Saturday, July 3, 2010

Terima Kasih semua..

July 03, 2010 10 Comments
Salam..

Alhamdulillah.. masih lagi dapat bersiaran ni.
Kesihatan agak merudum masa ni,
mintak2 tak semakin teruk lah..
risau gak kalau2 kena morning sickness ni.

Sekarang kat rumah pun, asyik melepek je..
kat opis, alhamdulillah.. masih ok.. walaupun terpaksa menggagah kan diri.
Makan, dah semakin berkurangan.. dah makin tak lalu nk hadap makanan.


ok lah, tak mo bebel pepanjang lah..
Sebenarnye nak ucapkan TERIMA KASIH banyak2 pada kawan2 yang sangat baik hati,
bagi ucapan tahniah dan doa2 untuk aku dan baby..

Nanti2, aku try posting kan cite2 pasal fatin plak lah..
dah banyak perangai anak dara ku ini.
dari sehari ke sehari, try nk post cite tentang fatin,
tapi, semangat tak de lagi lah..

Sekian dulu..
daaaaaaaa!

-chugie-

Friday, July 2, 2010

Alhamdulillah.. positif dah!

July 02, 2010 30 Comments
Salam..

Alhamdulillah, syukur...
Di hari jumaat yang sangat mulia ni,
Aku rasa bersyukur dan gembira sangat..
walaupun badan rasa tak berapa nak sihat lagi ni..

Hari tu, lepas je entry tentang RASA tu..
Ramai kawan suh buat test urine..
Balik dari opis, terus lah ke farmasi untuk beli UPT..

Sampai umah, terus buat test tu..
Alhamdulillah, positif!
Sebenarnye masa nak test tu kan, punye lah nervous tau!
Rasa takut dan rasa yang tak dapat nak di gambar kan..

Last2.. bila dah dapat result, baru rasa lega..
dan juga rasa terkejut gak..

So, semalam baru aku g buat cek up kat PMC (tempat biasa)
so, memang confirm dah ada isi lah..
doctor scan, n die kata masih baru lagi..
Dalam 5 minggu..

Hope, segalanya berjalan dengan baik..
dan doakan yang terbaik untuk kami ye..

Daaaa dulu k..
kesihatan x berapa baik buat masa ni..


pssst: gambar tak sempat nk uplaod dalam ni.. hanya entry sahaja!



-chugie-

Thursday, July 1, 2010

Travelku..#Last - Pekan Baru Indonesia

July 01, 2010 17 Comments
Salam..
Ok, last part tarvel kami di Indonesia..
Untuk Hari terakhir ni, kami cuma pusing2 sekitar bandar Pekan baru ni je..
+ shopping maping skit barang2 yang berkenan kat hati..
Cuma harga di Pekan Baru agak mahal dari di Tempat lain.. mungkin di kawasan bandar kot kan?..
Macam2 kami jumpa tau, Bank CIMB pun ada gak kat sana.. eheheh:D
Cam jakun jap aku ni bila nampak CIMB ada kat indon heheheh:D
Luas betul CIMB punye jajahan ek!


Jalan2 dulu di shopping Mall di Pekan Baru ni..
Nama Mall ni, Plaza Sukarama..
Biasalah kan, kalau nama pun shopping Mall, macam2 ada tau!
harga pun murah2 je.. tapi, tak semurah kat Bukit Tinggi.


Sebelum ke Airport, kami ke Balai Seni Budaya Pekan Baru dulu..
Tak de buat pe pun..
Kebetulan Suami makcik kami ni ada projek seni budaya kat sana, so dapat lah cuci mata tengok kawasan tu..
Besar giler Balai budaya dia.. macam istana tau!


Kat dalam sekitar kawasan Bangunan tu ada rumah2 contoh mengikut bangsa di sana..


Ada Rumah Riau, Rumah Minangkabau, Rumah Bingkalis dan lagi satu rumah aku tak ingat lah.. Aku sempat snap 3 rumah tradisi tu je.. yang selebihnya aku x sempat n tak larat nak snap dah!
Letih sangat dah time tu..
Ok, tu je lah cite tentang travel aku...
sekian dulu..
yeay! dah abis dah...
-chugie-


Wednesday, June 30, 2010

Rasa...

June 30, 2010 13 Comments
Salam..

Aduhai lah.. Kenapa lah..
Apalah.. Mengapa lah..

Dah seminggu dua ni aku rasa semacam je lah..
lelebih lagi minggu ni.
Tekak rasa semacam..
meloya tak menentu.
Rasa nak makan, tapi bila dah makan, Rasa nak kuar balik..

Dalam kepala berlegar2 nak makan macam2..
tapi bila dah dapat, rasa tak lalu nak telan.

Badan aku..
owh.. badan rasa cam ala2 lembik je..
nak kata tak makan, dah makan dah..
nak kata makan sikit, x lah jugak..

Nak demam ke?? tapi dah lama sangat dah rasa2 ni..
tak jugak demam2..
aduhai lah...

Nak sakit ke?? aduhai.. sakit apa ni??

Ni tengah kerja pun rasa tak lalu je nak bekerja..
Rasa nak landing je atas lantai..
Nak landing kan kepala kat bantal..
Nak landing kan badan kat tilam..

Aduhai lah.. kenapakah?
mengapakah? apakah?

eeeeeeeee.. x best!


-chugie-

Travelku #3 - Bukit Tinggi, Indonesia.

June 30, 2010 20 Comments
salam..
ok, kali ni part ke Bukit tinggi pulak ye..
Owh ya, ada kawan tanya, macam mana dapat idea jalan2 travel camni ye? kan dh inform dalam #1 aritu.. yang kami ke Indonesia bukan setakat travel semata.. tapi melawat saudara mara kami yang tinggal kat sana..
Ok, berbalik pada travel kami ke Bukit Tinggi ya..
Memandang makcik kami ni Cikgu, maka hari ahad jelah masa untuk dia bawa kami ke tempat ni. Kami kat sana pun 2 hari 1 malam je, dan aktiviti kat sana, sangat2 express..
jom layan pics ya!

Gambar atas tu diambil masa berada di hotel yang kami inapi..
suasana pagi dia memang nyaman.. tapi Bukit Tinggi dah tak sesejuk dulu..
Orang kata, dulu Bukit Tinggi macam kat genting tau! Tapi Sekarang, biasa2 je..
Cuma Tempat tu tak sesibuk macam kawasan bandar lain lah..


yeay!! ini lah aktiviti pertama kami..
sempat posing dulu depan kereta kuda ni sebelum kami naik..

yeay!! jalan2 time.. bayaran menaiki kereta kuda ni Rp30,000. Kalau convert duit malaysia dalam belas2 RM je..
kami sewa 3 biji kereta kuda, dan dibawa pusing2 ke sekitar kawasan Bukit Tinggi tu.
Memang happening dan seronok sangat naik kereta kuda sambil menikmati permandangan sekitar kawasan BT.

Ha.. ni yang paling best tau!
Ini di Kawasan bersejarah.. nama nya Kawasan Lubang Japang!
Nama pun dah tau kan??

pemandangan dia memang memukau kalbu.. tapi sayang, masa ni bateri kamera, hp dan lain2 dah kong! jadi tak dapat nak snap2 pic kat sekitar kawasan lubang japang tu.

+ aku tak berani nak masuk ke Lubang Japang, seram wei!! kang tak tido malam plak kang! cuma Hubby, BIL dan anak buah aku je yang masuk.. kami yang lain cuma jalan2 dan tinjau2 kawasan luar lubang japang tu je.

gambar atas ni merupakan sekitar tempat beli belah di BT.. tapi sayang, kami tak sempat menjelajah keseluruhan pasarnye.. memang sangat2 rugi dan frust sangat tau!

kami shopping pun di Pasar aur.. yang rupanya pasar tu tutup pukul 1 ptg hari ahad..
Sempat lah beli ole2 untuk di bawa balik ke Malaysia..

Gambar di sekitar kawasan Bukit Tinggi..


Gambar atas belah kiri tu adalah gambar di Dataran Jam Gadang..Biasanye pelancong akan singgah kat sini untuk bergambar sebab ini merupakan Trade mark utama di Bukit Tinggi ni.
Gambar atas belah kanan tu adalah Hotel The Hill dan juga merupakan hotel yang paling besar dan cantik.

Gambar Kiri bawah merupakan Shopping Mall yang terbesar di sana.. aku pun lupa lah apa nama mall tu.

Dan yang belah kanan bawah ni pulak Bank negeri dia.. lebih kurang cam bank negara kat sini kot kan? :D

Untuk pengetahuan, terdapat banyak tempat2 bersejarah di Bukit Tinggi ni.. antaranya masa perang antara indon dan jepun, Belanda dan banyak lagi.

Abis part kat BT ni, kami ke padang pulak Jalan2.. tapi tak de lah sampai betul2 kat Padang sebenarnye, cuma sempat ke sempadan antara BT dan Padang je..
Memandangkan masa tak mengizinkan, kami cuma sempat lalu kat kawasan yang di landa gempa aritu je..

Yang paling menariknye, dapat tengok kawasan tanaman padi bertingkat kat atas bukit dan kebun sayur nye..memang cantik, tenang dan hijau je..

Rugi sangat sebab tak dapat abadikan gambar2 tu sume dalam ni..ishhh!!


Sekian dulu..
next entry part akhir kami di pekan baru pulak ye..
daaaaaaaaaaaaa...
-chugie-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates