ooppss.. FYI.. it's not my company dinner, but it's incek suami punya company dinner as they called that as a glitters night.. emm.. yup, memang berkerlipan dan berkilauan malam tu, bukan je dengan lampu2 dan dekorasi dalam Ballroom, tapi juga dengan kehadiran para jemputan pada malam tu. Dinner ni diadakan pada malam sabtu yang lalu, dan di hadiri oleh semua staff DPS malaysia serta ahli keluarga staff.. yang mana dinner ni juga untuk meraikan sambutan hari raya.. memang satu majlis yang sangat besar dan gemilang gak ler.. Majlis ni diadakan di JW Marriott Hotel Kuala Lumpur dan di hadiri lebih dari 200 orang rasanya..
Kami semua di hiburkan oleh artis jemputan yang memang best!.. antaranya adalah Adibah Nor also as our MC on that night, Anita Sarawak, Rabbani dan surprise artist Dato' M Daud Kilau.. Makanan yang di hidangkan pun memang best dan sedap.. yang mana mereka menghidangkan hidangan raya seperti lontong, rendang, Nasi beriani, dan banyak lagi termasuk beberapa desert dan hidangan western seperti salad.. nama pun hotel 5 star, so makanan pun mesti lah best kn??
Selain dari artis jemputan, dorang juga adakan cabutan bertuah yang mana Mr hubby dapat 2 kali cabutan bertuah. Cabutan pertama dia dapat voucher dari sportworld sebanyak RM100 dan untuk grand lucky draw, hubby dapat 2nd place iaitu percutian ke Bangkok (fullboard) selama 3 hari 2 malam.. memang bertuah betul lah kami malam tu..alhamdulillah.. ( tapi rancangnye, kami akan tukar hadiah percutian tu ke local destinasi je.. x sanggup nak ke bangkok tu..cukup lah sekali pengalaman aku ke sana..)
Tak yah lah aku cerita banyak, moh kite jamu mata tengok pic yang aku snap malam tu..
Sebelum majlis berlansung, cocktail untuk para tetamu yang hadir diadakan di ruang legar Ballroom.. yang mana kami dihidangkan dengan minuman dan kuih2 raya..
Gambar masa di dalam Ballroom yang dah di penuhi oleh para2 jemputan..
Ni meja kami.. hubby merupakan committe pada malam tu.
3 comments:
bestnyeeeeeeeee... tk pernah gi husband nye co dinner.. huhuhu.. :(
marsha - mmg best sungguh! hehee.. ala ciannye awk, next time u've to follow ur hub's comp dinner ya!
alhamdulillah...rezeki anak namanye tue...
Post a Comment