Sunday, June 29, 2014

Tips Berpuasa bagi ibu Menyusu

June 29, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..

Berpuasa bagi ibu yang sedang menyusukan anak dan giat mengepam, memang akan buat si ibu tu rasa mudah penat dan lapar..betul tak?

nah, sedikit tips dari saya si ibu hamil yang dahulunya pernah menyusukan anak kedua ketika berpuasa...😊

Antara rutin yang saya buat ketika masih bekerja dahulu,

1. Memandang kan ibu hamil memang akan rasa lapar setelah mengepam susu, jadi waktu mengepam di bulan ramadhan ketika bekerja, akan saya kurang kan. Jika biasanya saya mengepam 3-4 kali dalam waktu bekerja dari jam 8.30 - 5ptg, iaitu pd pukul 10pg, 1tgh ari, 4ptg.. jadi ketika berpuasa, saya hanya lakukan 2kali sesi mengepam sahaja. Iaitu pada jam 12.30 tghari dan 4ptg.

Biasanya, ketika jam 12.30 tgh ari ni, breast akn sgt penuh dgn susu sbb saya dah hold sesi mengepam dari jam 8pg hingga 12.30tgh hari. Jadi, saya gunakan peluang ni untuk mengepam hingga kedua2 belah breast lembik. Biasanya saya akan gunakan teknik mendapatkan LDR supaya sesi pam tu akan berjalan dengan lancar dan hasil yg di perolehi memang banyak. Biasanya,sy akan dapat hasil susu lebih dari 8oz time ni.

begitu juga bila pam pada jam 4ptg, saya lakukan cara yang sama supaya hasil yg di perolehi banyak.

Jadi, sesi pam di pejabat akn dapat dalam 16-20oz..

2. Saya pengamal suppliment, jadi.. memang set Breastfeeding milkbooster shaklee saya wajibkan ambil.
Saya tekan kan pengambilan ESP dan Alfalfa 3biji ketika bersahur.
Ketika berbuka, saya akan ambil Performance drinks supaya rasa haus dan kekurangan air dalam badan setelah penat berpuasa tu di cover semula.. kemudian, saya makan Alfalfa 3biji lagi selepas berbuka, 1biji vitalea selepas itu dan 4biji Ostematrix sebelum masuk tidur.

3. Pengambilan air kosong 3L memang wajib..
Cara saya, pastikan lepas berbuka, kita minum air kerap. Tapi jgn lah sampai seminit sekali.. buat anggaran. Biasanya dlm cuaca yang panas ni, lagi lah kita akn rasa cepat haus kan?
Sediakan sebotol air yg mudah di capai untuk kita minum
Bukan minum sebotol sekali teguk ye. Tapi minum sikit2 dengan kerap. Kita ada banyak juga waktu untuk minum dari waktu berbuka hingga tidur. Begitu juga ketika bersahur..

Jangan khuatir, berpuasa tidak akan mengeringkan kandungan air dlm badan kita ya..😘

Selain dari itu, saya amalkan juga makan kurma ketika berbuka dan bersahur. Minima 3biji kurma setiap kali mkn tu.
Jangan lupa untuk berselawat dan berdoa semoga puasa kita tu lancar dan dapat bertahan hingga waktu berbuka..
Mind set juga penting, jika kita nekad untuk buat sesuatu, set lah dalam minda yang kita mampu untuk buat.
Pokok pangkalnya diri kita sendiri.. betul tak?😁😁

sekian dulu tips ringkas dari saya yang dapat di kongsikan.. kalau ada lagi tips lain, saya akan cerita lagi ye..

Selamat berpuasa..
Chugie a.k.a Suzie
Pengedar Shaklee anda..
012.3814786

Salam Ramadhan...

June 29, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..
Selamat bersahur semua..

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh sahabat blogger Iezmierah dan para pelawat blog ini..

Moga Ramadhan kali ini lebih terkesan di hati dan jiwa kita dalam meningkatkan dan melakukan amal ibadah pada Allah..

Rutin puasa saya seperti tahun2 lalu,
Biasanya saya akan bangun awal, kemudian bersolat sunat, dan barulah siapkan makanan bersahur untuk keluarga..

Tahun ini merupakan pengalaman pertama saya berpuasa dalam keadaan sarat hamil..
Moga saya masih di beri ruang dan peluang untuk berpuasa dengan mudahnya..

SET BERPUASA SHAKLEE

Alhamdulillah,
Ni pun baru selesai bersahur.
kudapan awal saya dah tentulah kurma 3biji, dan Suppliment pilihan saya, ESP shaklee mix FreshMilk, kemudian sebiji Vitalea shaklee.
Mudah2an lancar berpuasa hari ni...

Moga sahabat semua sentiasa dalam lindunganNYA..

salam subuh,
Chugie a.k.a Suzie
Pengedar Shaklee Anda..
Cover area: Sg buloh, Kuang, Sri Kundang, Paya Jaras.
Hubungi saya di: 012.3814786

Thursday, June 26, 2014

update kehamilanku di 36minggu

June 26, 2014 0 Comments
Assalamualaikum.

Hari ni nak update sikit tentang kandungan ke 3 ni..
Agak culas update tentang kandungan kali ni. Almaklum, ummie nye semakin busy tahap gaban dah ni.

Walaupun dah jadi suri rumah sepenuh masa, rutin menghadap biznes dari rumah masih belum boleh di lepaskan lagi..
Kena dapatkan sorang lagi pembantu ni, hihihi.. over kan?

Baiklah..
Cek up untuk 36minggu ni berjalan lancar, berat baby dah cecah 2.8kg, berat ummienya dah cecah 56kg. Sejujurnya, hamil kali ni memang tak beri impact besar pada berat badan saya..
Tak naik banyak sangat kalau nak di bandingkan dengan kehamilan yang lepas.

Jadi, rasanya memang tak ada masalah saya nak kuruskan badan time pantang nanti.. hihihi..

Apa pun, alhamdulillah.. baby sihat..
Cuma, kedudukan baby masih belum berada di kedudukan sepatutnya. Sepatutnya baby dah pusing ke bawah ni, tapi mungkin belum masanya lagi. Walau sedikit kecewa di situ, tapi saya dah pun redha..
Doctor bagi tahu, sekiranya dalam 2minggu ni baby tak turun juga, saya akan di cezer.. sedih.. tapi tu je jalan yang selamat buat kami..

So dalam tempoh 2weeks ni, saya tetap berusaha untuk buat baby pusingkan diri nya ke kedudukan sepatutnya..

Doa..dan terus doa serta usaha utk capai hasil yang di izinkan Allah..

Mohon doa sahabat semua, supaya baby saya berpusing ke bawah dan saya dapat bersalin dengan kaedah normal ya..

Doa kalian, sy dahului dengan ucpan terima kasih.. hanya Allah mampu membalasnya.

Wasalam..

Chugie a.k.a Suzie
Shaklee distributor
012.3814786

Hebatnya solat sunat Dhuha..

June 26, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..
Slmt pagi semua..

Hari ni saya nak share tentang kehebatan amalan pembuka atau penjemput rezeki ni..

Iaitu solat sunat Dhuha..

Seperti yang kita sedia maklum, segala apa yang di sunatkan oleh Rasullullah, dah tentu lah ada kebaikan serta manfaat buat kita betul kan?

solat sunat dhuha merupakan salah satu solat sunat yang rasulullah suka..

"Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”
Rasulullah bersabda lagi,“Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”
Dari Nuwas bin Sama’an, Rasulullah bersabda:“Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni sholat Dhuha), nanti pastiakan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
Sementara itu di dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda:“Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan sholat Dhuda dua rakaat.” (Ahmad Muslim danAbu Daud) 

Solat sunat yang paling mudah.. boleh di lakukan hanya 2 rakaat yang tidak mengambil masa ber jam pun.. hanya sekitar 5-10minit je..

Jadi, marilah wahai sahabat semua, kita sama2 jadikan solat sunat ini rutin harian kita..

Sesungguhnya,rezeki itu telah ada untuk kita.. tinggal daya usaha kita sahaja untuk menjemputnya.

Amalkan baca doa dhuha ini buat yang tidak dapat menunaikan solat sunat dhuha..

Sharing is caring..
Chugie a.k.a suzie
Pengedar Shaklee anda..
012.3814787




Wednesday, June 25, 2014

Air Oren wajib untuk juadah berbuka!!

June 25, 2014 0 Comments
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, tinggal beberapa hari je lagi kita nak bertemu Ramadhan ni..

Bagaimana persiapan ramadhan anda?
Makesure selitkan Air Oren berkhasiat ni dalammenu berbuka anda setiap hari ye.

Lihat lah air oren yang sedap dan segar ni.. memang meruntun jiwa si peminumnya tau..
Rasanya memang sedap.. terrrbaik!!

Dari kita minum air kordial yang penuh dengan bahan pengawet dan pewarna tambahan tu, lebih baik kita bekalkan diri kita yang dah seharian berpuasa dengan minuman berkhasiat ni..
Bukan untuk orang dewasa je ye.. malah boleh di minum oleh kanak-kanak. Terutama anak anda yang sedang belajar berpuasa tu..

http://iezmierah.blogspot.com/2014/06/air-oren-wajib-untuk-juadah-berbuka.html
Jom kenali serba sedikit tentang Performance Drinks Shaklee ni.

Performance® Natural Orange

Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Ini lah rupa serbuk Performance drinks tu.. sedap wooo.. ratah gitu je pun sodap hihih..

Nasihat sy: Anda wajib cuba dulu PD ni.. memang tak rugi pun. Malah sangat berbaloi, begitu juga dengan harganya.. 
Tak mahal pun..

HARGA SETONG HANYA RM82.50

Hubungi saya untuk maklumat lanjut di:
PAGE: Eizmierah MNB Healthy Shop
atau Whatsapp/sms ke 012.3814786

Pengedar Shaklee Anda..
Suzie a.k.a Chugie


Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates