Wednesday, June 30, 2010

Rasa...

June 30, 2010 13 Comments
Salam..

Aduhai lah.. Kenapa lah..
Apalah.. Mengapa lah..

Dah seminggu dua ni aku rasa semacam je lah..
lelebih lagi minggu ni.
Tekak rasa semacam..
meloya tak menentu.
Rasa nak makan, tapi bila dah makan, Rasa nak kuar balik..

Dalam kepala berlegar2 nak makan macam2..
tapi bila dah dapat, rasa tak lalu nak telan.

Badan aku..
owh.. badan rasa cam ala2 lembik je..
nak kata tak makan, dah makan dah..
nak kata makan sikit, x lah jugak..

Nak demam ke?? tapi dah lama sangat dah rasa2 ni..
tak jugak demam2..
aduhai lah...

Nak sakit ke?? aduhai.. sakit apa ni??

Ni tengah kerja pun rasa tak lalu je nak bekerja..
Rasa nak landing je atas lantai..
Nak landing kan kepala kat bantal..
Nak landing kan badan kat tilam..

Aduhai lah.. kenapakah?
mengapakah? apakah?

eeeeeeeee.. x best!


-chugie-

Travelku #3 - Bukit Tinggi, Indonesia.

June 30, 2010 20 Comments
salam..
ok, kali ni part ke Bukit tinggi pulak ye..
Owh ya, ada kawan tanya, macam mana dapat idea jalan2 travel camni ye? kan dh inform dalam #1 aritu.. yang kami ke Indonesia bukan setakat travel semata.. tapi melawat saudara mara kami yang tinggal kat sana..
Ok, berbalik pada travel kami ke Bukit Tinggi ya..
Memandang makcik kami ni Cikgu, maka hari ahad jelah masa untuk dia bawa kami ke tempat ni. Kami kat sana pun 2 hari 1 malam je, dan aktiviti kat sana, sangat2 express..
jom layan pics ya!

Gambar atas tu diambil masa berada di hotel yang kami inapi..
suasana pagi dia memang nyaman.. tapi Bukit Tinggi dah tak sesejuk dulu..
Orang kata, dulu Bukit Tinggi macam kat genting tau! Tapi Sekarang, biasa2 je..
Cuma Tempat tu tak sesibuk macam kawasan bandar lain lah..


yeay!! ini lah aktiviti pertama kami..
sempat posing dulu depan kereta kuda ni sebelum kami naik..

yeay!! jalan2 time.. bayaran menaiki kereta kuda ni Rp30,000. Kalau convert duit malaysia dalam belas2 RM je..
kami sewa 3 biji kereta kuda, dan dibawa pusing2 ke sekitar kawasan Bukit Tinggi tu.
Memang happening dan seronok sangat naik kereta kuda sambil menikmati permandangan sekitar kawasan BT.

Ha.. ni yang paling best tau!
Ini di Kawasan bersejarah.. nama nya Kawasan Lubang Japang!
Nama pun dah tau kan??

pemandangan dia memang memukau kalbu.. tapi sayang, masa ni bateri kamera, hp dan lain2 dah kong! jadi tak dapat nak snap2 pic kat sekitar kawasan lubang japang tu.

+ aku tak berani nak masuk ke Lubang Japang, seram wei!! kang tak tido malam plak kang! cuma Hubby, BIL dan anak buah aku je yang masuk.. kami yang lain cuma jalan2 dan tinjau2 kawasan luar lubang japang tu je.

gambar atas ni merupakan sekitar tempat beli belah di BT.. tapi sayang, kami tak sempat menjelajah keseluruhan pasarnye.. memang sangat2 rugi dan frust sangat tau!

kami shopping pun di Pasar aur.. yang rupanya pasar tu tutup pukul 1 ptg hari ahad..
Sempat lah beli ole2 untuk di bawa balik ke Malaysia..

Gambar di sekitar kawasan Bukit Tinggi..


Gambar atas belah kiri tu adalah gambar di Dataran Jam Gadang..Biasanye pelancong akan singgah kat sini untuk bergambar sebab ini merupakan Trade mark utama di Bukit Tinggi ni.
Gambar atas belah kanan tu adalah Hotel The Hill dan juga merupakan hotel yang paling besar dan cantik.

Gambar Kiri bawah merupakan Shopping Mall yang terbesar di sana.. aku pun lupa lah apa nama mall tu.

Dan yang belah kanan bawah ni pulak Bank negeri dia.. lebih kurang cam bank negara kat sini kot kan? :D

Untuk pengetahuan, terdapat banyak tempat2 bersejarah di Bukit Tinggi ni.. antaranya masa perang antara indon dan jepun, Belanda dan banyak lagi.

Abis part kat BT ni, kami ke padang pulak Jalan2.. tapi tak de lah sampai betul2 kat Padang sebenarnye, cuma sempat ke sempadan antara BT dan Padang je..
Memandangkan masa tak mengizinkan, kami cuma sempat lalu kat kawasan yang di landa gempa aritu je..

Yang paling menariknye, dapat tengok kawasan tanaman padi bertingkat kat atas bukit dan kebun sayur nye..memang cantik, tenang dan hijau je..

Rugi sangat sebab tak dapat abadikan gambar2 tu sume dalam ni..ishhh!!


Sekian dulu..
next entry part akhir kami di pekan baru pulak ye..
daaaaaaaaaaaaa...
-chugie-

Tuesday, June 29, 2010

Travelku.. #2 - Santajo,Taluk Kuantan, Indonesia.

June 29, 2010 12 Comments
Salam..

Alhamdulillah, tenet dah idup kembali kat umahku ni..



Ok, sambung cite2 travel ku ek!



Masih lagi di sekitar kawasan taluk Kuantan.. tempat kami menginap untuk beberapa hari ni..

Gambar bawah ni kami ambil masa berada di kawasan Pacu jalur, di pekan Taluk Kuantan.



Memang besar tempat ni.



Pekan dia biasa je.. tak ada bangunan tinggi melebihi 3 tingkat pun..

Kalau ada pun 1 je rasanye.. itu pun shopping mall die.. tp nampak biasa2 je.



Gambar ni di ambil masa kami nak pusing2 1 kampung tu..

Hanya menggunakan motor je.. tapi memang sangat2 happening tau!



Singgah jap kat Jambatan sungai Taluk Kuantan ni.

Panjang dan besar gile sungai ni!

Misi utama kami berhenti pun, sebab abang iparku nak completekan

Dokumentari travel kami ni.. heheh:D


Kami singgah kejap kat kawasan tasik.. tasik ni dah tak di jaga..

Mungkin jarang pengunjung berkunjung ke sana kot..

kalau lah di jaga dan di cantikkan, mungkin akan jadi salah satu tempat riadah yg best.



kami sempat posing jugak...



sekian dulu..

next entry ke Bukit Tinggi pula k!


-chugie-

Monday, June 28, 2010

Hubby g amik kunci... yeay!

June 28, 2010 20 Comments
Salam..

Entry pendek... huhu..
Yeay! yeay!...
Hubbyku pergi ambil kunci...
wallawei.. hatiku gumbira ni!
gumbira... gumbira... gumbira...
tak terkata..

bestnye.. syoknye..
Alalalalalala...

Yep! Alhamdulillah... syukur...
Akhirnye...

Tak sabar nak tunggu Hubby balik bawa kunci tu..
Gembira dan terharu lah pulak aku rasa.. huhuuu

Syukur padaMU Ya ALlah...
Akhirnye kunci tu akan berada di tangan kami juga..
Owh, kunci apa?? CUBA TEKA....!!

Korang happy tak sekarang ni??
Aku happy giler ni!

-chugie-

Moodku mula merudum..

June 28, 2010 9 Comments
Salam..

Harini.. hari isnin kan?
Hari isnin memang hari yang buat kita rasa macam2 kan?
Dan di sebabkan macam2 tu, menjadikan akal dan fikiran pun bercampur aduk..

Owh.. bukan, bukan ni yang nak aku entry kan.
Tapi mood berblogku yang dah semakin kureng..
Entah kemana perginye semangat nak berblog tu, aku pn tak tau.

Aku cuba berblog walking pagi td..
Tapi cuma sekadar membaca cerita kalian je..
Nak meninggalkan komen, aduh... payahnye lah.
Bukan dek kerana masalah web kalian tu,
tapi dek kerana ketiadaan mood hari ni..

Makanya, aku sekadar berblog walking je,
tanpa meninggalkan jejak..
Cuma ada lah seBLOG dua yang aku tinggalkan jejak..
yang lainnye, aku hanya sempat baca je..
Harap maaf ye kawan2..

Mood Aku dah merudum..
Harap tak terjelepuk kat atas tanah je..


-chugie-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates