Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Info: Air Ketuban Banyak

January 14, 2011 12 Comments
Salam..

Harini aku agak sibuk.. banyak sangat kerja nak buat.
Nak ziarah ke rumah kawan2 pun, curi2 masa ni..

Kat sini aku nak share sikit info tentang masalah yang aku sedang hadapi..
Tentang AIR KETUBAN YANG BANYAK..

Jom Layan...

- Air ketuban yang terlalu banyak (polihidramial) boleh menjejaskan kesihatan bayi.
- Antara risikonya ialah air ketuban pecah awal dan menyebabkan wanita bersalin lebih
awal dari tarikh dijangkakan.
- Keadaan ini boleh disebabkan penyakit kencing manis atau masalah darah.

- Bagaimana seseorang wanita boleh mengalami masalah berlebihan air ketuban?
Tiada siapa tahu jawapannya kerana kuantiti air ketuban ditentukan oleh bayi.
Jika bayi menelan banyak air dan kurang kencing, kuantiti air ketuban berkurang dan
begitu juga sebaliknya. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, masalah ini selesai sendiri

Info aku dapat dari sini :-http://www.fmgc.com.my/global/doc/bayi.pdf-


Fungsi air ketuban
Ada bermacam fungsi cairan ketuban. Di antaranya sebagai bantalan/peredam atau pelindung yang menjaga janin terhadap benturan dari luar. Cairan ketuban juga memungkinkan janin leluasa bergerak sekaligus tumbuh bebas ke segala arah. Selain itu sebagai benteng terhadap kuman dari luar tubuh ibu dan menjaga kestabilan suhu tubuh janin. Cairan ketuban juga merupakan alat bantu diagnostik doktor pada pemeriksaan amniosentesis.
Perlu diketahui, air ketuban tidak membuka apalagi mendorong janin keluar. Yang bertugas untuk itu adalah kontraksi rahim (his). Jadi walaupun ketuban sudah pecah atau kadar airnya tinggal sedikit, pembukaan mulut rahim dan dorongan bayi untuk lahir tetap akan terjadi selama ada kontraksi.



Volume air ketuban mestinya tidak sama dari waktu ke waktu. Volume ini mengalami puncak di umur kehamilan sekitar 33 minggu, yakni sekitar 1-1,5 liter yang berangsur berkurang mendekati kehamilan cukup bulan (40 minggu). Pada kes hidramnion, volume boleh mencapai 3-5 liter yang umumnya terjadi setelah umur kehamilan mencapai 22 minggu atau sekitar 5 bulan.


Penyebab berlakunya masalah ini :
- Produksi air seni janin berlebihan.
- Ada kelainan pada janin yang menyebabkan cairan ketuban menumpuk, iaitu hidrosefalus, atresia saluran cerna, kelainan ginjal dan saluran kencing kongenital.
- Ada sumbatan/penyempitan saluran cerna pada janin sehingga ia tak boleh menelan air ketuban. Hasilnya, volume air ketuban meningkat secara mendadak.
- Kehamilan kembar, karena ada dua janin yang menghasilkan air seni.
- Ada proses infeksi.
- Ada hambatan pertumbuhan atau kecacatan yang menyangkut sistem saraf pusat sehingga fungsi gerakan menelan mengalami kelumpuhan.
- Ibu hamil menderita diabetes yang tidak terkontrol.
- Inkompatibilitas/ketidaksesuaian Rhesus.

CARA MENGATASINYA:
Cara yang biasanya dilakukan adalah dengan menyedut atau mengeluarkan sebagian cairan ketuban melalui sebuah jarum khusus yang dimasukkan dari permukaan perut yang disebut dengan amniosentesis. Cairan tersebut akan diperiksa sel-sel kromosomnya untuk ditelusuri apakah ada kelainan. Tindakan ini dapat dilakukan berulang kali sampai kehamilan cukup bulan. Tindakan ini juga dapat digunakan untuk mengurangi rasa sesak si ibu yang kadang tak tertahankan.

info ni aku dapat dari : http://www.hypno-birthing.web.id/?p=262

sekian dulu,
-chugie-

Wednesday, November 24, 2010

Cara nak simpan atleast RM100 sebulan..

November 24, 2010 14 Comments
Salam..
Semalam kan, tengah bosan2 ngadap web yahoo,
tetiba kuar tajuk "Frugal Ways to Save at Least $100 a Month"
Cam menarik je bunyik tajuknye tu kan?
Bukan mudah ye nak simpan RM100 sebulan..
kadang2 tu nak menyimpan RM50 pun susah kan.
Ada juga, bila dah cantik menyimpan tiap2 bulan, tiba2 ade je hal yang datang..
Pastu sekali kuar plak bukan sikit, tapi banyak2..
Tak kira lah yang punya gaji besar atau kecik.
Sebab, besar Periuknye, besar lah keraknye kan?
tak gitu kawan2??
Aku ambil lah sikit (copy) dari link tu ye...
Antara cara2 nak menyimpan atleast RM100 sebulan:-
1-Rethink Your Phone Service
Yang ni kena fikirkan alternatif yang lebih baik sebagai pengguna HandPhone,
Nak jimat kena lah guna top up je.. kalau guna bil, sure terbabas sampai beratus RM kan?
2- Cut Down on Electricity
Jimatkan penggunaan elektrik. Rasanya cam susah jugak, tp demi menyimpan RM100 sebulan, kene buat juga kan? Sila lah padam apa2 alatan elektrik yang tak di gunakan, especially barangan elektrik yang menggunakan kuasa tinggi tu. Paling mudah, kurangkan penggunaan lampu dan aircond ketika tidur. (Aduh.. boleh ke ye?)
3- Conserve Water
Rasanya bill air tak de lah membebankan sangat kan? tapi kalau dah guna tanpa had, dah tentulah akan menjana ke peningkatan bil air. Makanya, gunakanlah sebijaknye..
4- Bundle or Drop Cable and Internet
Ha.. penggunaan internet, apa kate kite guna internet kat opis je.. ekekekek:D
kat umah tu tak yah lah guna sangat.. sikit2 sudah ler.. :p
Atau mungkin bleh cari alternatif lain seperti, mencari pakej ekonomi sebagai penjimatan bill internet.
Cara paling mudah...
Cut segala perbelanjaan bulanan kita, NO SHOPPING!, NO EATING OUTSIDE!, NO CREDIT CARD and etc..
TAPI BOLEH KE?? ekekeke... tepuk dada tanya selera ye..
NAk tau lebih detail mengenai nya, sila klik Link Ni..
Selamat berjimat!
-chugie-

Saturday, November 13, 2010

Selamat rumahku tak terbakar!!

November 13, 2010 18 Comments
Salam..

Kejadian : petang semalam.. lepas balik kerja
Tempat : Dapur Rumahku..

Kisah:
Semalam, sampai je kat umah, aku rasa amat2 lah laparnye..
Tengok dalam periuk nasi, masih ada lagi nasi semalam..
Makanya, aku pun keluarkan lah nugget,
Lepastu panaskan minyak...
Dah siap masak nugget,
Aku dengan rasa terujanya terus kedepan untuk makan..

Kebetulan time nak makan tu, hubby and fatin balik..
masa hubby nak kedapur.. die menjerit!
"Sayang!!!!!!!!! kenapa x padam api dapur?!!!
dah terbakar ni!!"
menggelabah aku di buatnye..
terus kedapur, dan tengok api dah menyala tinggi..
uwwwwaaaaa... nak nangis dh time ni,
aku capai towel basah dan tekup kat api tu.. tp x berhasil!
last2 aku panggil adik aku yang tengah bz repair ketanya kat luar..
die ambik kuali yang dah marak api tu, and terus campak kat luar!

uwwwaaaaa... selamat umahku tak terbakar..
kalau tidak... tak tau nak kata ape!

Pesananku: Sila lah sentiasa beringat untuk menutup api dapur selepas masak!!
Pesanan ini untuk diri aku juga.. sebab lately, aku memang sangat2 nyanyuk nye.. huhuhu..

sekian dulu..
daaaaaaaaaa
-chugie-

Wednesday, November 3, 2010

Pentingnya Insuran Nyawa!!

November 03, 2010 8 Comments
Salam..

Ok, kali ni nak berentri mengenai insuran nyawa pulak.. dan kepentingannya pada kita.

Kenapa aku kupas hal insuran nyawa ni?
Bagi aku, insuran nyawa merupakan aset yang penting untuk kita,
Bukan sebab untuk mendapatkan keuntungannya ya.. tapi lebih kepada pelindung dikala kesusahan..
Contoh: sekiranya berlaku kemalangan kepada kita, yang memerlukan kita di rawat/di bedah, insuran yang telah dibeli dapat membantu kita dari segi membayar kos perubatan dan rawatan di hospital. Di samping terdapat insuran yang memberi wang pampasan sekiranya berlaku keadaan yang tidak di ingini kepada kita atau ahli keluarga kita.

" membeli insuran ni bukan bererti kita meminta untuk MATI!, tapi sebagai satu langkah perlindungan keatas diri kita dan juga ahli keluarga kita di masa hadapan..."

Apa itu Insuran??
Apabila anda membeli polisi insurans dengan membayar premium kepada syarikat insurans anda telah mengikat kontrak dengan syarikat insurans yang akan berkewajiban membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui apabila berlaku sesuatu kemalangan atau kematian terhadap anda.

Insuran nyawa
~Ia bertujuan untuk memberi jaminan kewangan kepada anak-anak dan tanggungan lain yang berada di bawah tanggungan pencari nafkah jika beliau meninggal dunia.
~Jika berlaku kemalangan, Insurans di gunakan sebagai pelindung sekiranya berlaku keadaan dimana kemalangan itu memerlukan perbelanjaan yang tinggi, yang mana tidak dapat di biaya oleh si mangsa atau keluarga mangsa.

Panduan Untuk membeli insuran
1. Pastikan ejen insurans anda berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
2. Bacalah polisi insurans daripada ejen anda tentang syarat-syarat yang terkandung di dalam polisi dan semak penjelasan itu dengan PIAM atau rakan-rakan yang mungkin telah mengambil polisi yang sama.
3. Pastikan semua faedah yang akan diperolehi dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian.


Untuk lebih maklumat mengenai insurans, boleh lah hubungi;
1. Persatuan Insurans Am Malaysia
Tingkat 3, Wisma PIAM
150 Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur

2. Persatuan Insurans Nyawa Malaysia
49, Jalan Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur.

Info dari sini : http://www.sabah.org.my/bm/konsumer/panduan_pengguna/insurans.asp

Sekian dulu..
"Sharing is caring right?"
-chugie-

Friday, October 29, 2010

Bahaya Nyamuk Aedes

October 29, 2010 5 Comments
~Pic ehsan dr Yahoo image!~
Salam..
Harini aku nak bentang skit pasal hal Nyamuk!!
Memandangkan kes demam denggi ni dah semakin meningkat balik, so ada baiknye kita share info ni kan?
Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika.
Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aēdēs, yang bererti "tidak menyenangkan",
kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi.
Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia.
Kakinya berbelang hitam putih.
Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu. (perghh..giler dasat kan? kejap betul die membesar dengan jayanye!)
**Tabiat nyamuk aedes**
~Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
~Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
~Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah
**Tempat pembiakan nyamuk aedes**
~Dalam Rumah
~Akuarium
~Perangkap semut
~Pasu Bunga
~Timba
~Tempayan
~Kolam (kolah) mandi
~Tempat air peti sejuk
~Luar Rumah
~Tayar buruk
~Tempurung kelapa
~Botol/gelas pecah yang mengandungi air
~Salur air hujan
~Pokok Pisang
~Pokok Keladi
~Longkang yang tersekat
~Tangki septik (terdedah)

**Pencegahan pembiakan nyamuk aedes**
~Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
~Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
~Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
~Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
~Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
~Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
~Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
~Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali
(info ini seacrh by yahoo & wikipedia...)

pssst: Rasanya nyamuk sekarang ni macam dh up to date lah.. mana taknye, bila di sembur berkali2 pun, cuma pengsan je.. matinye tidak! lepas tu beranak makin banyak.


sekian dulu..
daaaaa
-chugie-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates