Monday, May 23, 2011

Cara Menyimpan Susu ibu (EBM)

May 23, 2011 6 Comments
Salam..


Dah lama nak update cerita pasal cara menyimpan susu EBM ni,

tapi asyik tak sempat je tau! bz yang amat lah katakan..



Ok, ni antara kaedah yang aku belajar, dan aku buat untuk menyimpan stock EBM ku..

sebagai rujukan aku sendiri dan mungkin juga info untuk kawan2 yang baru nak belajar tu kan?



ok, 1st step...

Harus lah ada bende2 kat atas ni..


Pen, gunting, Storage bottle / bag and kertas lekat tu.. dan most important dah tentulah ebm yang kita dah perah tu kan.. ;p



Susu yang kita pam tu, boleh lah di simpan dalam botol seperti di atas ni, atau

di dalam bag ni.. yang mana bag ni dah tersedia zip lock nya sendiri.. tak payah nak susah2 ikat pakai getah kan..

YANG paling penting lepas isi ebm dalam botol atau Bag tu, haruslah letakkan
Tarikh, berapa oz, dan masa susu tu di pam.. ni penting tau.. sebagai rujukan.
ada setengah tu siap letak nama anak lagi.. tp pada aku, dah memadai ada tarikh, masa dan sukatan tu..

macam gambar bawah ni.. gambar agak blur lah.. so, harapnye korang paham lah ye..

kemudian aku simpan ebm yang dah siap di botol dan di bag tu dalam satu lagi bekas, supaya tak ada bau2an lain dalam peti ais tu masuk dalam susu tu.. ( tu logika aku sendiri ye..)
aku nak pastikan susu tu terjamin keaslian bau nye.. ;p

kemudian aku letakkan di bahagian bawah (bukan beku) dahulu.. sebelum aku transfer ke bahagian beku..

Biasanye aku akan transfer ke bahagian beku, bila dah sejuk.. dan bila dah di bahagi2 kan untuk di hantar ke pengasuh fadiah esoknye.. so yang balance tu aku akan simpan dalam bahagian beku..

info:- bahagian beku atas (peti ais 2 pintu) boleh tahan selama 3 bulan..

sekian,
-chugie-

Monday, May 16, 2011

Fadiah @ 3 Bulan

May 16, 2011 14 Comments
Salam..


Yeyzzzz... alhamdulillah,

pejam celik, pejam celik...

now Fadiah dah 3 bulan..


and my mission to susukan dia dengan susu badan, also dah cecah 3 bulan..


Jom tengok wajah Fadiah di usia 3 bulannye..



Pandai betul pandang camera bila ummi say 'senyum'...

Suka tengok senyuman Fadiah.. comei je! :p

Sekarang berat Fadiah dah cecah 5.9Kg..

Walaupun skang ni dia tengah demam+Batuk+Selsema..

Tapi ummi tetap bersyukur yang Fadiah still nak breastfeed..

Cuma dia sangat2 kuat tidur, maybe di sebabkan ubat2tan yang dah masuk dalam badan dia kot..


Hope Fadiah akan cepat sembuh.. dah seminggu lebih dia batuk dan selsema ni..

risau lah pulak.. lelebih lagi bila die batuk and muntah dengan teruknya..

kesian sangat tengok dia..


psst: same to kakak fatin juga... sedang demam+batuk+ selsema..

doakan kedua2 anakandaku ni cepat sembuh ye..


daaaaaaaa

-chugie-






Sunday, May 15, 2011

eizmierah's lil closet

May 15, 2011 10 Comments
Salam..





Alhamdulillah..syukur!


dengan penuh rasa kegembiraan dan keazaman,


kini aku telah punye blog bisnes,







ini lah projek paper aku yang paling besar untuk tahun ni..



cita2 nak bukan online biz untuk barangan ibu dan baby ni dah lama aku pendam..



sekarang baru lah tercapai.. harap bisnes ni akan maju dan berkembang.. amin..



Kawan2 ku semua, sudi2kanlah menjengah/melawat blog biz aku tu ye..



Ada DISKAUN untuk kamu2 yang sudi membeli start dari hari ini (29/4/2011-15/5/2011)



apa tunggu lagi?? klik je pada kat eizmierah's lil closet tu atau pada gambar atas tu ye..






-chugie-

Wednesday, May 11, 2011

Selamat Hari lahir Fatin cayang!!

May 11, 2011 16 Comments
Salam,



Hari yang semakin bz buat ummi,
Ummi hanya sempat buat express entry je..
tak de bebel2 macam setahun yang lepas..



Ummi nak wish selamat hari lahir yang ke 2 tahun,
untuk anak ummi yang sangat2 ummi sayang..
yang sangat2 buat ummi naik angin..
yang sangat2 menguji kesabaran ummi..

Tapi walau macam mana banyak pun pe'el yg kamu buat,
ummi sangat2 sayang kamu..
ummi sangat2 cintakan kamu..
walaupun ummi selalu marah kamu.
Sebab kamu anak ummi..

Semoga kamu sentiasa bahagia..
sihat selalu.. jangan buat pe'el yang teruk2 ye..

Selamat Hari Lahir cayang ummi..
Selamat Hari Lahir Nur Fatin Adlina..





Gambar terkini fatin dan fadiah..

Baru snap petang semalam..

perangai2 dua budak kecik ni ok semalam,

tu yang ummi dapat snap pic dorang ni!

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu..

May 08, 2011 4 Comments
Salam..

Alhamdulillah, dapat lagi sambut hari yang sangat BEST ni!!
Kali ni sambut dengan sorang lagi anak..
Hadiah sempena hari ibu yang BEST!!

Kalau 2 tahun lepas, aku sambut hari ibu 2 hari nak melahirkan fatin,
kali ni sambut hari ibu 2 bulan 8 hari Fadiah di lahirkan..
dan beberapa hari je lagi, fatin will turn to 2..

emm.. mesti korang2 semua sambut meriah hari ibu kan?

apa pun, Kita para ibu adalah anugerah terindah yang di jadikan Allah..
Kita ibu yang kuat,
Kita ibu yang sanggup berkorban apa saja demi anak,
Kita berkorban demi suami,
Kita berkorban segalanya untuk keluarga..

Hargai lah diri kita walau pun ada kalanya kita tidak di hargai..
sayangilah diri kita, walaupun tiada yang menyayangi kita..

SELAMAT HARI IBU SEMUA!!

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates