Showing posts with label Bebelanku. Show all posts
Showing posts with label Bebelanku. Show all posts

Thursday, June 26, 2014

update kehamilanku di 36minggu

June 26, 2014 0 Comments
Assalamualaikum.

Hari ni nak update sikit tentang kandungan ke 3 ni..
Agak culas update tentang kandungan kali ni. Almaklum, ummie nye semakin busy tahap gaban dah ni.

Walaupun dah jadi suri rumah sepenuh masa, rutin menghadap biznes dari rumah masih belum boleh di lepaskan lagi..
Kena dapatkan sorang lagi pembantu ni, hihihi.. over kan?

Baiklah..
Cek up untuk 36minggu ni berjalan lancar, berat baby dah cecah 2.8kg, berat ummienya dah cecah 56kg. Sejujurnya, hamil kali ni memang tak beri impact besar pada berat badan saya..
Tak naik banyak sangat kalau nak di bandingkan dengan kehamilan yang lepas.

Jadi, rasanya memang tak ada masalah saya nak kuruskan badan time pantang nanti.. hihihi..

Apa pun, alhamdulillah.. baby sihat..
Cuma, kedudukan baby masih belum berada di kedudukan sepatutnya. Sepatutnya baby dah pusing ke bawah ni, tapi mungkin belum masanya lagi. Walau sedikit kecewa di situ, tapi saya dah pun redha..
Doctor bagi tahu, sekiranya dalam 2minggu ni baby tak turun juga, saya akan di cezer.. sedih.. tapi tu je jalan yang selamat buat kami..

So dalam tempoh 2weeks ni, saya tetap berusaha untuk buat baby pusingkan diri nya ke kedudukan sepatutnya..

Doa..dan terus doa serta usaha utk capai hasil yang di izinkan Allah..

Mohon doa sahabat semua, supaya baby saya berpusing ke bawah dan saya dapat bersalin dengan kaedah normal ya..

Doa kalian, sy dahului dengan ucpan terima kasih.. hanya Allah mampu membalasnya.

Wasalam..

Chugie a.k.a Suzie
Shaklee distributor
012.3814786

Friday, June 13, 2014

Perisiapan untuk baby baru belum ada..

June 13, 2014 0 Comments
Assalmualaikum..

Ya Allah, kandungan saya dah pun cecah 8 bulan.. tapi peralatan baby belum ada lagi..
siannya lah baby ummie yg ke3 ni. kurang excited kah? hhuhuhu...

Sesungguhnya memang sangat2 busy sekarang ni. macam2 agenda pulak..

in syaa allah, akan cuba settle kan keperluan untuk anak ummie ni dalam minggu ni juga..

list yang wajib beli:
Baju2 baby
Mandian baby
barang2 ummie
bengkung
pilis dan param
set berpantang shaklee
tukang urut
bag barang baby

Apa lagi ye??

tak boleh fikir dah..

kena cari lagi dan lagi dan lagi..

Nervousnya nak bersalin kali ni...
dup dap dup dap..

okies..

chow chin chow!!

-chugie-
SID semalaysia :D

Thursday, May 29, 2014

Jual Diri!!

May 29, 2014 1 Comments
-Assalamualaikum-


JUAL DIRI!!

ye.. sila jual diri jika anda adalah PENIAGA.
Eh, bukan gadai diri tau.. tapi jual diri.

nak jadi PENIAGA kena lah rajin jual diri..supaya orang tahu anda adalah peniaga.
kalau nak berniaga tapi malu nak tonjolkan diri, baik tak payah berniaga..

bagaimana nak jual diri tu?

*saya ambil contoh peniaga produk suplimen shaklee ye*

1. Anda baru nak mula bertapak dalam biz shaklee kan, perkara pertama yang diperlukan adalah kenal kan diri anda pada orang. Contohnya di FB, boleh create 1 gambar anda or trademark anda dan watermark anda iaitu nama, no contact dan kawasan yang anda cover tu.
bagi yang meniaga melalui offline, siap sedia dengan Kad nama. Kad nama itu biarlah yang ala2 profesional.. bukan yang ala2 nak beri pada kwn2 biasa.ni yang formal biz kad ye.

2. Sbgai seorang yang ingin menjual, kena lah rajin utk jadi peramah. Peramah di mulut dan peramah di FB. Jika di Fb, rajin2 lah lawat post kawan2 tp jgn over sangat hingga buang masa di post orang lain. Cukup sekadar utk tinggalkan jejak anda melalui komen. Dengan itu, kawan fb anda tu pasti tahu tentang kewujudan anda di friend list nya.

3. Rajin lah cari info2 baru yang lebih 'up-to-date'.. supaya org yg membacanya or mendengarnya tidak muak. Dan mereka juga pasti akan 'SHARE' info anda tu dengan orang lain.

4. Konsisten dalam menjual diri. Bila kita konsisten lakukan perkara apa pun, sudah tentulah hasilnya LUAR BIASA.. bagi yang sekejap ON dan sekejap OFF, pelanggan pun akan 'confuse' samada kita ni masih menjual atau tidak. Jadi cuba lah untuk konsisten

5. Jangan SYOK SENDIRI. ada juga peniaga yang syok sendiri. Post di FB contohnya. Ada yang suka meroyan tak tentu pasal. Ada yang suka meninggi diri melebih2 dan ada yang poat iklan produk terlalu kerap. Ini akan buat orang BENCI dengan kita. Jadi, berhati2 lah dalam proses JUAL DIRI ni..

ni je tips2 simple dari saya.
Ada banyak lagi tips2 lain yg boleh di guna pakai untuk jadi seorang peniaga yg bagus.

jom jual diri!!


♡Chugie♡
Shaklee independent Distributor
*Sg Buloh

Tuesday, May 27, 2014

Bil Elektrik NAIK lagi??? Ayoyoooo...

May 27, 2014 1 Comments
Bil oh bil..
Elektrik oh elektrik..

Tak pernahnya nak turun, makin naik lagi adalah..

Bila bil melambung, dah tentulah gaji yang kita dapat akan di lebihkan lagi untuk membayar bil2 ni kan?
maka, catuan dalam perbelanjaan lain-lain juga terpaksa lah di catu.

Kesian bagi mereka yang punya pendapatan yang rendah tu. Gaji dah lah sikit..
semuanya cukup2 makan je.

Bila berlakunya kenaikan tarif elektrik ni, sudah tentulah akan menambahkan bebanan rakyat yang tidak punya pendapatan yang besar.

Bila hal ini berlaku, maka emosi akan terganggu. Bebanan semakin meningkat.

APA YANG PERLU KITA BUAT SEBAGAI RAKYAT YANG POSITIF?
1. Ambil ini sebagai satu keadaan yang positif. Jika kita terus menerus marah dan memberontak, ia akan menambahkan stress dalm diri.

2. Ambil langkah mencari pendapatan sampingan. Sekarang ni ramai orang dh mula berniaga. so, mulakan lah perniagaan kecil2an dulu. Apa yang nk di niagakan tu, anda yang perlu cari.. buat lah perniagaan yang berasaskan kebolehan diri anda. itu adalah yang sebaiknya.

3.  Kawal perbelanjaan lain-lain anda tu.. jangan membazir ye. Bila rasa nak beli barang yang tak di perlukan, ingat balik yang anda perlu simpan duit untuk waktu2 gawat anda nanti.

4.  sama2 plan dan berbincang dengan suami supaya tidak berlaku masalah dalaman rumah tangga yang melibat kan wang.

5. Jom mulakan berbiz Shaklee.. hehehehehe... ni last choice ya.. tiada paksaan, tapi amat di alu2kan..
siapa2 yang berminat untuk menjadi anak didik shaklee saya, Sila lah register diri bawah saya..

Sekian, Pesanan khidmat suka hati dari saya :D

Chugie,
Shaklee Independent Distributor
Contact no: 012.3814786

Saturday, March 29, 2014

2tahun dengan shaklee!!

March 29, 2014 1 Comments
Assalamualaikum..

owh, dah masuk mac 2014 dah.. adoi, ape sal boleh tak sedar yang bulan ni adalah bulan ke 2 ku di dalam shaklee??

pejam celik, pejam celik.. dah 2y pun..

alhamdulilah.. this is the best moment.
Penat lelah,
Kurang Rehat,
Kurang tidur,
Stress,
kurang itu, kurang ini..

semuaaaaaaa dah pun selamat ku redah!
berbaloi2...

betul lah kata pepatah melayu,
Bersusah2 dahulu..
Bersenang senang kemudian.

ianya bukan sekadar ayat suka2 tau.
tapi adalah benar belaka.

kalau nak di ingat balik detik2 awl berkecimpung dalam dunia perniagaan shaklee ni, memang penuh dengan pancaroba.. bersengkang mata dan mengalir air mata.

tapi, itu semua dh pun berlalu. Bila dah rasai HASILNYA, semua yg lama2 tu dah tak de dalam memori dah. Dah pun jadi KENANGAN TERINDAH.

Alhamdulillah, Syukur padaMU Ya Allah..
Perjuangan utk membantu lebih ramai lagi anak2 melayu utk melangkah maju belum berakhir.
Selagi hayat di kandung badan.

Saya akan terus bantu anda yang ingin MAJU!

Suzianti Maswar
Master Coordinator @ Shaklee
Shaklee Independent Distributor

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates