Saturday, August 23, 2014

Rawat Demam Kuning (Jaundis)

August 23, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..

Demam kuning, memang biasa sangat berlaku pada bayi yg baru lahir kn..
Ada yang dah ambil langkah awal semasa mengandung dengan meminum susu kambing.
Ibu mertua saya pun sarankn saya mengambil susu kambing time hujung pregnancy tempoh hari, tapi saya tak sanggup ambil sebab saya memang tak boleh minum susu kambing. Sedang kan susu lembu pun saya tak mampu menelannya, ni kan pulak susu kambing.. memang tidak ler..

Kalau ikut history ank2, memang dua ank sy kena jaundis yang agak lama. Dua2 kena lebih 30hari.. doktor kata, salah satu puncanya adalah di srbabkan beza jenis darah antara mak dan anak. Saya jenis darah A+, dua ank sy yg sulong dan no 2 tu jenis darah O, sebab tu lah kot jaundisnya lama..
Untuk anak yg ketiga ni, alhamdulillah, baby kena juga demam kuning, tapi tak tinggi. Dalam 5hari dah turun dan back to normal.

Cara rawatan demam jaundis yang saya amalkan:
Masa anak pertama dan kedua dulu, memang macam2, cara kami cuba. Dari ubat doktor ke ubat kampung dan sensei cina. Semua kami cuba. Tapi jaundis anak tak turun pun. Cuma yg saya perasan, bila baby dh start kerap menyusu, nampaklah perubahan kuning tu.
Saya yakin, susu ibu memang yang paling terbaik untuk anak.

Jadi, bila ank no 3 ni kena jaundis, saya tak de amalkan petua2 lama tu dah. Saya hanya susukan ank dengan susu badan sahaja. Air masak pun saya tak beri pada anak.
Saya akan pastikan baby minum susu sejam sekali.
Memandangkan anak no 3 ni jenis yang agak susah nak poo poo, jadi saya hanya pantau air kencingnya je. Doktor sendiri ada maklumkan, bayi yang menyusu badan memang normal jarang poo poo, yang penting bayi tu kerap kencing dan kentut.

Alhamdulillah, baby no 3 ni tak kena jaundis yg lama.

Bila orang tanya saya apa petua untuk pulihkan bayi demam kuning, saya akan jawab bagi lah susu ibu.. bagi sekerap yang boleh. Biasanya bayi yg kena jaundis ni memang lebih banyak tidur dari bangun. So, sila lah cuit2 tapak kakinya supaya dia bangun dan boleh menyusukan dia.

Tapi, ingat ye ibu2, sekiranya kuning anak nampak semakin jelas, adalah sebaiknya anda bawa anak terus ke hospital, supaya rawatan lanjut boleh di buat pada bayi kita tu. Jangan lah berlengah2. Memang buruk padahnya..

Sekian dulu,
Sharing is caring
By;
chugie a.k.a Master Suzianti Maswar
Page: Eizmierah Mumnbabyshop

Friday, August 22, 2014

22/8/14 - Hari Ini Hari Lahir Saya!!!

August 22, 2014 2 Comments
Assalamualaikum..

22-08-14 ------>>> 33tahun

Syukur.. hari ini tambah lagi 1angka umur saya.. dah 33tahun pun saya hidup di muka bumi Allah ni.

Tepat jam 12mlm tadi, dapat wish birthday thru whatsapp n call dari hubby n anakanda saya, fatin adlina yang masih berada di San francisco. In shaa allah, sekarang ni dorang dah boarding tu, nak berlepas pulang ke Malaysia. Esok mungkin sampai in shaa allah..

Setiap kali hari lahir, dah tentu ramai yang wish kan.. memang happy lah di buatnya..
Doa dari teman, sahabat dan keluarga, saya ambil dan aamin kan. Moga doa2 itu di makbulkan olehNya..

Untuk hari lahir ni, saya juga tak lupakan, insan yang paling besar budinya pada saya, iaitu Arwah mak yang telah bersusah payah melahirkan saya ke dunia ni. Saya juga seorang ibu dan telah merasai kesusahan melahirkan tu. Dan di hari lahir saya ni, saya mohon sahabat sekalian yang sudi ke blog saya ni untuk sama2 menyedekahkan doa dan Alfatihah buat emak tercinta yang banyak berkorban demi anak2 nya ni.. tanpa dia, saya tidak akan berada di dunia ni.

Saya ucapkan ribuan terima kasih buat teman2 yang tak pernah melupakan saya..

Sekian dulu..

Chugie a.k.a suzianti maswar
22-08-14

Thursday, August 21, 2014

Mula Ganti puasa

August 21, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, baru je selesai bersahur. Sementara tunggu subuh, berblogging lah dulu..hihi..

Hari ni hari ke 41 saya berpantang dan hari ni hari pertama mengganti puasa.
Syukur, doa untuk puasa dalam syawal di izinkan. Mudah2an dapat habis hingga waktu berbuka nanti.

Hari ni dah 24 syawal, tinggal 7hari syawal je lagi ni. Cukup lah untuk dapatkan sekali sunat 6hari puasa dalam bulan syawal tu. Ini hanya planning saya, planning Allah lebih besar lg. Tapi tetap teruskan berdoa, moga tercapai niat mengganti puasa di bulan syawal.

Seperti biasa, sahur saya untuk berpuasa ganti or sunat ni, simple je.. sebab saya sorg je yang bangun sahur kan.. cukup lah dengan ESP, roti, air kosong dan performance drinks ni..

Kenapa saya ambil ESP dan Performance drinks ni?
sebab ia bantu saya rasa kyg dan bertenaga sepanjang hari..

Okies, 
Gtg...

Chugie a.k.a Master Suzianti Maswar
Fb Eizmierah Mumnbabyshop

Wednesday, August 20, 2014

Sarapan pagi paling cepat tersedia!

August 20, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..

Apa sarapan korang pagi ni?
sarapan saya, setiap awal pagi dah tentulah ini...👇👇👇👇


Ini dia... best ever Instant Breakfast saya.
Paling mudah
Paling sempoi
Paling cepat

ESP SOY PROTEIN SHAKLEE


ESP 3sudu besar mix dengan air suam. Shake2, dan minum.. 
Memang kenyang sampai ptg..

Biasanya saya akan ambil ESP awal pg. Maklum je lah, perut ibu menyusu ni memang sangat mudah terasa lapar. Jadi, sebelum nak tunggu sarapan pagi siap, saya memang kena bancuh ESP ni untuk kurangkan rasa lapar dan sebu perut.

Sejujurnya, ESP memang sangat membantu masalah sebu (angin) dlm perut saya ni.
Bukan tu saje, sejak konsisten minum ESP ni, pedih ulu hati dan gastrik saya dah lama tak menyerang.

Memang terbaik!!

Jom lah cuba ESP ni.. 
Untuk dapatkan ESP, boleh hubungi saya di no 012.3814786 ye.

Sekian, cheersssss..

Chugie a.k.a Master Suzianti Maswar
SID
FB: Eizmierah Mumnbabyshop


Tuesday, August 19, 2014

Tolong!!!! Box Follower dah Hilang!!!

August 19, 2014 0 Comments
Assalamualaikum semua..

Waduh.. rasa nak meroyan petang2 gini, bila buka je blogku yg cantik lagi menawan ni, Box Follower saya dah hilang nth ke mana...

Mau je menjerit.. *tapi bukan de pekdah kan?* :P LoL

Alahai.. mana lah pulak silapnye ni..
dah lah Follower blog ni dh beratus.. adush..

Ada sapa2 boleh bantu saya ke?

Puas dah ku mengodek2 layout ni.. tapi x berhasil pun.


Buat seluruh sahabat blog yg pernah hadapi masalah mcm saya, minta bantuan anda bagaimana nak adakan semula box listing follower saya tu ye..

Pls Komen..

Jasa baik anda, amatlah saya hargai..

Nak g telan B complex sat, sebab stress tengok Box follower yang hilang.. !!!!!! :((


Ok Bai!
-Chugie-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates