Friday, August 15, 2014

6Star Trip Shaklee: Long Beach California, US

August 15, 2014 1 Comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur sebab di berikan ruang untuk menulis dalam blog iezmierah ni lagi..

Ok, saya nak cerita pasal reward shaklee ni. Alhamdulillah, ni kali kedua saya dapat reward trip travel ke oversea. Tahun lepas kami (suami isteri) berpeluang ke Londan dan Paris. Tahun ni, peluang untuk kami jejakkan kaki ke US pula. Trip kali ni bukan sekadar trip, malah lebih dari itu.

Owh ye, trip kali ni, saya dapat 4 tiket. Tapi, perancangan Allah lebih sempurna.. saya tak dapat mengikuti trip ni kerana sedang berpantang lagi. Lagi pun, puteri kedua saya baru 3tahun. Jadi, tiket yg saya dapat tu  saya hadiahkan buat suami, anak sulong dan mak ayah mertua saya. Ni semua hadiah buat orang yg sgt sy sayang dan banyak sangat bantu, support dan doakan kejayaan saya dalam shaklee ni.

Trip ni, bukan sekadar trip bercuti tau, tapi lebih dari tu...

Tunggu next entry ya..
Saya sambung cerita lagi.

Sekian,

Chugie a.k.a Master Suzianti Maswar
PAGE: Eizmierah Mumnbabyshop / Eizmierah MNB Healthy Shop

Friday, July 25, 2014

ESP Shaklee dan Cyst / Kanser / Fybroid

July 25, 2014 0 Comments
Issue Cyst dan ESP ni memang tak pernah habis di perkatakan. Walaupun dah di terangkan banyak kali, tapi masih lagi ada yg was2 dan ada yang ajukan lagi soalan yang sama..

jom baca info lengkap tentang ESP SHAKLEE yang sangat HOT ni..
Terutama anda yang menghidap Cyst / fibroid / kanser.

******************************
Copy paste info dari blog ini
Jika anda risau Soya mengakibatkan Cyst, anda patut baca entry ini sampai habis. Ini serius, kerana apa yang kita percaya kadang-kadang tak betul. Baca, selidik dan kaji sendiri fakta fakta dibawah.

Pastikan anda mengambil Soya yang berlabel NON-GMO.

Non-GMO tu ape?
Non-GMO ialah Non-Genetically Modified Organism. Iaitu soya yang ditanam secara organik dan tidak menjalani proses genetik. Kacang Soya yang berbahaya;

KACANG SOYA TIDAK ORGANIK
Penanaman yang menggunakan baja kimia, pestisid dan lain-lain baja kimia menyebabkan soya mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa kepada RISIKO PENYAKIT KANSER.

KACANG SOYA GMO
Adalah lebih murah kerana ia menghasilkan TOKSIK. Tetapi pengambilannya LEBIH BERISIKO kepada kesihatan.

9 ASID AMINO
Asid amino yang sangat penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino ini MELAMBATKAN, MENGGANGGU & MEMBANTUTKAN proses penting tubuh badan.

KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL
Soya mempunyai sumber Isoflavone, berfungsi untuk tindakan horman, pembentukan jisim tulang dan merendahkan serta mengurangkan risiko kanser. Namun, penggunaan ALKOHOL boleh mengakibatkan KEHILANGAN 88% Isoflavone daripada kacang soya.

BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN
Menyebabkan fungsi tubuh terganggu dan membantu meningkatkan risiko KANSER terutamanya bagi individu yang normal.

KACANG SOYA YANG DIPANASKAN
Kacang soya yang dipanaskan MELEBIHI 60C akan merosakkan kandungan proteinnya! Dah tak ada protein, buat apa nak ambil soya tu lagi,kn?

KACANG SOYA YANG DITAMBAH KALSIUM
Memang kalsium diperlukan oleh tubuh. Namun, dalam proses pembuangan minyak soya, soya menjadi berasid. Penambahan Kalsium akan menyebabkan PENEUTRALAN soya. Alaa, kalau dah neutral, mana khasiatnya?

ESP* adalah contoh Soya Non-GMO. ESP mengandungi Genistein yang terbukti berkeupayaan untuk mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam pemulihan uterus, ovari, menopous dan pembesaran prostat. So ianya sangat selamat untuk penghidap cyst.

ESP juga tidak mengandungi hormon Estrogen yang dikatakan penyebab kanser.
Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
Soy Protein Shaklee tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

Jadi, sebelum anda mengatakan tidak kepada Soya, selidiklah dulu Soya jenis apakan itu?

********************-*******************
tiada bukti yang menunjukkan bahawa soya pencetus cyst..
Kalau tidak, masakan tempe tu jd makanan orang jawa.. kn?

jadi, kenali perbezaan GMO dan Non-GMO ye..

Sekian..
Info dari saya,
Chugie a.k.a Suzie
Pengedar sah shaklee

Tuesday, July 22, 2014

Cara penyimpanan susu Ibu

July 22, 2014 2 Comments
Assalamualaikum..

Sedikit info tentang penyimpanan susu ibu..



Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. 

Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. 

Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. # Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. # Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. # Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. # Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan
(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). 
Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). 

Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: Susu ibu

Chugie a.k.a Suzie
SID anda..
Breastfeed's mom

Monday, July 21, 2014

Kelahiran puteri ke 3 saya

July 21, 2014 2 Comments
Alhamdulillah, saya telah pun selamat melahirkan puteri ke-3 saya pada 12/7/2014 yang lalu.. bersamaan hari Sabtu 13 Ramadhan.

Selepas check up terakhir pada hari jumaat 11/7/14, baby dah pun berada di kedudukan sepatutnya..  bukaan pun dah ada 3cm dah rupanya. Makanya, pada hari sabtu esoknya, terpaksa lah saya menyerah diri untuk bersalin. Ikut hati, nak hold hingga tarikh due iaitu pada 19/7/14.. tapi memandangkan baby yg kejap turun, kejap naik, kejap lg melintang dlm perut ni, maka doctor cadang kn untuk terus bersalin je, tak nak tunggu2 dah..

Sabtu jam 8pg admit, doctor terus pecah kan air ketuban.. bukaan baru 3cm time tu.
Tak ada rasa sakit pun..
Di sebabkan tiada contraction, jadi, air di masuk kn melalui drip.. rasanya lebih 3botol air masuk.. baru lah contraction mula terasa..

Kali ni, bukaan agak perlahan..walaupun tak sakit sgt, tapi rasa lama juga tunggu nak bersalin tu.

Alhamdulillah, setelah bertarung nyawa, jam 4.13ptg, selamat lah puteri ke 3 sy dilahirkan. Kali ni dapat lagi merasai bersalin normal.. syukur, doa dan hajat bersalin normal di tunaikan dan berjalan lancar..

*Nanti saya cuba titipkan saat2 melahirkan puteri sy ni ye..

Haaaa...
Ini lah puteri saya..
NUR FARHANA BT MOHD FAHMI


Moga jadi anak yang solehah.. aamin..

Chugie a.k.a suzie
SID anda..

Friday, July 11, 2014

last check up @ 39weeks pregnancy

July 11, 2014 1 Comments
"Rabbi yassir wala tu'assir Rabbi tammim bi khair"
Ya Allah, permudahkanlah jangan dipersulit
Ya Allah, sempurnakan dengan kebaikan

Sesungguhnya, saya amat risau dan sedikit terganggu emosi dan jiwa..

Ya Allah, permudahkanlah..


Tengah hari ni, last check up kehamilan saya.. sejujurnya, menanti saat bersalin memang sangat2 mendebarkan. Lagi2 bila tak ada tanda sakit nak bersalin tu. Dah tak tahu nak luahkan rasa yg ada ni..

Nervous..
Takut...
Gigil..
Fikir itu.. fikir ini..

Doa.. zikir.. masih terus jadi nyanyian hati dan bibir.

Malam tadi baby asyik mengeras je, mungkin sedang sedaya upaya membuat jalan dan laluan untuk proses bersalin nanti.
Harapnya, kepala baby dah berada di bawah lah.. boleh lah di teruskan proses bersalin hari ni..

Kalau tak, redha pilih tarikh untuk di cezer..

Apa pun pilihan nanti, hanya 1 je yg saya pohon, semoga semua urusan bersalin berjalan lancar, dan di mudahkan urusan anakanda ummie ni lahir ke dunia..

Ameen..

Wasalam..
Suzianti Maswar

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates