Monday, June 28, 2010

Moodku mula merudum..

June 28, 2010 9 Comments
Salam..

Harini.. hari isnin kan?
Hari isnin memang hari yang buat kita rasa macam2 kan?
Dan di sebabkan macam2 tu, menjadikan akal dan fikiran pun bercampur aduk..

Owh.. bukan, bukan ni yang nak aku entry kan.
Tapi mood berblogku yang dah semakin kureng..
Entah kemana perginye semangat nak berblog tu, aku pn tak tau.

Aku cuba berblog walking pagi td..
Tapi cuma sekadar membaca cerita kalian je..
Nak meninggalkan komen, aduh... payahnye lah.
Bukan dek kerana masalah web kalian tu,
tapi dek kerana ketiadaan mood hari ni..

Makanya, aku sekadar berblog walking je,
tanpa meninggalkan jejak..
Cuma ada lah seBLOG dua yang aku tinggalkan jejak..
yang lainnye, aku hanya sempat baca je..
Harap maaf ye kawan2..

Mood Aku dah merudum..
Harap tak terjelepuk kat atas tanah je..


-chugie-

Friday, June 25, 2010

Nak tau Ranking Blog korang tak?

June 25, 2010 12 Comments
Salam..





Tadi aku g lah jenguk ke Blog Kak Syidah, dan terbacalah entry tentang "popularkah aku?"
Ingatkan ape lah kan, baca lah entry "popularkah aku" tu..
Rupenya kak syidah baru tau ranking blog dia..

Makanya, aku pun try lah jugak.. nak gak ler tau ranking blogku yang kerdil ini.. eheheh:D

Dan ini lah hasilnya...

Hasilnye :

Malaysia ranking : ke 48K..

ohohoho... banyak tu...

Korang nak cuba ke?? klik je Alexa ni..

sekian dulu,

-chugie-

Assalamualaikum..

June 25, 2010 11 Comments
Assalamualaikum..

Salam jumaat yang penuh dengan keberkatan..
Moga hari ini kita mendapat keberkatan dariNya.

Emm.. tak ada banyak pun nak di posting kan hari ini..
mungkin hanya ini je lah entry untuk hari jumaat.

Line talifon di rumahku masih lagi rosak.
entah bila nak baik, aku pun tak tau lah..
geram, sudah..
sakit hati, pun sudah..
marah, belum lagi buat..
Mungkin hari ni nak laungkan kemarahan aku pada pihak TM kot.. harus kan?

Dah banyak cerita travelku yang terbiar ni,
bila nak ok nye line talifon, aku pun tak tahu..
hopenya, esok lusa ok lah..

Cerita ceriti dari travelku, jalan2ku dan shopping maping ku pun,
dah tergendala nak di posting kan.

owh ya, tentang perkembangan rumahku juga..
dah nak sampai ke penghujung ni..
insyallah next week dapat kuncinye..
tak sabar betul lah!

ok lah, sekian dulu bebelan di waktu pagi jumaat..
tak boleh nak update banyak2 bila gunakan PC opis ni..
harus berpada2.. nanti ada yang jeling2 lagi..
tak best kan??


ok lah... wasalam..
-Puan Chugie-

Thursday, June 24, 2010

Pemenang GAku.. -Lucky Draw!

June 24, 2010 15 Comments
Salam..
Seperti yang telah di war2kan, cabutan bertuah telah pun aku lakukan,
memandangkan tiada peneka yang tepat untuk Go Go travel Giveawayku itu.
Makanye dengan rasa penuh kesyukuran dan gembiranya,
aku umumkan.. pemenang bertuah itu adalah..
*
*
*
*
*
jeng..
jeng..
*
*
*
*
*
*
*
*


NO 24 - iaitu, nieda....
tahniah! tahniah!!!!!
Dan dek kerana hatiku yang sangat baik ini,
ada 1 lagi cabutan bertuah aku telah buat tau!
pemenangnya adalah..........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
No 17 - iaitu, kayyana...
sila beri Nama, alamat dan no talifon korang pdku ye..
boleh tinggalkan di entry ini,
atau boleh email ke zumizie@yahoo.com
sekian dulu... pada yang tidak bertuah, jangan putus asa ya!!
cuba lagi..
daaaaaaaaaaa
-chugie-

Dah.. dah.. kerja! kerja!

June 24, 2010 7 Comments
Salam...
Hari ni, berakhir sudah honeymoon session di office..
Bos aku dah masuk kerja balik... uwwwaaaa!!
makanya, tak dapat lah bertenet dengan tenang nye! huhuhuhu


pic ehsan dr mr google..
Agaknye macam ni lah keadaan aku skang ni kan? huhuu...
x besh! x besh!.... uwwaaaaa!!

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates