Friday, August 7, 2009

Hubbyku memasak..

August 07, 2009 4 Comments
Salam..

Semalam kerana keletihan yang amat, aku tak de lah memasak untuk makan malam kami, lagi pun memang rasa malas nak masak. Mulanya aku plan nak ajak hubby untuk makan di luar je, tapi die pun rasa malas nak keluar dan fatin pula dah lena, jadi aku tanyalah hubby, nak makan apa malam ni, die pun jawab makan maggie je lah. Aku plak ambil kesempatan ni buat permintaan kat hubby untuk suruh die masak maggie tu, selamat die nak masak, agaknye mood die baik kot smlm heheh. Hubby aku ni bukan lah teror sangat bab2 masak ni, setakat maggie dan nasi goreng tu bleh lah kot. Buat masa ni aku tak pernah lagi cuba masakan die yang lain selain dari maggie ni je. Bukan senang sebenarnye nak suruh die masak heheh..

Ini lah die 2 bungkus maggie yang menjadi santapan kami malam tadi.. (aku makan skit je k, x leh makan maggie sangat, tak bagus tau!). Maggie ni memang biasa ada kat rumah sebagai stock kalau2 rasa malas nak memasak atau teringin nak makan maggie, tapi bukan selalu ye..

gambar atas.. hubby tengah kusyuk memasak.. sampai aku nk ambil gambar pun die marah.

Ini lah die maggie sup yang hubby masak.. penuh dengan tomatonye.. memang fav die pun. nampak kelakar pun ade heheh.. belasah je lah bi oii.. janji awak kenyang sudah.
Aku dan baby fatin hanya jadi penonton setia masa hubby tengah sibuk di dapur.. (sekali sekala bagi can kat aku untuk berehat dari masak heheheh)
Pe pun, terima kasih lah kat hubby yang sudi nak masak untuk makan malam semalam..memang cedap maggie tu bi. Len kali bleh lah masak nasi goreng plak ye bi.. huhuhu cayang bibi..
p/s: ada2 sapa nak resipi maggie ni?? hahhahaha:))

Thursday, August 6, 2009

Buang anak..

August 06, 2009 9 Comments
Salam..

Aku sedih, sedih yang amat dengan sikap manusia yang tak berotak, kejam dan b****h ni.. di beri akal untuk berfikir, tapi tak di gunakan dengan betul. Diberi perasaan, tapi tak tahu nak merasa. Di beri cukup segalanya, nyawa, makan, pakai, tempat tinggal, pelajaran, tapi tak juga reti nak menghargai dan menggunakan sebijak2 nye.. Apa nak jadi lah dengan dunia sekarang ni? Dah tak ada ke sifat keperimanusiaan?? arghh.. geramnye lah hati aku saat ni.

Pagi tadi, aku sempat membaca sepintas lalu berita dalam akhbar METRO yang berkisar tentang kes buang anak. Seorang pelajar sekolah menengah melahirkan anak di sekolah dan anak tersebut mati kerana lemas diletakkan oleh pelajar berkenaan didalam beg sekolahnya.

Nauzubillahhiminzalik.. berderai air mata aku mengenangkan nasib si bayi yang lahir dengan berat 3.6kg yang aku rasa cukup sifatnye. Tapi dengan mudah ibunye membiarkannye lemas dalam beg sekolah macam tu je.. aduh... tak dapat aku bayangkan bagaimana sedihnya bayi kecil tu, tatkala lahir kedunia ni, yang mana sepatutnye di sambut gembira, di tatang dan di azankan agar dapat melihat dunia. tapi dek kerana kejam si ibu yang sanggup membiarkan die lemas, hingga tak dapat die merasai semua tu.

Untuk si bayi yang malang, aku harapkan ada hikmah di sebalik nasib mu itu yang dah di tentukan olehNya..moga kau aman di sisiNya.

Pada si perempuan yang tak layak di panggil ibu tu, kau terima lah pembalasan kau kelak kerana sanggup mengerjakan perbuatan keji dan hina kau itu, hingga sanggup membiarkan bayi yang kau kandung mati begitu saje. Tak cukup dengan melakukan maksiat, kau bunuh pula dia.. tak berperikemanusiaan langsung.. aku geram dengan apa yang kau lakukan..!!

Tuesday, August 4, 2009

owh Cempedak goreng!!

August 04, 2009 4 Comments

Owh...cedapnye lah bila tengok buah cempedak kat atas tu. Terliur pula rasanye bila tengok buah yang dah di goreng rangup tu, tapi apakan daya aku masih lagi dalam zon berpantang dari memakan makanan yang berangin. waaaaaaaa cedihnye..memang dah teringin sangat ni huuuu.


Sebenarnye, cempedak adalah salah satu makanan kegemaran aku, tak kira lah cempedak yg dah di goreng atau yang masih mentah (x di goreng). Memandangkan sekarang ni musim buah tengah rancak melanda sebahagian pelosok corok kampung dan buah ni salah satunya, jadi mata ni memang senang je nampak buah2 cempedak yang memang tengah banyak bergayut di dahan2 pokoknye.. eee geram je rasanye bila nampak dek mata ni.


Kebiasaannya, buah cempedak ni di goreng rangup dengan menggunakan tepung beras dan campuran2 lain yang merangupkan gorengannya di samping ada yang menjadikan biji buah cempedak ini sebagai salah satu bahan masakan lain seperti di goreng atau di buat masak lemak cili api. Aku tak pasti samada korang pernah mendengarnya atau tidak, tapi rasanya bila di buat masakan tu memang sedap lelebih lagi biji yang di goreng, memang terasa lemak2 dan rangupnye. Tapi tu lah kan, sedap bende yang kita makan, sedap juga lah badan menanggung bahana yang akan ada dalam badan dek memakan buah ni.
P/s: gambar tu aku ambil dari yahoo search image.

Terima Tag lagi

August 04, 2009 0 Comments
Dapat award memang best, tapi nak kene buat keje lah sikit.. ok, bawah ni kerja yang aku dapat:-

1st of all - kepada y kene tag, mcm biasalah copy badge " Vespa Blogger Award Friendship" di atas untuk di letakkan di blog anda.... - OK DONE (tu kat ateh tu)-
2ndly - Link / Ceritakan kembali siapa yang memberikan award nie kepada anda
- iman - aku dapat dari budak tecik ni, ibu die sebenornye yang suh buat, tp ibu die letak name anaknye 'iman' lak huhuh.. x aci betul.
3rdly - Setiap blogger mestilah nyatakan 10 fakta dan hobi anda
-Tentang aku???- seorang perempuan, seorang isteri, seorang ummi, simple, suka ketawa, lemah lembut, suke senyum, suka berblogger, suka makan dan minum.
Lastly - Anda perlu pilih 6 penerima award & seterusnyer nyatakan nama anda di blog anda....
Dengan segala hormatnye aku beri award ni pada yang sudi menjengahkan diri untuk lihat blog ni. Terima kasih daun keladi ye!

Monday, August 3, 2009

Diari Ramadhan Rafiq..

August 03, 2009 3 Comments
Salam



Aku pasti ramai yang pernah tonton rancangan ni kan? dan pastinye korang juga menyukainya, macam aku gak, memang sangat menggemari drama ni. Boleh dikatakan satu family aku suka tonton cerita ni yang hanya akan di siarkan dalam bulan ramadhan.


Sebenarnya, baru beberapa hari lepas adik aku buka cerita pasal drama ni, katanya ade ke tidak agak nye siri baru drama ni keluar untuk ramadhan kali ni, sebab biasanya tv3 akan keluarkan 'gazet' (iklan tentang drama ni ) bila nak sampai bulan puasa. Tup tup, pagi tadi tv3 keluarkan ulangan drama siri yang kedua (tahun kepas punye cerita), macam tau2 lah pulak..memang satu kebetulan betul lah.

Rasanya tak payah lah aku ceritakan sinopsis drama ni sebab aku pasti ramai yang tahu jalan ceritanya. Antara watak yang aku suka adalah watak rafiq tu sendiri, budak lelaki yang berdarah kacukan yang memang fasih berbahasa melayu. Watak rafiq dan sepupu2nya yang sedikit nakal dalam siri pertama memang buat aku rasa teruja sangat nak menonton setiap episod yang ada selama bulan puasa, dan sampai hari ni pun, aku sedang menati samada tv3 akan mengeluarkan siri baru drama ni. Kisah yang di siarkan dalam setiap episod pun memang mengisarkan tentang kehidupan dan perjalanan harian budak2 yang baru mula belajar berpuasa.

Antara lain yang aku suka tentang drama ni adalah kawasan lakonannye, yang mana diadakan di kuang, memang betul2 berhampiran dengan kawasan rumah aku. Aku suka tengok rumah yang mereka gunakan sebagai set pengambaran pada episod pertama dulu, memang aku admire betul dengan rumah tu, nampak cantik, kemas dan tersusun je lebih2 lagi bila waktu malam. Bukan setakat di dalam rumah tu, tapi kat luar rumah pun nampak kemas dan bersih. Memang pandai pengarah drama ni pilih kawasan pengambaran.

Hope bulan puasa ni dapat tonton drama yang terbaru..

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates