Monday, April 27, 2009

Yes! Selangor Menang...

April 27, 2009 4 Comments
Alhamdulillah selangor menang beb..

Aku tengok perlawanan ni melalui kaca tv je.. memula frust gak tgok permainan dorg ni. Geram pn ade.. yelah sampai abih masa permainan pun stil lg 0-0. Dh masuk minit tambahan baru nk main betul2, selamat seri 1-1. eee geram x ingat lah... Akhirnye, penalti gak yang jadi titik penentuan kemenangan kat pihak siapa. Alhamdulillah, selangor menang..4-1

Pemain pasukan kelanatn.. nth ape sal lah aku amik gambar mamat ni.. hahah:))
Hanya nonton dari tv je lah, nak g stadium.. x boleh lak.. huhuhu


Ni kalu tgok live, sure aku sorak2 sakan... baby pun sure akan ikut same dlm perut ni hahaha:))

Saturday, April 25, 2009

Selangor lwn Kelantan

April 25, 2009 4 Comments
BOLA OH BOLA...

Hari ini Selangor akan menentang Kelantan dalam perlawanan bola sepak. Tapi yang sedihnya aku tak dapat nak menonton perlawanan tu secara live di stadium seperti biasa. Awal2 lagi Mr Bb dah sound yang aku tak boleh pergi sebab orang mesti ramai yang akan menonton perlawanan tu nanti dan keadaan kat stadium pun semestinya akan sesak. Di sebabkan perut aku yang dah memboyot ni hubby tak benarkan aku pergi ke stadium, jadinya aku pun tak dapatlah menonton secara dekat.. ala, tak bestnya lah. Tak feel lah kalau tak menonton secara live kalu SELANGOR turun padang. Lelebih lagi dorang akan menentang KELANTAN.. nampaknya aku tengok di kaca television je lah jawabnya..

Sepertimana yang kita sedia maklum, sebelum ni terdapat beberapa kontroversi melibatkan pemain dengan pemain dlm 2 pasukan tu dan penyokong dengan penyokong masing..yang mana melibatkan sikap dan harta benda awam yang di musnahkan. Apa lah dorang ni, dah tak ada kerja agaknya. Kita pergi sana untuk menonton perlawanan, bukannya untuk bergaduh dan bertelagah.. rasanya tak ada untungnya bila kita berlawan sesama kita hanya di sebabkan kalah main bola. Hai..manusia oh manusia.. ada otak pun tak bola nak gunakan.

So sebagai penyokong paling cute pasukan SELANGOR.. aku hope sangat malam ni akan jadi malam kemenangan bagi pasukan SELANGOR. Aku akan jd penyokong depan tv je lah malam ni. SELANGOR mesti kalah kan KELANTAN k..

SELAMAT BERJAYA PASUKAN SELANGOR!!

Friday, April 24, 2009

Hati terusik..

April 24, 2009 5 Comments
Salam jumaat penuh kerahmatan..

Hati aku terusik tatkala singgah melawati satu blog ni, yang aku rasakan semacam sebuah novel. Yang mana di dalam setiap entry yang dihasilkan olehnya penuh dengan tutur bicara yang lembut, penuh perasaan dan terlalu bagus kalau nak di bandingkan dengan blog aku. Mungkin pemilik blog ni bukan calang2 orang, dan berada di dalam keadaan yang penuh memilukan dan kesedihan.. tapi pada aku yang telah membaca segala hasil tulisan beliau terutama tentang kisah kehilangan anak kecilnya yang tidak sampai setahun iaitu AMIR YUSUF, membuatkan hati kecil aku benar2 tersentuh.. ya, aku menangis ketika membaca kisah AMIR YUSUF, seorang anak kecil yang baru di lahirkan, tetapi menghidapi berbagai komplikasi dalaman.. betapa beratnya mata dan hati aku yang membaca setiap entrynya, aku rasa berat lagi bahu, hati dan perasaan seorang ibu dan ayah yang menghadapi situasi ini. Kalaulah aku diberi dugaan sebesar ni.. emm ntahkan bagaimana agaknye..

Apa pun aku sekadar hendak berkongsi segala yang berlaku dalam kehidupan penulis blog ni untuk kalian yang sudi nak melawati blog ni.. nah, ni address nya.. FAJAR SELUAS ANGKASA

Selamat melayari blog beliau.. Al-Fatihah buat anakandanya AMIR YUSUF..

Monday, April 20, 2009

Poney's Sale!!

April 20, 2009 7 Comments
Poney buat sale! jom lah beramai2 ke sana.. SALE sampai esok je (22/4/2009) di SACC MALL SHAH ALAM. Harga memang murah giler gitu. Those yang bakal dan dah ade babies or kids, memang sesuai lah borong kat sini. Memang worth it sangat. Tahu saja lah, jenama PONEY memang terkenal dan harga dia kalu tak ada sale, memang bleh tahan gak lah mahalnye. So aku pun ambil kesempatan ni untuk beli beberapa helai baju untuk my future baby.. kalu ikutkan hati ni, memang nak rembat lagi beberapa helai, tapi Mr Bb dah warning awal2 supaya tak beli banyak2, membazir katanye. Sebab baby kan cepat membesar.. so aku pilih sikit je lah.. dan ini lah hasilnye..

Ni baju untuk anak buah aku.. zarif n zaid. Hope dorang suke lah.. last minit punye rembatan, sebab masa tu dh nak balik dan terkejar2 nak solat maghrib.

Ni baju untuk babyku..cantik x? Mr Bb yg tolong pilihkan.

Fav color aku, Red color tuuuuuuuuu.. baby pun kne pakai red gak nanti k.


Cukup lah 3 helai ni.. nanti bila baby dah kuar, kite borong banyak2 lg k..

Sempat gak aku rembat majalah kegemaran aku ni.. 1. edisi khas dr Pa & Ma, n 1 lg majalah bulanan dr Pa & Ma gak. Majalah yang memang memberi sumber inspirasi pada aku. Banyak tunjuk ajar dan pendedahan semasa awal kehamilan yang aku dapat dr majalah ni.

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates