Monday, September 28, 2009

Baby of zora farhan & Rashidi..

September 28, 2009 10 Comments
Salam.. Selamat berhari raya..

Baru ada kesempatan nak berentry dalam blog ni.. setelah seminggu x menjenguk. Almaklum aje lah.. raya.. pi sane, pi sini.. open house sana, open house sini..

Jadi untuk entry ni aku nak share gambar baby zora & rashidi.. mana tau ade yang belum tengok baby die lagi ke kan?? ni pun aku dpt dari zora, hari tu aku pergi ziarah die, borak sakan sampai lupa nak bergambar bagai..


Ini lah lil princess zora... namanya Fara Fatin Qaisara... die cilok nama anak aku skit heheheh..

Cumel si sara ni..baik je masa aku g ziarah hari tu..pas tido, susu.. pas susu tido..

p/s: dengar cite Ary (Nurhazree Surian) pun dah selamat bersalin ye?

Saturday, September 26, 2009

Friday, September 18, 2009

Tetap Dalam Ingatan...

September 18, 2009 7 Comments
Hari ni 18 september, genap 9 tahun pemergian orang yang paling aku sayang...
Walaupun Mata dah tak akan dapat menatap wajahnya..,
suaranya tak akan dapat lagi di dengar..,
Tangan dan tubuhnya tak akan dapat disentuh..
tapi DIA tetap sentiasa lekat dalam hati aku.. akan kekal sampai bila2
Alfatihah buat arwah MAK...
Kau sentiasa dalam hati kami
Moga tempatmu di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..amin..
P/s: sesak rasanya dada masa nak buat entry ni..

Thursday, September 17, 2009

Pengumuman..

September 17, 2009 8 Comments
Salam..

Kepada kengkawan yang mengenali ZORA FARHAN, dia telah selamat melahirkan baby girl semalam bersamaan 16/09/2009 pada jam 11:53pm.. berat baby 2.8kg...

CONGRATULATION TO ZORA AND HUBBY!!

1 dah settle..

September 17, 2009 2 Comments
Salam..

Pagi tadi pas sahur rasa rajin skit nak mengemas umah.. almaklumlah, nak sambut rayo..huhuh.. Pas siap mengemas tu, dan kebetulan time utk bersiap untuk pergi kerja lambat lagi, jadi aku sempatlah packing baju2 si kecik ni... Packing punye packing, nah.. amik ko, sampai 3 bag hanya untuk si kecik ni je.. semua barang dah siap ada dalam beg2 tu.. hope tak ada lah yang tercicir nanti.. Tahun ni aku beraya ke kampung belah pak mertua aku di TAIPING.. sesapa yang beraya kesana, moh ler jemput singgah ke teratak kami ye..
Lepas ni baru packing baju2 aku dan suami plak... tak tahu lah bape beg nanti :)
Ni lah dia beg2 yang dah siap dan lengkap dengan baju dan barang2 fatin... ready to go!!

Wednesday, September 16, 2009

Penghantaran...

September 16, 2009 11 Comments
Salam..

Kepada penekaku yang bertuah, hadiah korang akan di hantar hari ini.. insyallah... Harap Korang berpuas hati dengan hadiah2 yang x seberapa ini ye...

Hadiah ni di sponsor oleh PERODUA...

Ini aku yang beli sendiri ye... eee cantik lah (puji diri sendiri sket..)

Dalam proses nak packing hadiah2...


ok now it's ready to deliver... by SKYNET
Insyallah akan sampai esok...
kepada Barine, Anis dan Ida (@e_da) bagi tau aku bila dah dapat ye)

Tuesday, September 15, 2009

Kite dapat duit ghaye ler..

September 15, 2009 7 Comments
Salam..

Yeay!! kite dpt duit ghaye ni.. syoknye lah raya..

tergezut tadi, tiba-tiba bos datang ke tempat aku dan hulurkan angpow raya ni.. bestnye.. syoknye..
Tenkiu bos..next year kasi lagi ek!! huhuuh.. murah rezeki bos aku!

Monday, September 14, 2009

Pemenangnye!!!!

September 14, 2009 13 Comments
Salam semua...
Harap maaf ye... sebab lambat nak update pemenang yang berjaya meneka tu...

so ini lah peneka yang berjaya tu...........................


***

***

***

***

***

***

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

@e_da

Anis

dan Barine...




So kepada peneka yang bertuah ni... harap dapat bagi alamat penuh di dalam comment ini ye.... hadiah akan di hantar selepas mendapat alamat korang dan akan sampai secepat mungkin heheheh:D

Terima kasih sebab sudi meneka ye..

Inilah kereta yang aku beli...

ooppppssss.. tak ada gambar penuh kereta lah.. hanya gambar hubby sedang drive kereta itu sahaja.. jadi lah ye.. sebagai tatapan kecil je..

Saturday, September 12, 2009

SAPA NAK HADIAH???? (sticky post)

September 12, 2009 14 Comments
salam..

Hari Ini aku kerja separuh hari.............. sebabnye nak settle kan HAL ITUUUUUUUUUU... emmm harus di rahsia kan dulu APAKAH HAL ITU YA!!... apa kata korang TEKA! sapa DAPAT TEKA betul aku kasi hadiah sempena raya ni!!!!!

Aku bagi sedikit HINTZ untuk korang semua yang sudi nak TEKA apa HAL yang aku SETTLEkan hari ni... HINTZ nye, "BENDE YANG DAH LAMA AKU IDAM KAN" sejak dulu lagi.. sekarang baru tercapai hajat tu...

SO SELAMAT MENEKA LAH YE... HADIAH MEMANG BEST TAU!!! TEKA JE... TAK KENA BAYAR PUN..

OK... AKU TUNGGU TEKAAN KORANG TU!! KORANG BLEH TEKA 2 jawapan sahaje. TAPI DALAM WINDOW YANG BERASINGAN ( maksud aku dlm komen yang berlainan)

p/s: JAWAPAN HARUS DIBERI SELEWAT2NYE MINGGU INI SAHAJA.. (12/9/2009)

Alfatihah buat mangsa..

September 12, 2009 0 Comments
Salam..

Semalam aku tengok berita kat tv yang pesawat dalam latihan untuk pertunjukan LIMA terhempas.. punca, masih belum diketahui.. dalam berita tu hanya sebut yang punca mungkin disebabkan faktor cuaca atau kesilapan manusia..

Dan kebetulan juga, salah seorang mangsa tu adalah saudara kepada kawan sepejabat aku ni, kalau x silap mangsa yang berasal dari kelantan tu.. Pagi ni datang je opis, aku tengok die tengah baca paper tentang berita pesawat terhempas tu.. pastu aku tengok die menangis, mungkin sedih sangat kot sebab dorang memang rapat.. aku pn rasa sedih gak time tu.. apa pun, tu semua takdir yang da di tentukan tuhan.. moga roh mangsa di tempatkan di kalangan orang2 beriman dan di ampun kan dosa2 mereka amin....

ALFatihah...

Thursday, September 10, 2009

Dah rancak dah...

September 10, 2009 3 Comments
salam...

Wah, dah mula rancak nampaknye sana sini berkumandang lagu raya.. radio2 dan tv pun dah boleh dikatakan semua perdengarkan lagu2 raya ni.. nampaknye makin naik lah semangat2 orang ramai nak menyambut raya.

Nak cerita pasal shopping skit ni, last week MIL aku ajak pergi ke Nilai.. mulanya aku memang excited nak pergi, tapi bila di pikir2 balik takut duitku rabak di sana, aku pun batal kan niat tu.. tapi esoknye, hubby lak pujuk suh pegi gak ikut MIL ke nilai, katanya boleh temankan mak die shopping sambil nak beli kan die baju raya.. Makanya, aku pun bersetuju jugak lah ikut dorang ke Nilai.. Fatin pun aku angkut sekali, walaupun ada sedikit takut dengan penularan H1N1 yang sedia ada ni. Dalam hati tawakal je lah..

Ok, sesampai je kat pintu masuk ke Nilai 3 tu, mata dah terpandang kat Gedung Carpet yang memang besar lah dan sedang adakan jualan murah giler babas.. orang memang penuh dan agak sesak. Kami hanya pandang dari dalam kereta je lah.. gerun pun ada bila tengok orang berpusu2 kat dalam tu, macam dapat barang free lah pulak. Kami teruskan perjalanan sampai ke deretan kedai di dalam Nilai 3 tu.. memang boleh dikatakan semua kedai kat situ adakan jualan murah.. harga boleh tahan lah, dan boleh tawar menawar lagi..

Dalam kepala sebenarnye dah plan nk beli apa, tapi sampai je kat sane.. bila dah tengok jualan murah sana sini.. mata plak dah jadi rambang serambang rambangnye.. jadinye, apa yang aku plan nak beli ada yang tak dapat.. ni lah masalahnye kalau dah sampai ke nilai 3 ni.. abis gak lah beberapa beban duit yang aku bawak kesana, yang tinggal hanya kad kredit dan ATM kad je.. nasib baik tak semua kedai boleh guna kredit kad, dan aku pun tak jumpe ATM mesin kat sana.. kalau tidak, mau abis duit aku beribu kat sana heheheh..

Pesanan aku, plan betul2 dan bawak lah tunai sahaja yang mencukupi dengan apa yang kita nak beli bila pergi ketempat2 yang banyak sale macam ni.. kalau tidak, RM akan kuar macam air je sebab nafsu dah tak terkawal lagi.. DUGAAN betul...

Saturday, September 5, 2009

Dah banyak mana??

September 05, 2009 4 Comments
Salam..

Alhamdulillah, dah masuk ke hari 15 berpuasa.. dan aku masih lagi belum tinggal satu hari pun berpuasa, syukur alhamdulillah.. masih lagi bertahan dan berkesempatan untuk sampai ke pertengahan ramadhan. Masih ada separuh ramadhan nak aku jalani.. minta pada tuhan moga aku akan terus dapat merasai ramadhan, amin..

Ok lah, tak ada apa nak di ceritakan sangat untuk entry ni, cuma nak ajak teman2 semua check perkara2 (amalan2) yang dah kita buat sepanjang separuh ramadhan kita berpuasa ni.. jom check bawah sini :-

SOLAT WAJIB - Cukup ke Tak??
PUASA - Cukup ke? (kecuali ada excuse ye )
SOLAT SUNAT - Buat ke tak?
ZAKAT FITRAH - dah bayar ke belum?
SEDEKAH - ada buat ke tak?
MULUT, TELINGA, MATA DAN SEMUA ANGGOTA BADAN - terjaga atau x?
NAFSU (etc:-makan, shopping) - makin bertambah atau kurang??
MEMBACA AL-QURAN - de buat ke? dah sampai mana??
DAN LAIN-LAIN IBADAH- penah buat??
emm..agak2nya, dah sampai mana kita ye?? apa pun ini hanya sekadar pesanan dan peringatan sahaja.. bukan hanya untuk teman2 semua, tapi juga untuk aku TERUTAMANYA..
p/s: lagu2 raya dah start berkumandang... nape lah awal sangat kn?? bukan x suke, tapi..............

Friday, September 4, 2009

Berbuka Puasa + reunion gathering..

September 04, 2009 6 Comments
Salam..

wah... mentang2 lah dah masuk tengah ramadhan, makin menjadi2 lah jemputan berbuka puasa diluar gamaknye ye. Tapi bukan free ek, itu semua atas tanggungan sendiri... (aduh rabak..) aku pasti ramai juga yang dah mula berbuka beramai2 di luar. Begitu juga aku, untuk minggu ni aku dapat 2 jemputan berbuka, satu dengan teman2 aku dan satu lagi dengan teman2 sepejabat hubby.

Semalam aku berbuka bersama teman2 aku masa di sekolah menengah dulu merangkap perjumpaan semula dengan beberapa teman yang memang dah lama tak ketemu, kami berbuka di thaibase sri damansara ni je.. (tak nak lah cerita byk tentang tempat ni sebab pernah aku siarkan dlm entry sebelum ni) tempatnye aku yang rekemen kan.. Dan hari ini sepatutnye berbuka dengan teman2 pejabat hubby, yang mana mereka telah rancang untuk bersantapan di The Marche yang bertempat di The Curve Mutiara Damansara. Tapi tadi baru je aku dapat sms dr hubby mengatakan yang plan nak berbuka dengan teman opis nye di batalkan atas sebab2 yang tak dapat di elakkan.. makanya, hari yang di rancang terpaksa di tunda ke lain hari yang belum lagi di pastikan tarikhnya..

emm baru je rancang dengan hubby nak bershopping raya di the curve hari ni.. nampak nya hasrat tu juga terpaksa di batalkan juga..

GAMBAR SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA SEMALAM..


Teman2 blogger lain tak nak ke buat majlis berbuka bersama2??

Tuesday, September 1, 2009

Nak bagi award ni!

September 01, 2009 3 Comments
Ini first time aku bagi award pada orang ye!.. jadinya harap korang terima award ni dengan hati yang terbuka dan rasa yang gumbira di bulan ramadhan ni.. aku suka korang semua sebab korang rajin tengok blog aku, dan sudi nak singgah blog aku ni.. jadinye, aku dengan rasa besar hati nak berikan award yang tak seberapa ni sebagai penghargaan pada korang yang sudi menjengah kemari. Aku berikan award ni pada nama2 yang tertera di bawah ini...

Dan pada semua yang datang jengah ke dalam blog ini dan semua follower aku ye.. aku tak dapat nak masuk kan semua nama.. banyak sangat lah pulok!
Ok, hope korang sudi terima...

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates