Thursday, September 10, 2009

Dah rancak dah...

September 10, 2009 3 Comments
salam...

Wah, dah mula rancak nampaknye sana sini berkumandang lagu raya.. radio2 dan tv pun dah boleh dikatakan semua perdengarkan lagu2 raya ni.. nampaknye makin naik lah semangat2 orang ramai nak menyambut raya.

Nak cerita pasal shopping skit ni, last week MIL aku ajak pergi ke Nilai.. mulanya aku memang excited nak pergi, tapi bila di pikir2 balik takut duitku rabak di sana, aku pun batal kan niat tu.. tapi esoknye, hubby lak pujuk suh pegi gak ikut MIL ke nilai, katanya boleh temankan mak die shopping sambil nak beli kan die baju raya.. Makanya, aku pun bersetuju jugak lah ikut dorang ke Nilai.. Fatin pun aku angkut sekali, walaupun ada sedikit takut dengan penularan H1N1 yang sedia ada ni. Dalam hati tawakal je lah..

Ok, sesampai je kat pintu masuk ke Nilai 3 tu, mata dah terpandang kat Gedung Carpet yang memang besar lah dan sedang adakan jualan murah giler babas.. orang memang penuh dan agak sesak. Kami hanya pandang dari dalam kereta je lah.. gerun pun ada bila tengok orang berpusu2 kat dalam tu, macam dapat barang free lah pulak. Kami teruskan perjalanan sampai ke deretan kedai di dalam Nilai 3 tu.. memang boleh dikatakan semua kedai kat situ adakan jualan murah.. harga boleh tahan lah, dan boleh tawar menawar lagi..

Dalam kepala sebenarnye dah plan nk beli apa, tapi sampai je kat sane.. bila dah tengok jualan murah sana sini.. mata plak dah jadi rambang serambang rambangnye.. jadinye, apa yang aku plan nak beli ada yang tak dapat.. ni lah masalahnye kalau dah sampai ke nilai 3 ni.. abis gak lah beberapa beban duit yang aku bawak kesana, yang tinggal hanya kad kredit dan ATM kad je.. nasib baik tak semua kedai boleh guna kredit kad, dan aku pun tak jumpe ATM mesin kat sana.. kalau tidak, mau abis duit aku beribu kat sana heheheh..

Pesanan aku, plan betul2 dan bawak lah tunai sahaja yang mencukupi dengan apa yang kita nak beli bila pergi ketempat2 yang banyak sale macam ni.. kalau tidak, RM akan kuar macam air je sebab nafsu dah tak terkawal lagi.. DUGAAN betul...

Saturday, September 5, 2009

Dah banyak mana??

September 05, 2009 4 Comments
Salam..

Alhamdulillah, dah masuk ke hari 15 berpuasa.. dan aku masih lagi belum tinggal satu hari pun berpuasa, syukur alhamdulillah.. masih lagi bertahan dan berkesempatan untuk sampai ke pertengahan ramadhan. Masih ada separuh ramadhan nak aku jalani.. minta pada tuhan moga aku akan terus dapat merasai ramadhan, amin..

Ok lah, tak ada apa nak di ceritakan sangat untuk entry ni, cuma nak ajak teman2 semua check perkara2 (amalan2) yang dah kita buat sepanjang separuh ramadhan kita berpuasa ni.. jom check bawah sini :-

SOLAT WAJIB - Cukup ke Tak??
PUASA - Cukup ke? (kecuali ada excuse ye )
SOLAT SUNAT - Buat ke tak?
ZAKAT FITRAH - dah bayar ke belum?
SEDEKAH - ada buat ke tak?
MULUT, TELINGA, MATA DAN SEMUA ANGGOTA BADAN - terjaga atau x?
NAFSU (etc:-makan, shopping) - makin bertambah atau kurang??
MEMBACA AL-QURAN - de buat ke? dah sampai mana??
DAN LAIN-LAIN IBADAH- penah buat??
emm..agak2nya, dah sampai mana kita ye?? apa pun ini hanya sekadar pesanan dan peringatan sahaja.. bukan hanya untuk teman2 semua, tapi juga untuk aku TERUTAMANYA..
p/s: lagu2 raya dah start berkumandang... nape lah awal sangat kn?? bukan x suke, tapi..............

Friday, September 4, 2009

Berbuka Puasa + reunion gathering..

September 04, 2009 6 Comments
Salam..

wah... mentang2 lah dah masuk tengah ramadhan, makin menjadi2 lah jemputan berbuka puasa diluar gamaknye ye. Tapi bukan free ek, itu semua atas tanggungan sendiri... (aduh rabak..) aku pasti ramai juga yang dah mula berbuka beramai2 di luar. Begitu juga aku, untuk minggu ni aku dapat 2 jemputan berbuka, satu dengan teman2 aku dan satu lagi dengan teman2 sepejabat hubby.

Semalam aku berbuka bersama teman2 aku masa di sekolah menengah dulu merangkap perjumpaan semula dengan beberapa teman yang memang dah lama tak ketemu, kami berbuka di thaibase sri damansara ni je.. (tak nak lah cerita byk tentang tempat ni sebab pernah aku siarkan dlm entry sebelum ni) tempatnye aku yang rekemen kan.. Dan hari ini sepatutnye berbuka dengan teman2 pejabat hubby, yang mana mereka telah rancang untuk bersantapan di The Marche yang bertempat di The Curve Mutiara Damansara. Tapi tadi baru je aku dapat sms dr hubby mengatakan yang plan nak berbuka dengan teman opis nye di batalkan atas sebab2 yang tak dapat di elakkan.. makanya, hari yang di rancang terpaksa di tunda ke lain hari yang belum lagi di pastikan tarikhnya..

emm baru je rancang dengan hubby nak bershopping raya di the curve hari ni.. nampak nya hasrat tu juga terpaksa di batalkan juga..

GAMBAR SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA SEMALAM..


Teman2 blogger lain tak nak ke buat majlis berbuka bersama2??

Tuesday, September 1, 2009

Nak bagi award ni!

September 01, 2009 3 Comments
Ini first time aku bagi award pada orang ye!.. jadinya harap korang terima award ni dengan hati yang terbuka dan rasa yang gumbira di bulan ramadhan ni.. aku suka korang semua sebab korang rajin tengok blog aku, dan sudi nak singgah blog aku ni.. jadinye, aku dengan rasa besar hati nak berikan award yang tak seberapa ni sebagai penghargaan pada korang yang sudi menjengah kemari. Aku berikan award ni pada nama2 yang tertera di bawah ini...

Dan pada semua yang datang jengah ke dalam blog ini dan semua follower aku ye.. aku tak dapat nak masuk kan semua nama.. banyak sangat lah pulok!
Ok, hope korang sudi terima...

Friday, August 28, 2009

bertukar juadah..

August 28, 2009 4 Comments
Salam..


Rindunya pada masa dulu.. kalau dulu di tempat aku ni, hubungan antara jiran sangat rapat, tak ada hasad dengki, tak ada keji mengeji, tak ada busuk hati lebih2 lagi bila masuk bulan ramadhan, kami antara jiran tetangga akan bertukar2 juadah, aku pasti di tempak kalian semua pasti ada yang praktik kan cara ni kan??.. tapi sekarang ni dah tak ada semua tu disini.. masing2 dengan hal masing2, 'ko buat hal ko, aku buat hal aku'.

Mana yang silap agaknya.. mungkinkah peredaran angin? atau mungkin pertukaran cuaca? 'tak de kene mengena langsung'

Ingat lagi dulu, masa arwah mak masih ada.. bila masuk je bulan ramadhan, mak mesti tak lupa untuk hantarkan juadah yang di masak ke rumah jiran sebelah menyebelah. Biasanya aku dan adik2 lah yang akan jadi mangsa tukang hantar juadahnye.. tapi masa tu rasa malas membuak2, langsung tak ada rasa macam sekarang ni.. bila kami beri juadah pada jiran, jiran pula akan balas dengan juadah mereka dan tak ketinggalan juga yang beri bekas kosong je (tapi tu tak mengapa..).

Tapi sekarang ni dah tak nampak semua tu disini.. Ada ketikanya aku rindu untuk kembali pada keadaan tu.. rindu nak beramah dan bertukar2 juadah dengan jiran2 ,di bulan ramadhan ni, tapi sayang.. respond yang di harapkan tidak begitu bagus.. Pernah beberapa kali aku menghantar juadah dan kadang2 sengaja beli kuih lebih di bazaar untuk di beri pada jiran, tapi bila juadah di hantar, bukan sahaja tak bertukar dengan juadah mereka, malah bekas kosong pun tak di pulangkan.. aku bukan minta untuk di balas ye.. tapi di mana sikap kejiranan tu?? sekurang2 nya kembalikan lah bekas tu..

Apa pun, memang nampak berbeza betul dulu dan sekarang.. sejak dari tu, bila aku nak menghantar juadah pada jiran, aku hanya guna bekas biasa yang tidak memerlukan mereka untuk mengembalikan nya semula pada aku..

Dulu lebih seronok berbanding sekarang.. banyak yang dah berubah termasuk diri kita..

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates