Monday, January 17, 2011

Alhamdulillah.. Lega..

January 17, 2011 20 Comments
Salam..

Hari ni aku tersangatlah sibuknya ..
Baru sempat nak berBLOG ni.

Mulanya nak update dirumah,
tapi masa dan keadaan tak mengizinkan aku..

ALHAMDULILLAH.. syukur Pada Allah.
Keputusan dari detail scan yang aku lakukan 99% ok.
Dari penerangan pakar scan,
Semua organ babyku normal, dan dalam keadaan yang baik,
sama seperti baby2 yang lain..
maknanye buah pinggang, ginjal, jantung, kaki tangan semua ok..
Alhamdulillah...Aku rasa sangat2 lega..
Cuma di bahagian saluran darah nak ke jantung baby tu je, ade sedikit kekaburan..
Pakar tak dapat nak scan dengan jelas..sebab baby dah besar, dan keadaan dalam tu dh agak sempit.
Puas jugak die godek2 perut aku masa scan tu, tapi still tak dapat tengok dengan jelasnya.
Baby pulak sedang lasak kat dalam perut aku time tu.
Agaknye die tak suka kene ganggu kot kan? ;p
cuma katanye, insyallah.. tak de pape masalah..
Hanya boleh tunggu baby lahir, dan biar pakar baby pulak scan dia untuk lihat sebarang masalah pada saluran tu.

Dan lagi katanya, dari kiraan tentang air ketuban tu,
memang sangat2 banyak.. Dia pun tak terangkan secara lanjut, sebab itu bahagian doctor.
Doctor ratna akan explain pada next appoinment..
katanya, biasanya punca air ketuban banyak di sebabkan kandungan gula jugak..
emm.. entah lah, harap2 bukan lah masalah besar.

Memandangkan buat 3D scan,
Kami dapat lah tengok muka baby..
owh.. rasa sangat2 teruja dan syahdu tau, bila dapat tengok muka dia..
happy pun ada, bila muka tembam baby aku dapat di lihat dengan jelasnya..
1st time buat 3D scan, memang betul2 menakjubkan lah..
sebab kita dapat tengok muka baby yang ada dalam perut kita tu!
subahanallah.. maha besar allah kan, yang dapat beri macam2 pengetahuan pada kita.

ok lah.. next time aku try cari info tentang 3D scan ni plak ek..
insyaallah..

daaa
-chugie-

Saturday, January 15, 2011

Gonna do a detail scan today... takuttttt!!

January 15, 2011 10 Comments
Salam..

owh.. tetiba rasa seram, rasa kecut perut.. rasa macam2 plak pagi ni..
silap2 sampai masa scan pun ada rasa2 tu sume..

Scan nye akan di lakukan malam ni,
Doc Ratna dah fixed appointment dengan pakar scan malam ni jam 8.45mlm
eiii.. seram sejuk lah jugak..

Moga2 dengan izin Nya,
dengan rahmatNya..
di permudahkan segalanya untuk aku dan baby..
Moga segalanya juga dalam keadaan baik2..

Ya Allah.. sesunguhnya hambamu ini teramatlah risaunya..

to baby: dont worry k.. everything will be ok. Baby must b strong, as strong as ummi...even am feel so worried now.(haih.. cam lah die leh dengar kan?)

-chugie-

Friday, January 14, 2011

Info: Air Ketuban Banyak

January 14, 2011 12 Comments
Salam..

Harini aku agak sibuk.. banyak sangat kerja nak buat.
Nak ziarah ke rumah kawan2 pun, curi2 masa ni..

Kat sini aku nak share sikit info tentang masalah yang aku sedang hadapi..
Tentang AIR KETUBAN YANG BANYAK..

Jom Layan...

- Air ketuban yang terlalu banyak (polihidramial) boleh menjejaskan kesihatan bayi.
- Antara risikonya ialah air ketuban pecah awal dan menyebabkan wanita bersalin lebih
awal dari tarikh dijangkakan.
- Keadaan ini boleh disebabkan penyakit kencing manis atau masalah darah.

- Bagaimana seseorang wanita boleh mengalami masalah berlebihan air ketuban?
Tiada siapa tahu jawapannya kerana kuantiti air ketuban ditentukan oleh bayi.
Jika bayi menelan banyak air dan kurang kencing, kuantiti air ketuban berkurang dan
begitu juga sebaliknya. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, masalah ini selesai sendiri

Info aku dapat dari sini :-http://www.fmgc.com.my/global/doc/bayi.pdf-


Fungsi air ketuban
Ada bermacam fungsi cairan ketuban. Di antaranya sebagai bantalan/peredam atau pelindung yang menjaga janin terhadap benturan dari luar. Cairan ketuban juga memungkinkan janin leluasa bergerak sekaligus tumbuh bebas ke segala arah. Selain itu sebagai benteng terhadap kuman dari luar tubuh ibu dan menjaga kestabilan suhu tubuh janin. Cairan ketuban juga merupakan alat bantu diagnostik doktor pada pemeriksaan amniosentesis.
Perlu diketahui, air ketuban tidak membuka apalagi mendorong janin keluar. Yang bertugas untuk itu adalah kontraksi rahim (his). Jadi walaupun ketuban sudah pecah atau kadar airnya tinggal sedikit, pembukaan mulut rahim dan dorongan bayi untuk lahir tetap akan terjadi selama ada kontraksi.



Volume air ketuban mestinya tidak sama dari waktu ke waktu. Volume ini mengalami puncak di umur kehamilan sekitar 33 minggu, yakni sekitar 1-1,5 liter yang berangsur berkurang mendekati kehamilan cukup bulan (40 minggu). Pada kes hidramnion, volume boleh mencapai 3-5 liter yang umumnya terjadi setelah umur kehamilan mencapai 22 minggu atau sekitar 5 bulan.


Penyebab berlakunya masalah ini :
- Produksi air seni janin berlebihan.
- Ada kelainan pada janin yang menyebabkan cairan ketuban menumpuk, iaitu hidrosefalus, atresia saluran cerna, kelainan ginjal dan saluran kencing kongenital.
- Ada sumbatan/penyempitan saluran cerna pada janin sehingga ia tak boleh menelan air ketuban. Hasilnya, volume air ketuban meningkat secara mendadak.
- Kehamilan kembar, karena ada dua janin yang menghasilkan air seni.
- Ada proses infeksi.
- Ada hambatan pertumbuhan atau kecacatan yang menyangkut sistem saraf pusat sehingga fungsi gerakan menelan mengalami kelumpuhan.
- Ibu hamil menderita diabetes yang tidak terkontrol.
- Inkompatibilitas/ketidaksesuaian Rhesus.

CARA MENGATASINYA:
Cara yang biasanya dilakukan adalah dengan menyedut atau mengeluarkan sebagian cairan ketuban melalui sebuah jarum khusus yang dimasukkan dari permukaan perut yang disebut dengan amniosentesis. Cairan tersebut akan diperiksa sel-sel kromosomnya untuk ditelusuri apakah ada kelainan. Tindakan ini dapat dilakukan berulang kali sampai kehamilan cukup bulan. Tindakan ini juga dapat digunakan untuk mengurangi rasa sesak si ibu yang kadang tak tertahankan.

info ni aku dapat dari : http://www.hypno-birthing.web.id/?p=262

sekian dulu,
-chugie-

Thursday, January 13, 2011

Sayang Korang semua..

January 13, 2011 14 Comments
Salam..

lambat nak berentri arini..
banyak kerje.. jadi dulukan yg mana patut lah ye.

emm.. sejak dari hal itu, entri kat blog ni pun asik sedih je kan.
bertambah2 sedih di buatnye..
blog pun cam suram muram je..

CERIA LAH wahai HATI blogku..
semoga keceriaan itu sentiasa bersama aku..
walaupun ada mendung..

apa pun, sayang kat sume kawan2 yang sudi singgah dan beri kata2 semangat tu!
SAYANG KORANG SEMUA TAU!!

TANPA KORANG, siapa lah aku.. mungkin akan sentiasa sedih je.
DISEBABKAN KORANG.. aku rasa agak cool buat masa ni
Aku akan teruskan bersabar.. sementara menunggu kepastian..

Terima kasih juga atas doa2 KALIAN...
AKU SAYANG KORANG TAU!!

daaaaa
-chugie-

Wednesday, January 12, 2011

Moga aku lebih tabah..

January 12, 2011 22 Comments
Salam..

Terima kasih pada kawan2 yang beri semangat, sokongan dan nasihat pada aku..
walaupun bukan senang nak terima,
tapi.. aku sedang cuba untuk terus cool.
Kalau sebelum2 ni, aku yang bagi nasihat pada kawan2 yang sedang bermasalah,
tapi sekarang ni, masa aku pulak menerima nasihat2 tu..
Aku juga masih mengharap dan sentiasa berharap segalanya di permudahkan olehNYA.

Hari ni aku sampai awal kat opis..
jalan jem macam biasa,
tapi otak dan minda ni entah kemana.
Tak abis2 lagi pikir hal itu..

ye, aku menangis.. tapi berselindung.
Aku tak akan menangis depan orang..
sebab aku tak suka orang lain pun turut join aku menangis.
Tiap kali memikirkan apa yang doc cakap aritu,
hati dah semestinye akan jd sayu je..

Cuma akal masih kuat mengingati ALLAH..
AKu berserah segalanya PADANYA.
cuba untuk tidak mendengar dan melihat sudut negatif..
dan juga berharap ada perubahan pada segala yang doc cakapkan.

Ya Allah.. kuatkan lah hambamu ini..
Ya Allah.. lindungilah babyku ini..

-chugie-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates