36 Minggu dah..
Unknown
April 20, 2009
9 Comments
Dah 36 minggu, bersamaan dengan 9 bulan.. dah masuk waktu2 nak deliver ni.. dan dah mula rasa macam2 dalam hati ni :D.. tp rasa yang paling banyak adalah rasa excited sesangat sebab nak sambut kelahiran baby sulongku.
Sabtu bersamaan 18hb April, 2009 aku de check up untuk yang ke 36 minggu kandungan. Lepas je abis keje aku terus ke PMC untuk buat pemeriksaan kandungan. Seperti biasa, dotor Ratna yang akan memeriksa aku. Mujurlah patient tak berapa ramai, jadi tak adalah aku kena menunggu lama masa tu. Seprti biasa, urine test akan di buat, selepas tu aku akan disuruh timbang dan pemeriksaan tekanan darah di jalankan. Alhamdulillah, semuanye bagus.. Berat aku kali ni naik 1kg, 2 minggu lepas 60kg dan sekarang dah cecah ke 61kg.
Keputusan scan plak:
berat baby dah 3.3kg, EDD pd scan : 21/4/2009 ( emm sebelum ni 8/5/2009)
Gambar scan masa pemeriksaan tu.. ni muka dia tau. Tapi x nampak clear sgt lah.
Ulasan doc: Baby aku memang besar, dan doktor pun agak terkejut masa scan tu heheh.. katanye nampak badan aku ni kecik je, tapi x sangka baby dlm perut besar. Tapi doc x ada pulak suh aku control makan. agaknye pandai2 aku sendiri lah kot nak control nafsu makan tu, cuma die suruh kurangkan pengambilan gula sebab mungkin itu salah satu sebab baby aku besar. Maybe jugak kan, sebab berdasarkan kajian pun, sekiranya semasa mengandung kita makan atau ambil gula yang berlebihan pun akan membuat baby dalam kandungan besar dan kemungkinan akan mendapat penyakit kencing manis gak. Tapi alhamdulillah aku tak kena kencing manis.. risau sangat kalu terkena penyakit2 seperti darah tinggi dan kencing manis di saat2 akhir kehamilan ni.
Tentang contraction yang aku alami sebelum ni, doc kata tu semua adalah normal bagi kandungan yg dah hujung2 ni, sebab masa ni baby tengah buat ruang untuk sampai ke kawasan pelviks.. so bila terasa sakit di bahagian bawah tu rupenye di sebabkan penekanan kepala baby ke kawasan pelviks sepaya bukaan dapat berlaku. Rasa ngeri je bila doc bg penerangan macam tu. So hujung minggu ni aku ada lagi pemeriksaan kandungan. Doc akan bagi penerangan tentang tanda2 untuk bersalin pada aku waktu pemeriksaan akan datang ni. Rasa cam dah x lama je lagi ni.. mintak2 semuanya selamat dan mudah lah..