Kan dah kene sebijik!
Unknown
November 29, 2010
18 Comments
Salam..
emm..nak tau tak?
aku telah melazer orang jumaat lepas..
tapi bukan lah secara depan2,
tapi secara belakang2..
orang tu belakang aku je.
Cite die camni,
kami sefamily keluar makan malam..
time tu keadaan aman je, dan tenang dengan udara segar selepas hujan.
memang nyaman je tau!
Tengah kami makan tu, tiba2 ade plak orang belakang aku ni menghembuskan asap rokok..
makanya asap tu pun telah melalui muka aku,
bukan sikit tau, tapi berkepul2 hingga menggangu pernafasan aku.
dan dengan rasa geramnye aku terus melazer orang tu dari belakang!!
masa tu, aku buat2 pandang hubbyku, dan kate,
" eeeeeeee..mangkuk hayun betul lah!"
"siapa pulak lah yang sesuka merokok ni?"
"merokok ikut suke je.. agak2 lah skit asap rokok tu.."
dah lah aku tengah mengandung ni!"
"ape tak nampak ke budak kecik kat sini???!"
(aku cakap dengan nada yang sengaja kuat sebab nak bg die dengar)
haaaaaaaaa amik ko!
padan muka, siapa suruh merokok kat belakang aku?
pastu dengan suka suki die je hembus asap kat aku.
Fatin plak memang ngam2 tengah makan kat sebelah aku.
Makanya, kami berdua lah yang paling teruk kena asap rokok tu..
dan lepas aku melezer tu,
dah tak de asap dah berdendang2 kat meja makan kami.
Selamat orang tu paham bahasa.
kalau tak paham gak, memang aku snap pic die and pampangkan kat blog ni!
pssst: aku memang anti perokok, lelebih lagi yang x concern! mujur suamiku bukan perokok.
sekian dulu,
edisi men'lazer' orang ekekekek:D
-chugie-