Thursday, November 4, 2010

Semua dalam 1

November 04, 2010 14 Comments
Salam..

Tak tau nk bubuh tajuk apa, so belasah je lah.. sebab entri ni banyak part!

1. Tentang KFC
-Tadi kan, 1 group Saleman (kat opis ni banyak group & berpuak2) kat opis ni tapau kfc, tp malangnya x pelawa pun aku.. terliur dah tau! cam sedih pun ada sebab dorang x de pun ajak2 ayam kat aku yg sedang ngandung ni huhuh..bau die satu opis ni bleh cium.. Nak ajak kawan opis lain g kfc, dorang x nk plak, sebab ada yang puasa.. makanya, terus call hubby ajak p lunch kat KFC. Mujur die free.. :D sedih wo... :(

2. Menjawab komen entri pagi td..
- ooo.. korang cayang fatin je ek? umminye x cayang ke? ekekekeke...
- memang sangat2 terharu bila fatin ucapkan ayat tu tau!

3. Gaji..
- aku dah dapat gaji.. tp budak2 sale masih belum dapat lagi.. sian dorang! Tadi dah g bank in cek.. harap2nye cepat lah clearnye..

4. Sok cuti..
- bestnye lah kan.. sok dah cuti.. pada yang cuti sabtu tu, lagi lah bestnye betul tak?
bleh lah rehat2 kat umah... ekekek..
-Mesti ramai yang pakat balik kampung kan? berhati2 di jalan raya ye..

Sekian dulu entri "semua dalam 1"
daaaaaaaaaaaaa
-chugie-

Bisa gugur jantung ummi!

November 04, 2010 19 Comments
Salam..
alahai anak ummi..
bikin hati tercuit je tau!
bikin jantung gugur.. :D
Sekarang ni fatin dah pandai cakap sayang tau..
tapi pronounce die 'cayang'
Agaknya asyik dengar aku sebut 'cayang ummi..'
yang mana boleh dikatakan tiap masa dengan dia aku akan sebut perkataan tu..
lelebih lagi bila nak tido..
dan sekarang dia dah pandai sebut untuk aku..
bila time nak tido, tengah guling2 ala2 hindustani,
die akan sebut "cayang ummi.." cayang ummi.."
Bukan takat tu je, siap kiss lagi..
kiss pipi, kiss dahi, kiss mulut..
aduhai lah.. terharunye ummi..

dah besar dah anak ummi ni..
Makin banyak pe'elnye..

Makin mencuit hati..

"ummi cayang fatin................"

-chugie-

Wednesday, November 3, 2010

Sedih ni..

November 03, 2010 9 Comments
Salam..

Sedih ni..
Jadinya nak meluah kan lah gak rasa ni..
Sedih + geram..

Yelah, sampai hari ni bayang2 nak dapat gaji tak nampak2 gak..
bos plak asyik menghilangkan diri je..
eee.. x patut lah!

Masa perlukan khidmat kita, nak hit target dia..
dan nak hit untuk dapatkan lebihan duit kat poket dia,
macam2 di suruhnya..
buat kerja cepat2..
buat kerja jangan salah..
MESTI HIT target..
MESTI dapat register banyak2 bulan ni..

Dah malam2 pun sanggup call aku suh datang awal esok pagi,
sanggup remind aku banyak2 kali,
sebabnya..semata2 nak Suruh buat kerja awal2..
Suruh bawak balik kerja..
Suruh pastikan HIT tu tercapai..

Semata2 nak dapat kan RM berlebih untuk poket dia sendiri..
Kita yang jadi mangsa keadaan kelam kabut.

And at last...bila time gaji,
di lambat2kan..
dan buat dek je..

geram betul...


eee...k lah! dah meluah pun..
daaaaaaa
-chugie-

Pentingnya Insuran Nyawa!!

November 03, 2010 8 Comments
Salam..

Ok, kali ni nak berentri mengenai insuran nyawa pulak.. dan kepentingannya pada kita.

Kenapa aku kupas hal insuran nyawa ni?
Bagi aku, insuran nyawa merupakan aset yang penting untuk kita,
Bukan sebab untuk mendapatkan keuntungannya ya.. tapi lebih kepada pelindung dikala kesusahan..
Contoh: sekiranya berlaku kemalangan kepada kita, yang memerlukan kita di rawat/di bedah, insuran yang telah dibeli dapat membantu kita dari segi membayar kos perubatan dan rawatan di hospital. Di samping terdapat insuran yang memberi wang pampasan sekiranya berlaku keadaan yang tidak di ingini kepada kita atau ahli keluarga kita.

" membeli insuran ni bukan bererti kita meminta untuk MATI!, tapi sebagai satu langkah perlindungan keatas diri kita dan juga ahli keluarga kita di masa hadapan..."

Apa itu Insuran??
Apabila anda membeli polisi insurans dengan membayar premium kepada syarikat insurans anda telah mengikat kontrak dengan syarikat insurans yang akan berkewajiban membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui apabila berlaku sesuatu kemalangan atau kematian terhadap anda.

Insuran nyawa
~Ia bertujuan untuk memberi jaminan kewangan kepada anak-anak dan tanggungan lain yang berada di bawah tanggungan pencari nafkah jika beliau meninggal dunia.
~Jika berlaku kemalangan, Insurans di gunakan sebagai pelindung sekiranya berlaku keadaan dimana kemalangan itu memerlukan perbelanjaan yang tinggi, yang mana tidak dapat di biaya oleh si mangsa atau keluarga mangsa.

Panduan Untuk membeli insuran
1. Pastikan ejen insurans anda berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
2. Bacalah polisi insurans daripada ejen anda tentang syarat-syarat yang terkandung di dalam polisi dan semak penjelasan itu dengan PIAM atau rakan-rakan yang mungkin telah mengambil polisi yang sama.
3. Pastikan semua faedah yang akan diperolehi dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian.


Untuk lebih maklumat mengenai insurans, boleh lah hubungi;
1. Persatuan Insurans Am Malaysia
Tingkat 3, Wisma PIAM
150 Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur

2. Persatuan Insurans Nyawa Malaysia
49, Jalan Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur.

Info dari sini : http://www.sabah.org.my/bm/konsumer/panduan_pengguna/insurans.asp

Sekian dulu..
"Sharing is caring right?"
-chugie-

Rumah dah siap semua..lega!

November 03, 2010 16 Comments
Salam..
alhamdulillah.. setelah hampir beminggu juga menghadap rumah ni,
akhirnya settle jua.. lega rasanya bila tengok rumah dah ready camni.
kerja cat mengecat dah settle,
kerja membuang sampah pokok dan rumput2 pun dah settle,
kerja membaiki paip dan memasang kipas juga dah settle..
Sekarang ni cuma nak beri green light pada penyewa kami tu masuk je..
sian dia, patutnya dia dah masuk minggu ni, tapi kami mintak dia postpone kejap..
Selamat penyewa tu baik hati gak..


warna kuning jadi pilihan kami..
kebetulan penyewa pun puas hati dengan warna ni..
selamat..
lantai semua dah settle di bersihkan dan di mop!
penatnya jangan cakap lah..
sebab hari sabtu tu hanya aku dan suami je yang bersihkan dalaman rumah..
pinggangku macam nak patah lepas mengemop tu..
Ahadnye baru adik beradik ku turun padang tolong mengemas sampah sarap pokok dan rumput..
serta baiki paip2 yang dah di rosakkan oleh penghuni lama ni..
Dah petang, lepas semua kerja settle, hujan pun turun dengan lebatnya..
hujan rahmat gamaknya kan? :D
see.. lebat gila kan?

sekian dulu..
rumah ku syurgaku..
-chugie-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates