Wednesday, August 12, 2009

Peria

August 12, 2009 12 Comments
Salam..

Kali ni aku nak cerita tentang peria.. Nampak perkataan peria tu pun dah boleh buat muka kita mencebek dan mulut rasa pahit kan??.. belum lagi memakannya..hehe.. Aku pasti ramai antara kita yang tak suka makan peria dek kerana rasanya yang pahit, kurang enak dan rupanya yang kurang menarik serta tak mengiurkan.

Dulu, aku juga berpendapat yang peria ni tak sedap, pahit dan memang bukan makanan pilihan aku. Tapi selepas aku mulakan memakan peria semasa dalam berpantang dulu, hingga sekarang aku memilih peria sebagai salah satu sayur kegemaran aku dan bila ada kesempatan ke pasar aku pasti akan membeli peria untuk di jadikan santapan kami sekeluarga.

Nak tahu bila aku mula suka makan peria?? emm.. masa tu aku masih dalam pantang di rumah mertua, satu hari mak mertua aku tanya samada aku makan peria ke tak, aku jawab tak. dia tanya kenapa?? aku jwb pahit sangat..x sedap!. Masa makan tengahhari, aku tengok peria yang mak mertua aku masak dengan cara salutan tepung rangup tu, aku rasa sikit peria tu.. memang sedap yang amat.. masa tu lah aku mula terpaut dengan peria.. banyak jugaklah aku makan peria goreng masa tu, rasa tak percaya pun ada bila aku dapat makan peria dengan banyaknye..

Sejak dari tu, aku semacam senang je nak terima peria walaupun pahit. Tak kisah lah dia masak apa pun, pasti aku boleh memakannya.. Sampai sekarang, bila ada kesempatan aku mesti akan masak peria.. ummppp..memang sedap..

Resepi peria goreng cara aku :
Bahan2 :-Peria di potong nipis2, tepung goreng kentucky, sedikit air, minyak masak secukupnya.
Caranya: Salutkan hirisan peria dengan tepung goreng kentucky, lepastu basah kn skit dengan air (skit je tau, bg die lembab), lepas tu salutkan balik dengan tepung goreng kentucky tu sampai sume hirisan peria tu tersalut, kemudian goreng sampai garing..

Info tentang peria : Peria tu pahit, tapi banyak khasiatnya terutama untuk tubuh badan kita. Ianya merupakan penawar kepada penyakit kencing manis yang mana dapat menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Selain itu, peria juga dapat mengubati penyakit batuk yang menyerang kanak2..

Tuesday, August 11, 2009

Fatin meragam pagi ni..

August 11, 2009 6 Comments
Salam..

Aku sedang mengantuk saat ini.. kenapa?? sebab pagi2 fatin dah buat ragam.. aku tak salah kan dia pun, tapi kesian sgt kat dia.

Pagi, jam 4 lebih fatin dah bangun, mulanya tak menangis pun..cuma merengek macam nak menyusu.. sambil baring, aku susukan die.. lepas tu aku rasa mcm tak selesa, lagipun takut aku tertidur masa menyusukan die dan takut die lemas, jadi aku pn bangun untuk duduk menyusukan.. bila aku sua kan je ke mulut die untuk di susukan, die mula menjerit dan menangis. Selama ni, tak pernah lagi fatin buat perangai macam tu.. aku cuba bawak die berdukung untuk redakan tangis die, tp still jugak x jalan. Kemudian aku pas fatin kat hubby, mane tau die bleh senyap bila ayahnya dukung, tapi tetap sama jugak..tetap menangis. Penat jugaklah kami pujuk dia dan cuba beri susu botol, dan siap bwk berdukung kat ruang tamu, tapi tetap jugak tak henti tangis die.

Aku cuba rasa perut dia, macam kembung skit, kemudian aku sapukan minyak angin yu yi.. dan cuba urut2 skit perut die dan bahagian belakang badan die, nampak mcm die rasa selesa skit, dan terkentut2.. tapi kembung perut die tetap jugak tak kurang.. fatin pulak terusan menangis.. huhhhh...aku dan hubby dah mati akal di buatnye time tu.. aku cuba rasa badan dia, tak panas sangat pun, cuma rasa dedar2 je dan ckp kat hubby yang mungkin sebab badan die rasa panas dan demam yang buat die meragam kot.. hubby pun suh aku ambil ubat demam untuk bagi fatin makan, lepas tu cuba menysusukan die balik, baru lah die senyap dan tertido masa menyusu.

Rasa nak menangis pun ada bila tengok muka die yang kepenatan menangis.. rasanya ni lah paling lama die menangis selama habis pantang. Aku sendiri pun tak pasti apa sebabnya, mungkin fatin sakit perut dan panas badan yang buat kan die menangis dan meragam.

Pagi masa aku bersiap nak ke tempat kerja baru die terjaga, dan nampak muka die ceria balik.. alhamdulillah..syukur sangat2.. senang sikit hati nak anta die ke rumah penjaga. Mulanya memang aku plan nak cuti je kalu die sambung meragam, tapi memandangkan fatin dah ok, aku batalkan je hasrat nak cuti. Cuma aku pesan pada penjaga fatin, kalau die meragam aku akan balik ambil dia. haii..fatin..fatin..risau ummi di buatnye..

Monday, August 10, 2009

Bawa fatin cucuk

August 10, 2009 7 Comments
Salam..

Semalam aku dan hubby bawa fatin pergi cucuk untuk yang ke 3 bulannya.. sepatutnya kami bawa fatin selasa, 11/8/2009 sebab masa tu baru genap usia dia 3 bulan, tapi di sebabkan kami berdua bekerja, jadi kami fixed appoinment dengan doktor pada hari ahad. Lagipun aku risau kalau2 fatin akan demam lepas cucuk. Untuk umur 3 bulan ni sepatutnye fatin kene suntikan hep B lagi, tapi memandangkan pada umur die 2 bulan hari tu die tak dapat suntikan 3 serangkai, jadi doc bagi suntikan ni pada umur 3 bulan ni. maknanye suntikan yang sepatutnya fatin dapat untuk umur dia 3 bulan akan di beri masa umur die 4 bulan nanti.

Seawal jam 8 pagi kami dah bersiap untuk ke klinik Pakar Putra sebab risau kalau ramai sangat patient yang datang. Sebelum ke klinik, aku n hubby sempat bersarapan dulu, kemudian baru kami ke klinik. Masa ni, orang pun memang dah ramai. Kami dapat giliran yang ke 7. Lama jugalah kami menunggu sebab doc bz skit pagi2 kene mengadap duty kat PMC.

Lepas buat pendaftaran, kami bawa fatin untuk di timbang beratnya, tapi agak sedih sikit sebab berat fatin tak banyak bertambah kali ni. Hanya naik 200 gram je dari 5.5kg ke 5.7 kg. Tinggi pulak naik ke 64cm.. alahai anak ummi, nape beratnya tak naik sangat pulak ni...

Masa jumpa doc aku cuba dapatkan penerangan kenapa berat baby aku tak naik banyak, dan aku ceritakan tentang fatin yang terlalu banyak tidur dari minum susu. Doc kata baby yang banyak tidur memang bagus, dan baik untuk perkembangan otak dia, tapi waktu minum susu juga harus teratur supaya perkembangan badan die tak terbantut. Jadi doc pun beri beberapa cara untuk bagi fatin kerap menyusu dan sarankan 2 sampel susu formula (anmum dan enfalec) untuk gantikan susu formula yang fatin ambil (bebelec) yang dapat membantu meningkatkan berat badan fatin ( memandangkan fatin tak mahu minum susu badan yang di perah dan di masukkan dalam botol - nak fresh dari badan aku je). Selain tu, doc pun beri multivitamin pada fatin untuk menaikkan selera die minum susu.

Lepas dapatkan penerangan, baru lah fatin di suntik.. dan alhamdulillah fatin tak menjerit sangat.. cuma menangis skit je mungkin di sebabkan rasa sakit masa jarum tu di suntik ke pehanya. Doc juga beri ubat demam untuk fatin, sebab kebiasaannya baby akan demam lepas dapat suntikan ni.

Hope bulan depan berat fatin akan bertambah lah dengan adanya multivitamin ni.

Saturday, August 8, 2009

JOM VOTE!!

August 08, 2009 1 Comments
Salam...

JOM VOTE FOR LESS SUGAR!!!

Pastinya sekarang ni orang ramai dah mula tercari2 gula kan?? pegi kedai ni, tak ada. Pegi pasaraya pun dah abis gak.. so macammana?? haaa.. apa kata kita pulak boikot gula, biar orang yang sorok kan gula tu plak rasa tak ada orang datang nak beli gula die. Lagi pun bagus apa kalau kita kurangkan pengambilan gula dalam makanan kita.?? boleh kurangkan penyakit kencing manis dan penyakit2 yang seangkatan dengannya.

Tentang penjual gula ni pulak, aku rasa dorang ni saja simpan gula sebab kan dah nak masuk puasa, lepas tu hari raya plak nanti. Jadi mereke2 ni saje lah simpan gula2 tu supaya bila dah orang ramai tercari2, dan harga gula di naikkan dapat lah dorang makan untung lebih hasil dari kenaikan harga gula. Emm..memang tak berhati perut betul.

Rasanya, keadaan sebegini memang dah biasa berlaku bila tibanya sambutan perayaan, lebih2 lagi sambutan hari raya dan tahun baru cina. Mula lah masuk tajuk utama berita yang negara kita menghadapi kekurangan bekalan makanan.. pelikkan??? Selain tu aku rasa bukan setakat gula je yang akan jadi masalah pada kita, tapi bahan makanan lain seperti ayam, cili dan tepung pun pasti akan jadi topik perbualan hangat bila tiba kenaikan harganya. Yang peliknya, bahan2 yang akan kurang tu semuanya bahan2 penting yang kita gunakan untuk makanan harian. Sepatutnya pengeluar bahan makanan berkenaan dah dapat menjangka sebesar mana penghasilan yang sewajarnya dorang keluarkan, dan dorang sepatutnye boleh mengawal harga barang tersebut supaya pengeluaran tidak berlebihan dan harga tidak lah dinaikkan sesuka hati.

Bila perkara ni berlaku, yang susahnya adalah pengguna juga. Lelebih lagi pada mereka yang kurang mampu.. kesian kn?? kepada kerajaan, harap mereka dapat ambil langkah bijak untuk tangani masalah ni. Dan kepada pengguna2.. cari langkah lain untuk mengelakkan kita berdepan dengan masalah seperti ini..

TEPUK DADA TANYA LAH SELERA MASING2... so apalagi, vote lah untuk kurangkan gula dalam makanan kita!! Sihat dan kuat sentiasa...chiowwww!!

Friday, August 7, 2009

Hubbyku memasak..

August 07, 2009 4 Comments
Salam..

Semalam kerana keletihan yang amat, aku tak de lah memasak untuk makan malam kami, lagi pun memang rasa malas nak masak. Mulanya aku plan nak ajak hubby untuk makan di luar je, tapi die pun rasa malas nak keluar dan fatin pula dah lena, jadi aku tanyalah hubby, nak makan apa malam ni, die pun jawab makan maggie je lah. Aku plak ambil kesempatan ni buat permintaan kat hubby untuk suruh die masak maggie tu, selamat die nak masak, agaknye mood die baik kot smlm heheh. Hubby aku ni bukan lah teror sangat bab2 masak ni, setakat maggie dan nasi goreng tu bleh lah kot. Buat masa ni aku tak pernah lagi cuba masakan die yang lain selain dari maggie ni je. Bukan senang sebenarnye nak suruh die masak heheh..

Ini lah die 2 bungkus maggie yang menjadi santapan kami malam tadi.. (aku makan skit je k, x leh makan maggie sangat, tak bagus tau!). Maggie ni memang biasa ada kat rumah sebagai stock kalau2 rasa malas nak memasak atau teringin nak makan maggie, tapi bukan selalu ye..

gambar atas.. hubby tengah kusyuk memasak.. sampai aku nk ambil gambar pun die marah.

Ini lah die maggie sup yang hubby masak.. penuh dengan tomatonye.. memang fav die pun. nampak kelakar pun ade heheh.. belasah je lah bi oii.. janji awak kenyang sudah.
Aku dan baby fatin hanya jadi penonton setia masa hubby tengah sibuk di dapur.. (sekali sekala bagi can kat aku untuk berehat dari masak heheheh)
Pe pun, terima kasih lah kat hubby yang sudi nak masak untuk makan malam semalam..memang cedap maggie tu bi. Len kali bleh lah masak nasi goreng plak ye bi.. huhuhu cayang bibi..
p/s: ada2 sapa nak resipi maggie ni?? hahhahaha:))

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates