Friday, March 18, 2011

Wah.. ramai dah kena BADIku..

March 18, 2011 13 Comments
Salam..

ekekeke.. yeke BADI? bukan.. bukan..
tu semua RAHMAT kan??

Apa kes lah aku ni kan??
Alhamdulillah, ramai dah kawan2 yang bakal ikut jejak langkahku..
Bakal punya cahayamata lagi..
means, pregnant lah!

dari start aku pregnant dulu, sampai lah dah bersalin ni,
tak henti2 dapat kabar kawan2 blogku mengandung..
macam bersangkut2 plak!
DOA aku masa ngandung untuk kawan2 yang teringin nak ngandung, di makbulkan BUKAN??

Syukur alhamdulillah...
Lepas ni bertambah lah ahli baru kawan2 ku kan??

tak lupa juga yang bakal bersalin dalam tahun ni..
wah.. tak sabar nak tunggu berita gembira dari kawan2 yang bakal melahirkan baby,
dan bakal mengandung tu..

k lah,
jaga diri semua..
daaaaaaaaaaaa
-chugie-

Wednesday, March 16, 2011

Aduiyai.. camne nak maintain kurus ni?

March 16, 2011 15 Comments
salam..

Lately ni, makan sekali rasa macam x cukup je..
mulut ni asyik lah rasa nak mengunyah,
dah lah macam2 ada atas meja tu..
aduiyai.. nk buek lagu mana ni??

Mujur lah masih lagi berpantang kat umah orang..
kalau umah aku sendiri, maunye aku hadap semua makanan tu dari celik mata sampai pejam mata tau!

Dan mujur juga, nafsu lapar ni masih kuat aku control..
walaupun ada masanye, tak boleh di control juga mulut ni dari menjamah segala makanan tu.
owh ye, untuk pengetahuan korang, Mil aku memang tak kuat sangat pantang larangnye,
janji pantang yang patut2 je.. yang lain, segalanya boleh bedal je!

aduiyai.. camne nak buek ni?
kang kembang mambang plak badan ku ini..
agaknye ni semua penangan menyusu kan baby kan?
sebab aku memang sangat2 kerap bagi susu pada Diah..
Diah pulak, memang sangat2 kuat menyusu skang ni..

nampaknye, start keja nanti aku kena jugalah start berpuasa..
supaya ke'slim'an ku kekal maintain.. :D

k lah, daaaaaaa
-chugie-

Tuesday, March 15, 2011

Fadiah dah sebulan..

March 15, 2011 16 Comments
Salam..
Alhamdulillah, hari ni 15/3/2011, genap umur Fadiah sebulan..
Kejap je masa berlalu kan?
pejam celik, pejam celik.. dah sebulan pun umur anakandaku ni.
Dan dah sebulan juga lah ummi berpantang..
Tinggal 2 minggu lagi nak berpantang, dan tinggal sebulan lagi untuk aku bercuti..
Yeayyy!!!
Jom tengok wajah Diah sebulan!!

sedang termenung..
pastu dia pejam mata..

ha.. bukan senang nak snap wajah Diah dengan mata yang terbuka ni tau!
Happy a month Diah!!
-chugie-

Monday, March 14, 2011

Tsunami di Jepun

March 14, 2011 7 Comments
Salam..

Dah beberapa hari ni, aku memang dok tercongok je depan tv tunggu berita selanjutnya tentang Tsunami kat jepun nun..

Kesian sangat2 pada orang2 kat sana.. dengar nya sekarang ni angka yang terkorban dah lebih dari 10,000 orang kan??
nauzubillah... maha besar allah..
Dengan sekelip mata je negara yang aman dan cantik tu di landa Bah yang sangat dasyat ni..

Hari ni dah masuk hari yang ke-4, bencana tu berlaku..
dan hari ni juga masih lagi dengar berita yang Bah tu berlaku lagi di bahagian lain..
Ya allah.. tak tahu lah macam mana keadaannya kalau kita berada di tempat orang2 yang di landa musibbah tu..

Bila aku tengok je berita2 yang terpampang kat tv dan akhbar tentang musibbah ni,
hati terus rasa sangat2 sedih.. sangat2 hiba..
bila tengok air laut memuntahkan isi nya.. abis semua apa je yang ada kat atas daratan.
dengan manusia ilang arah.. dengan harta benda musnah.. dengan segalanya jadi sangat kelam kabut..

Rasa macam tengok kiamat kecil plak!
astaghfirullahalazim.. tak terucap dek kata2.. tak terungkai dek minda.
Takut..sangat takut bila tengok detik2 Jepun di landa musibah tu.
Aku pulak yang menitik kan air mata bila tengok keadaan tu.

Apa pun, moga semua rakyat jepun dan penduduk yang tinggal kat sana,
dapat bersabar dengan ujian yang kuat ni dan teruskan kehidupan..

****Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...***
-chugie-

Rezekiku..

March 14, 2011 9 Comments
Salam...

Hari ni dah pun masuk Isnin.. monday blues gitu kan???
Ape kes lah dengan tajuk tu kan??

Sebenarnye aku antara CRE perodua yang terpilih untuk mendapat penghargaan,
Ni lah buat pertama kalinya company kami terima penghargaan camni tau,
sebelum2 ni tak pernah archive target untuk every quater..
so this year, kami dah dapat!! syukur alhamdulillah.

Makanye, penghargaan telah pun di berikan kepada CRE (aku) dan juga company aku..
Untuk company, kami dapat RM3000..
dan untuk aku, dorang bagi trip ke Vietnam..
Tapi memandangkan aku sedang dalam pantang, dan tak sanggup nak berpisah dengan anak2,
terutama baby.. makanye, aku tak de lah join trip tu..
walaupun rasa rugi je tak dapat ke vietnam, tapi aku pasrah..
atleast aku tak berjauhan dengan fatin and baby diah.

Tapi mungkin dah rezeki aku kan??
baru2 ni ketua kami kat perodua tu call aku,
kebetulan die dapat tahu aku sedang dalam pantang,
makanya die bagi option lain selain join trip tu..
dengan jasa baik pihak perodua, dorang tukarkan trip tu pada cash..
dapatlah aku cash nanti.. alhamdulillah, rezeki kan??
best betul lah.. harap2 lepas ni ada lagi lah penghargaan tuk kami.

k lah.. daa dulu!
-chugie-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates