Tuesday, January 20, 2009

Bonus oh bonus..

January 20, 2009 10 Comments
Salam penuh ceria..

Ahaks.. memang aku tersangat lah ceria dan happynya hari ni. Sebabnye, aku baru je dapat gaji + bonus. Ayayayayai.. gumbiranya rasa hatiku. Just nak share kegembiraan ku ini di dalam blog ku bersama pembaca2 blog yang sudi singgah ke mari. Emm.. aku dapat gaji baru je beberapa jam yang lalu. Memang x senang duduk dah bile dpt cek, terus je g bank in. Atleast 2 hari dah boleh clear dan dah boleh aku gunekan.. emm nampaknye, gatal lagi lah tangan aku ni nak bershopping. Dalam kepala dah de bermacam2 bende yang nak di beli.. aduh.. kene bawak bersabar ni. Kalu di ikut kan sangat nafsu berbelanja, memang parah jadinye. Silap2, cukup bulan aku sengkek setengah mati.

Actually, dah ade beberapa planning dlm kepala bila dapat bonus, tp tak tahu lah kesampaian atau tidak plan tu. Bila dipikir2kan, rasa cam x patut pulak aku membazir kan duit semata2 utk bende tu.. emm..kene minta pendapat Mr hubby ni. (walaupun aku tau die akan marah hehehe) Buat masa ni, hubby still x tau yang aku dah dpt gaji + bonus. Kalu die tahu, sure aku kne pau, belanja die makan malam ni heheheh.. pe pun, tunggu je lah.. Memandangkan birthday hubby pun dah dekat, x berapa hari je lagi.. so boleh lah aku gune kan duit ni untuk beli hadiah die.. emm pe ek hadiah yg paling sesuai untuk lelaki a.k.a suami..?? Sila bagi pendapat ye kengkawan..

P/s: korang dapt bonus x???

Sunday, January 18, 2009

TAG FROM ANIS - Apabila aku mengandung..

January 18, 2009 6 Comments
Ni Tag dr Anis.. nak tengok gambar2 aku mase ngandung ni ek? memandangkan ini kali pertama aku mengandung, so banyak bende yang aku kene biasakan. Terutama pakaian yang nak aku pakai. Aku ni jenis yang suka pakai seluar n shirt, lebih memudahkan pergerakan aku bila buat kerja dan aku rasa lebih selesa. Kalu ke pejabat pun aku lebih senang memakai slack, dan dipadankan dengan Kemeja lengan panjang atau lengan separa ( 3 quarter ). Baju kurung aku hanya pakai untuk hari jumaat sahaja.. dan kalu mood aku baik, maybe akan pakai untuk hari biasa. Tu pn, memang jarang2 sekali aku gunakan walaupun koleksi baju kurung aku kira banyak juga lah.

So, bila dah masuk arena ibu mengandung ni, aku masih terikut dengan fesyen lama aku, yang lebih selesa pakai seluar dan baju kemeja atau blous je. Aku ni jenis yang lebih suka beli dan pakai baju yang warna plain terutama warna pink, putih, biru dan hitam, senang nak match dengan seluar atau tudung..(walaupun kadang2 tu x matching pun pakaian aku heheheh). Bila dah mengandung dan perut pun dah semakin memboyot, kena lah cari baju2 yang sesuai dengan tubuh. Aku rasa baju ibu mengandung ni memang mahal2 sokmo, kalu yang murah tu, kebanyakannya x bape cantik dan corak2 die mcm old fashion skit. Tempat fav aku dan yang paling senang untuk aku beli baju ngandung ni hanya di JJ..


Buat masa ni, gambar2 masa ngandung ni jelah yang ade dlm simpanan aku.
Ni gambar terbaru. 2 minggu lepas masa pergi ke Genting Highlands. Masa ni kandungan aku dah pun 22 minggu.
Ni pun sama gak, gambar paling terbaru aku amik. Khamis lepas. Masa ni nk masuk 23 minggu usia kandungan. tapi x nampak besar pun perut kn? (ke sebab gambar ni jauh sgt? emm..kne lebih focus ni.)
Ni masa usia kandungan 4 bulan. Still bleh pakai baju kebaya ni lagi.
nampak x perut aku???
ish.. masa ni muka memang x semenggah heheh.. sebab kepenatan. ( majlis bertunang adikku)
Aku pun nak TAG somebody gak! Hope korang dpt lah tunaikan ek.
To: Ena( walaupun ko penah letak dlm blog, tp musti de lg pic2 yang cun2 kn?), Idah(hope sesangat dpt tgok gambar ko masa ngandungkan twins) & Ibu Iman (iman kene letak gambar2 ibu yang cun melecun masa ibu mengandungkan iman k)
Thanx and best regards,
Eizmierah..

Friday, January 16, 2009

BIG APPLE Donut & Coffee

January 16, 2009 10 Comments











Owh.. makan lagi?? emm ari2 cita pasal makan, memang bersemangat sungguh. Ye tak?

BIG APPLE!.. aduh, bila dengar je tentang BIG Apple ni, sure ramai yang tahu dan pernah pergi kesini kan? Tak kira lah singgah makan atau singgah beli untuk di bawa pulang kerumah. Begitu juga dengan aku. Pertama kali menjengah ke BIG APPLE, aku dah terpikat dengan bermacam jenis rasa donut, yang sememangnya lebih lazat dari DUNKIN DONUT. Dulu, aku memang sangat teruja bila singgah ke DUNKIN, tapi sekarang, BIG APLLE lah tempat aku melepas kan gian untuk menikmati donut yang lembut dan sedap. Tapi yang pastinya, memang aku sangat suka kan donut disini. Terdapat pelbagai perisa donut yang di jual disini seperti Mocha, Chocloate, Kiwi, durian, cheese, Almond, Chocolate Rise, Mango dan banyak lagi lah.. bahkan minumannya juga tak kurang sedapnye seperti Cappuccino, ice Mocha, Coffee n byk g lah..

Antara donut yang akan aku beli dan memang dah menjadi kegemaran aku serta keluargaku setiap kali singgah ke sini adalah perisa Cheese, Kiwi, & Almond. Makan memang tak ingat lah.. sedap, walaupun donut nya dah sejuk, tapi kelembutan donut tu masih lagi terasa. Tak seperti segelintir donut yang ada di kedai2 kek atau cafe, yang mana donut yang dah sejuk pasti akan terasa sedikit keras. So far, aku amat2 berpuas hati makan donut di BIG APPLE ni.

Hari ni, lunch time pun aku akan pegi kesini utk beli donut2 ni. Nak snap gambo2 dia skit, tu pn kalu muka aku x malu lah heheheh.. so BIG APPLE pic's will update later k. Tungguuuuuuuuuu..










Wednesday, January 14, 2009

My 1st Award..

January 14, 2009 6 Comments

This is the 1st Award i had since i'm blogging.. Thanx to Dalila for this award.. it's so sweet.

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda: Ok, Done.

Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda:

http://dylarizadi.blogspot.com/ yg bg award ni kat aku. aku kenal dia dari semenjak sekolah menengah lagi, n still keep in touch using this web blogger with her.

Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

1. Nama panggilan yg sering orang panggil aku:- gee, zie, suzie, su (aku x bape berkenan ngn nama ni huhuuhuhu)

2. Aku orang yang mudah kecik ati.

3. Tak bape berkenan ngan orang yang suka bagi alasan n berdolak dalik. (cakap terus terang sudah ar!)

4. Kebanyakan orang yang pertama kali jumpa aku, sure akan kata yang aku ni ustazah @ cikgu maths. (sbb dorang kata muka aku cam cikgu. Ada ke patut?? x sessuai..)


5. Kalu time drive, aku suka dengar radio sambil nyanyi ikut lagu dlm tu.
6. Suka jalan-jalan cari makan, sebab nk tahu rasa n specialty kat satu2 tempat makan tu.
7. Kalu pergi travel, aku lebih suka menikmati makanan dr menikmati keadaan tpt aku bercuti tu. (aku lebih mengutamakan perutku hahah).
8. Aku jenis yang bila dah ada yang istimewa dalam hati, (suami) lelaki lain aku akan abaikan hahha..
9. aku memang x reti nak make up atau make over diri sendiri.
10. Aku selalu kene demam + batuk + selsema yang berpanjangan.

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

1. Ena, Barina, Idah,Iman aka imah, (korang berempat ni sila jwb dengan segera k) Manja, Cikgu Jawa, Shumie, Sherrina_KL, Cik Scarlet & Cinta Milo Ais

Monday, January 12, 2009

~Jalan2 Cari Makan~

January 12, 2009 4 Comments
Jom jalan-jalan cari makan..........!!!

Ermm... MUMTAZ NAN (tul rasenye ejaan die). Korang penah makan tak makanan ni? This dish's are fully recommended by me. U'll must try this.. very the SEDAP!! Aku mula di perkenalkan pada MUMTAZ NAN ni oleh hubby aku. Masa tu belum kawin lagi.. Tempatnya di TTDI, nama Restoran tu MOHSIN, 1st time makan mende ni, aku terus terpikat, dan sehingga ke hari ni, aku pasti akan makan nan ni kalu ade kesempatan. Nan ni macam ala-ala Pizza skit. Price for this NAN?? ermm.. Currently it's quit reasonable, just RM4.50 per plate. On top of this NAN, they put some mayonnaise, slice of tomatoes and cheese. Rasa die memang best.. menyengat..!! Nan ni boleh dimakan macam tu je atau pun lagi sedap di cicah dengan kuah dal.

Lets c the pics of MUMTAZ NAN:-



~MUMTAZ NAN~


Ni tandoori Chicken.. korang for sure tau kn?? Bertambah kenikmatannya bile makan sekali ngan Mumtaz Nan ni. Syiok ar!!



Tengok tu, banyak kn tomato, cheese and mayonis die. Emmm yummmyyy!!




Ni air yang biasa aku order untuk diminum bila dah pekena mumtaz nan. Teh O Ais





So apa tunggu lagi??? moh ler kite pekena MUMTAZ NAN!!
P/s: bagus x aku?? siap promote lagi utk restoran ni!





Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates