Tuesday, September 1, 2009

Nak bagi award ni!

September 01, 2009 3 Comments
Ini first time aku bagi award pada orang ye!.. jadinya harap korang terima award ni dengan hati yang terbuka dan rasa yang gumbira di bulan ramadhan ni.. aku suka korang semua sebab korang rajin tengok blog aku, dan sudi nak singgah blog aku ni.. jadinye, aku dengan rasa besar hati nak berikan award yang tak seberapa ni sebagai penghargaan pada korang yang sudi menjengah kemari. Aku berikan award ni pada nama2 yang tertera di bawah ini...

Dan pada semua yang datang jengah ke dalam blog ini dan semua follower aku ye.. aku tak dapat nak masuk kan semua nama.. banyak sangat lah pulok!
Ok, hope korang sudi terima...

Friday, August 28, 2009

bertukar juadah..

August 28, 2009 4 Comments
Salam..


Rindunya pada masa dulu.. kalau dulu di tempat aku ni, hubungan antara jiran sangat rapat, tak ada hasad dengki, tak ada keji mengeji, tak ada busuk hati lebih2 lagi bila masuk bulan ramadhan, kami antara jiran tetangga akan bertukar2 juadah, aku pasti di tempak kalian semua pasti ada yang praktik kan cara ni kan??.. tapi sekarang ni dah tak ada semua tu disini.. masing2 dengan hal masing2, 'ko buat hal ko, aku buat hal aku'.

Mana yang silap agaknya.. mungkinkah peredaran angin? atau mungkin pertukaran cuaca? 'tak de kene mengena langsung'

Ingat lagi dulu, masa arwah mak masih ada.. bila masuk je bulan ramadhan, mak mesti tak lupa untuk hantarkan juadah yang di masak ke rumah jiran sebelah menyebelah. Biasanya aku dan adik2 lah yang akan jadi mangsa tukang hantar juadahnye.. tapi masa tu rasa malas membuak2, langsung tak ada rasa macam sekarang ni.. bila kami beri juadah pada jiran, jiran pula akan balas dengan juadah mereka dan tak ketinggalan juga yang beri bekas kosong je (tapi tu tak mengapa..).

Tapi sekarang ni dah tak nampak semua tu disini.. Ada ketikanya aku rindu untuk kembali pada keadaan tu.. rindu nak beramah dan bertukar2 juadah dengan jiran2 ,di bulan ramadhan ni, tapi sayang.. respond yang di harapkan tidak begitu bagus.. Pernah beberapa kali aku menghantar juadah dan kadang2 sengaja beli kuih lebih di bazaar untuk di beri pada jiran, tapi bila juadah di hantar, bukan sahaja tak bertukar dengan juadah mereka, malah bekas kosong pun tak di pulangkan.. aku bukan minta untuk di balas ye.. tapi di mana sikap kejiranan tu?? sekurang2 nya kembalikan lah bekas tu..

Apa pun, memang nampak berbeza betul dulu dan sekarang.. sejak dari tu, bila aku nak menghantar juadah pada jiran, aku hanya guna bekas biasa yang tidak memerlukan mereka untuk mengembalikan nya semula pada aku..

Dulu lebih seronok berbanding sekarang.. banyak yang dah berubah termasuk diri kita..

Thursday, August 27, 2009

Iftar kami semalam..

August 27, 2009 7 Comments
Salam..

Semalam aku dan ahli keluarga berbuka di luar.. jadi nya aku tidak lah perlu memasak semalam.. relax skit. Kalau tidak memang tergopoh gapah nak balik kerumah dan siap kan hidangan iftar kami. Sebenarnya rancangan untuk berbuka di luar ni adalah rancangan last minit, yang mana tiba2 kakak aku plan nak berbuka bersama kami.. memandangkan dia pun malas nak masak, jadi die suruh aku cari tempat untuk berbuka di luar.. so, aku pun secara tak langsung menjadi kepala untuk mencari tempat berbuka kami semalam.. puas juga lah aku cari tempat yang dekat ngn rumah, sedap n harga nye yang boleh tahan.. Dan akhirnye, aku dapat tempat ini....

Ok, jom aku cite skit ek!

Tempat : Thaibase @ Groupbase Caterer di Bandar Sri Damansara.
Harga buffet: Untuk dewasa RM29.90 , untuk kanak2 RM15.90 sahaja. no extra tax ya!
Antara juadah die : Satay, mee hoon goreng, loh mee goreng (chinese style) , Lauk ayam ( 3 jenis masakan ), daging (2 jenis masakan), ikan (3 jenis masakan), udang (masak lemak & masak butter), sotong (2 jenis masakan), sayur (3 jenis masakan), ulam2, salad, kuih muih melayu, wantan goreng, kek2, brownies, tat buah, buah2an, desert plak, dorang sediakan 2 jenis bubur, dan tak ketinggalan ada juga western ( sirloin steak dan fish and chips), aiskrim, dan minuman plak die ade sejuk (manga dan lemon) dan panas (teh dan coffee) termasuk air kosong.. memang lengkapkan?? rasanya ada yang aku tak sebut.. tak ingat lah.. tapi yang pasti, ini pun dah cukup banyak.

So skang ni, kite layan gambar plak..



Tengok tu... fatin yang sedang khusyuk tengok makanan yang dah terhidang kat atas meja.. sampai menangis2 dan meleleh2 air liur die nampak makanan2 tu. akhirnye aku suapkan juga die sedikit kurma..baru lah senyap si kecik ni.. kalau tidak memang tak senang kami makan.

Ni die nak lagi.. sebab tak puas kot hanya dapat makan kurma je hehehe... tapi aku tak bagi dah sebab takut perut die tak leh terima nanti.. lagipun die belum boleh makan lagi..

Pada korang yang teringin nk berbuka ke mari.. bleh minta no talifon dari aku ye.. heheh:D rasa cam bleh dapat penghargaan dari caterer ni sebab iklan kan tempat makan die.. yang pastinye, juadah2 die semalam memang sedap2.. dan aku pula memang dah biasa makan di sini bila ada kelapangan waktu lunch. Hidangan die memang tak pernah mengecewakan aku.. korang nak try ke??

Tuesday, August 25, 2009

Owh penjual di Bazaar ramadhan..

August 25, 2009 7 Comments
salam..

Dah nama pun bazaar ramadhan kan? macam-macam jenis makanan ada.. cakap je nak ape, dari makanan yang berat sampai lah yg ringan2, semua ada.. Pada yang tak sempat nak memasak tu, dah pastinya bazaar ramadhan lah tempat untuk mencari bahan santapan masa berbuka puasa nanti. Bila ke bazaar ramadhan ni, mata memang akan jadi rambang serambang rambang nye.. itu nak, ini nak.. nafsu mengalahkan segalanya.. dan bila sebut pasal bazaar ramadhan ni, rasanya memang banyak tempat ada buat bazaar.. dan time2 ni, orang yang tak pernah menjual pun akan turut serta meniaga. Almaklum lah, nak tambahkan pendapatan...

Tapi yang aku tak berapa puas hati dan tak berapa berkenan pada peniaga2 ni adalah kerana dorang tak concern tentang makanan yang dorang jual.. Pernah sekali tu, adik aku ke bazaar untuk beli kuih buat berbuka puasa, aku suruh die beli kuih seri muka.. memang kuih ni menjadi kuih fav kami bila time2 berpuasa ni.. nak di jadi kan cerita, yang pergi beli kuih tu pulak adik lelaki aku.. so memang die tak pandai nak tengok kuih tu ok ke tak..

Sampai je masa nak berbuka, aku capailah kuih seri muka tu.. mak aii.. memang geram yang amat sangat lah.. kuih tu nampak je ok, tapi tepung hijau die lembik.. pulut die pulak mentah.. aku tak tahu lah macam mana peniaga tu berniaga. Tak kan lah tak boleh fikir yang kuih tu tak proper untuk di jual?? emm.. buat aku rasa geram yang amat time tu.. kurang pahala puasa aku ari tu sebab mengutuk peniaga yg menjual kuih tu..

Akhirnye, aku cuma makan makanan yang aku masak sendiri.. kadang2 tu tak paham lah dengan peniaga2 ni.. tahulah dorang nak untung, tapi biar lah berpada2.. nak menjual tu biarlah kena dengan makanan yang nk di beli dek orang.. makanan tu untuk di makan, bukan untuk di buang atau di beri pada binatang..

Jadi pada peniaga2.. hope tingkat kan pembikinan makanan yg korang niagakan tu.. harga bukan menjadi masalah kalau kena dengan bahan dan juadah yang di jual tu. aku lebih pentingkan kualiti dari kauntiti..

Monday, August 24, 2009

Kuih Raya..

August 24, 2009 6 Comments
Salam semua..

Wah, nampak nya pada pembikin kuih raya pastinya bulan ni merupakan bulan yang paling sibuk untuk mereka.. mana taknya tempahan dah pun mula di keluarkan sebelum puasa lagi.. sana sini orang bagi sampel kuih raya dan tak lupa juga pengeluar atau pembuat kuih raya secara besar2an.. di shopping2 complex pun dah berlambak aku tengok stock2 kuih raya..tak tahu lah bila dorang ni start buat kuih2 tu kn..

Bagi aku, memang setiap tahun aku hanya jadi pembeli kuih raya, sebabnya aku memang tak reti nak buat pun. Resepi dah berlambak aku cari dan ambil, tapi sampai ke hari ini aku tak mencuba pun resipi2 tu. alasan aku untuk tak mencubanya adalah kerana sebelum ni aku pernah sekali buat biskut raya, memang bersemangat sangat masa tu nak hasilkan biskut raya sendiri.. malangnya, biskut tu tak menjadi.. bukan masalah tak sedap ye.. tapi biskut yang aku buat tu keras macam hape ntah.. rasanya kalau baling anjing, sure aku kene kejar heheheh...

Kalau nak buat biskut raya sendiri pun, aku cuma jadi pembantu pada akak aku je.. die memang teror bab2 buat kuih dan kek ni, tak macam aku hehehe.. so tunggu green light dari die je ni untuk sama2 buat biskut raya.. kami dah plan, cuma tak pasti lagi bila..

Jadi untuk tahun ni, aku dah pun menempah 5 jenis biskut iaitu Almond London (satu kemestian) Chocolate cornflakes, chocolate rice, biskut butter and spicy biscuit.. buat mase ni, ini aje lah biskut yang aku rase nak tempah.. mungkin akan di susuli dengan kerepek2 dan kacang2 kot..

Korang plak macam mana??? dah tempah ke? atau buat sendiri??

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates