Saturday, August 14, 2010

Nak cuba bikin kuih Onde Onde..

August 14, 2010 14 Comments
pic ehsan dari incek yahoo..


Salam...

Alahai, sedapnye tengok onde2 tu ye..
Semalam dah plan nak cuba buat onde2 tau..
Aku dah siap beli tepung pulut dan ambil resipi dari web lg..
Last2, tepung pulutnye tinggal dalam kereta..
memandangkan hujan agak lebat semalam,
nak keluar ke kereta memang lah sangat malasnya,
walaupun kereta depan umah je.. ngeh..ngeh..ngeh..

Makanya, dengan semangat yang masih berkobar2 nya,
akan aku cuba juga usahakan untuk bikin onde2 sendiri..

dah lama sebenarnya kepingin nak bikin onde2 ni..
nampak macam senang kan?
tapi bagi aku yang baru pertama kali mencuba ni,
rasanya macam susah juga lah..

apa pun, aku akan cuba juga untuk bikin onde2 sendiri...
kalau jadi, nanti aku tayang kat korang ek! :D

k lah... nak g buat keje jap!
selamat berhujung minggu semuaaaaaaaaaaaaa!!!

cheeerrrsss...
-chugie-

Friday, August 13, 2010

Hukuman Mati bagi buang dan bunuh bayi

August 13, 2010 15 Comments
Salam..

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-3 kita berpuasa..

Semalam Aku tengok Buletin Utama,
Hukuman mati akan di kenakan bagi si pengkejam yang membuang dan membunuh bayi.
Alhamdulillah, pihak berkenaan dah pun keluarkan undang2 bagi menghukum manusia yang sangat2 kejam,
dan tak berperasaan ni..

Rasanya, hari2 aku dengar berita tentang pembuangan bayi dan kes bunuh bayi.
Yang amat memalukan adalah bangsa kita sendiri..
Entah mana lah hilangnya kewarasan akal dorang ni.
Sanggup melakukan pembunuhan sekejam ini..
Mungkin dek kerana terlalu bebas bersosial..

Kepada kerajaan, aku ucapkan tahniah sebab telah membuat satu langkah yang sangat bagus ni..
Hukuman mati memang merupakan hukuman yang sangat2 wajar dan setimpal dengan manusia kejam ni!

Kepada si penkejam yang melakukan kekejaman tu,
berwaspada lah korang semua..
yang dah tertangkap tu, dah tahu apa ape yang dorang akan terima,
yang masih belum di tangkap tu, bersedia lah korang!
Sepandai2 tupai melompat, akan jatuh ke tanah juga.

Untuk kita semua, sama2 lah berdoa moga anak2 kita tidak terjebak dan mengikut kelakuan yang tidak berperikemanusian dan sangat kejam ni..

cheeerrrrsss!

-chugie-

Wednesday, August 11, 2010

HALAQAH Sentuhan Qalbu : Ibu & Bapa

August 11, 2010 4 Comments
Salam..

Dah petang baru dapat buat 1 entry.
busy skit lah hari ni..
Alhamdulillah, di hari pertama puasa ni, rasanya ramai yang bersemangat kan?

Ok, nak cerita pasal siaran rancangan HALAQAH semalam..
jam 10 malam..
seperti biasa lah, bila dah ada anak kecik ni, memang tak de lah buat tarawih kat surau.
So, malam semalam aku tengok rancangan HALAQAH, dengan tajuk AYAH & IBU.

Masyaallah...
Tajuk kali ni memang meruntun jiwa, menyentuh perasaan, dan buat aku menghamburkan air mata.
Bukan aku je tau,
Malah penonton, panel jemputan dan pengacara yang ada dalam studio tu pun mengalirkan air mata.

Kupasan semalam berkisarkan ayah dan ibu kita..
dimana sentuhan qalbu tu di sampaikan oleh Sdr. Dudi Supriadi
yang memeng sangat2 menyentuh perasaan.
Aduhai lah..
Besarnya pengorbanan seorang Ayah & Ibu..
Memang tak akan terbalas segala jasa mereka..

Dan buat aku sedar.....
dan aku menangis....

Siapa yang mengikuti rancangan semalam,
akan dapat rasa apa yang aku dan penonton kat sana rasakan..
sangat2 meruntun jiwa..

dikala aku menaip entry ni pun, memang akan teringat tentang rancangan semalam,
dan pasti.. aku sangat2 sedih..


ok........................... tutup cite sedih lah! nanti banjir plak.

Korang plan masak apa berbuka arini ya??

Selamat berbuka puasa ye kawan2 ku sekalian.
daaaaaaaaaaaaa...


-chugie-

Tuesday, August 10, 2010

Selamat menyambut Ramadhan..

August 10, 2010 10 Comments
Salam..

Alhamdulillah... Ramadhan datang lagi..
Syukur.. padaNYA... sempat aku bertemu ramadhan untuk kali ni..

Di kesempatan ni, aku nak mohon ampun dan maaf,
Sebelum masuknya ramadhan...
mungkin ada yang tersilap kata, terkasar bahasa kan..

Moga Ramadhan kali ni akan dapat memberi sinar baru dalam hidup kita..
dan moga kita dapat mengerjakan ibadah puasa ini dengan penuh pengertian
dan penuh mendalam...

Sekian dulu...jangan ponteng puasa suka2 hati ye..
-chugie-

Wednesday, August 4, 2010

Ada ke yang rindu??

August 04, 2010 17 Comments
Salam...

hi... korang semua sihat ke? ceria tak? gembira tak?
moga korang semua ceria dan bahagia selalu..

Dah lama juga aku tak aktif dalam blog ni kan..?
kekangan waktu dan kesihatan yang tak mengizinkan.
Hajat dan niat di hati ni memang nak update blog,
tapi nak buka blog pun aku rasa malasnye lah..
ada juga jenguk2 blog.. tapi setakat baca je..
nak menaip untuk meninggalkan komen tu, memang lah bercintanye..

eiii.. malasnya lah aku sekarang ni..
Tapi insyaallah, lepas ni akan aktif balik..
sebab morning sickness ku dah berkurangan..
aku dah boleh makan, walaupun masih rasa loya..

Ubat tahan muntah pun aku dah stop makan,
sebab aku nak tahan muntah ni secara semula jadi..
kadang2 perlu ajar diri sendiri untuk menahan segalanya kn?
Tak nak lah asyik mengharap pada ubat je..

Susu anmum pun aku tak berapa nak minum untuk pregnant kali ni,
sebab tak boleh masuk langsung..
kalau masuk, sure muntah.
Aku cuma minum susu biasa je, dan kadang2 air soya..

Kesihatan buat masa ni tak berapa baik..
Dah beberapa hari aku di landa batuk dan selsema, selamat tak demam..
Fatin pun sama, batuk dan selsema dah seminggu lebih.
cuma fatin tetap lasak walaupun tengah tak sihat.

tu je lah buat masa ni k.. esok akan update lg..

daaaaaaaaaa
-chugie-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates