Monday, April 27, 2009

Akhirnye..

April 27, 2009 11 Comments
Akhirnye, hajat nk pasang aircond kat umah tercapai juga.. setelah sekian lama berpikir2, akhirnye aku korban kan gak duit simpanan utk beli aircond.. (tp utk bilik aku je, yg belah ruang tamu tu adik aku yg sponsor k..) Sabtu lepas, abis je check up kat klinik, aku terus ke kedai elektrik yg berhampiran.. try survey2 harga kt situ. Akhirnya aku dapat gak kedai yang tawarkan harga yang memang berpatutan dan boleh pasang dengan seberapa cepat yg aku nak. So, sabtu aku beli dan buat bayaran, esoknye die dah datang ke rumah untuk pasang aircond. Aku pilih brand LG yang sekarang ni tgh kuar kat iklan tv.

Aku pasang aircond ni bukannye ape, sebab keadaan cuaca sekarang ni dah semakin tak menentu. Kadang2 tu panas sangat, dan kadang2 tu hujan..tp panas lebih dr hujan.. itu lah yang buat aku terpaksa gak guna aircond. Memandangkan aku ni dh semakin besar, so tahap kepanasan badan tu melampaui badan org yg kurus.. dan Akhirnyeeeeeeeee, ini lah hasilnye..


1 di ruang tamu rumah...


1 lagi di dalam bilik aku.. ini mesti ada sebab nak tido malam memang panas tanpa aircond.

Kerja pemasangan sedang dijalankan.. memang bersepah umah aku di buatnye.. aduh.. penat mengemas dengan keadaan perut yg dah memboyot ni.



taraaaaaaaaaa..dah siap pasang pun.. pas ni leh lah aku damai dan tenang berada di rumah..

Yes! Selangor Menang...

April 27, 2009 4 Comments
Alhamdulillah selangor menang beb..

Aku tengok perlawanan ni melalui kaca tv je.. memula frust gak tgok permainan dorg ni. Geram pn ade.. yelah sampai abih masa permainan pun stil lg 0-0. Dh masuk minit tambahan baru nk main betul2, selamat seri 1-1. eee geram x ingat lah... Akhirnye, penalti gak yang jadi titik penentuan kemenangan kat pihak siapa. Alhamdulillah, selangor menang..4-1

Pemain pasukan kelanatn.. nth ape sal lah aku amik gambar mamat ni.. hahah:))
Hanya nonton dari tv je lah, nak g stadium.. x boleh lak.. huhuhu


Ni kalu tgok live, sure aku sorak2 sakan... baby pun sure akan ikut same dlm perut ni hahaha:))

Saturday, April 25, 2009

Selangor lwn Kelantan

April 25, 2009 4 Comments
BOLA OH BOLA...

Hari ini Selangor akan menentang Kelantan dalam perlawanan bola sepak. Tapi yang sedihnya aku tak dapat nak menonton perlawanan tu secara live di stadium seperti biasa. Awal2 lagi Mr Bb dah sound yang aku tak boleh pergi sebab orang mesti ramai yang akan menonton perlawanan tu nanti dan keadaan kat stadium pun semestinya akan sesak. Di sebabkan perut aku yang dah memboyot ni hubby tak benarkan aku pergi ke stadium, jadinya aku pun tak dapatlah menonton secara dekat.. ala, tak bestnya lah. Tak feel lah kalau tak menonton secara live kalu SELANGOR turun padang. Lelebih lagi dorang akan menentang KELANTAN.. nampaknya aku tengok di kaca television je lah jawabnya..

Sepertimana yang kita sedia maklum, sebelum ni terdapat beberapa kontroversi melibatkan pemain dengan pemain dlm 2 pasukan tu dan penyokong dengan penyokong masing..yang mana melibatkan sikap dan harta benda awam yang di musnahkan. Apa lah dorang ni, dah tak ada kerja agaknya. Kita pergi sana untuk menonton perlawanan, bukannya untuk bergaduh dan bertelagah.. rasanya tak ada untungnya bila kita berlawan sesama kita hanya di sebabkan kalah main bola. Hai..manusia oh manusia.. ada otak pun tak bola nak gunakan.

So sebagai penyokong paling cute pasukan SELANGOR.. aku hope sangat malam ni akan jadi malam kemenangan bagi pasukan SELANGOR. Aku akan jd penyokong depan tv je lah malam ni. SELANGOR mesti kalah kan KELANTAN k..

SELAMAT BERJAYA PASUKAN SELANGOR!!

Friday, April 24, 2009

Hati terusik..

April 24, 2009 5 Comments
Salam jumaat penuh kerahmatan..

Hati aku terusik tatkala singgah melawati satu blog ni, yang aku rasakan semacam sebuah novel. Yang mana di dalam setiap entry yang dihasilkan olehnya penuh dengan tutur bicara yang lembut, penuh perasaan dan terlalu bagus kalau nak di bandingkan dengan blog aku. Mungkin pemilik blog ni bukan calang2 orang, dan berada di dalam keadaan yang penuh memilukan dan kesedihan.. tapi pada aku yang telah membaca segala hasil tulisan beliau terutama tentang kisah kehilangan anak kecilnya yang tidak sampai setahun iaitu AMIR YUSUF, membuatkan hati kecil aku benar2 tersentuh.. ya, aku menangis ketika membaca kisah AMIR YUSUF, seorang anak kecil yang baru di lahirkan, tetapi menghidapi berbagai komplikasi dalaman.. betapa beratnya mata dan hati aku yang membaca setiap entrynya, aku rasa berat lagi bahu, hati dan perasaan seorang ibu dan ayah yang menghadapi situasi ini. Kalaulah aku diberi dugaan sebesar ni.. emm ntahkan bagaimana agaknye..

Apa pun aku sekadar hendak berkongsi segala yang berlaku dalam kehidupan penulis blog ni untuk kalian yang sudi nak melawati blog ni.. nah, ni address nya.. FAJAR SELUAS ANGKASA

Selamat melayari blog beliau.. Al-Fatihah buat anakandanya AMIR YUSUF..

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates