Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Wednesday, January 3, 2018

Sembelit Ketika Berpantang dan cara mengatasinya

January 03, 2018 0 Comments
Sembelit ketika berpantang memang satu keadaan yang sangat mengerikan di kalangan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Ada yang fobia hingga takut hendak bersalin lagi. Saya juga mempunyai pengalaman berpantang yang menakutkan bila setiap kali lepas bersalin, masalah sembelit mesti menghantui hari2 berpantang saya, terutama minggu awal berpantang tu.

Bila di ingat-ingat kan semula detik berpantang dari anak pertama hingga anak kedua, memang ngeri. Alhamdulillah, mula anak ketiga dan keempat ni saya sudah tidak ada masalah sembelit.


PUNCA MASALAH SEMBELIT SELEPAS BERSALIN?

  1. Di sebabkan masalah hormon progesteron yang tinggi di dalam badan semasa hamil.
  2. Sistem pencernaan berfungsi sangat perlahan semasa proses bersalin
  3. Ubat yang di beri semasa proses bersalin boleh menyebabkan fungsi usus menjadi lemah.
  4. Mengalami koyakan yang teruk semasa bersalin
  5. Anda ada mengambil vitamin iron (zat besi)

BAGAIMANA MEREDAKAN MASALAH SEMBELIT?
  • Makan dan minum dengan kerap sebaik saja selepas bersalin. Amalkan pengambilan makanan yang punya serat tinggi, banyakkan minum air dan makan buah-buahan.
  • Jika menyusukan anak, ibu-ibu lebih cepat rasa dahaga. Jadi, kerapkan minum air. Baring atau duduk terlalu lama akan buat masalah sembelit lebih teruk
  • Bila rasa hendak membuang, terus saja ke tandas untuk selesaikan pembuangan tersebut. 
  • Boleh juga ikhtiar dengan julap atau ubat pelembut najis. Julap ni boleh di beli di farmasi.
Sayur sawi antara sayur yang bole di ambil ketika berpantang.


Buah Oren juga mempunya serat yang tinggi dan sesuai di ambil semasa berpantang.


CARA PALING MUDAH UNTUK BANTU ANDA ATASI SEMBELIT :-

Ni antara cara paling mudah yang saya ambil ketika berpantang anak ketiga dan keempat..
Memandangkan saya memang jenis yang kerap kena sembelit. Minum air masak pun memang bercatu, jadi antara ikhtiar yang saya ambil untuk elak masalah sembelit ketika berpantang adalah dengan mengamalkan Vitamin C, Ostematrix dan Herblax.


OSTEMATRIX
Ostematrix bukan sahaja vitamin yang beri sumber kalsium dan penting untuk tulang, tapi Ostematrix juga kaya dengan kandungan Magnesium bagi melancarkan sistem perkumuhan. Pengambilan Ostematrix setiap hari, mampu bantu ibu-ibu yang sedang berpantang dan menghadapai masalah sembelit ni lebih lawas dan pembuangan lancar.



VITAMIN C SHAKLEE
Vitamin C dapat beri kesan laktasif jika di ambil dengan kuantiti yang banyak . Ia memang dah terbukti bantu mengatasi masalah konstipasi yang ringan.
Kesan Laktasif ni sebenarnya berguna untuk mereka yang punya masalah sembelit.


HERBLAX
Herblax ni merupakan julap lembut, ianya natural dan sangat superb kuasa lawasnya.
Saya akan ambil Herblax ni, bila pengambilan Ostematrix tak berjalan lancar.
Pengambilan dengan konsultasi yang betul dan sesuai sangat penting, untuk elak masalah terlebih lawas berlaku.
Herblax juga sangat baik untuk kesihatan usus. Ia merupakan salah satu suplimen untuk bantu proses Detoks (Penyingkiran toksin)


TESTIMONI PENGGUNA YANG BERMASALAH SEMBELIT:







BAGAIMANA NAK DAPATKAN PRODUK INI?

Mudah je, boleh terus sms/call/whatsapp ke 012.3814786 untuk maklumat lanjut dan pembelian.
Servis penghantaran ke sekitar Sungai Buloh juga ada atau boleh gunakan khidmat penghantaran secara pos ke seluruh Malaysia.


Suzie Maswar
Pengedar Sah Shaklee
COD : Sekitar Sungai Buloh
FB : Suzie Maswar
Page : Vitaminshopsgbuloh
Instagram : Vitaminshopsgbuloh







Friday, December 22, 2017

Berpantang dengan Suplimen shaklee

December 22, 2017 0 Comments




Musim orang berpantang rupanya cuti sekolah ni ye..?

Rata2 bila scroll2 di facebook, mesti ada post macam ni 👇
“Alhamdulillah.. saya dah selamat melahirkan baby girl/boy..”

Syukur, saya pun tumpang happy 😊

Walaupun pantang 44hari saya dah pun habis, tapi moment berpantang tu masih segar di ingatan..

Alhamdulillah, berjaya tamat tanpa stressssss😍 dan dengan jayanya!!

Tapi—
Sebagai seorang wanita, saya amat paham saat berpantang tu memang sangat menguji. Lebih lagi kalau berpantang sendirian tanpa pengawasan dan penjagaan seorang ibu dan berpantang sambil jaga anak2 yang masih kecil.

Perlu ada kesabaran yang MAHA tinggi 😓

Emosi adalah part yang paling utama perlu di jaga. Kalau silap tune, boleh mendatangkan emosi meroyan tau!
Sebab tu lah, kena pantau juga mak2 berpantang ni.

Masa ni, suami perlu mainkan peranan penting ye.. jangan ingat isteri nampak cool, so awk fikir yang isteri tu boleh handle semua.

No, orang perempuan ni memang begitu pe’elnya. Semua di pendam. Semua rasa mampu handle.
Tapi dalamanny terseksa oiii! 😆

Kalau dah mula stress dan murung, kemungkinan angin royan tu akan masuk.
Nak ke meroyan time pantang?
Jangan ambil mudah. Silap2 boleh mental tau.

Hish, takut di buatnya.

Di sebabkan nak elak hal ni berlaku lah, saya buat persiapan rapi untuk jaga dalaman diri.

Selain banyakkan zikir dan ingat Allah, pemakanan tambahan dari vitamin pun sangat saya pentingkan.

Suplimen seperti vitamin C, Multivitamin (vitalea), Protein (ESP), Bcomplex adalah sangat perlu untuk keperluan tubuh.
4 suplimen ni pun dah mencukupi untuk mencakupi keperluan diri.

Bukan sekadar beri tenaga, membantu percepatkan proses penyembuhan luka, malah bantu emosi ibu berpantang lebih stabil.

Jujur saya kongsikan, pengambilan suplimen di zaman sekarang ni sangat membantu. Bukan semata2 nak sihat luaran, tapi nak sihat dalaman tu terutamanya.

Ingat tau, badan kita ni nak pakai lama.
Kena jaga betul2.
Kena beri perhatian sebaiknya.
Bukan sebab nak cantik tu, tapi sebab banyak lagi tanggungjawab dan amanah yang perlu kita uruskan.

Jadi ibu2 hamil dan sedang berpantang semua, makesure ready dengan suplimen dan kekuatan mental anda ya..


saya nak share Set berpantang Shaklee yang saya ambil semasa berpantang tempohari, mana tahu ada antara korang yang sedang mencari set pantang kan?

Di gambar atas ni, ada 5 jenis vitamin yang memang wajib saya ambil masa hari-hari awal berpantang.
Zinc Complex (dah tak de di pasaran tau, stok ni saya simpan yang lama) ini di perlukan untuk bantu proses penyembuhan luka. Maklum je lah, saya ni bersalin secara pembedahan. Jadi saya sangat perlukan vitamin2 yang boleh bantu pada luka saya tu.

Vitamin C - Ini saya ambil juga untuk bantu proses penyembuhan luka ceaser. selain tu, Vitamin C ni bagus untuk imun badan saya dan untuk elak kan juga sebarang infection pada luka dalam dan luaran.

Vitalea - Ok, ni adalah vitamin yang paling wajib ambil sebenarnya. sebab, dalam vitalea ni complete dah semua multivitamin dan sumber mineral yang sangat di perlukan untuk tubuh ibu berpantang. Lagi pun saya ada masalah Tekanan darah rendah. Vitalea ada kandungan iron, sangat penting untuk bina sel2 darah merah kita tau..

Bcomplex - Ha.. ni lah vitamin ANTI-MEROYAN untuk ibu berpantang tau. hehehe.. Bcomplex ni vitamin yang sangat penting dalam nak kawal emosi. Bantu berikan tubuh kita rehat dan juga bantu dalam penghasilan darah. Bukan tu je, Bcomplex pun bagus untuk kecantikan kulit yeee.. nanti saya cerita di entry lain ye 

Peppermint Ginger - Ok, ni sangat sesuai bagi ibu2 yang sukar buang angin dalam badan tu. Telan 3 biji Peppermint ni, inshaallah lepas tu mesti dah boleh kentut or sendawa. Bila angin dah keluar dari badan, rasa ringan sikit badan tu kan? 

Ostematrix - Yes, ini lah vitamin untuk elak masalah SEMBELIT saya.. bukan tu je, Ostematrix ni pun bantu banyakkan susu badan saya juga. Boleh kata setiap hari kena pam susu sebab overload. 


Menu Sarapan saya waktu dalam pantang. Boleh kata, setiap hari juga lah makan sarapan macam ni he he he.. cuma tukar2 lah roti dan biskut tu.


Awal pagi, pengambilan ESP Protein adalah sangat wajib. Maklum je lah, masa berpantang ni tidur tak cukup. Perut pula asyik lapar je. Mungkin sebab kerap menyusukan bayi kan?
ESP ni bagus sebab dia akan bekalkan tenaga yang cepat pada tubuh kita. selain tu, dia berikan kita rasa kenyang lama..

Nampak vivix dalam gambar tu?
haaa Itu lah tonik ajaib yang paling membantu saya untuk recover dengan cepat!
Vivix ni antara suplimen yang bagus untuk cepatkan baik pulih luka bersalin kita tu. Terutama untuk saya yang bersalin secara pembedahan.

Dalam masa 2 minggu, saya rasa sihat sangat. Nurse yang datang cek luka pun beritahu, luka ceaser nampak dah sembuh dengan baik. Tak ada nanah. 
Alhamdulillah, 44 hari bersalin, bila buat follow up check up dengan doktor, beliau sendiri beritahu yang luka saya sembuh dengan sangat baik. kulit dah bercantum semula dengan bagusnya.

Syukur.. Happy sangat berpantang kali ni.. :D

Okay, tu je lah nak cerita setakat ni. Mudahan perkongsian kecil saya ni beri manfaat pada semua yang membaca ye..

Kalau nak dapatkan Set Pantang shaklee ni atau mana2 Produk shaklee, boleh lah hubungi saya.





Klik sini, jika Berminat nak jadi PENGEDAR SHAKLEE



Thursday, March 31, 2011

Dah abis pantang 44 hari

March 31, 2011 10 Comments
Salam... yeay!! dah abis dah... dah selamat dah... yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!! suka.. sangat suka.... akhirnya cabaran 44 hari berpantang telah selesai... now, aku sedang continue pantang untuk sampai ke 100 hari pulak.. harapnye dapat terus bertahan!! boleh ke aku??? SILA SUPPORT AKU!!!! pssst: aku dah pun berada di rumah sekarang ni, dah nak masuk seminggu pun.. lupa plak nak kabarkan kat blog ni .. daaaaaaaaaaaa -chugie-

Wednesday, March 16, 2011

Aduiyai.. camne nak maintain kurus ni?

March 16, 2011 15 Comments
salam..

Lately ni, makan sekali rasa macam x cukup je..
mulut ni asyik lah rasa nak mengunyah,
dah lah macam2 ada atas meja tu..
aduiyai.. nk buek lagu mana ni??

Mujur lah masih lagi berpantang kat umah orang..
kalau umah aku sendiri, maunye aku hadap semua makanan tu dari celik mata sampai pejam mata tau!

Dan mujur juga, nafsu lapar ni masih kuat aku control..
walaupun ada masanye, tak boleh di control juga mulut ni dari menjamah segala makanan tu.
owh ye, untuk pengetahuan korang, Mil aku memang tak kuat sangat pantang larangnye,
janji pantang yang patut2 je.. yang lain, segalanya boleh bedal je!

aduiyai.. camne nak buek ni?
kang kembang mambang plak badan ku ini..
agaknye ni semua penangan menyusu kan baby kan?
sebab aku memang sangat2 kerap bagi susu pada Diah..
Diah pulak, memang sangat2 kuat menyusu skang ni..

nampaknye, start keja nanti aku kena jugalah start berpuasa..
supaya ke'slim'an ku kekal maintain.. :D

k lah, daaaaaaa
-chugie-

Saturday, March 5, 2011

Dugaan berpantang..

March 05, 2011 11 Comments
salam..

Terima kasih pada kawan2 yang sudi lawat blogku dan ucapkan tahniah..
Ingatkan dah tak de yang nak jengah aku kat sini, ekekekeke..
mana tau kan, sebab dah lama juga tak aktif berblog.

Dah hari sabtu kan.. kejap je masa berlalu.
Sekarang, dah masuk hari yang ke 19 aku berpantang.
tak sabar nak abiskan pantang ni tau!
Dengan cuaca yang sangat2 panas ni,
rasanye nak je aku jamah Air Batu tu..
Rasanya, adalah beberapa hari hujan, itu pun kejap2 je..
Itu pun syukur juga lah.. atleast merasa jugak sejuk sekejap bila hujan dah turun tu.

Kat umah Mil ku ni tak de aircond,
so.. berpantang lah kami anak beranak dalam panas bara ni ekekekeke...
Tapi orang kata bagus lah berpantang panas2 kan?
kalau beraircond bagai, sama lah juga dengan tak berpantang..betul tak?

apa pun semua ni adalah satu dugaan untuk uji kesabaran aku..
walaupun kadang2 teruji dan tercabar gak lah tahap kesabaran dalam berpantang ni..

owh, adalagi macam2 dugaan berpantang ni...
rasanye, tak yah lah cite pepanjang kan?
orang2 yang dah tau azab berpantang sure paham kan...
so, kita redah aje lah............
nanti2 aku story mory lah skit azab2 lepas bersalin ni ye..
nak tau ke ape nye?? ekekkekeke... tunggguuuuuuuu..

ada 25 hari lagi untuk berpantang...!!! jom join aku counting the date! ahahahaha

k lah, till then..
daaaaaaaaaaaa
-chugie-

Thursday, February 10, 2011

Set bersalin...

February 10, 2011 10 Comments
salam..

Kawan2... meh ler share info ngan aku.
Nak juga tahu set bersalin apa yang korang guna masa berpantang dulu..

Macam aku, bersalin anak pertama dulu,
aku gunakan set bersalin Nona Roguy..
Tapi bukan lah set lengkapnye tau..
Aku hanya ambil beberapa barang je..
maklumlah, aku kan bersalin cezer..

Untuk berpantang kali ni pun,
aku ada beli barangan Nona Roguy juga..
tapi belum beli sepenuhnye..
Hanya beli capsule nye je..
dan aku juga beli Lotion mustajab dari herbs..

Buat masa ni, tu je yang aku beli..
yang lain2, akan di beli kemudian..

So, nak juga lah tau ape barangan berpantang korang kan?
bagus ke.. tak ke??
mujarab ke? tak ke???

sila2 lah share ye...

Wednesday, September 1, 2010

Info untuk ibu2, kehamilan, berpantang & etc

September 01, 2010 6 Comments
Salam...

Tadi aku p godek2 web.. nak cari resipi2 berpantang
dan amalan2 berpantang selepas bersalin..

Owh, bukan aku yang sedang berpantang ye,
tapi adik aku yang baru je melahirkan baby nye semalam..
Anak Merdeka tu..

Memandangkan kami dah tak punya ibu,
dan die juga dah tak punya Ibu mertua,
maka, aku lah yang akan menjaganya selama berpantang ni..
dan ada juga bibik yang akan bantu die untuk beberapa minggu ni..

aduh, agak mencabar betul tugas ni tau.
1st time nak jaga orang berpantang ni..
walaupun aku dh pernah rasa saat berpantang, tapi.. lain gak keadaannye..
sebab aku di jaga oleh Mil ku..
sian adik aku..

So, aku dah dapat banyak resipi2 khas untuk berpantang
dan juga info serta tips2 berguna dari satu blog ni..
Kalau korang tak caya, bleh terjah ke laman beliau,
di NUKILAN SOFIE dan klik pada MOTHERHOOD

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates