Friday, October 16, 2009

Demam..

October 16, 2009 9 Comments
Salam..

Demam lah.. sejak semalam, bangun tido pg tu aku dah rasa ting tong sket, badan plak dah sengal2.. tapi still lagi kuat nak pergi kerja, dan memandangkan staff opis lain semua nya bercuti.. jadi aku tetap gagahkan juga ke pejabat. Mulanya badan aku rasa ok lagi, x berapa panas dan kepala pun tak sakit sangat.. dalam hati berharap gak demam ni tak makin teruk.. ubat?? memang aku ni jenis manusia tak kan makan ubat selagi tak teruk..jadi, tak de lah aku makan ubat.

Masuk ke jam 12pm, badan dah rasa semacam..seram sejuk, kadang2 rasa bahang yang amat.. kepala lak dh rasa berat.. nak amik half day, rasa macam tak sampai hati pulak nak tinggal opis tanpa orang.. memandangkan kerja pulak memang berlambak tahap ape ntah.. so, batalkan jelah niat tu.. masa lunch hour, aku cuba tido dan rehatkan badan.. nak makan pun memang dah tak de selera.. hope lepas tido, kurang lah skit demam ni.. tapi, tak kebah gak... pe lagi, aku mintak tolong cleaner beli kan panadol, pastu telan 2 biji... rasa ok skit.. tp kepala lak rasa berpinar.. mata lak kejap2 tengok jam.. bila lah nak kul 5 ni.. dah nak dekat kul 5 tu, aku cabut terus...

Dalam rasa badan yang dh makin teruk dan kepala dh semakin ting tong, aku sempat gak gagahkan diri ambil fatin dari rumah penjaga... nasib baik selamat sampai kat umah. Sampai je umah, lepas aku tido kan fatin, aku pun terus pengsan.. dan malam baru hubby bawa ke klinik.. di sebabkan panas badan aku teruk, dapat lah aku MC sehari hari ni..

Sekarang ni dah rasa ok skit... hope demam ni tak berpanjangan lah..

Thursday, October 15, 2009

Undangan Kahwin..

October 15, 2009 4 Comments
Salam..

To Cik Barina.. aku dah dapat kad jemputan mu itu.. tapi tarikhnya clash dengan hari sales day opis aku, dan kemungkinan besar aku kena kerja pada hari tersebut.. apa pun aku akan cuba luangkan masa dan insyaallah akan aku terjah majlismu itu heheheh..

Cantik kad ni, design sendiri agaknye makcik ni..Tema kad hitam putih ni sama dengan tema baju pengantin ye cik??

Majlis Cik Barine ni akan berlangsung pada 25 Oktober 2009.. wah, minggu depan je ni cik barine oii... apa pun aku doakan semoga majlis itu akan berjalan lancar seperti yang di harapkan.. dan aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU...




Wednesday, October 14, 2009

Company dinner!

October 14, 2009 3 Comments
Salam..



ooppss.. FYI.. it's not my company dinner, but it's incek suami punya company dinner as they called that as a glitters night.. emm.. yup, memang berkerlipan dan berkilauan malam tu, bukan je dengan lampu2 dan dekorasi dalam Ballroom, tapi juga dengan kehadiran para jemputan pada malam tu. Dinner ni diadakan pada malam sabtu yang lalu, dan di hadiri oleh semua staff DPS malaysia serta ahli keluarga staff.. yang mana dinner ni juga untuk meraikan sambutan hari raya.. memang satu majlis yang sangat besar dan gemilang gak ler.. Majlis ni diadakan di JW Marriott Hotel Kuala Lumpur dan di hadiri lebih dari 200 orang rasanya..



Kami semua di hiburkan oleh artis jemputan yang memang best!.. antaranya adalah Adibah Nor also as our MC on that night, Anita Sarawak, Rabbani dan surprise artist Dato' M Daud Kilau.. Makanan yang di hidangkan pun memang best dan sedap.. yang mana mereka menghidangkan hidangan raya seperti lontong, rendang, Nasi beriani, dan banyak lagi termasuk beberapa desert dan hidangan western seperti salad.. nama pun hotel 5 star, so makanan pun mesti lah best kn??



Selain dari artis jemputan, dorang juga adakan cabutan bertuah yang mana Mr hubby dapat 2 kali cabutan bertuah. Cabutan pertama dia dapat voucher dari sportworld sebanyak RM100 dan untuk grand lucky draw, hubby dapat 2nd place iaitu percutian ke Bangkok (fullboard) selama 3 hari 2 malam.. memang bertuah betul lah kami malam tu..alhamdulillah.. ( tapi rancangnye, kami akan tukar hadiah percutian tu ke local destinasi je.. x sanggup nak ke bangkok tu..cukup lah sekali pengalaman aku ke sana..)



Tak yah lah aku cerita banyak, moh kite jamu mata tengok pic yang aku snap malam tu..





Sebelum majlis berlansung, cocktail untuk para tetamu yang hadir diadakan di ruang legar Ballroom.. yang mana kami dihidangkan dengan minuman dan kuih2 raya..

Gambar masa di dalam Ballroom yang dah di penuhi oleh para2 jemputan..

Ni meja kami.. hubby merupakan committe pada malam tu.

Antara committe yang menjayakan kelancaran majlis malam tu..

Kami pun sempat bergambar kenangan dengan Adibah Nor.. best lah die ni.. peramah! mulanya aku nak bergambar denagan Anita Sarawak, tp takut pula sebab die terlalu peramah.. malas nak menjawab soalan2 die heheh..

Hubby with his lucky draw gift..
p/s: yang paling aku suka ialah bila Bos meraka umumkan yang dorang ni bakal dapat bonus!!! ermmm ada can lah aku merasa ni heheheh... syoknye lah raya!!

Saturday, October 10, 2009

Open day!

October 10, 2009 1 Comments
Salam..

Untuk dua hari di hujung minggu ni, outlet kami mengadakan jamuan (open day) khas untuk pelanggan kami sempena sambutan Hari Raya dan Deepavali.. Jadi beberapa hari ni aku agak sibuk menyiapkan persiapan untuk Hari besar ni (x berapa nak besar lah sebenarnye).. itu belum masuk bab meeting yang aku attend dan kerja2 yang semakin bertimbun dek kerana ketidakcukupan masa untuk membuatnye.. mana taknye, semua nak kena aku yang pantau.. walaupun dah di beri tugasan2 khas kepada setiap staf, tapi untuk lebih keberkesanan menyediakan hari besar ini, bos tetap menyuruh aku untuk update setiap bahagian tugas yang diberi.. sebabnya?? bos aku berada di oversea sekarang ni, jadi, aku lah yang di beri amanat untuk handle event ini. Penat, jangan kirelah... badan ni pun dah mintak cuti dah..
Antara dekorasi yang kami buat untuk mencantik kan showroom kami..
Tak lupa juga lukisan kolum ini.. cantik tak?? bukan aku yang buat ye.. staff aku yang buat..
Dah siap untuk menyambut para pelanggan..

Hidangan yang agak simple..untuk para pelanggan kami..

Kepada korang yang rasa nak datang ke showroom kami,amat lah di alu2kan...alamat nya di:-

No 10 Jalan Tembaga SD5/2A Bandar Sri Damansara, Selangor.

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates