Salam..
Ok, kali ni nak berentri mengenai insuran nyawa pulak.. dan kepentingannya pada kita.
Kenapa aku kupas hal insuran nyawa ni?
Bagi aku, insuran nyawa merupakan aset yang penting untuk kita,
Bukan sebab untuk mendapatkan keuntungannya ya.. tapi lebih kepada pelindung dikala kesusahan..
Contoh: sekiranya berlaku kemalangan kepada kita, yang memerlukan kita di rawat/di bedah, insuran yang telah dibeli dapat membantu kita dari segi membayar kos perubatan dan rawatan di hospital. Di samping terdapat insuran yang memberi wang pampasan sekiranya berlaku keadaan yang tidak di ingini kepada kita atau ahli keluarga kita.
" membeli insuran ni bukan bererti kita meminta untuk MATI!, tapi sebagai satu langkah perlindungan keatas diri kita dan juga ahli keluarga kita di masa hadapan..."
Apa itu Insuran??
Apabila anda membeli polisi insurans dengan membayar premium kepada syarikat insurans anda telah mengikat kontrak dengan syarikat insurans yang akan berkewajiban membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui apabila berlaku sesuatu kemalangan atau kematian terhadap anda.
Insuran nyawa
~Ia bertujuan untuk memberi jaminan kewangan kepada anak-anak dan tanggungan lain yang berada di bawah tanggungan pencari nafkah jika beliau meninggal dunia.
~Jika berlaku kemalangan, Insurans di gunakan sebagai pelindung sekiranya berlaku keadaan dimana kemalangan itu memerlukan perbelanjaan yang tinggi, yang mana tidak dapat di biaya oleh si mangsa atau keluarga mangsa.
Panduan Untuk membeli insuran
1. Pastikan ejen insurans anda berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
2. Bacalah polisi insurans daripada ejen anda tentang syarat-syarat yang terkandung di dalam polisi dan semak penjelasan itu dengan PIAM atau rakan-rakan yang mungkin telah mengambil polisi yang sama.
3. Pastikan semua faedah yang akan diperolehi dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian.
Untuk lebih maklumat mengenai insurans, boleh lah hubungi;
1. Persatuan Insurans Am Malaysia
Tingkat 3, Wisma PIAM
150 Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur
2. Persatuan Insurans Nyawa Malaysia
49, Jalan Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur.
Info dari sini : http://www.sabah.org.my/bm/konsumer/panduan_pengguna/insurans.asp
Sekian dulu..
"Sharing is caring right?"
-chugie-
Wednesday, November 3, 2010
insuran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX
Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...
8 comments:
betul tu chugie :) xpe kuar duit sikit tp berguna di masa akan dtg, insyaAllah
aiseymeng
sy pon lom amek insuran lagi
thanx ingatkan ye..mmg penting pon benda2 ni semua..:-)
betul sgt chugie. ai pernha tulis tak silap tajuknya sgt berguna buat kami. coz my permata hati dah dua2 masuk hospital, eysraf alergic, si ayah denggi. bil hospital cecah belas ribu tp dgn insurans we all just pay around 2k. betul2...sgt berguna!!! dan yg penting like simpanan juga kan...
betul tu, insuran mmg bagus. untuk masa depan.
yerla kan chugie.. malnag tak berbau.. jd sediakan payung sebelum hujan..
urmmm.. insurance memang penting kan~ saya pon ngah berusaha untuk beli insurance..
zura belum ader insurance lagi...
tak pasti nak beli yg maner..
thanks for the info..
tapi adam da ader fixed saving from us... tp insurans better rite?
salam, bagus kak…
tak semua org sedar mcm mana pentingnya insuran pada kita. Ramai org kita ingat ins tu just buang duit je, diaorang x tau lagi sebenarnya ins tu simpanan n boleh dapat semula dengan return sekali. Kalau apa2 jadi kat pembayar pun ins akan FREE utk org yg di insuran kan tu. Dengan min RM100 boleh dapat coverage sampai RM1,000,000 pun ramai yg tak nak..
bukan tu je, gi klinik pun free…
Sapa2 yg nak tau lebih lanjut boleh call, whatsapp, wechat, emel, sms saya. saya buat free quoation sekali.
ahmad
013-2425430
camunsif@yahoo.com
Post a Comment