Tuesday, September 1, 2015

OFFER terhangat bulan SEPTEMBER ni, ESP beli 6 dapat 7

September 01, 2015 0 Comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah pun masuk September.

Ramai yang tanya saya ni, betul ke bulan ni ada OFFER ESP?

Yes!

jawapannya adalah YE.. bulan ini ada Offer sangat best. Offer yang semua pengguna shaklee tunggu.
Bulan ni adalah bulan ESP. ramai yang senyum lebarrrrrr kan?

Ok, Sempena Bulan ESP ni, buat ahli2 dah tentulah sangat beruntung sebab dapat beli ESP dengan hanya bayar jumlah rm bagi 6 Tong, tapi dapatnya 7 tong. Haaaaa.. cuba anda kira2 sendiri, berapa agaknya setong ESP tu jatuh? Murah kan??

Sebab tu lah saya suka invite pengguna a.k.a pelanggan shaklee saya untuk join ahli. bila dah join ahli, baru lah dapat UNTUNG seperti dia atas tu.. tu baru untung beli. belum lagi untung dapat bonus tau...

Jadi, buat anda2 yang memang mengamalkan produk shaklee, tapi belum menjadi ahli, cepat2 lah mendaftar atau buat belian dan daftar keahlian sekali. daftar ahli bukan di paksa untuk menjual pun.. keahlian sekadar menjadi pengguna pun tiada masalah, yang penting anda dapat membeli dengan harga ahli.

ada lagi keuntungan apabila anda mendaftar dan membeli ya, anda akan di beri sebotol Vitalea secara PERCUMA!! ya, percuma untuk yang mendaftar bulan ini (september-oktober 2015) sahaja.

haaaa cepat2 lah grab peluang ni.

Boleh hubungi saya di 012.3814786

sekian,

Suzie Iezmierah
@ Vitaminshopsgbuloh
FB Eizmierah Mumnbabyshop

Thursday, August 27, 2015

Ke ITALY pula kita nanti..

August 27, 2015 1 Comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Syukur..syukur.. Allah dah beri banyak nikmat pada kami sejak kami bertapak dalam dunia perniagaan shaklee. Tak tahu dah nak ungkap kan rasa syukur tu dengan kata2..

Setahun bershaklee, kami suami isteri dapat tiket melancong ke London & Paris.

Tahun Kedua, Kami dapat 4 tiket melancong ke US & San Fransisco, Tiket2 tu saya hadiahkan buat kedua ibu bapa mertua, suami dan anak sulong saya.

Tahun Ketiga, Kami dapat 3 tiket melancong ke Italy pula. In shaa allah, kami akan bertolak pada bulan November 2015 ni.

Sejujurnya, saya tak pernah terfikir yang saya akan dapat merasa pelancongan percuma tajaan orang ni. lebih2 lagi di taja oleh MAJIKAN biznes shaklee kami ni.

Dulu masa kerja di perodua dealer, 13 tahun saya kerja, dapat lah sekali melancong ke bangkok dan sekali tu melancong ke langkawi. bayang kan, 13 tahun kerja, tahun ke 12 tu baru dapat rasa melancong free dari company..

Tapi,  berbeza sangat berniaga produk shaklee ni. tahun pertama join, kami dah dapat melancong keluar negara. terasa bagai bermimpi tau.. tak pernah ada dalam kepala otak saya ni yang kami suami isteri dapat ke eropah nun.. seriously, semua yang kami dapat ni buat kami berdua menitiskan air mata. sungguh, Allah maha mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan. kalau dulu, kami sendiri tak pernah nak bermimpi untuk jejakkan kaki ke negara orang, tapi Kuasa Allah kan.. tak siapa pun yang boleh sangkal. dia lebih mengetahui apa yang nak di berikan pada hambanya..

Kerana ini lah, kami masih bersama shaklee, kami nak bantu lebih ramai ahli kami yang benar2 fokus dan komited berbiznes untuk merasai tiket melancong percuma yang shaklee beri ni. Ianya bukan omongan kosong pihak shaklee tapi benar2 dapat jika kita usahakan sekuatnya.




Ni Message yang kami terima dari management shaklee untuk travel free yang kami dapat tu. Kami akan berangkat pada 20 November nanti menaiki Emirates Airline.

Dalam Gembira, ada sedihnya.. sedih sebab tahun ni saya belum berjaya bawa anak didik shaklee untuk sama2 ke luar negara merasai trip percuma ni. Saya tetap berusaha dan sentiasa berdoa, mudah2an akan ada anak shaklee saya yang dapat trip ke shaklee tahun hadapan.

Last but not least, sentiasa pegang prinsip bekerja dan beringat, rezeki itu tak akan pernah salah alamat. kadang2 kita dapat cepat, kadang2 kita dapat lambat. ada masa kita dapat banyak dan ada masa kita dapat sikit. Semuanya dah Allah tetapkan. Apa yang kita perlu buat adalah teruskan je berusaha. teruskan meminta dalam doa. Teruskan lah bekerja tanpa lelah.. Yakini Rezeki Allah untuk kita.

Doakan kami berjaya dunia akhirat ye.


Salam sayang,

Suzie Maswar
Pengedar Produk Shaklee dan Barang penyusuan MumNbaby
FB Eizmierah Mumnbabyshop
012.3814786

Harga Emas naik. Wow!!

August 27, 2015 0 Comments
Assalamualaikum...

Wow.. wow.. wow!!
HARGA EMAS NAIK banyak tuuuuu...

Yang simpan Emas banyak berkoyan2 tu sure tersenyum leborrrr time ni kan. Sebab emas sangat berharga time ni. Dengan keadaan ekonomi negara dan ringgit malaysia jatuh menjunam ni, korang2 yang ada stok emas dah tentu tarik nafas lega kn..

Ni harga emas terkini.. 25/8/2015


Haaaa mau tercekik, tersedak dan ternganga mulut tengok harga emas yang makin tinggi ni kan? 

Tunggu dia naik rm500/g, baru kita juallll weeeeee muehehehe.. *macam lah den ada simpan emas*

Tahniah lah buat anda yang dah berjaya menyimpan emas tu ye. Anda boleh jadi orang kaya baru (OKB).

emas owh emas.. 

Sekian berita dari,
Suzie Maswar

Wednesday, August 26, 2015

Pelupa? nah doa untuk elak pelupa.

August 26, 2015 0 Comments
Assalamualaikum..

aduhai.. pagi tadi, punya lah banyak idea nak mengupdate blog ni.
pung pang pung pang buat macam2 kerja, last2 idea semua hilang entah kemana.. muahahahaha..

Biasalah, Emak anak tiga, urat dah banyak na putus nye ni ha..

Mesti anda semua pun dah biasa hadapi masalah macam ni kan? betul? :D

Di awal pagi, ilham setinggi gunung. macam2 cerita nak di ungkapkan dalam blog. bila masuk ke tengahhari, ilham pun hilang.

ok, ni tips yang di kongsikan sahabat saya untuk tidak berlakunya keadaan PELUPA ni ye..

1. Bila ilham tu datang, cepat2 tulis.
2. Bila ilham datang, tapi x sempat nak tulis, boleh buat voice rekod.
3. Banyakkan makan Kismis ye..
4. Banyak kan makan kurma
5. Jangan lupa makan Omega Guard. Minda akan kuat mengingat kalau kita amalkan Omega guard tau. tak tipu punya! hihi.. saya ni memang pengelat no 1 nak makan Omega guard sebab saya tak suka dengan baunya yang hanyir.. :P
6. Cuba lah amalkan doa2 bawah ni. Kita orang islam kan, jadi kena lah berbalik pada qalam Allah.. yang baik itu semuanya datang DariNYA.. jadi, amal2kan lah suruhannya.. doa banyak2 supaya kita di berikan minda dan otak yang cerdas dan tidak pelupa!




Doa Untuk Kecerdasan Otak & Doa Mengelak Lupa
- Sumber dari blog Shafiqolbu -

Sekian dulu sharing merapu dari saya.

Suzie Maswar
Pengedar Shaklee dan MumNbabyshop
FB Eizmierah Mumnbabyshop
IG @ Vitaminshopsgbuloh / Mumnbabyshop
012.3814786

Ostematrix Shaklee dan Gastrik

August 26, 2015 0 Comments
Assalamualaikum..

PENTINGNYA Ostematrix untuk pesakit Gastrik

Dulu kan, saya antara manusia yang mengalami gastrik. walaupun tidak kronik, tapi dah cukup menyiksakan diri. Mana tidaknya, bila gastrik tu datang menyerang, satu kerja pun tak terbuat.

Tapi sejak saya amalkan pengambilan Ostematrix setiap hari sebanyak minimum 4 biji sebelum tidur, saya dah jarang sangat mengalami Gastrik ni.  Mulanya tak perasan pun, tapi bila dah lama tak kena sakit perut dan pedih ulu hati, baru saya tersedar yang pengambilan Ostematrix secara konsisten tanpa skip memang berkesan pada masalah gastrik yang saya alami sebelum ni.

Baik lah, saya nak cerita tetang Gastrik dan Peranan Ostematrix untuk Pesakit Gastrik:-


APA ITU GASTRIK?
Ok, Secara mudah nya, perut kita ni umpama kipas, berlipat2 sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat2, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Semasa proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut utk bantu pencernaan dan antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. 
Asid ni seperti yang kita maklum bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, boleh sebabkan radang yang lebih teruk.



Jadi, di sini lah sumber kalsium (Ostematrix) memainkan peranan penting untuk masalah perut berasid ni. Apa Peranan Ostematrix tu?
1. Ostematrix adalah supplement kalsium dengan magnesium dan vitamin D
2. Pesakit gastrik di sarankan mengambil susu atau kalsium, kerana sifatnya yang beralkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
3. Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sebab tu tak pernah kita lihat bayi dan kanak-kanak yang banyak minum susu tak de sakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat dari ubat kapur hospital yang sintetik tu.

Tambahan Info:
Selain dari Ostematrix, anda yang punya masalah gastrik yjuga di sarankan untuk mengambil ESP Soy Protein dan Peppermint Ginger ya. Supliment ini sangat di cadangkan kerana manfaat dan sumber yang terbaik untuk membantu masalah Gastrik yang anda alami.


Antara Testimoni pesakit Gastrik yang telah mengamalkan set gastrik ini:



Kita Ikhtiar untuk rawat gastrik, selebihnya biar Allah yang izinkan ianya sembuh.. mudah2an yang membaca post ini terbuka hati untuk mencuba produk ini.

Jika anda berminat untuk ketahui maklumat lanjut tentang set ini, boleh hubungi saya di:
HP 012.3814786
FB di Eizmierah Mumnbabyshop
IG @vitaminshopsgbuloh

Sekian dulu.

Suzie Maswar
Pengedar Sah Shaklee

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates