Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

24 Ramadhan - Cerita ttg Iftar diluar dan bersahur.

August 24, 2011 3 Comments
Salam..

Alhamdulillah, dah masuk 24 Ramadhan..
Syukur.. sampai ke masa ni, masih lagi bertahan..

Terima kasih kawan2 yang menyokong dan mengucapkan selamat buat aku..
Best betul dapat kawan2 mcm korang ni..

Mudah2han doa2 kalian di makbulkan amin..

Cerita tentang Iftarku..
Selama 24 hari berpuasa,
dapat lah 3 kali aku berbuka di luar..
1st masa berbuka dengan ahli keluargaku..
dan 2 kali berbuka dengan rakan2 hubby..
Tapi malangnye, tiada piccas nak di abadikan dalam blog ni sebagai tanda ingatan berpuasa tahun ni :D
xpe lah.. len kali bleh snap2 lagi kot..
cuma terkilan gak ler, sebab tempat kami beriftar tu best!
1 di Cafe D'manggis, 1 lagi di Borak borak cafe dan 1 lagi di Laman Bambu..
Di laman bambu lah paling miss sekali..
sebab on that time, ada Dafi tau!
rugi betul..
mmg hajat nak bergambar bagai dengan dia, tapi dek pe'el anak2 yang tak dapat di control,
makanya hajat tu di abaikan je lah..
mujur dapat makan dengan best nye kat sana..
kalau tak, rugi jugak ler RM49 sekepala yang kami bayar tu :D

Cerita sahur plak,
dah hujung2 ni memang sentiasa lah bermasalah nk sahur tau..
minggu lepas, dah terlewat sahur.. dekar 15 minit nak abis, baru terbangun..
dapat lah makan n minum sikit apa yang patut..

Tapi masuk minggu ni je, dh mula tak terjaga masa sahur..
aduiyai.. memang menduga betul lah..
tapi apa pun, mujur production susuku masih ok..
di tahap selamat..;p

tentang anak2 ku plak..
yang sorang dah terlebih petah bercakap,
sampai kita pun dah tak tau apa yg nk di borakkan dengan kita..
bercakap dah mengalahkan orang yg umur 4 5 tahun..
petah yang amat..

Yang si kecik plak skang ni dh mula lasak..
pantang letak je kat bawah, di biar berguling..
tup2 dah sampai keluar kawasan dah..
kalau duk dalam bilik memang x boleh dah di tinggal kan sorang2,
memang sure jatuh katil punye..
skang ni, die sangat2 suka isap ibu jari kakinye..
adakah?? owh.. tidak.............
walaupun de beberapa orang kata,
kalau anak isap ibu jari kaki means dia nak adik kan???
tp aku harap bukan dalam masa terdekat ni ok..


ok lah.. dah terlebih panjang berjela membebel..
tp sorry.. no pics to attach here ek..

chow!
-chugie-


Saturday, September 5, 2009

Dah banyak mana??

September 05, 2009 4 Comments
Salam..

Alhamdulillah, dah masuk ke hari 15 berpuasa.. dan aku masih lagi belum tinggal satu hari pun berpuasa, syukur alhamdulillah.. masih lagi bertahan dan berkesempatan untuk sampai ke pertengahan ramadhan. Masih ada separuh ramadhan nak aku jalani.. minta pada tuhan moga aku akan terus dapat merasai ramadhan, amin..

Ok lah, tak ada apa nak di ceritakan sangat untuk entry ni, cuma nak ajak teman2 semua check perkara2 (amalan2) yang dah kita buat sepanjang separuh ramadhan kita berpuasa ni.. jom check bawah sini :-

SOLAT WAJIB - Cukup ke Tak??
PUASA - Cukup ke? (kecuali ada excuse ye )
SOLAT SUNAT - Buat ke tak?
ZAKAT FITRAH - dah bayar ke belum?
SEDEKAH - ada buat ke tak?
MULUT, TELINGA, MATA DAN SEMUA ANGGOTA BADAN - terjaga atau x?
NAFSU (etc:-makan, shopping) - makin bertambah atau kurang??
MEMBACA AL-QURAN - de buat ke? dah sampai mana??
DAN LAIN-LAIN IBADAH- penah buat??
emm..agak2nya, dah sampai mana kita ye?? apa pun ini hanya sekadar pesanan dan peringatan sahaja.. bukan hanya untuk teman2 semua, tapi juga untuk aku TERUTAMANYA..
p/s: lagu2 raya dah start berkumandang... nape lah awal sangat kn?? bukan x suke, tapi..............

Friday, September 4, 2009

Berbuka Puasa + reunion gathering..

September 04, 2009 6 Comments
Salam..

wah... mentang2 lah dah masuk tengah ramadhan, makin menjadi2 lah jemputan berbuka puasa diluar gamaknye ye. Tapi bukan free ek, itu semua atas tanggungan sendiri... (aduh rabak..) aku pasti ramai juga yang dah mula berbuka beramai2 di luar. Begitu juga aku, untuk minggu ni aku dapat 2 jemputan berbuka, satu dengan teman2 aku dan satu lagi dengan teman2 sepejabat hubby.

Semalam aku berbuka bersama teman2 aku masa di sekolah menengah dulu merangkap perjumpaan semula dengan beberapa teman yang memang dah lama tak ketemu, kami berbuka di thaibase sri damansara ni je.. (tak nak lah cerita byk tentang tempat ni sebab pernah aku siarkan dlm entry sebelum ni) tempatnye aku yang rekemen kan.. Dan hari ini sepatutnye berbuka dengan teman2 pejabat hubby, yang mana mereka telah rancang untuk bersantapan di The Marche yang bertempat di The Curve Mutiara Damansara. Tapi tadi baru je aku dapat sms dr hubby mengatakan yang plan nak berbuka dengan teman opis nye di batalkan atas sebab2 yang tak dapat di elakkan.. makanya, hari yang di rancang terpaksa di tunda ke lain hari yang belum lagi di pastikan tarikhnya..

emm baru je rancang dengan hubby nak bershopping raya di the curve hari ni.. nampak nya hasrat tu juga terpaksa di batalkan juga..

GAMBAR SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA SEMALAM..


Teman2 blogger lain tak nak ke buat majlis berbuka bersama2??

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates