Wednesday, July 1, 2009

Cerita tentang Berpantang

July 01, 2009 4 Comments
Salam...

Masa tak mengizinkan aku untuk kerap meng'update' blog.. ada je yang menghalang hajat hati nak post entry. Memandangkan aku ada sedikit masa terluang ni, boleh lah aku ceritakan sedikit saat aku berpantang hari tu.

SEAWAL MINGGU BERPANTANG

Selepas 4 hari 3 malam aku di tahan dalam wad selepas melahirkan tu, hari khamis 14hb May 2009 baru aku dibenarkan keluar wad. Tapi malangnye baby pulak x dapat ikut aku balik sebab kena demam kuning yang agak kuat juga. Masa hari aku keluar wad tu bacaan kuning baby aku dah 300++ memang tahap yang agak tinggi. Masih tu hati memang rasa down yang amat sangat, yelah..bila aku dah di benarkan keluar, baby pulak kena tahan wad. Doctor memang tak benarkan aku bawa kaluar baby, kecuali aku tandatangan surat pelepasan tanggungan keatas apa2 yang berlaku sekiranya baby jadi makin teruk. Jadinya, nak tak nak, terpaksa lah aku relakan hati untuk biar kan baby terus tinggal kat dalam wad untuk jalani treatment demam kuning. Otw balik kerumah mertua(aku berpantang di rumah mertua) memang aku menangis sepanjang jalan.. rasa sedih yang amat masa ni. Aku sampai kat rumah dalam tengah hari, di sebabkan perasaan yang kesian, sedih, rindu dan macam2 lagi dlm hati ni, petang tu aku datang semula ke PMC untuk tengok baby dan menyusukan dia.. Kebetulan masa tu breast aku dah bengkak sangat2 sebab susu terlalu banyak, dan baby pulak tak ada dekat ngn aku. Jadi selama 2 hari aku berulang alik ke PMC untuk menyusukan dan melihat perkembangan baby. Ramai juga yang nasihatkan aku supaya berehat je di rumah, bagi elakkan bentan atau perkara2 yang x sepatutnye, tapi aku ni degil, lagipun kasih ibu pada anak kan, rindu dan sedih makin menjadi2 lagi lah bila tengok dia tak ada kat sisi aku.. rasa nak admit je dalam wad masa tu, tapi memandangkan PMC full, terpaksa lah aku berulang alik.. Ramai pula yang bersalin time ni. Hari ketiga baby kat wad, bacaan kuningnye menurun ke 200++, memandangkan semua kaum kerabat aku dah mula suruh bawa baby balik ke rumah untuk cuba cara tradisional, aku pn setujulah untuk bawa baby pulang, tapi kami still kena sign surat pelepasan tu sebab bacaan tu masih lagi tinggi. Masa ni kami hanya bertawakal je pada Allah, moga usaha kami untuk sembuhkan kuning baby tu berhasil. Untuk pengetahuan semua, baby aku kena kuning dekat sebulan juga lah, lepas tu alhamdulillah sembuh. Menurut kata doktor, biasanya kalau darah baby dan ibu berlainan, risiko akan kene demam kuning ni akan jadi lebih teruk, lelebih lagi bagi bayi yang darahnye jenis 'O'. Mungkin di sebabkan baby aku berdarah 'O', jadi demam kuning nye agak lama dan makan masa juga untuk sembuh. Tapi apa pun, selama baby kena demam kuning, dia memang aktif dan kerap menyusu badan, cuma air masak je memang susah nk minum, sampai lah sekarang ni.

Cara Berpantang,
Mak mentua aku tak terlalu mengamalkan pantang yang ketat. Cuma ada beberapa bende je yang kena pantang, seperti elakkan angin, sejuk, tak boleh minum ais, dan makan. Memandangkn aku cezer, lauk harian selama sebulan lebih hanya nasi dan ikan haruan yg biasanye dimasak sup, dan rebus je. Adalah sekali dua tu aku mkn daging ngn ulam pegaga. Rasanye memang simple sangat lauk pantang aku. Dalam masa berpantang tu aku minum pati ikan haruan jugak, untuk cepatkan luka cezer tu sembuh.. memang mujarab lah makan ikan haruan ni. Untuk pengetahuan korang semua, aku memang x makan ikan haruan sebelum ni, tengok pn ngeri je.. tp di sebabkan nak sembuh punye pasal, sental je ler.. janji cepat baik. Dah lepas 3 minggu baru aku start minum jamu, makan pil phyto natal dari keluaran Nona Roguy dan pil manjakani binari. Alhamdulillah, memang mujarab jamu dan pil dari nona roguy ni, masalah sembelit aku memang hilang bila minum jamu ni. Untuk kempiskan perut, aku guna lotion Mustajab pati halia dan limau nipis keluaran dunia herbs.. alhamdulillah, memang kempis perut aku, memandangkan aku pun x berbengkung atau pakai korset pun selama berpantang sebab takut luka dalam x sembuh lagi. Sampai sekarang pun aku masih gunakan lotion ni. Untuk urut pulak, aku start berurut lepas 30 hari, tu pun hanya urut bahagian lain selain perut je. Bila dah nak masuk 40 hari baru bidan urut bahagian perut tapi dengan cara lembut yang untuk tgok peranakan dan naik kan die. Tu je lah cara berpantang yang aku amalkan.. Kekadang tu terasa gak nak cuba berpantang secara ketat, mesti lebih mujarab kn??

Saturday, June 27, 2009

Hadiah yang fatin dapat..

June 27, 2009 5 Comments
Ini adalah sebahagian dari hadiah2 pemberian dari rakan2 aku dan hubby.. Alhamdulillah, murah rezeki anak aku ni.. Tak lupa juga dengan duit yang terkumpul mencecah 4 angka yang memang boleh dikatakan banyak gak, Ummi ngan ayah dah plan untuk masuk kan duit tu dlm tabung haji insyallah..







Exclusive pics of my lil baby..

June 27, 2009 5 Comments
Exclusive pics untuk tontonan korang sume.. harap berpuas hati ek. Muka baby aku ni berubah2 ikut keadaan dia.. muka tak sememeh aku x nak letak huhuhu.. x comei..

Ni lah my lil baby.. Nur Fatin Adlina..

Gambar atas ni gambar fatin baru je di lahirkan, rasanya tak sampai sejam lepas keluar dari labour room. Nampak chubby sangat pipi die tu, geram aku.


Ini pulak gambar fatin masa dia di tinggal kan di PMC untuk treatment Demam kuning.. Sedih woo masa ni.. sebab berjauhan dengan babyku uwaaaaaaaaaaaaaa:((Ini gambar fatin masa umur 35hari.. dah pandai pandang camera bila aku amik gambo die. Cam nampak je kat kita bila die senyum cam tu.. tomey nye die mase ni heheh..



Dua gambar kat atas ni adalah gambar yang latest aku ambil pagi tadi. Sempat g snap pics si kecik ni. Gambar baru bangun tido.. masa ni mood die tengah bagus sesangat.. lepas tu, mula lah die mengada2 merengek.. minta susu lah, ape lagi.

Friday, June 26, 2009

Detik itu.. - Melahirkan baby fatin

June 26, 2009 3 Comments
Salam..

Detik itu..

Aku pasti setiap orang yang pernah merasai saat melahirkan anak tentu mengalami berbagai-bagai pengalaman, dan bukan semua akan melalui detik yang sama. Begitu juga dengan aku. Tiap apa yang kita impikan dan harapkan bukan selalunya akan kita dapat. Segalanya sudah menjadi ketentuanNya. Cuma, nasihat aku.. pada yang akan melalui DETIK ITU, siap kan diri dan lengkapkan diri dengan segala yang ada dan paling penting sekali jangan pernah lekang bibir ni mengungkap kalimah Allah lelebih lagi bila dah nk sampai waktunya.. pada aku, tu je yang dapat membantu kita bila dah berada dalam DETIK ini..

Ok, bercerita tentang detik itu, aku telah di arahkan oleh doktor utk masuk wad pada pagi isnin 11.05.2009, selepas seminggu dapat MC dari doctor untuk menunggu bukaan seterusnya selepas bukaan rahim aku hanya 2cm sebelumnya, dalam seminggu tu memang tak ada langsung tanda2 nak bersalin, sakit pun tak rasa (aku siap berjalan sakan lagi di saat akhir nak bersalin tu). Jadi pagi isnin tepat jam 8.45pg aku dah admit dlm wad. Bosan giler time tu ditambah dengan rasa berdebar dan persoalan yg mmg bermacam2 dalam kepala ni, almaklumlah, ni adalah pertama kalinya aku menghadapi detik2 ni. Jadi, byk sgt bende yang menjadi tanda tanya dalam otak aku ni. Dalam kepala ni cuma nak tau, induce tu mcm mane? ape rasenye? sakit ke? sakit sangat ke? pas tu kena buat ape dan macam persoalan lagi lah yg menghurungi benak aku ni. Lepas makan tengah hari nurse masuk kan ubat utk buang air besar, dan selepas tu die masukkan pula air (induce) utk buat contraction sebab aku langsung tak rasa contraction. Jam 3 ptg doc Ratna datang untuk cek bukaan dan masa tu dah de bukaan dalam 3cm, selepas tu baru lah doc ratna pecahkan air ketuban aku..time tu x rasa sakit lagi, tp contraction dh semakin kuat, air ketuban plak memang banyak giler.. sampai doc ratna pun terkejut gak. Tak lama lepas tu bukaan semakin banyak, dari 3cm dah ke 5cm, lepas tu 6cm, 8cm dan masa ni aku terus di bawa ke labour room.. sampai je dlm bilik tu, bukaan dah cukup 10cm, doc pun dh sedia utk proses seterusnye.

Masa ni aku sendiri pun tak tahu nak gambarkan rasa tu.. Rasa sakit nk bersalin, tapi lebih kepada rasa sakit nak membuang air besa.. bila sakit tu mula menekan dan buat aku rasa nak meneran mcm membuang air besar, doc minta aku teran.. puas lah aku meneran, tapi tak muncul2 juga baby aku ni.. dah puas cara meneran, doc try buat vacuum dan forsep utk bantu aku keluarkan baby secara normal, masa ni aku tak rasa sakit yang amat2, cuma aku lebih kepada rasa nak membuang. Tapi malangnya cara ni pun x membantu langsung..jadi doc amik keputusan untuk buat pembedahan memandangkan aku pun dah nyawa2 ikan sebab meneran lama sangat, dan sakit tu dah mula terasa yang amat2.. jadi akhirnya, aku di bedah..

Masa nak tunggu utk jalani pembedahan tu, rasanya ini lah sakit yang paling sakit sekali aku rasa, perasaan aku time tu.. tak yah lah nak cerita.. tuhan je yang tahu. Tak lama lepas tu, aku di bius separuh badan, hubby tetap setia menjadi peneman masa dalam dewan bedah tu. Walaupun aku sedar masa pembedahan dijalankan, tapi aku memang tak sanggup nak tengok keadaan masa tu. Hanya hubby je yang berani utk lihat keadaan aku masa di bedah tu, sempat juga lah aku tengok air mata die menitis bila baby selamat di keluarkan.. Rasanya masa untuk keluarkan baby dari perut aku tak amik masa yang lama, tup tup aku tengok nurse dah bawak anak aku kat sebelah, montel yang amatlah baby aku ni. Doktor Ratna siap boleh berseloroh lagi, katanya patutlah anak awak tak nak kuar ikut pintu, pipi die tembam sangat, tersangkut kat tulang pinggul heheheh.. Sempat lagi doc ni melawak time2 macam ni.

Alhamdulillah, semuanya selesai dan selamat dah.. tak kisah lah bersalin normal atau cezer, yang penting anak yang dilahirkan tu sempurna dan sihat. Walaupun hasrat nak bersalin secara normal x kesampaian, tapi semangat untuk rasa bersalin secara normal untuk masa akan datang tu tetap ada dalam diri aku. Sebelum ni aku banyak gak dengar cakap2 org, bila lepas melahirkan, perasaan takut utk bersalin lagi tu jadi lebih tebal. Tapi, aku tetap nak rasa detik tu lagi, walaupun dalam diri ada rasa sedikit takut. Sebabnya, nikmat ketika mengandung dan bersalin tu memang terlalu sukar nak di gambarkan. Apa pun, kepada yang belum merasai detik tu, korang jangan lah takut.. selalu ingatkan diri yang ALLAH sentiasa di samping kita walaupun suami tak ada masa saat melahirkan tu, dan pada yang dah merasai apa yang aku rasa, aku solute korang.. bukan senang nak buat sume ni kan??? pengalaman yang memang terlalu berharga dan terlalu besar nikmatnye. Moga kita mendapat hikmah di sebalik segalanya ni.

Nantikan detik aku dalam pantang plak ek.. tunggu je ler dengan penuh kesabaran..
Baby fatin dah minta susu ni, kene bergerak sekarang.. chiaooowwww..

Wassalam..

p/s: gambar baby akan di update kemudian..x sompek lah.. bz layan baby.

Kini Aku kembali..

June 26, 2009 6 Comments
Salam semua..

Lamanya tak update blog.. aku pasti ramai yang dah merindui aku dan cerita2 aku ni ekekekek (perasan sendiri je aku ni ahahah). Begitu juga lah aku, jari jemari ni dah terlalu gatal nak menaip cerita2 yang dah lama aku simpan masa hari2 berpantang ari tu. Untuk pengetahuan semua, aku telah selamat melahirkan baby pada 11.05.2009 hari tu, baby girl seberat 3.8kg, dengan panjang 5.6cm. Nama Baby aku Nur Fatin Adlina yang maksudnye Cahaya yang memikat keadilan kita. Dilahirkan secara C-Section kerana baby aku yang boleh dikatakan agak besar. Nanti aku ceritakan detik2 itu k..

Alhamdulillah, aku dah melepasi 44 hari berpantang yang memang penuh dugaan dan cabaran. Kalau di beri pilihan antara mengandung, bersalin dan berpantang. Aku akan say NO pada berpantang. Tak sanggup aku, semuanya harus di jaga rapi, bukan setakat fizikal je, malah mental,emosi, tenaga dan byk lagilah. Pada yang dah melalui hari berpantang ni, pastinye dapat rasa ape yang aku rasai. Tapi mungkin gak pengalaman berpantang ni tak semuanya sama.

Dari hari pertama aku berpantang setelah selamat bersalin, aku dah di duga dengan macam2 hal.. termasuk lah keadaan baby yang dapat demam kuning, dengan keadaan aku yang baru menempuhi saat2 berpantang dan banyak lagi lah. nanti2 lah aku ceritakan detik2 itu ye.

Buat masa ni, baby fatin tengah lena tido..tu yang aku dpt peluang untuk update blog ni. Kalu tidak, memang aku kne melekat kat sebelah die je lah jwbnye, sebab fatin nak orang melayan die, kalu tidak.. dengarlah suara merdunya berkumandang di segenap ceruk ruang rumah au ni..termasuk lah telinga orang2 yang de dalam ni.

k lah ek, x leh nk lelama.. nnti aku update lagi. Ni entry pengubat rindu korang je huhuhuh..

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates