Saturday, October 30, 2010

Nak pergi Mengecat rumah ni!!

October 30, 2010 6 Comments
Salam..

ni entry express tau!!
jap lagi nak g cat umah yang aritu tak abis lagi..
Penyewanya akan masuk bila2 masa je..
yang kami ni pulak dok busy mencantikkan rumah yang nak di sewakan tu..

Hope penyewa tu gembira dan selesa tinggal kat umah kami tu.
Hope juga dia akan menyewa lama, dan MENJAGA rumah kami tu..

Ok2.. suamiku dah sampai!!
nak pergi mengecat dah ni..
Nanti2 aku try snap gambar untuk di show off kan kat sini ek..

HAPPY WEEKEND FRIENDS.................!!

daaaaaaaaaa
-chugie-

Friday, October 29, 2010

Bahaya Nyamuk Aedes

October 29, 2010 5 Comments
~Pic ehsan dr Yahoo image!~
Salam..
Harini aku nak bentang skit pasal hal Nyamuk!!
Memandangkan kes demam denggi ni dah semakin meningkat balik, so ada baiknye kita share info ni kan?
Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika.
Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aēdēs, yang bererti "tidak menyenangkan",
kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi.
Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia.
Kakinya berbelang hitam putih.
Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu. (perghh..giler dasat kan? kejap betul die membesar dengan jayanye!)
**Tabiat nyamuk aedes**
~Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
~Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
~Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah
**Tempat pembiakan nyamuk aedes**
~Dalam Rumah
~Akuarium
~Perangkap semut
~Pasu Bunga
~Timba
~Tempayan
~Kolam (kolah) mandi
~Tempat air peti sejuk
~Luar Rumah
~Tayar buruk
~Tempurung kelapa
~Botol/gelas pecah yang mengandungi air
~Salur air hujan
~Pokok Pisang
~Pokok Keladi
~Longkang yang tersekat
~Tangki septik (terdedah)

**Pencegahan pembiakan nyamuk aedes**
~Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
~Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
~Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
~Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
~Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
~Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
~Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
~Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali
(info ini seacrh by yahoo & wikipedia...)

pssst: Rasanya nyamuk sekarang ni macam dh up to date lah.. mana taknye, bila di sembur berkali2 pun, cuma pengsan je.. matinye tidak! lepas tu beranak makin banyak.


sekian dulu..
daaaaa
-chugie-

Maher Zain

October 29, 2010 18 Comments
Salam..
owh, i really luv and enjoy to hear his song..
especially lagu "Thank you Allah"..
That's the 1st song i ever felt in luv with his songs.. ekekekek cintan cintun lak kan?

Tapi betul lah.. most of his song are very peacefull je tau!
Dengar pun rasa sejuk je halwa telinga ni..

Jom kenal2 ngan MAHER ZAIN ni..;
~Maher Zain (born 1982) ...eh muda setahun je dariku..:D
~He is a Swedish singer and music producer of Lebanese origin.
~His first album 'Thank You Allah' of 13 tracks and two bonus songs was released on 1 November 2009.
~His music videos on Youtube have collectively gained more than 4 million views. (giler banyakkan?)
~Handsome, but married ok!

~List of his song are:~

"Always Be There"
"Ya Nabi Salam Alayka"
"Insha Allah"
"Palestine Will Be Free"
"Thank You Allah"
"Allahi Allah Kiya Karo (feat. Irfan Makki)"
"The Chosen One"
"Baraka Allahu Lakuma"
"For the Rest of My Life"
"Hold My Hand"
"Awaken"
"Subhana Allah (feat. Mesut Kurtis)"
"Open Your Eyes"
"Ya Nabi (Arabic Version – Bonus Track)"
"Thank You Allah a.k.a Thank You God (Acoustic Version – Bonus Track)"

****Aritu de dengar kat radio, tentang seorang pemanggil yang baru je melahirkan anaknya, telah mengambil nama MAHER ZAIN sebagai nama anak nya yg baru lahir tu..
ni mesti peminat taksub MAHER ZAIN kan?

korang suka dia tak? aku suka... alalalalalalal:D
-chugie-

Thursday, October 28, 2010

chinta..

October 28, 2010 23 Comments
Salam..

Owh, ada apa dengan CHINTA?
eh.. ini bukan C.I.N.T.A tau..
Ini Drama CHINTA tu..
Ala yang di siarkan kat TV3 (6.30-7.30 ptg)
ala pelakonnye si fasha sandha tu...

Komenku,
aku suka cerita tu.. walaupun ada yang tak suka.
Aku rasa ada teladan di sebalik perjalanan cerita tu.. walaupun ada keluar dlm metro kata tak de teladan!
Aku juga suka jalan ceritanya.. serta pelakonnya, walaupun ada yang menyampah!

Owh.. yang pasti.. aku memang LAYANNNNNNNNNNNNNNNn abis cerita tu..

Korang?? suka ke??...
Sila beritahu aku ye.

daaaaaaaaa
-chugie-

Cicak = Lizard

October 28, 2010 14 Comments
Salam..

ei yek.. geli geleman bila sebut tentang cicak ni tau!
selamat dapat google gambar kartun je.. eii..
Seperti yang sedia maklum, fatin memang sangat takut akan cicak!
aku pun tak tau kenapalah die takut bebenor ngan cicak ni..
maka, suatu hari, makcik (pengasuh fatin) pun buka lah cerita tentang cicak ni..
katanye, kat umah ni ade sekor cicak BESAR.. lebih kurang sebesar ibu jari kaki kita..
Makcik tu pernah lah jumpa, tapi yang orang lain tak pasti pernah jumpa atau tak.
Kata makcik, rasanye fatin dah jumpa ngan cicak besar tu lah.. sebab itu lah die takut je bila makcik sebut lizard!!
Memang kelam kabut fatin lari..
tapi memang betul pun, spesis cicak besar ni memang real tau!
sebab aku sendiri pun pernah terjumpa.. sekali lah.,
Tu pun masa balik kg hubby kat N9..
before ni dengar2 adik ipar cite yang umah wan ade cicak besar, dan rasa cam tak percaya je..
bila dah kena batang idung sndiri, baru lah percaya..
eiii.. ngeri gak tengok..
Cicak sebesar ibu jari kaki.. warna kelabu gelap dengan badan yang menggerutu sikit..
tp bukan spesis anak biawak k.. ini memang real cicak!
agaknye moyang cicak kot..ekekekek
Ok, nak share petua untuk halau cicak!
~bunjutkan kecik2 lada itam dan letak lah kat sudut2 umah (biasanye kat atas para)
~ kurangkan lah serangga kat umah, spt semut dan nyamuk.. sebab itukan makanan si cicak?
~Bersihkan rumah selalu.. supaya si cicak tak berkeliaran kat umah tu..
~ Bela kucing! ha.. ni memang bagus, sebab kucing kan suka tangkap cicak?
~lastik! buat lah selalu.. sunat tu, kan?
petua2 yang lain dari korang pun, mesti adakan???
sila lah kongsi kat sini...
k lah, daaaaaaaaa
-chugie-


Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates