Tuesday, December 2, 2008

Kejadian 1 Dec (malam) - Bintang dan bulan tersenyum..

December 02, 2008 6 Comments
Subhanallah...Maha besar mu Ya Allah..

Rupanye kejadian bulan dan bintang tersenyum dilangit tu merupakan 1 fenomena.. alangkah bertuahnye rase diri ku ni sebab dapat melihat kejadian yang amat2 mengagumkan dan sangat real malam td. Macam x percaya pun ade bile melihat bulan dan bintang tu tersenyum.. Sekali pandang macam bentuk SMILEY. Dua butir bintang seperti mata dan Bulan sabit seakan bibir yang mengukir senyuman.. Subhanallah.. Cantiknye..

Kisahnye begini..

Malam tadi sedang asyik leka menonton berita, tiba2 adik lelaki aku keluar dr bilik, katanye die baru dpt sms dr teman yang mengatakan bulan ngan bintang nampak cantik kat langit. Mulanye aku x percaya dan malas nk ke luar rumah untuk tengok. Adik lelaki aku pun pegi lah ke luar rumah, dan disusuli adik perempuan aku.. dorang pun terjerit lah sambil memaksa aku ke luar rumah untuk melihat sendiri.. memang amat2 memeranjatkan bila melihat fenomena yang berlaku depan mata kepala ku sendiri. Mengucap panjang aku bila tengok betapa cantiknye BULAN DAN BINTANG ITU SEAKAN TERSENYUM PADA AKU.. aku pun ape lagi, terus meng'sms' teman2 untuk segera melihat keajaiban yang sedang aku saksikan.. dorang pn berperasaan same seperti aku ketika melihatnye.. seronoknye rase keadaan tu..

aku try untuk snap gambar, tapi camera aku x begitu bagus untuk amik gambar yang cantik tu.

p/s: mungkin akan masuk berita malam ni.. hope ade lah orang yang melihat kejadian ni menghubungi TV3 heheheh:D

Wednesday, November 26, 2008

Sudah, virus TAGititis???

November 26, 2008 2 Comments
TAGititis- Penyakit Baru kah? -

1st time dengar virus ni.. kene lak kat aku, Haruuuuuuuuu.. So menjawab virus yg di sebarkan oleh tunfrida, here it is.. hope berpuas hati. Sory lewat jawab tag ek!



Name the latest book you bought?
Erm.. book?? try to find Novel Ayat2 cinta, tp sold out. Lastly, beli mags je.



What is your fullname?
Suzianti Binti Maswar


Name the person you want to meet in real life or the first time?

My Mom..if i could be with her now.. ugh.. miss her lot.


Christina or Britney?
Both i don't like.. but choose Christina ler


Do you do your own laundry?
yup..dah semestinye


The most exciting place you wanna go?
Makkah.. Cita2 yg hope dpt ditunaikan satu hari nanti.


Hugs or kisses?
Hugs 1st, then kiss.. Dont like to kiss or to be kiss actually. Geli huhuhu


8 things I am passionate about?
Pakaian ngandung, pakaian baby, email, kerja aku kat opis, berita hangat, conference Ym, Cuti-cuti malaysia, Car


8 things you say too often?
Bismillah..
Alhamdulillah..
Insyallah..
Astaghfirullahalazim..
Hek ko..
mengong..
nthpapenth..
yer ek?


8 books I've read recently?
books? Not much ar.. just, Buku tentang Penjagaan Ibu Ngandung, Nama2 baby n about pregnancy. Mags de ar - PA & MA, Weeksday, Saji, Pengantin & Newspaper hehe:D


8 songs I could listen to over and over again?
All siti's song i like.. banyak ni kalu nk di listed kan, more than 8 songs lah.
Ayat2 cinta by Rossa



8 things I learned this/past year?
To arrange and plan mywedding
To be a wife
To be a pregnant women
Preparation To be a mother
belajar memaafkan org
dah x takut makan ubat
belajar dr kesakitan mase demam panjang tempohari
cepat muhasabah diri

8 Person to tag?
none..

So bleh terima ke? bleh ar tu...Adios!!

Tuesday, November 18, 2008

Lunch Meal Aku Arini..

November 18, 2008 3 Comments
Sejak dari jam sebelas tadi, perut dah rase lapar. Try gak cari2 dalam otak ni idea2nak makan untuk lunch nanti, tapi still gak tak dapat pikir ape yang nak di makan untuk makan tengah hari nanti. Sakit gak lah kepala memikirkan hal nak makan tengah hari ni.. begini lah keadaan aku bile nak masuk ke lunch time. Mesti terpikir-pikir dan tercari-cari ape lah yang nak dimakan untuk lunch. Sempatlah jugak minta idea dari kawan2 bile ber'conference. So macam2 idea lah yang mereka ni akan bagi untuk lunch meal. Tapi semuanye tak jugak membuka selera dan minda aku untuk terima dek tekak yang sememangnye suke benar memilih makanan beberapa hari ni. Kadang2 tu makanan yang susah nak di cari juga lah yang aku nak. ermm...macam2 betullah..

Akhirnye, bile sampai mase lunch, aku dah berdiri kat food court tempat kerja aku ni, sambil tercari-cari ape lah yang nak dimakan. Tengok punye tengok, dan setelah mendapat idea.. banyak lah pulak yang aku rase nak makan hehehe.. Lastly aku amik nasi kosong dengan lauk limpa goreng masak bercili, sayur kacang panjang goreng, kuah masak lemak nangka, ikan masin dan sambal belacan skit. Wah.. memang amat-amatlah menyelerakan.. buah plak, aku amik betik. Memang terliur bile tengok betik dalam plastik merah yang dah siap di potong panjang tu. Tak tunggu lame dah.. sampai je opis terus makan dengan berseleranye. alhamdulillah.. akhirnye dapat gak cari makanan tengah hari yang boleh diterima dek tekak hehehe..

p/s: pic utk lunch meal ni aku x sempat nak snap coz terlalu lah laponye dan x sabo nak makan..

Thursday, November 13, 2008

Sungai Jagong Waterfall, Kedah Malaysia??? betul ke ni??

November 13, 2008 8 Comments
Salam...
Anyone knows about this place? so teruja untuk pegi kesini. Actually aku dapat email ni juga dari seorang kawan yang mem'fowardkan' email dari kawan die kepada aku.. cantik sungguh tempat ni. Air die jernih, siap boleh nampak ikan-ikan kat dalam tu. pengirim email ni kate tempat ni terletak di Kedah. Aku try gak bertanya pada officemate tentang kewujudan tempat ni, kebetulan die memang asal dari kedah. Die pun x pasti sameada tempat ni benar2 wujud atau x. Kepada kawan2 blogger yang pernah atau tahu dimana tempat ni, sila berkongsi dengan saya ye. Memang sangat-sangatlah teruja nye bile lihat kedamaian, kebersihan dan ketenangan tempat air terjun yang masih lagi belum di jajah oleh pembangun2 dan pemusnah2 alam.

















Wednesday, November 12, 2008

Ketam melayu vs Ketam cina

November 12, 2008 4 Comments
Cerita ni aku dapat dari email yang di hantar oleh sorang kawan. Thanx a lot pada pengirim email ni..

Ntah kan betul ntah kan idak kisah tentang ketam ikut bangsa ni bleh ajar-mengajar ketam lain, wallahua'lam.. pe pun..Layannnnnnnnnnnnn!!

Subject: ketam melayu vs ketam cina

moral of the story 'renung-renungkanlah,...selamat beramal'

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalambekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekorketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju.

Ade betulnye gak kan perbezaan antara kaum cina dan melayu bile berniaga ni. Pada pendapat dan pandangan aku, orang cina ni bile berniaga, akan bersungguh-sungguh sampai berjaya. Persaingan memang sengit, tapi dorang ni x de hasad dengki, kalu nampak orang ni maju, die akan cube belajar cara orang maju tu berniaga dan cube jadi yang lebih maju dan lebih bagus dari yg peniaga maju tu. Lagi satu, cina ni membantu bangsa die sendiri lebih dari bangsa lain. Tak seperti melayu, ada kebanyakannya suka berhasad dengki, pantang orang lebih.. die mule lah main kotor.. ape pun sume tu terpulang pada pandangan masing2.. aku cume bagi pendapat melalui pengalaman je (bukan lah pengalaman berniaga, tapi pengalaman melihat orang berniaga dan pengalaman aku bekerja).

Ape pun..enjoy.........hidup ini x selalu nye indah..


Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates