Sunday, August 16, 2009

'Contest Before & After Makeover'

August 16, 2009 7 Comments
STICKY MODE!!


Aku baru je dapat contest ni.. saja nak join.. suka2..

Korang nak join ke??? klik kat sini . Jangan segan2 ek!

Gambar sebelum.. ni memang tak pakai langsung make up ye..

GAMBAR SEBELUM


GAMBAR SELEPAS DI MAKE OVER


Gambar ni masa aku kahwin pada July 2008.. Majlis bertandang ke rumah lelaki.. aku memang berpuas hati dengan make up ni.. siap recommend pada kengkawan dan adik lagi..

Fresh juice..

August 16, 2009 5 Comments
Salam sume..

Sapa suke jus buah??? angkat tangan...!! heheheh macam aku nampak je korang angkat tangan tu..

Aku memang penggemar jus buah, kalau ade kelapangan, biasanye aku mesti akan buat jus buah ni untuk diminum.. almaklum lah, sejak ada juice extractor ni, kerja memang sangat mudah.. selain tu, kalau keluar makan pun, biasanye aku akan pesan jus buah sebagai penghilang dahaga, tapi tak lah sesedap macam yang kita buat sendiri kn??

Hari ni aku cam rasa rajin skit kot, sebab tu lah nak buat jus buah ni.. biasanya aku cuma gunakan 3 atau 4 jenis buah atau sayur.. antaranya epal, oren, tembikai, carrot dan tomato.. tapi di sebabkan bahan tak cukup, aku hanya guna epal, oren dan carrot je.. selain tu, kita bleh jugak nak campur nenas, timun, batang saderi, dan banyak lagi lah.. kalau nak cerita kat sini, sampai esok pun tak habis kot.. :D

Jadi, di bawah ni antara bahan yang aku gunakan untuk dapatkan jus buah..

Carrot yang dah di buang sedikit kulitnye, dan di basuh bersih.. letak carrot ni banyak, memang sedap sangat..
Epal dan oren segar yang memang manis dan ada sedikit masam.. untuk oren, memang aku cari yang manis..


Pengisar buah.. kalau tak ada ni, bleh lah guna blender je.. senang!

Ni lah hasilnya selepas di kisar..
Campuran Epal, Oren dan Carrot.. tanpa gula ye.. memang sedap sangat.. manis buah yang original.. aku minum jus ni tanpa ais. Sooo yummy!! slurrrpppppppppp...

Friday, August 14, 2009

Hari ini punya cerita

August 14, 2009 2 Comments
Salam..

Ye... hari ini aku tidak bekerja.. Kenapa?? MALAS!! MALAS!! MALAS!! memang malas sangat nak ke opis.. sebenarnye dari semalam dah rasa malasnye nak kerja, jadi aku plan dengan adik perempuan aku untuk ambil cuti hari ni.. Lagi pun ada beberapa perkara yang nak di selesaikan.. Perkara yang dah tertangguh sejak aku sarat mengandung, sampai lah selamat melahirkan dan habis berpantang ni. Jadi aku ambil peluang cuti hari ni untuk settle kan perkara tu.. Tapi Malangnya, tak juga settle2.. entah bila nak habis pun aku tak pasti.. dah fed up sebenarnya menunggu.. Rasa nak ku maki hamun pihak2 tersebut dek kerana terlalu geram + marah + tak puas hati dengan kerja pihak2 tersebut tu.. Makan gaji buta je lah korang ni.. tak reti ke nak proses bende tu cepat ha???? eeeeeeeeeeeeee tersangat lah sakit hatinya!!

Ok2.. tak nak dah ikutkan hati yang marah ni.. sbb bukan ni yang aku nk sampaikan di dalam ini entry.
Sofa yang aku beli khas untuk fatin.. Harga:-RM70 sahaja
(entah bila lah fatin nak duduk atas sofa ni kan??)

Lepas selesaikan hal di atas, aku ke bank untuk settle kan hal kedua.. dan sempat beli barang di atas tu.. cantik tak?? sofa khas untuk fatin.. murah je.. Habis selesaikan hal2 yang berkenaan, baru lah aku mulakan aktiviti bercuti hari ni.. aktiviti untuk tenang kan otak!! boleh ke tenang ek??? emm... LAYANNNNNNNNNNNN!!

tempat pertama yang kami tuju, One Utama.. apalagi kalau tak bershopping kn?? mulanya nak cari baju raya, tapi tak banyak pilihan yang menarik di sini.. dan akhirnya, aku beli baju fatin dan dua helai baju aku (baju biasa je).

tempat kedua, kami singgah ke sini... untuk apa lagi kn, untuk makan tengah hari lah.. dah lapar sangat, lagi pun dah lama tak singgah makan ke sini, aku suka suasana tempat ni.. Ramai pulak orang time ni, adik aku pun dah naik hangin sebab makanan die lambat sampai. emm sabar lah cik kak oiii... heheheh.. Lepas selesai makan tengah hari, kami sambung balik bershopping dan jamu mata je..
Restoran Charms, aku suka design restoran ni.. biasanya restoran ni memang akan crowded lebih2 lagi bila masa lunch dan hujung minggu.. makanan, memang not bad..harga pun boleh tahan..berbaloi!!

Belakang tu kalau korang perasan ada satu bahagian tempat makan yang mereka gunakan buaian sebagai tempat duduk.. dah lama sebenarnya aku nak makan dan duduk kat atas buaian tu, tapi tiap kali datang ke sini, mesti dah ada orang yang duduk.. belum ada rezeki aku merasa duduk atas buaian tu huhuu.. ( Puan zora, ingat tak lagi memori kita makan kat situ??? pekena kari kepala ikan...besh kan??? bila nak gath together ni??

Adik aku yang tension sbb makanan dia lambat na sampainye.. sabar ye dik!!
Owh.. toye nye lah muka pemilik blog ini.. penat sebenarnye sebab banyak sangat berjalan, walaupun hati tu masih lagi tak puas tawaf One utama.. Hajat hati nak ke Shah alam pulak lepas ni, tapi adik dah penat..so, hasrat tu di batalkan..
On the way balik, kami singgah ke Secret Recipe.. dah lama tak pekena cheese cake kat sini.. oooohhhhh it's really yummyy!! sungguh puas hati..

Sekian saja aktiviti aku..

Wednesday, August 12, 2009

Peria

August 12, 2009 12 Comments
Salam..

Kali ni aku nak cerita tentang peria.. Nampak perkataan peria tu pun dah boleh buat muka kita mencebek dan mulut rasa pahit kan??.. belum lagi memakannya..hehe.. Aku pasti ramai antara kita yang tak suka makan peria dek kerana rasanya yang pahit, kurang enak dan rupanya yang kurang menarik serta tak mengiurkan.

Dulu, aku juga berpendapat yang peria ni tak sedap, pahit dan memang bukan makanan pilihan aku. Tapi selepas aku mulakan memakan peria semasa dalam berpantang dulu, hingga sekarang aku memilih peria sebagai salah satu sayur kegemaran aku dan bila ada kesempatan ke pasar aku pasti akan membeli peria untuk di jadikan santapan kami sekeluarga.

Nak tahu bila aku mula suka makan peria?? emm.. masa tu aku masih dalam pantang di rumah mertua, satu hari mak mertua aku tanya samada aku makan peria ke tak, aku jawab tak. dia tanya kenapa?? aku jwb pahit sangat..x sedap!. Masa makan tengahhari, aku tengok peria yang mak mertua aku masak dengan cara salutan tepung rangup tu, aku rasa sikit peria tu.. memang sedap yang amat.. masa tu lah aku mula terpaut dengan peria.. banyak jugaklah aku makan peria goreng masa tu, rasa tak percaya pun ada bila aku dapat makan peria dengan banyaknye..

Sejak dari tu, aku semacam senang je nak terima peria walaupun pahit. Tak kisah lah dia masak apa pun, pasti aku boleh memakannya.. Sampai sekarang, bila ada kesempatan aku mesti akan masak peria.. ummppp..memang sedap..

Resepi peria goreng cara aku :
Bahan2 :-Peria di potong nipis2, tepung goreng kentucky, sedikit air, minyak masak secukupnya.
Caranya: Salutkan hirisan peria dengan tepung goreng kentucky, lepastu basah kn skit dengan air (skit je tau, bg die lembab), lepas tu salutkan balik dengan tepung goreng kentucky tu sampai sume hirisan peria tu tersalut, kemudian goreng sampai garing..

Info tentang peria : Peria tu pahit, tapi banyak khasiatnya terutama untuk tubuh badan kita. Ianya merupakan penawar kepada penyakit kencing manis yang mana dapat menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Selain itu, peria juga dapat mengubati penyakit batuk yang menyerang kanak2..

Tuesday, August 11, 2009

Fatin meragam pagi ni..

August 11, 2009 6 Comments
Salam..

Aku sedang mengantuk saat ini.. kenapa?? sebab pagi2 fatin dah buat ragam.. aku tak salah kan dia pun, tapi kesian sgt kat dia.

Pagi, jam 4 lebih fatin dah bangun, mulanya tak menangis pun..cuma merengek macam nak menyusu.. sambil baring, aku susukan die.. lepas tu aku rasa mcm tak selesa, lagipun takut aku tertidur masa menyusukan die dan takut die lemas, jadi aku pn bangun untuk duduk menyusukan.. bila aku sua kan je ke mulut die untuk di susukan, die mula menjerit dan menangis. Selama ni, tak pernah lagi fatin buat perangai macam tu.. aku cuba bawak die berdukung untuk redakan tangis die, tp still jugak x jalan. Kemudian aku pas fatin kat hubby, mane tau die bleh senyap bila ayahnya dukung, tapi tetap sama jugak..tetap menangis. Penat jugaklah kami pujuk dia dan cuba beri susu botol, dan siap bwk berdukung kat ruang tamu, tapi tetap jugak tak henti tangis die.

Aku cuba rasa perut dia, macam kembung skit, kemudian aku sapukan minyak angin yu yi.. dan cuba urut2 skit perut die dan bahagian belakang badan die, nampak mcm die rasa selesa skit, dan terkentut2.. tapi kembung perut die tetap jugak tak kurang.. fatin pulak terusan menangis.. huhhhh...aku dan hubby dah mati akal di buatnye time tu.. aku cuba rasa badan dia, tak panas sangat pun, cuma rasa dedar2 je dan ckp kat hubby yang mungkin sebab badan die rasa panas dan demam yang buat die meragam kot.. hubby pun suh aku ambil ubat demam untuk bagi fatin makan, lepas tu cuba menysusukan die balik, baru lah die senyap dan tertido masa menyusu.

Rasa nak menangis pun ada bila tengok muka die yang kepenatan menangis.. rasanya ni lah paling lama die menangis selama habis pantang. Aku sendiri pun tak pasti apa sebabnya, mungkin fatin sakit perut dan panas badan yang buat kan die menangis dan meragam.

Pagi masa aku bersiap nak ke tempat kerja baru die terjaga, dan nampak muka die ceria balik.. alhamdulillah..syukur sangat2.. senang sikit hati nak anta die ke rumah penjaga. Mulanya memang aku plan nak cuti je kalu die sambung meragam, tapi memandangkan fatin dah ok, aku batalkan je hasrat nak cuti. Cuma aku pesan pada penjaga fatin, kalau die meragam aku akan balik ambil dia. haii..fatin..fatin..risau ummi di buatnye..

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates