Friday, March 22, 2013

Ibu Menyusu WAJIB mendapatkan KALSIUM..

March 22, 2013 1 Comments
Assalamualaikum..

Tahu tak yang ibu menyusukan anak dengan susu bdn WAJIB mendapatkan jumlah KALSIUM yang sepatutnya??

Nak tahu Kenapa dan Apakah kebaikannya?

Untuk pengetahuan semua ibu2 yang menyusukan anak. Antara kompisis vitamin yang tinggi dalam susu ibu adalah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.

 Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

 Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan.

OsteMatrixTM lebih dari sekadar kalsium yang mana ia membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

 # Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit Komprehensif, Terbukti Secara Klinikal dan Mudah Ditelan.# Saya adalah Pengedar Sah Shaklee ID no 866440 Suzianti Maswar HP NO 012.3814786 Sekian.. -Chugie-

Thursday, March 21, 2013

Istilah Dalam Penyusuan Susu Ibu

March 21, 2013 0 Comments

Assalamualaikum,

Jo kita kenali ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH, yang sering di gunakan oleh ibu menyusu. Biasanya istilah ni biasa di gunapakai atau biasa kita lihat jika masuk ke dalam group Ibu menyusu dan penulis2 blog berkaitan penyusuan susu badan.

antara istilah atau perkataan2 yang biasa di gunakan adalah:

 * EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
* BP = BreastPump (Pam susu)
* Marmet = Memerah susu pada payudara menggunakan tangan.
* PP = Power Pumping (Kaedah mengepam 10minit pam, 10minit rehat secara berulang selama 1 jam)
* TP = Tanderm Pumping (kaedah Menyusukan anak di sebelah payudara sambil mengepam payu dara yang sebelahnya)
* TM = Tanderm Marmet (Kaedah menyusukan anak di sebelah paudara, sambil memerah payudara sebelahnya menggunakan tangan)
* TN = Tanderm Nursing ( Kaedah menyusukan anak secara serentak di kedua2 belah payu dara)
* DF = Direct Feeding ( Menyusukan terus anak dari payudara)
* BF= Breast Feeding (Menyusukan melalui payu dara)

Ada lagi beberapa istilah lain, nanti saya share kan lagi ye..

Sekian,
Wasalam..

-Chugie-

Wednesday, March 20, 2013

Subhanallah.. Ajaibnya susu ibu

March 20, 2013 0 Comments
Jom baca kisah ni.. Saya dapat masa tengah cari info pasal Susu Ibu.. Best kisah ni untuk di kongsi dengan semua.. ******************/*/*******//**/***************//*//****************/****/** Al-kisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada dua orang ibu yang melahirkan seorang anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan. Masalahnya,kedua-dua ibu tadi mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut! Oleh kerana mereka melahirkan pada masa yang sama,maka timbul sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki terseb ut! Pada waktu tersebut,tiada lagi ujian DNA. Maka doktor Amerika bertanya pada kawan dia,seorang doktor dari Mesir,macam mana nak selesaikan masalah berikut.Dah buat ujian darah malangnya,kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama! Maka doktor Amerika itupun bertanya macam mana nak selesaikan masalah ni,sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran adalah agama yang sempurna,dan setiap masalah ada penyelesaiannya dalam Al-Quran. Maka terkedu doktor dari Mesir tuh! Nak tak nak,doktor Mesir tu ajak doktor Amerika berjumpa dengan kawannya,seorang ulama terkenal dari Mesir. Setelah diceritakan segalanya,maka ulama Mesir tersebut hanya tersenyum dan menyuruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium,zat galian dan nutrien yang lain. Setelah selesai ujian,mereka diminta membawa keputusan ujian dan bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya? Salah satu dari susu ibu tersebut mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium,zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama Mesir tersebut berkata,ibu yang mempunyai susu yang mengandungi bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut! Maka doktor Amerika tadi bertanya,apa buktinya di dalam Al-Quran,maka ulama Mesir memberitahu bahawa bahagian untuk anak lelaki adalah 2 kali ganda dari anak perempuan,begitu jugalah dlam soal pembahagian harta pusaka. Jadi,oleh kerana itu adalah hukum Allah,susu ibu juga merupakan harta,maka untuk anak lelaki,adalah bahagian,berbanding untuk anak perempuan! Segalanya telah tersurat di dalam Al-Quran Karim... Wallahualam.. -Chugie-

Saturday, March 16, 2013

OsteMatrix - Kenapa saya Suka???

March 16, 2013 0 Comments
OsteMatrix.. apa yang bestnya Si OsteMatrix Shaklee ni?
haa... memang best dan lain dari yang lain tau.  Ostematrix Shaklee sangat berbeza dengan produk makanan tambahan Kalsium yang lain. Untuk pengetahuan anda, Ostematrix dilengkapi Vitamin D dan Magnesium, yang mana ia merupakan agen penyerap kalsium ke dalam tubuh.

Kalsium juga merupakan salah satu komponen penting untuk produce susu, kalau badan kita kekurangan kalsium, macam mana tubuh nak produce susu. Jadi, inilah kepentingan kalsium dalam badan. Jika kalsium kurang, badan juga akan sukar untuk produce susu. Maka, berlakulah masalah kekurangan hasil susu.

Seperti saya, yang memang bukan penggemar susu, saya amalkan Ostematrix ni untuk bantu penghasilan susu juga untuk memastikan tubuh saya mendapat kalsium. Bukan tu je, saya juga nak pastikan yang anak saya juga mendapat jumlah kalsium yang mencukupi apabila meminum susu badan saya tu. Badan saya juga sering rasa sakit2 badan apabila kerap menyusukan anak secara mengiring di waktu malam, setelah mengamalkan OsteMatrix ni, dengan makan 4biji sebelum tidur malam, keesokan harinya, badan saya tidak rasa sakit2 dan lenguh, malah saya rasa lebih bertenaga dan badan rasa ringan je.

Selain dari tu, Ostematrix juga dikatakan sebagai salah satu MILKBOOSTER. bagi mereka yang tidak serasi memakan alfalfa, Ostematrix merupakan 'option' nya.

Vitamin WAJIB yang saya amalkan sampai lah sekarang untuk Penyusuan adalah ESP + Alfalfa + osteMatrix ni..

alhamdulillah, di usia anakanda saya 'Fadiah' yang masuk ke 2 tahun 2 bulan, dia masih mendapat bekalan air susu yang mencukupi.

Kepada Ibu2 yang Berminat untuk dapatkan Ostematrix ni atau mana2 produk Shaklee, Boleh hubungi saya di:
Eizmierah MNB Healthy Shop
atau terus hubungi saya di 012-3814786

sekian dulu...
chugie

Friday, March 15, 2013

Apa itu Kanser Pankreas??

March 15, 2013 1 Comments
Assalamualaikum..

Rasa terpanggil nak bercerita tentang kanser Pankreas ni. Walaupun jarang2 kita dengan tentang kanser ni, tapi rasanya, kita wajib ambil tahu tentang kanser pankreas ni, kerana kanser ni datang tiba2.

Jom kita kenali kanser Pankreas ni.






Pankreas adalah organ yang berbentuk bujur yang terdapat di tengah kawasan atas perut. Kanser pada pankreas adalah hasil pada perubahan sel yang berbahaya, selalunya pada kepala kelenjar.

Kanser merebak dari kelenjar limfa ke hati, paru-paru dan peritonium. Lelaki mempunyai risiko yang tinggi mendapat kanser pankreas berbanding wanita (2:1). Purata umur bagi kanser pankreas ialah 65 tahun.

Apakah Simptom bagi Kanser Pankreas

- Jaundis (sakit kuning) ialah simptom yang paling biasa ditemui kerana bilirubin,bahan kegagalan sel darah yang rosak,berkumpul di dalam darah. Air kencing yang berwarna kuning pekat, kulit kuning, mata kuning, najis berwarna pucat dan gatal badan.

- Selain dari itu pesakit akan berkurangan berat badan, rasa mual;- rasa keletihan dan sakit yang menyusuk dalam perut.


Apakah gejala-gejala kanser pankreas?

 Kerana tanda-tanda awal adalah sangat ‘senyap’, kanser pankreas dikesan biasanya hanya di peringkat akhir.

Gejala-gejala pertama termasuk hilang selera, kejijikan makanan dan kehilangan berat badan, walaupun gejala-gejala ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain.

Gejala-gejala lain yang mungkin kelihatan termasuk keletihan, demam kuning, muntah dan cirit-birit. Sakit perut juga boleh hadir.

Rasa seperti tusukan yang sangat mendalam, sakit di bahagian atas perut, sehingga ke belakang, mungkin berpunca daripada pankreas, walaupun kesakitan itu disebabkan oleh terdapatnya banyak bernigna.

Ujian Kanser pankreas 

Ujian darah perlu dijalankan untuk mengenal pasti samada paras bilirubin yang menyebabkan kekuningan adalah meningkat, jenis bilirubin yang terlibat (conjugated-, nonconjugated-, uro- bilirubin)

Imaging: Ultrasound atau CT scan perlu dilakukan untuk melihat sendiri jenis jisim yang terbentuk pada bahagian abdomen tersebut dan lokalisasi sebenar jisim tersebut untuk memastikan organ yang mana satu yang terlibat.

Antara yang boleh dilihat dalam penghidap kanser pankreas ialah jisim pada pankreas, pengembangan pada saluran hempedu, dan metastasis sel kanser pada hati (liver metastasize)

ERCP (Endoscopic Retrograde Cholangio Pancreatography) perlu dilakukan untuk membolehkan bahan kontras dimasukkan ke dalam salur hempedu (biliary tree) dan pankreas untuk melihat tempat sebenar sumbatan berlaku di dalam saluran tersebut.


Prognosis
Secara purata, pesakit kanser pankreas hanya mempunyai kemungkinan untuk hidup kurang daripada 6 bulan. Individu yang terselamat setelah 5 tahun dikesan menghidap kanser ini hanyalah sebanya 2% daripada keseluruhan pesakit, itupun setelah menjalankan pembedahan Whipple's seperti yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, pemerhatian mendapati bahawa, individu yang menghidap kanser pankreas jenis sel Islet (Islet cell tumor) dan kanser ampula (ampullary tumor) mempunyai keputusan yang jauh lebih baik berbanding yang mempunyai kanser jenis ductal (kanser pada saluran pankreas)
Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/2011/10/kanser-pankreas-carcinoma-of-pancreas

Sekian, Info sharing n Caring dari saya..
Semoga jadi info berguna buat kita semua..

Wasalam..
Chugie

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates