Thursday, October 15, 2009

Undangan Kahwin..

October 15, 2009 4 Comments
Salam..

To Cik Barina.. aku dah dapat kad jemputan mu itu.. tapi tarikhnya clash dengan hari sales day opis aku, dan kemungkinan besar aku kena kerja pada hari tersebut.. apa pun aku akan cuba luangkan masa dan insyaallah akan aku terjah majlismu itu heheheh..

Cantik kad ni, design sendiri agaknye makcik ni..Tema kad hitam putih ni sama dengan tema baju pengantin ye cik??

Majlis Cik Barine ni akan berlangsung pada 25 Oktober 2009.. wah, minggu depan je ni cik barine oii... apa pun aku doakan semoga majlis itu akan berjalan lancar seperti yang di harapkan.. dan aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU...




Wednesday, October 14, 2009

Company dinner!

October 14, 2009 3 Comments
Salam..



ooppss.. FYI.. it's not my company dinner, but it's incek suami punya company dinner as they called that as a glitters night.. emm.. yup, memang berkerlipan dan berkilauan malam tu, bukan je dengan lampu2 dan dekorasi dalam Ballroom, tapi juga dengan kehadiran para jemputan pada malam tu. Dinner ni diadakan pada malam sabtu yang lalu, dan di hadiri oleh semua staff DPS malaysia serta ahli keluarga staff.. yang mana dinner ni juga untuk meraikan sambutan hari raya.. memang satu majlis yang sangat besar dan gemilang gak ler.. Majlis ni diadakan di JW Marriott Hotel Kuala Lumpur dan di hadiri lebih dari 200 orang rasanya..



Kami semua di hiburkan oleh artis jemputan yang memang best!.. antaranya adalah Adibah Nor also as our MC on that night, Anita Sarawak, Rabbani dan surprise artist Dato' M Daud Kilau.. Makanan yang di hidangkan pun memang best dan sedap.. yang mana mereka menghidangkan hidangan raya seperti lontong, rendang, Nasi beriani, dan banyak lagi termasuk beberapa desert dan hidangan western seperti salad.. nama pun hotel 5 star, so makanan pun mesti lah best kn??



Selain dari artis jemputan, dorang juga adakan cabutan bertuah yang mana Mr hubby dapat 2 kali cabutan bertuah. Cabutan pertama dia dapat voucher dari sportworld sebanyak RM100 dan untuk grand lucky draw, hubby dapat 2nd place iaitu percutian ke Bangkok (fullboard) selama 3 hari 2 malam.. memang bertuah betul lah kami malam tu..alhamdulillah.. ( tapi rancangnye, kami akan tukar hadiah percutian tu ke local destinasi je.. x sanggup nak ke bangkok tu..cukup lah sekali pengalaman aku ke sana..)



Tak yah lah aku cerita banyak, moh kite jamu mata tengok pic yang aku snap malam tu..





Sebelum majlis berlansung, cocktail untuk para tetamu yang hadir diadakan di ruang legar Ballroom.. yang mana kami dihidangkan dengan minuman dan kuih2 raya..

Gambar masa di dalam Ballroom yang dah di penuhi oleh para2 jemputan..

Ni meja kami.. hubby merupakan committe pada malam tu.

Antara committe yang menjayakan kelancaran majlis malam tu..

Kami pun sempat bergambar kenangan dengan Adibah Nor.. best lah die ni.. peramah! mulanya aku nak bergambar denagan Anita Sarawak, tp takut pula sebab die terlalu peramah.. malas nak menjawab soalan2 die heheh..

Hubby with his lucky draw gift..
p/s: yang paling aku suka ialah bila Bos meraka umumkan yang dorang ni bakal dapat bonus!!! ermmm ada can lah aku merasa ni heheheh... syoknye lah raya!!

Saturday, October 10, 2009

Open day!

October 10, 2009 1 Comments
Salam..

Untuk dua hari di hujung minggu ni, outlet kami mengadakan jamuan (open day) khas untuk pelanggan kami sempena sambutan Hari Raya dan Deepavali.. Jadi beberapa hari ni aku agak sibuk menyiapkan persiapan untuk Hari besar ni (x berapa nak besar lah sebenarnye).. itu belum masuk bab meeting yang aku attend dan kerja2 yang semakin bertimbun dek kerana ketidakcukupan masa untuk membuatnye.. mana taknye, semua nak kena aku yang pantau.. walaupun dah di beri tugasan2 khas kepada setiap staf, tapi untuk lebih keberkesanan menyediakan hari besar ini, bos tetap menyuruh aku untuk update setiap bahagian tugas yang diberi.. sebabnya?? bos aku berada di oversea sekarang ni, jadi, aku lah yang di beri amanat untuk handle event ini. Penat, jangan kirelah... badan ni pun dah mintak cuti dah..
Antara dekorasi yang kami buat untuk mencantik kan showroom kami..
Tak lupa juga lukisan kolum ini.. cantik tak?? bukan aku yang buat ye.. staff aku yang buat..
Dah siap untuk menyambut para pelanggan..

Hidangan yang agak simple..untuk para pelanggan kami..

Kepada korang yang rasa nak datang ke showroom kami,amat lah di alu2kan...alamat nya di:-

No 10 Jalan Tembaga SD5/2A Bandar Sri Damansara, Selangor.

Thursday, October 8, 2009

cita-cita aku..

October 08, 2009 3 Comments
Salam..





Tiba2 rasa nak buka balik cerita lama aku ni.. punca aku buka cerita ni pun sebab semalam masa sedang berYM dengan sorang teman ni, die tanya apa cita2 aku, jadi aku pn jawab lah NAK KERJA DI OPIS..





Ok jom flash back balik ek..


ceritanya camgini.., masa zaman sekolah dolu2.. masa tu aku di tingkatan 3, didalam kelas Kemahiran hidup.. kalau x silap cikgu yang mengajar subjek tu adalah cikgu Noraini.. cikgu ni memang best sangat2.. dan sangat melayan otak giler2 pelajar2 die, terutama otak aku dan teman2 aku ni.. sebabnya?? kami ni memang sangat2 lah suka main2 kan cikgu ni.. kadang2 tu sampai pening lah kepala die melayan kami walaupun kami dah lali kene piat, kene cubit.. dan kene macam2 lagi lah..




Suatu hari tu cikgu ni buka lah tajuk pasal cita-cita.. ( aku x ingat kenapa die buka tajuk cita2, sebab tak de link langsung dengan subjek die hahaha..) so, die pun tanya lah sorang2 kat kami apa cita2 kami.. sampai kat aku, die tanya.. "SUZIE, APA CITA2 AWAK?".. aku pun dengan rasa bangga dan sambil lewanya jawab, " NAK KERJA KAT OPIS CIKGU".. pastu die tanya aku sekali lagi, agaknye die tak dengar kot jawapan yang aku bagi.. aku pn jawab balik dengan jawapan aku td.. pas dengar tu, terus je die piat telinga aku.. sakit nye jangan cakap lah.. pedih dan sakit.. rupenye die ingat aku ni bg jawapan main2 dan saje nak kenekan die.. sedangkan sebenarnye aku sangat2 serius dengan jawapan aku tu. Tak pasal2 je aku dapat piatan tajam dari die.



emm.. lawak pun ada bila ingat2 kan balik peristiwa tu.. dan semalam aku tergelak balik sendiri, bila teringat kan jawapan yg aku bg tu.. Teman yang lain sume bagi jawapan nak jadi doktor, cikgu, peguam... aku plak bg jawapan nak kerja kat opis?? heheheh.. memang boleh fail kalu masuk exam dengan jawapan yang tak berapa nak menjawab soalan tu! heheh...



Dan sebenarnye, cita2 yang aku bagi pada cikgu aku tu dah pun jadi kenyataan.. Ini merupakan kerja tetap aku yang pertama dan tak pernah lagi tukar tempat kerja.. cuma tukar jawatan je.. Alhamdulillah.. memang aku lebih suka dan nak bekerja di opis pun. Aku tak suka kerja2 luar yang melecehkan aku..

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates