Tuesday, May 11, 2010

count down fatin #Last part.. 5-11 bulan..

May 11, 2010 11 Comments
Salam...
Last part untuk count dawn birthday fatin...
Jom layan pic2 fatin dari umur 5-11 bulan..
Masa ni fatin berumur 5 bulan.. dah pandai meniarap dan angkat2 kepala..

6 bulan... badan pun dah tegap masa ni..

7 bulan.. pic ni aku ambil masa nak cuti2 ke sabah..
alhamdulillah, senang bawak fatin jalan2 time tu..
bila die penat n ngantuk, terus je tido n lena dalam dukungan..
Time ni fatin dah boleh duduk..

8 bulan..
Masa hujung2 7 bulan tu, fatin demam teruk sangat..
lepas tu terus kene demam campak halus tu..
Masuk 8 bulan, dah mcm2 sebutan yang die sebut..
Agaknye penangan demam teruk tu kot.. eheh
gelak sakan bila bila kita berceloteh depan dia.. macam lah paham..

9 bulan..
dah pandai merangkak dan turun dari katil sendiri..
walaupun kadang2 tu jatuh gak..
Tapi dah mula sangat2 aktif time ni..

10 bulan..
owh.. dah pandai macam2 masa ni..
sampai ummi n ayahnya pun dah x larat nak melayannye..

11 bulan..
Aha.. ini lagi lah kan..
Gigi dah banyak.. makan pun banyak lah!
Dah mula nak berjalan pun time ni..
dah setapak dua..

yeah.... dah cukup hari ni 12 bulan..
tapi tunggu next entry k..

chow!!
-chugie-

Streamyx down... aish!

May 11, 2010 8 Comments
Salam..

hadoi.. baru lah boleh bertenet..
Ini pun aku guna tenet opis.. sebab tu boleh mengupdate blog ni..
Selamat lah dah boleh guna blogger dan ber FB balik kat PC opis ni.. kalau tidak.. adoiai!

eii.. geram betullah dengan streamyx ni tau!

Semalam aku cuti, sebab bilik air tengah renovate,
so kene lah tunggu orang tu buat kerje..
Sambil beristirehat bersama fatin setelah penat bertungkus lumus siapkan majlis birthday die..
Dah cuti2, mesti lah nak bertenet dengan suka rianya kan??
tapi, malangnye... Streamyx pulak buat hal! eiii geram je tau..

Baru nak update sekilo dua tentang count down fatin..
Last2.. ini lah jadinye..

Ini pun x boleh lelama berblogging.. kene tunggu time rehat nanti baru bleh c'tnue balik

K lah.. til then..daaaaaaa

PENTING!!!!!! :Tentang GA aku untuk Kategori 1

May 11, 2010 13 Comments
Salam semua,

Kepada rakan2 bloggers yang sudi menjoinkan diri pada GA aku ni.. entry ni sebagai pemberitahuan dan maklumat serta syarat untuk KATEGORI 1. Yang mana ada beberapa blogger buat pertanyaan tentang syarat yg aku letak tu.. rasa nye ada yang tak berapa paham kot..

ok, tentang syarat berkenaan KIRAAN..
PENGKOMEN TERTINGGI - Aku kira komen2 start dari 1/4/2010 - 22/5/2010 sahaja.. seperti yang di catat pada entry GA. Pada korang2 yang baru letakkan komen untuk entry2 lama iaitu letakkan komen selepas 1/5/2010, pada entry2 aku yang bertarikh 1/4/2010-30/4/2010, komen2 korang tidak akan di ambil kira...Hanya komen2 yang korang letak selepas 1/5/2010 pada entry2 aku yang start 1/5/2010-22/5/2010 sahaja yang aku kira..

Kategori 1 ni sebenarnye di buka khusus untuk kawan2 blogger aku yang sangat rajin dan baik hati tinggal kan komen kat blog ni dari dulu sampai sekarang, kalau ikutkan hati, nak bagi pada semua yang tegar tinggalkan komen kat blog ni, tapi apakan daya.. bajet x banyak.. so aku hanya akan kira penkomen yang telah komen paling tinggi antara yang banyak ni.. dan hanya 5 orang yang paling banyak komen je yang akan aku pilih..

Sebab itu lah aku tak akan ambil kira komen2 baru nak di letakkan dalam entry2 aku yang lepas tu.. jadi, pada yang nak join kategori 1 ni, peluang korang untuk tinggal kan komen masih ada iaitu untuk entry 1/5/2010-22/5/2010... mana tau, penkomen2 baru yang tinggal kan komen dalam tarikh 1/5-22/5 ni boleh jadi penkomen tertinggi ke kan??? ha... sila2 lah join kan diri...

kalau tak de yang nk joinkan diri... aku akan buat kiraan berdasarkan komen2 yang sedia ada je lah..

Pada kawan2 blogger ku yang telah rajin tinggalkan komen, jomlah join GA ni...

Monday, May 10, 2010

Birthday Party Fatin #2 tetamu kehormat & Kek...

May 10, 2010 16 Comments
Salam all..
Now part of Guest and cakes..
Jom layan piccas je ler ye...

Antara tetamu kehormat kami... ini dari belah hubby..

Puan zora and her lil princes.. and me with muka yang kepenatan dengan fatin yang dah angin..

With imah aka Anak-anakku and her lil boy...
Owh, dia adalah tetamu yang paling lambat datang dan datang dengan kaum kerabatnye.. memang gamat betul dorang ni, but its really happening beb.
Siap nyanyi lagi untuk birthday girl..

owh, ni aksi terlampau dua budak yang baru lepas peluk2 hahahahah...
baik betul umairah ni tau..
suruh peluk, die pun peluk.. and siap kiss lagi..

with Zh-Ena..
Thanx to ena sbb sudi datang walaupun tengah penat dan tak larat tu..

Bawah ni kek untuk birthday girl..

2 biji kek untuk majlis tu..

Ini kek untuk fatin.. Choc indulgence. Patutnye kami nak tempah kek khas untuk fatin, tapi plan mengejut...dan akhirnye beli yang dh ready je ler..

Yang ini pulak sponsor by my kakak.. dia buat sendiri tau Choc Brownies ni..
Sedap lagi dari choc indulgence tu.. tak tipu, semua cakap camtu.. :P

Sunday, May 9, 2010

Owh.. Penatnye.. #1: Birthday party Fatin..

May 09, 2010 14 Comments
Salam..

Ini lah ahad yang sangat penat rasanye.. kenapa??

Sebabnya, Hari ini aku buat birthday celebration 3 in one.. iaitu Birthday Fatin, Adik aku dan Hari ibu... Tapi yang paling di utamakan adalah birthday fatin.. Memandangkan tarikh lahir fatin iaitu 11/5/2010 jatuh pada hari biasa.. jadi, ummi terpaksa awalkan sambutannye..

Rancangnye memang nak menjemput rakan2 blogger.. tapi memandangkan plan untuk mengadakan majlis ni adalah di saat2 akhir, makanye aku hanya menjemput keluarga2 terdekat dan sahabat2 terdekat sahaja.. Tak bermaksud korang semua bukan sahabat aku ye.. tapi keadaan, masa dan peruntukan tak mengizinkan..

Majlis ni pun dah kira besar jugak.. sebab jemputan pun bleh tahan jugak lah ramainye yang datang tadi..

Hope, next time boleh plan bigger party with bigger budget and so, boleh ajak semua teman2 blogger ku yang di sayangi untuk join sekali the party...
Layan gambar birthday girl dulu k...
beli kolam ni.. (tiru idea ezan) sebab fatin kan suka duduk dalam kolam ni.. so, memang sangat senang hati lah si birthday girl ni main ngan mainan2 dia..



eeeii.. susah betul nak snap pic budak ni tau.. x reti nak duduk diam..

See.. kan dah cakap, dia memang sangat2 happy bila duduk dalam kolam tu.. lelebih lagi dapat hadiah ikan beso tu.. siapa lah yang baik hati bg tu ye fatin?? say thanx ngan orang tu.

Memang dia sorang lah yang concur kolam tu pun.. budak2 lain pun cam takut2 + segan2 je nak masuk.. heheh

Birthday girl yang dah tak terurus..

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates