Saturday, September 20, 2014

INI KISAH SAYA: #2 Siapa saya dahulu?

September 20, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..

Part #2, kisah saya.. post ni kesinambungan dari part #1 INI KISAH SAYA ni ye.. dah lama cuba curi2 masa yang ada untuk coret sambungan kisah saya ni. Malam ni baru lah di beri kesempatan oleh Allah.

Mlm ni hujan plak tu.. memang feel best untuk bercerita hihi. Jangan hujan udah ler..

Okies, moh kita cerita

Saya ni, datang dari keluarga yang agak susah dan biasa2 je.. tak kaya dan tak miskin.. cukup untuk kami sekeluarga rasa keperluan yg patut ada. Nak kata kami susah sangat lebih dr org lain tu, tak lah. cuma kami dah pernah rasai kesusahan tu. Bukan susah sikit tau.. tapi banyak juga lh bg saya.
Kami adik beradik lebih rapat dengan Arwah mak, boleh kata semuanya arwah yang tanggung. Arwah mak meniaga sayur kg yang di cari di sekitar kampung ni dan di ladang2 getah dan kelapa sawit untuk di jual di pasar chow kit. jadi, Kami adik beradik memang dah biasa dgn hidup mcm ni. Bantu mak Cari sayur, sediakan brg jualan dan meniaga di chow kit tu memang dah sebati dgn kami sekeluarga. Jadi, mungkin sebab ni kot yang buat saya kuat dan minat nak terus bakat berniaga tu.

Start saya sekolah rendah, saya dah rasa jadi peniaga. Sampai lah sekarang saya juga masih seorang peniaga. Semangat dari arwah mak tu melekat kat jiwa saya ni. Bagi saya,mak bukan calang2 wanita. Bukan calang2 ibu. Kudrat dia, jiwa dia, semangat dia, sangat besar.. walaupun banyak sangat dugaan yang dia dah tempuh, dia tetap kuat. Saya pegang kekuatan yg ada pada mak dan semat dalam diri saya..

Dan di sebabkan keadaan susah yang pernah sy dan keluarga rasa tu lah, semangat yang luar biasa untuk keluar dari keadaan kami dulu jadi semakin kuat.

Habis je SPM, saya dah kena kerja sebab nak bantu kurang kan beban arwah mak untuk bayar yuran adik2, walaupun masa tu saya dapat tawaran ke Politeknik, saya terpaksa tolak sebab tak nak susahkan mak keluar banyak duit biaya saya belajar. Jadi, saya ambil keputusan untuk kerja. Masa tu saya dapat kerja di pengedar kereta perodua sebagai kerani dengan gaji permulaan rm600, time tu tahun 1999. Bayangkan, dengan gaji rm600 je, kalau ikut kan memang sangat2 sikit tu.. tapi nak buat macam mana, saya terpaksa kerja. Walaupun dah kerja, plan dan target saya untuk sambung belajar tetap kuat. Lebih2 lagi tengok kawan2 saya semua masuk 'U'..lagi lah rasa cemburu kan..

Beberapa bulan kerja, saya dapat sambung belajar di uitm shah alam secara PJJ. Alhamdulillah, dalam saya kena bekerja, rezeki saya untuk belajar tetap murah.. walaupun kena simpan duit sikit2 tiap bulan, tapi saya tetap dapat habiskan diploma saya dengan hasil bekerja tu.

Perodua tu lah kerja pertama saya dan paling lama. Saya kerja kat situ selama 13tahun. Memang dah jd otai pun hihi..
Alhamdulillah, dari gaji rm600, tahun terakhir saya kerja tu, gaji saya cecah rm2000.. pada setengah org, memang tak banyak. Sebab 13tahun kerja kn.. tp bagi saya, alhamdulillah.. dengan rezeki tu lah saya dapat diploma, saya dapat beli kereta, saya dapat kumpul duit kenduri kahwin, dapat bantu keluarga. Mungkin sebab berkat kot kan.. kita gunakan rezeki yg kita dapat tu untuk tujuan kebaikan, maka Allah pun cukup kan semuanya dengan kebaikan..

Kalau di ingat2 balik, macam tak percaya pun ada.. starting gaji saya hanya rm600, setahun naik rm50 je. Cuma bila saya dh ada diploma tu,baru bos naik kan gaji saya lebih skit sebab takut saya berenti hihi..

Syukur..
Bila kita beri kebaikan pada orang,
Balasanya bukan dari orang tu, tapi dari Allah..

Ok, saya sambung kisah saya di entry akn datang ye..

Slmt malam...

-Chugie-


Monday, September 1, 2014

Susu Badan Kurang?? Apa PUNCANYA?!

September 01, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..

Kerap sangat saya nampak soalan "Susu saya makin kurang, apa nak buat?"...
rata-rata, ibu yang mengalami masalah susu kurang ni adalah ibu yang masih kurang info tentang penyusuan, tentang situasi2 yang normal akan di hadapi oleh ibu2 dalam penyusuan.

Saya juga salah seorang ibu yang juga pernah alami masalah begini ketika anak pertama dulu.

Apa puncanya?
DIRI SENDIRI..

Ye, diri sendiri puncanya.. bukan orang lain, bukan Allah.. semuanya datang dari diri sendiri.

ok, macam ni ye..
Ketika kita hamil, sepatutnya kita dah set dalam diri nak susu kan anak dengan susu ibu, betul tak? jadi, sepatutnya start dalam waktu kehamilan kita tu, kita kena lah cari ilmu dan informasi tentang penyusuan, bukan setakat set niat di hati je. Itu semua tak cukup. Niat tanpa Ilmu, apa yang kita akan amalkan nanti? betul tak????
Jadi, perlu lah ada ilmu.. ilmu dalam penyusuan tu.

Biasanya hal ni berlaku sebab ibu2 terlalu ambil ringan hal menyusukan anak ni. persediaan pada alam penyusuan kurang. Nak membaca hal2 penyusuan kurang, malah MALAS.nak mencari dan membaca. Lebih2 lagi dalam zaman berteknologi tinggi dan pantas ni, kebanyakan kita lebih suka gunakan medium 'Tanya soalan dan duduk diam tunggu jawapan". Ni memang banyak berlaku dah ni.. sebab dah berlambak group2 sokongan di FB. Jadi, masing2 hanya tahu "Tanya dan tunggu JAWAPAN". Nak mencari info dan cara penyelesaian, -MALAS-..
Sebab itu lah berlaku nya masalah2 begini ketika sesi penyusuan bermula..

Saranan saya buat Ibu2 baru yang dah berniat untuk susukan anak dengan susu badan tu;

* SILA lah cari ilmu penyusuan sebanyaknya, BACA.. jangan setakat Cari, tapi simpan je lebih, bacanya TIDAK.

* SILA lah cari ilmu dan SIMPAN, simpan di dalam sebuah diari / buku / note di handphone yang mudah kita rujuk dan baca bila2 waktu.

* SILA lah Beli buku PANDUAN PENYUSUAN tu, bukan mahal pun, ada yang murah. RM10 je buku tu, tapi baaaaanyak sangat pengisian.

* SILA lah jadikan FORUM tu, medium untuk menambah ilmu. Rajin baca masalah dan cara penyelesaian, kemudian kita share dengan kawan2 dalam tu. bukan setakat jadi tunggul dan pemerhati dalam forum je..

Banyak sangat part2 penting yang ibu perlu tahu dalam memulakan sesi penyusuan ni, antaranya;

1. Kelengkapan penyusuan
2. Bahan rujukan penyusuan
3. Group2 atau forum2 perkongsian tentang penyusuan
4. Cari lah rakan penyusuan supaya mudah untuk merujuk
5. dan banyak lagi.

Buat ibu2 yang telah punya niat untuk susukan anak, jangan lah ambil mudah tentang hal2 penyusuan ni. Perbanyakan cari gali ilmu dan amalkan sikap Membaca dan Menyimpan Ilmu tu.

Saya sebagai ibu yang juga menyokong penyusuan susu ibu, sentiasa doakan ibu2 yang menyusukan anak sentiasa kuat dan tabah dalam mengharungi situasi2 kritikat ketika penyusuan tu.

Setiap titik susu yang kita salur pada anak kita tu adalah pahala yang sangaaaattt besar nilainya di sisi Allah..


Sekian,
Sharing pendek dari saya.

Penasihat Shaklee dan penyusuan anda.
Chugie A.K.A Suzianti Maswar
SID 866440
COD AREA: Kuang, Sri kundang, Laguna Biru, Bdr Baru Sg Buloh
Contact: 012.3814786
FB: Eizmierah Mumnbabyshop

Sunday, August 31, 2014

Kisah motivasi: Marah dan Putus Asa

August 31, 2014 0 Comments
Sekali sekala, bila di saji kan dengan kisah2 tauladan dan bermotivasi macam ni, memang bagus kan..

Jom, saya share kisah motivasi ni untuk pembaca blog sy ni.

****************
Alkisah, seekor ular memasuki gudang tempat kerja tukang kayu di sore hari. Kebiasaan si tukang kayu, membiarkan sebagian peralatan kerjanya masih berserakan dan tidak merapikannya.
Nah ketika ular itu berjalan kesana kemari di dalam gudang, tanpa sengaja ia merayap di atas gergaji.
Tajamnya mata gergaji, menyebabkan perut ular terluka. Tapi ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalas dengan mematuk gergaji itu berkali-kali.
Serangan itu menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.
Marah & putus asa, ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuhnya.
Ia pun membelit kuat gergaji itu. Maka tubuhnya terluka amat parah dan akhirnya ia pun mati..

***********
Kadangkala, di saat kita marah, kita ingin melukai orang lain. Tapi sesungguhnya tanpa disadari, yang dilukai adalah diri kita sendiri.
Mengapa? Karena perkataan dan perbuatan di saat marah adalah perkataan dan perbuatan yang biasanya akan kita sesali di kemudian hari..
*************
Mari, kita sama-sama belajar untuk tidak marah (atau setidaknya mampu meredakan marah) terhadap situasi buruk yang mungkin kita alami.

Tuesday, August 26, 2014

45day berpantang - Slim sudah...

August 26, 2014 0 Comments


Ni dia ‪#‎ShakleeEffect‬
At 45days confinement, berat sy dah back to normal.. 

Tanpa diet
Tanpa ikat perut
Tanpa skip mkn
Tanpa mkn ubat kurus nth ape2
Tanpa pilih makan

Semua mknn sy bedal (khas utk pantang ler)

yg pasti, saya konsisten mkn ‪#‎SetPantangShaklee‬dan now ‪#‎SetMenyusuShaklee‬

Yang paling penting sekali, saya menyusukan Baby Farhana dengan susu badan sepenuhnya..

Alhamdulillah, penyusuan susu badan memang membantu dalam proses Slimming..



Jom dapatkan Shaklee dari saya.
Exclusive consultation n of coz mantop dari saya, khas buat PELANGGAN saya sahaja.. 

Whatsapp 012.3814786

*picTakenAtNewShakleeHO*


Chugie A.k.a Master Suzianti Maswar
FB: Eizmierah Mumnbabyshop

Saturday, August 23, 2014

Rawat Demam Kuning (Jaundis)

August 23, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..

Demam kuning, memang biasa sangat berlaku pada bayi yg baru lahir kn..
Ada yang dah ambil langkah awal semasa mengandung dengan meminum susu kambing.
Ibu mertua saya pun sarankn saya mengambil susu kambing time hujung pregnancy tempoh hari, tapi saya tak sanggup ambil sebab saya memang tak boleh minum susu kambing. Sedang kan susu lembu pun saya tak mampu menelannya, ni kan pulak susu kambing.. memang tidak ler..

Kalau ikut history ank2, memang dua ank sy kena jaundis yang agak lama. Dua2 kena lebih 30hari.. doktor kata, salah satu puncanya adalah di srbabkan beza jenis darah antara mak dan anak. Saya jenis darah A+, dua ank sy yg sulong dan no 2 tu jenis darah O, sebab tu lah kot jaundisnya lama..
Untuk anak yg ketiga ni, alhamdulillah, baby kena juga demam kuning, tapi tak tinggi. Dalam 5hari dah turun dan back to normal.

Cara rawatan demam jaundis yang saya amalkan:
Masa anak pertama dan kedua dulu, memang macam2, cara kami cuba. Dari ubat doktor ke ubat kampung dan sensei cina. Semua kami cuba. Tapi jaundis anak tak turun pun. Cuma yg saya perasan, bila baby dh start kerap menyusu, nampaklah perubahan kuning tu.
Saya yakin, susu ibu memang yang paling terbaik untuk anak.

Jadi, bila ank no 3 ni kena jaundis, saya tak de amalkan petua2 lama tu dah. Saya hanya susukan ank dengan susu badan sahaja. Air masak pun saya tak beri pada anak.
Saya akan pastikan baby minum susu sejam sekali.
Memandangkan anak no 3 ni jenis yang agak susah nak poo poo, jadi saya hanya pantau air kencingnya je. Doktor sendiri ada maklumkan, bayi yang menyusu badan memang normal jarang poo poo, yang penting bayi tu kerap kencing dan kentut.

Alhamdulillah, baby no 3 ni tak kena jaundis yg lama.

Bila orang tanya saya apa petua untuk pulihkan bayi demam kuning, saya akan jawab bagi lah susu ibu.. bagi sekerap yang boleh. Biasanya bayi yg kena jaundis ni memang lebih banyak tidur dari bangun. So, sila lah cuit2 tapak kakinya supaya dia bangun dan boleh menyusukan dia.

Tapi, ingat ye ibu2, sekiranya kuning anak nampak semakin jelas, adalah sebaiknya anda bawa anak terus ke hospital, supaya rawatan lanjut boleh di buat pada bayi kita tu. Jangan lah berlengah2. Memang buruk padahnya..

Sekian dulu,
Sharing is caring
By;
chugie a.k.a Master Suzianti Maswar
Page: Eizmierah Mumnbabyshop

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates