanser payudara ni dapat di buat.

saya, memilih vivix sebagai langkah pencegahan. walaupun vivix ini mahal, tapi kualiti dan keberkesannanya telah pun di percayai oleh ramai orang.

Jom, kita sama2 ambil tahu tentang BreastCancer dan cara untuk mencegahnya!

Vivix sedang dalam promosi sekarang ni.
dapatkan segera!


Pembelian 2 botol Vivix akan diberi :
DISKAUN 5%
KEAHLIAN SHAKLEE PERCUMA
PENGHANTARAN PERCUMA
REBAT CASH SEBANYAK RM40


Sekian,
Suzie @vitaminshopsgbuloh
SID shaklee
012.3814786

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates