Tuesday, July 22, 2014

Cara penyimpanan susu Ibu

July 22, 2014 2 Comments
Assalamualaikum..

Sedikit info tentang penyimpanan susu ibu..



Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. 

Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. 

Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. # Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. # Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. # Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. # Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan
(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). 
Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). 

Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: Susu ibu

Chugie a.k.a Suzie
SID anda..
Breastfeed's mom

Monday, July 21, 2014

Kelahiran puteri ke 3 saya

July 21, 2014 2 Comments
Alhamdulillah, saya telah pun selamat melahirkan puteri ke-3 saya pada 12/7/2014 yang lalu.. bersamaan hari Sabtu 13 Ramadhan.

Selepas check up terakhir pada hari jumaat 11/7/14, baby dah pun berada di kedudukan sepatutnya..  bukaan pun dah ada 3cm dah rupanya. Makanya, pada hari sabtu esoknya, terpaksa lah saya menyerah diri untuk bersalin. Ikut hati, nak hold hingga tarikh due iaitu pada 19/7/14.. tapi memandangkan baby yg kejap turun, kejap naik, kejap lg melintang dlm perut ni, maka doctor cadang kn untuk terus bersalin je, tak nak tunggu2 dah..

Sabtu jam 8pg admit, doctor terus pecah kan air ketuban.. bukaan baru 3cm time tu.
Tak ada rasa sakit pun..
Di sebabkan tiada contraction, jadi, air di masuk kn melalui drip.. rasanya lebih 3botol air masuk.. baru lah contraction mula terasa..

Kali ni, bukaan agak perlahan..walaupun tak sakit sgt, tapi rasa lama juga tunggu nak bersalin tu.

Alhamdulillah, setelah bertarung nyawa, jam 4.13ptg, selamat lah puteri ke 3 sy dilahirkan. Kali ni dapat lagi merasai bersalin normal.. syukur, doa dan hajat bersalin normal di tunaikan dan berjalan lancar..

*Nanti saya cuba titipkan saat2 melahirkan puteri sy ni ye..

Haaaa...
Ini lah puteri saya..
NUR FARHANA BT MOHD FAHMI


Moga jadi anak yang solehah.. aamin..

Chugie a.k.a suzie
SID anda..

Friday, July 11, 2014

last check up @ 39weeks pregnancy

July 11, 2014 1 Comments
"Rabbi yassir wala tu'assir Rabbi tammim bi khair"
Ya Allah, permudahkanlah jangan dipersulit
Ya Allah, sempurnakan dengan kebaikan

Sesungguhnya, saya amat risau dan sedikit terganggu emosi dan jiwa..

Ya Allah, permudahkanlah..


Tengah hari ni, last check up kehamilan saya.. sejujurnya, menanti saat bersalin memang sangat2 mendebarkan. Lagi2 bila tak ada tanda sakit nak bersalin tu. Dah tak tahu nak luahkan rasa yg ada ni..

Nervous..
Takut...
Gigil..
Fikir itu.. fikir ini..

Doa.. zikir.. masih terus jadi nyanyian hati dan bibir.

Malam tadi baby asyik mengeras je, mungkin sedang sedaya upaya membuat jalan dan laluan untuk proses bersalin nanti.
Harapnya, kepala baby dah berada di bawah lah.. boleh lah di teruskan proses bersalin hari ni..

Kalau tak, redha pilih tarikh untuk di cezer..

Apa pun pilihan nanti, hanya 1 je yg saya pohon, semoga semua urusan bersalin berjalan lancar, dan di mudahkan urusan anakanda ummie ni lahir ke dunia..

Ameen..

Wasalam..
Suzianti Maswar

Wednesday, July 9, 2014

Set Breastfeeding 3M - Booster!!

July 09, 2014 0 Comments



Set Breastfeeding 3M yang memang MARVELLOUS!!

Kenapa Marvellous???
Meh baca ini..

1- ESP -
Protein soya yang memang sedap.
Protein merupakan Komponen UTAMA susu ibu.
Menghilangkn rasa letih dan lesu

2- Vitalea -
Merupakan Multivitamin penting untuk tubuh.
Bila badan kurang nutrisi, ini akan effect pada penghasilan susu kita.
Vitalea juga merupakan ENERGY BOOSTER!!

3- Alfalfa -
Merupakan sumber 'milkbooster'.
Alfalfa juga membantu untuk menghilangkan keputihan
Sebagai agen seperti Kacip Fatimah, yang mengetatkan faraj.
alfalfa juga membantu masalah keintiman dalam hubungan suami isteri.

4- Ostematrix-
Merupakan Kalsium yang penting untuk tubuh dalam penghasilan susu.
Juga merupakan salah satu MILKBOOSTER. bagi yang tidak boleh ambil alfalfa, OsteMatrix adalah optionnya
Bantu utk atasi masalah lenguh2 badan, sakit2 belakang, Masalah sembelit dan kebas2 tangan.

5-Vitamin C -
Sebagai komponen antibody semulajadi.
Bertindak sebagai collagen untuk mengubati luka pada kelenjar susu.

6- Bcomplex -
Anti stress, yang mana dpt kurangkan rasa stress.
Emosi yang terganggu akan menggangu penghasilan susu juga.
Bcomplex juga meransang hormon Serotonin, iaitu hormon 'happy' dalam tubuh ibu.

Nah.. dh baca? dah paham kenapa Ibu2 menyusu wajib ambil Set breastfeeding 3M ni??
Ha.. cepat2lah dapatkan suppliment untuk tubuh anda ni ye..

Untuk dapatkan set INI, sila PM atau Whatsapp saya di 012-3814786
SID 866440 suzianti maswar

hebatnya NUTRIFERON SHAKLEE!!

July 09, 2014 1 Comments
TESTIMONI NUTRIFERON

 #Demam, batuk, selsema#
 Pada mulanya, saya hanya menelan Vitamin C SR sahaja, tetapi untuk express skit, saya mengambil Nutriferon, selepas 3 sachet (1 sachet 1 hari), demam, selsema dan batuk saya terus hilang. Bahkan, jika saya dapati bayi saya panas badan, selsema atau batuk, saya juga akan menelannya. Bayi saya akan bertindak balas dengan Nutriferon itu selepas beberapa jam pengambilannya. Tak jadi lah virus dan kuman menceroboh. Saya tidak pernah sesekali menelan ubat daripada doktor selama tempoh penyusuan ini.

 #Asma#
Dari kecil lagi, saya memang menghidap asma yang sangat teruk. Anak-anak saya pun sama, Qsha dan Hazriq. Selepas mengambil Nutriferon setengah peket seorang, (kerana mereka masih kecil), asma mereka tidak lagi menyerang pada malam hari. Sangat berkesan untuk saya dan anak-anak. Anak saya kini mengambil Omega Guard setiap hari.

#Susu banyak#
Oh yer! Sangat terkejut saya, apabila usia bayi 1 tahun, saya masih lagi demam bengkak susu (Mastitis). Mungkin sifat Nutriferon itu sendiri yang panas, maka merangsang penghasilan susu yang banyak selepas beberapa jam pengambilannya.

 #Encik Hubby#
Kali ni, En Hubby terkena jangkitan pada telinga. Tak tahu apa puncanya, beliau sudah mengunjungi beberapa klinik, tetapi tidak jugak sembuh. Malah menambahkan lagi kesakitan beliau. Setelah 2 minggu, baru lah saya terfikir, Nutriferon. Saya suka jadi doktor sendiri ni, bab-bab ni, bagi saya, life is about try and error. Alhamdulillah, selepas 3 hari makan
 Nutriferon, telan begitu sahaja, sakit pada telinga beliau sudah hilang. Sejak hari itu, kami tidak lagi pandang ubat doktor. Antibiotik!!! Antibiotik!!! Yeah... Ini antara testi2 yg dh guna sendiri..



.


Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates