Saturday, June 27, 2009

Exclusive pics of my lil baby..

June 27, 2009 5 Comments
Exclusive pics untuk tontonan korang sume.. harap berpuas hati ek. Muka baby aku ni berubah2 ikut keadaan dia.. muka tak sememeh aku x nak letak huhuhu.. x comei..

Ni lah my lil baby.. Nur Fatin Adlina..

Gambar atas ni gambar fatin baru je di lahirkan, rasanya tak sampai sejam lepas keluar dari labour room. Nampak chubby sangat pipi die tu, geram aku.


Ini pulak gambar fatin masa dia di tinggal kan di PMC untuk treatment Demam kuning.. Sedih woo masa ni.. sebab berjauhan dengan babyku uwaaaaaaaaaaaaaa:((Ini gambar fatin masa umur 35hari.. dah pandai pandang camera bila aku amik gambo die. Cam nampak je kat kita bila die senyum cam tu.. tomey nye die mase ni heheh..



Dua gambar kat atas ni adalah gambar yang latest aku ambil pagi tadi. Sempat g snap pics si kecik ni. Gambar baru bangun tido.. masa ni mood die tengah bagus sesangat.. lepas tu, mula lah die mengada2 merengek.. minta susu lah, ape lagi.

Friday, June 26, 2009

Detik itu.. - Melahirkan baby fatin

June 26, 2009 3 Comments
Salam..

Detik itu..

Aku pasti setiap orang yang pernah merasai saat melahirkan anak tentu mengalami berbagai-bagai pengalaman, dan bukan semua akan melalui detik yang sama. Begitu juga dengan aku. Tiap apa yang kita impikan dan harapkan bukan selalunya akan kita dapat. Segalanya sudah menjadi ketentuanNya. Cuma, nasihat aku.. pada yang akan melalui DETIK ITU, siap kan diri dan lengkapkan diri dengan segala yang ada dan paling penting sekali jangan pernah lekang bibir ni mengungkap kalimah Allah lelebih lagi bila dah nk sampai waktunya.. pada aku, tu je yang dapat membantu kita bila dah berada dalam DETIK ini..

Ok, bercerita tentang detik itu, aku telah di arahkan oleh doktor utk masuk wad pada pagi isnin 11.05.2009, selepas seminggu dapat MC dari doctor untuk menunggu bukaan seterusnya selepas bukaan rahim aku hanya 2cm sebelumnya, dalam seminggu tu memang tak ada langsung tanda2 nak bersalin, sakit pun tak rasa (aku siap berjalan sakan lagi di saat akhir nak bersalin tu). Jadi pagi isnin tepat jam 8.45pg aku dah admit dlm wad. Bosan giler time tu ditambah dengan rasa berdebar dan persoalan yg mmg bermacam2 dalam kepala ni, almaklumlah, ni adalah pertama kalinya aku menghadapi detik2 ni. Jadi, byk sgt bende yang menjadi tanda tanya dalam otak aku ni. Dalam kepala ni cuma nak tau, induce tu mcm mane? ape rasenye? sakit ke? sakit sangat ke? pas tu kena buat ape dan macam persoalan lagi lah yg menghurungi benak aku ni. Lepas makan tengah hari nurse masuk kan ubat utk buang air besar, dan selepas tu die masukkan pula air (induce) utk buat contraction sebab aku langsung tak rasa contraction. Jam 3 ptg doc Ratna datang untuk cek bukaan dan masa tu dah de bukaan dalam 3cm, selepas tu baru lah doc ratna pecahkan air ketuban aku..time tu x rasa sakit lagi, tp contraction dh semakin kuat, air ketuban plak memang banyak giler.. sampai doc ratna pun terkejut gak. Tak lama lepas tu bukaan semakin banyak, dari 3cm dah ke 5cm, lepas tu 6cm, 8cm dan masa ni aku terus di bawa ke labour room.. sampai je dlm bilik tu, bukaan dah cukup 10cm, doc pun dh sedia utk proses seterusnye.

Masa ni aku sendiri pun tak tahu nak gambarkan rasa tu.. Rasa sakit nk bersalin, tapi lebih kepada rasa sakit nak membuang air besa.. bila sakit tu mula menekan dan buat aku rasa nak meneran mcm membuang air besar, doc minta aku teran.. puas lah aku meneran, tapi tak muncul2 juga baby aku ni.. dah puas cara meneran, doc try buat vacuum dan forsep utk bantu aku keluarkan baby secara normal, masa ni aku tak rasa sakit yang amat2, cuma aku lebih kepada rasa nak membuang. Tapi malangnya cara ni pun x membantu langsung..jadi doc amik keputusan untuk buat pembedahan memandangkan aku pun dah nyawa2 ikan sebab meneran lama sangat, dan sakit tu dah mula terasa yang amat2.. jadi akhirnya, aku di bedah..

Masa nak tunggu utk jalani pembedahan tu, rasanya ini lah sakit yang paling sakit sekali aku rasa, perasaan aku time tu.. tak yah lah nak cerita.. tuhan je yang tahu. Tak lama lepas tu, aku di bius separuh badan, hubby tetap setia menjadi peneman masa dalam dewan bedah tu. Walaupun aku sedar masa pembedahan dijalankan, tapi aku memang tak sanggup nak tengok keadaan masa tu. Hanya hubby je yang berani utk lihat keadaan aku masa di bedah tu, sempat juga lah aku tengok air mata die menitis bila baby selamat di keluarkan.. Rasanya masa untuk keluarkan baby dari perut aku tak amik masa yang lama, tup tup aku tengok nurse dah bawak anak aku kat sebelah, montel yang amatlah baby aku ni. Doktor Ratna siap boleh berseloroh lagi, katanya patutlah anak awak tak nak kuar ikut pintu, pipi die tembam sangat, tersangkut kat tulang pinggul heheheh.. Sempat lagi doc ni melawak time2 macam ni.

Alhamdulillah, semuanya selesai dan selamat dah.. tak kisah lah bersalin normal atau cezer, yang penting anak yang dilahirkan tu sempurna dan sihat. Walaupun hasrat nak bersalin secara normal x kesampaian, tapi semangat untuk rasa bersalin secara normal untuk masa akan datang tu tetap ada dalam diri aku. Sebelum ni aku banyak gak dengar cakap2 org, bila lepas melahirkan, perasaan takut utk bersalin lagi tu jadi lebih tebal. Tapi, aku tetap nak rasa detik tu lagi, walaupun dalam diri ada rasa sedikit takut. Sebabnya, nikmat ketika mengandung dan bersalin tu memang terlalu sukar nak di gambarkan. Apa pun, kepada yang belum merasai detik tu, korang jangan lah takut.. selalu ingatkan diri yang ALLAH sentiasa di samping kita walaupun suami tak ada masa saat melahirkan tu, dan pada yang dah merasai apa yang aku rasa, aku solute korang.. bukan senang nak buat sume ni kan??? pengalaman yang memang terlalu berharga dan terlalu besar nikmatnye. Moga kita mendapat hikmah di sebalik segalanya ni.

Nantikan detik aku dalam pantang plak ek.. tunggu je ler dengan penuh kesabaran..
Baby fatin dah minta susu ni, kene bergerak sekarang.. chiaooowwww..

Wassalam..

p/s: gambar baby akan di update kemudian..x sompek lah.. bz layan baby.

Kini Aku kembali..

June 26, 2009 6 Comments
Salam semua..

Lamanya tak update blog.. aku pasti ramai yang dah merindui aku dan cerita2 aku ni ekekekek (perasan sendiri je aku ni ahahah). Begitu juga lah aku, jari jemari ni dah terlalu gatal nak menaip cerita2 yang dah lama aku simpan masa hari2 berpantang ari tu. Untuk pengetahuan semua, aku telah selamat melahirkan baby pada 11.05.2009 hari tu, baby girl seberat 3.8kg, dengan panjang 5.6cm. Nama Baby aku Nur Fatin Adlina yang maksudnye Cahaya yang memikat keadilan kita. Dilahirkan secara C-Section kerana baby aku yang boleh dikatakan agak besar. Nanti aku ceritakan detik2 itu k..

Alhamdulillah, aku dah melepasi 44 hari berpantang yang memang penuh dugaan dan cabaran. Kalau di beri pilihan antara mengandung, bersalin dan berpantang. Aku akan say NO pada berpantang. Tak sanggup aku, semuanya harus di jaga rapi, bukan setakat fizikal je, malah mental,emosi, tenaga dan byk lagilah. Pada yang dah melalui hari berpantang ni, pastinye dapat rasa ape yang aku rasai. Tapi mungkin gak pengalaman berpantang ni tak semuanya sama.

Dari hari pertama aku berpantang setelah selamat bersalin, aku dah di duga dengan macam2 hal.. termasuk lah keadaan baby yang dapat demam kuning, dengan keadaan aku yang baru menempuhi saat2 berpantang dan banyak lagi lah. nanti2 lah aku ceritakan detik2 itu ye.

Buat masa ni, baby fatin tengah lena tido..tu yang aku dpt peluang untuk update blog ni. Kalu tidak, memang aku kne melekat kat sebelah die je lah jwbnye, sebab fatin nak orang melayan die, kalu tidak.. dengarlah suara merdunya berkumandang di segenap ceruk ruang rumah au ni..termasuk lah telinga orang2 yang de dalam ni.

k lah ek, x leh nk lelama.. nnti aku update lagi. Ni entry pengubat rindu korang je huhuhuh..

Thursday, May 7, 2009

Hari Ini..

May 07, 2009 4 Comments
Em.. hari ni sangat membosankan.. dan aku masih lagi belum melahirkan. Tanda2 nak melahirkan pun masih lg belum muncul.  Tak pe lah, aku setia menanti wahai hari.. 

Baby buat masa ni masih lagi bergerak aktif yang mana kadang2 tu buat perut aku sedikit sakit di sebabkan tendangan demi tendangan dan pergerakan2 yang dia buat kat dalam perut aku.  Agaknye die pun tak sabar dah nak kuar, sebagaima tak sabarnye aku nak lihat babyku..

Hari ni, hubby malas nak teman kan aku kat umah, katanye bosan nak menunggu hari yang tak muncul2 ni. Yelah, aku pun paham dengan keadaan dia, dah masuk hari yang ke-4 kami tunggu hari bersalin, tapi masih tiada sebarang tanda. Mungkin hubby pun dah bosan yang amat sangat, jadi dia pun minta izin dari aku untuk bekerja, aku pun tak sampai hati nak tengok die kebosanan, lagipun instinct untuk bersalin tu still lagi tak aku rasakan. Makanya, hari ini hubbyku pun dah start keje balik. Nasib baik juga lah ada peneman aku di rumah hari ni. Adik lelaki aku tak kerja, tayar motor die pancit..so memang tuah nasib aku lah kot. Alhamdulillah, atleast ade lah juga orang yang nak di harap kalau2 aku di takdirkan tiba2 sakit nak bersalin.

Tapi sebenarnye dalam hati ni tetap mengharapkan hubby ada kat sebelah, takut kalau apa2 jadi kan.. walaupun hati ni mengizinkan dia untuk bekerja, tp de rasa sedikit sedih gak sebab dia tak de dirumah arini. emm..nasib aku lah..nak buat camne?  Tapi di sebabkan hubby kerap call aku untuk tanya khabar, kiranye aku bersyukur gak lah, dan rasa sedih di sebabkan ketiadaan hubby di sisi tu kurang lah sikit. Walaupun dia tak ada kat sebelah, atleast dia keep on calling aku. So tak ada lah aku terasa sangat. Dalam pada masa tu gak, aku sentiasa berborak dengan baby kat dalam perut ni, kalau nak keluar kena tunggu ayah balik dulu..heheh:D mcm lawak pun ada, bercakap dengan perut..

Apa pun, moga segala yang berlaku hari ini berjalan dengan lancar dan tenang.. kalau lah di takdirkan aku bersalin hari ni, aku mohon di permudahkan segala urusanku.

Tuesday, May 5, 2009

Belum lagi..

May 05, 2009 7 Comments
Salam..

Terima kasih pada sume member blogger yang mendoakan aku dan baby.. Tapi sampai ke hari ini masih belum keluar lagi babynye.. Agaknye baby still x puas makeup2 kat dalam tu kot kn?? ahaahahah.. Sebelum ni doc ada nasihatkan supaya aku berjalan2 (gerak aktif) supaya bukaan tu cepat, dan dah 2 3 ari ni memang aku x keje n ambil peluang ni untuk berjalan2, memandangkan doc dah bagi MC seminggu kat aku.  Alhamdulillah, aku tak ada rasa sakit langsung atau kontraksi yang teruk buat masa 2 hari ni. Sebelum ni aku rasa agak cemas gak, yelah sbb dah de bukaan.. dan dengar cerita dr pengalaman orang, untuk tunggu bukaan seterusnye agak sakit, dan kontraksi tu akan jd lebih kerap. Tapi beza plak pada aku, selama 2 hari aku bercuti ni, memang tak ada rasa sakit pun.. aku pun dah siap kuar berjalan2 lagi dengan hubby (mengikut nasihat doc) abis gak lah sume shopping complex kami tawaf, dan semalam aku ada buat ve lagi, dah bukak 2 cm lebih.. tapi sampai lah ke saat aku menaip entry ni, aku tak ada sebarang rasa sakit..  Bertuahnye lah rasa badan kan.. :D  Member dan sedara mara pun tiap hari bertanya, samada aku dah selamat bersalin atau belum.. tiap masa, sure ada yang bertanyakan khabar aku dan baby. emm..dorang pun x sabar nak tunggu kelahiran baby ni hehehe:D xpe, tunggu jelah masanye nanti.. insyallah mudah2an sume selamat amin..

Baby buat masa ni still lagi bergerak aktif, dan mengeras. Cuma waktu malam aku ada rs sedikit sakit tapi tak teruk sangat.. tu pun kejap je. Alhamdulillah syukur sangat sebab x rasa sakit2 yang teruk, tapi x tau lah camne keadaanye selepas ni.. apa pun, aku kene bersedia untuk berjuang.. ya, perjuangan aku masih belum tamat.. 

Sehingga ke saat dan detik ni, aku masih menanti masa untuk perjuangan itu.

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates