Kenapa kaki bengkak ketika hamil?
Unknown
November 01, 2010
11 Comments
Salam...
Entri khas untuk ibu2 yang sedang mengandung, macam aku!:D
Biasanya masalah Bengkak Kaki ni berlaku di sebabkan lebihan air di dalam badan kita,
yang mana keadaan ni biasanye berlaku bila dah masuk ke Trimester ketiga.
Tapi, ada juga sesetengah wanita hamil yang telah melalui masalah ini ketika penghujung Trimester kedua.
Masalah ini biasanya akan hilang dengan sendiri nya bila tiba saat bersalin..
"Melalui pengalaman aku masa hamil pertama dulu,
aku mula mendapat masalah ini ketika kehamilan ku berusia 7 bulan,
masa tu berat badan dah bertambah dengan banyaknya,
tapi keadaan tu tak lama..lebih kurang 3 minggu je, kemudian kembali normal..
sehinggalah ke saat bersalin."
Tips untuk mengurangkan masalah bengkak kaki;
1. Jangan berdiri terlalu lama
2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau apa sahaja yang tinggi supaya kaki lebih relax.
2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau apa sahaja yang tinggi supaya kaki lebih relax.
3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.
4. Rehatkan diri seketika ketika terlalu lama duduk dengan bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki.
4. Rehatkan diri seketika ketika terlalu lama duduk dengan bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki.
5. Minumlah banyak air. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki
6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.
7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar
8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food.

Info dan tips dari : www.bengkungmoden.com
ok.. ni antara info dan tips yang aku dapat, untuk di share dalam ni.. sebagai sumber rujukanku dan juga maklumat untuk kawan2 semua..
Kalau kawan2 ada petua2 lain mengenai masalah bengkak kaki ni, please rojer2 me k..
nanti bleh lah di masukkan dalam entri ini!
"Sharing is caring right?"
-chugie-