Sunday, September 20, 2015

I Love Blogging! - satu Masa Dulu -

September 20, 2015 0 Comments
Aduh.. Tajuk nya kok sedap benarrrrr keh keh keh keh...

Ye, dulu2 kan saya memang seorang yang addicted dengan dunia blog. Apa sahaja yang saya rasai, saya lalui, saya hadapi, saya makan, saya guna, dan apa sahaja perkara best yang berlaku. Blog adalah tempatnya..

Blog adalah dunia Online pertama yang saya jelajah. Blog lah yang menambah ramaikan sahabat maya saya. dari blog yang simple dan kaku. kemudiannya bertukar kepada blog yang ramai follower. ramai penkomen. t

Masa tu, saya tiada sebarang komitmen.
Belum Kahwin
Single mingle
Belum ada anak
Belum ada bisnes

Saya punya masa dan ruang untuk berblog. tiada sekatan. Pantang ada perkara menarik, terus on blog.

pegi mana2, mesti snap pic sebab nak masukkan dalam blog.

sampai lah satu ketika, saya dah kahwin dan hamil anak pertama. Biasalah, orang mengandung ni. alahannya terlalu banyak. salah satu alahan saya adalah jengah blog. Maka, dari saat saya hamil tu, Blog ni jadi TUKUN. heheheheh...

seriously, nak karang entry pun tak ada idea tau. Minda tepu time tu. sedangkan, itu lah saat2 yang wajib saya simpan dlm blog saya ni kan???
tapi, saya lepaskan peluang tu.. saya bazirkan usia blog saya ni..

tapi lepas dari tu, saya mula giat balik. giat ber blog.. tapi, kerajinan nak ber blogwalking tu masih samar2...

in shaa allah, sedang dalam proses nak walk in to tuanpuan punya blog ya..

ok, meh lah jengah blog2 saya yang lain...

ni antara koleksi blog saya ye..

1. Koleksi resipi dan tempat makan yang saya pergi : RESIPI CHUGIE

2. Blog Bisnes Barang penyusuan saya, Eizmierah Mumnbabyshop

3. Blog suka suki join contest dan giveaway : Chugie & Contest 

Ada 1 lagi blog, iaitu blog anak2ku.. tapi dah lama sangat terabai dah.. so bai bai je lah..

ok, sudi2 kan lah menjengah blog2 hasil nukilan saya tu ye. Blog biasa je.

sekian dulu lah ekkkk..

Suzie Eizmierah
Founder of EIZMIERAH

ESP Shaklee dan kombinasi terbaik dari kami! #Part 1

September 20, 2015 0 Comments
pic ehsan Google


Sempena Promosi ESP besar-besaran di bulan September ni kan, saya nak kongsi lah juga set2 atau kombinasi2 yang paling larissssss


Pic Ehsan dari Google


ok, bawah ni antara kombinasi2 yang memang pelanggan saya di Eizmierah Mumnbabyshop atau IG@Vitaminshopsgbuloh akan beli dan ianya memang tersangat lah larisnya.

1. ESP + Vitalea (Multivitamin) = Kesihatan Optimum
Kombinasi dua produk ni akan bekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk seharian supaya kekal bertenaga.
Set ni sesuaiiii sangat buat korang2 yang terlalu sibuk bekerja dan dengan tugas harian tu

2. ESP + Performance Drinks = Tambah Tenaga
Set ni buat si pengamalnya kekal bertenaga berpanjangan. Untuk korang yang mengamalkan gaya hidup aktif dan gemar bersukan.
Set ni juga antara set yang terlaris sepanjang bulan puasa dan ketika berpuasa sunat.

3. ESP + Zinc = Kesuburan Lelaki
Haaaa.. ni mesti lelaki suka.
Set ni bantu pelihara kesihatan prostat lelaki.
Bantu dalam penyembuhan luka terutamanya pembedahan.
Untuk wanita yang baru lepas bersalin pun bagus tau

4. ESP + GLA = Kesuburan Wanita
Set ni bantu stabilkan hormon.
Bantu wujudkan kitaran haid yang teratur.
Bantu melindungi dinding ateri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel

5. ESP + B Complex = Ibu Hamil
Set ni sangat2 laris!!
sebab majoriti pelanggan di kedai saya adalah ibu hamil, ibu menyusu dan berpantang.
Set ni bantu kurangkan tekanan dan juga meningkatkan tenaga.
Bcomplex yang mengandungi Asid Folic, adalah vitamin yang sangat baik buat wanita hamil

6. ESP + Alfalfa Complex = Ibu Menyusu
Ya, ini set yang juga terlajak Laris. Set milkbooster, orang kata..
Juga memberi tenaga kepada si ibu dalam masa yang lama terutama ibu2 yang baru lepas bersalin tu.
Set ni memang sangat membantu dalam meransang penghasilan susu ibu.

7. ESP + Lecithin = Pelansingan
Set ni khas untuk ibu2 yang nak slim kan tubuh tu. terutama yang lepas bersalin. memang mereka akan beli set ni. Bajet slim katanya.
Set ni akan beri rasa kenyang.
Bantu dalam pembakaran Lemak dalam Badan
Juga bantu mengurangkan Kolesterol.... Terbaik kan?

Ok, ada lagi sebenarnya kombinasi2 ESP ni.. kita sambung kemudian ye. tunggu saya buat entry #PART 2

Apa yang anda nampak dari kombinasi2 yang saya cadangkan di atas tu?
ESP adalah untuk semua.. betul?

ok, mesti korang pelik, kenapalah SID2 ni mesti paksa or offer pelanggan shaklee untuk ambil ESP ni?
haaaaa nak tau ke?
ok, sebabnya, ESP ni kan protein. Protein ni sangat2 di perlukan dalam penyerapan apa sahaja makanan atau vitamin yang kita ambil. Pengambilan Protein dan apa2 vitamin memang sangat2 bantu penyerapan yang lebih optimum. jadi, sebab itu lah para SID menyarankan dan cuba minta anda untuk ambil juga ESP ni.

ok lah, sekian perkongsian dari saya ye...

Suzie Eizmierah,
founder of Eizmierah Mumnbabyshop
Jika nak order: PM saya di 012.3814786

Saturday, September 19, 2015

Satay Minang

September 19, 2015 0 Comments
Satay Minang / Satay Padang, haaa sama lah tu. Sama tapi tak serupa. Sama, sebab rupanya. tak serupa sebab namanya jee...

ni pun baru pekena satay minang. Adik belikan. rezeki malam hari... hihi..

ada yang tak pernah tengok rupa satay minang ke? Ni ha!.. lihat pic bawah ye.


Add caption

rasa dia, Mavelesssss!!
tak percaya? kena lah rasa sendir ye..




Khasiat Biji Rambutan untuk pesakit Diabetes Tahap 2

September 19, 2015 0 Comments


Khasiat Biji Rambutan.

Biji rambutan, kalau orang yang tak tahu khasiatnya, memang tak pandang lah si biji rambutan ni. Makan buah rambutan, habis isi, biji buang masuk tong sampah je lah kan..

Tapi, untuk pengetahuan korang semua, Biji Rambutan ni ada khasiatnya tau. Iaitu boleh digunakan dalam rawatan pesakit diabetes tahap 2. Kajian penyelidikan memberitahu, ektstrak methanol pada biji rambutan tu mengandungi falvaniod dan fenolik. Manfaatnya, aktiviti hipoglikemik menjadi berpotensi utk bantu pesakit yang menghidap diabetes.

Biji rambutan ni juga dikatakan boleh menguati penyakit buah pinggang.

Rambutan memiliki kandungan karbohidrat, lemak, protein, fosfor, besi, vitamin C dan kalsium. Kulit buahnya mengandung tannin dan saponin. Bijinya mengandung polifenol dan lemak, kulit batangnya mengandung tannin, flavonida, saponin, zat besi dan pectic substance. Sedangkan daun rambutan mengandung saponin dan tannin. Di dalam buah rambutan tersimpan khasiat sebagai ubat yang tidak ternilai harganya. Menurut kajian pakar tanaman ubat, setiap 100 gram mengandungi 69 kalori, 58 mg vitamin, dan 18,1 gram karbohidrat.

Buah rambutan juga memiliki kadar serat yang cukup tinggi, sekitar 2 gram per 100gram berat buah. Dengan jumlah kandungan di dalam rambutan, ianya sesuai untuk kesihatan dan buat orang – orang yang tengah berdiet tu.

Bagaimana nak buat nya?

Kumpul biji2 rambutan yang korang dh makan isinya tu.
Kemudian cuci bersih, tanggal kan juga kulit2 tebal tu ye
Lepas tu, goreng di kuali tanpa minyak (sangai) Macam pic bawah ni.

Pic Ehsan Google

Dah selesai goreng biji tu, tumbuk lumat. Pastikan anda guna lesung berasingan dengan lesung tumbuk cili ye. kang pedas panas pula biji rambutan yang nak makan tu :P

ok, dah selesai sesi tumbuk menumbuk, campur sedikit dalam air suam. Kacau2 dan boleh lah di minum hari2. Amalkan lah selalu hingga diabetes anda tu turun.

Ini hanya sekadar ikhtiar dari segi semulajadi ya.. apa pun, jangan lah lupa untuk berdoa, mohon Allah berikan kesembuhan pada penyakit yang kita hadapi tu dan jangan berhenti untuk berikhtiar. selagi ada usaha, selagi itu pasti ada hasil yang positif.

sekian...

Bagi yang rasa susahnya lah dan malas nak berenyah2 untuk buat semua diatas tu, Sila lah dapatkan set diebetes shaklee atau Vivix shaklee dari saya ye.. Tak mahal pun. Pastinya berbaloi dan berkesan untuk masalah anda.

Jangan kedekut nak melabur demi kesihatan sendiri...

Nak sakit atau Nak sihat? Pilihan anda!

Sekian dulu...

Suzie Eizmierah
Founder of, Eizmierah Mumnbabyshop / IG @ Vitaminshopsgbuloh
012.3814786

Monday, September 14, 2015

Insiden Kren Tumbang di Mekah - September 2015

September 14, 2015 0 Comments
Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..



Insiden Kren Tumbang di Masjidil Haram yang berlaku pada jumaat lepas, 11/9/15 amat memeranjat kan seluruh rakyat malaysia. Insiden yang buat seluruh umat islam berasa pilu dan sedih bila di maklumkan, antara yang terlibat adalah jemaah dari malaysia. Yang menjadi semakin pilu bila mereka yang terlibat tu meninggal dunia.  Allahu... sedangkan kita yang tiada kaitan hubungan kekeluargaan dengan jemaah yang terlibat pun rasa sedih dan pilu dengar berita ni, apatah lagi ahli keluarga sendiri yang menerima berita ni kan..

Bila lihat gambar2 insiden di sana yang di viral kan di FB, buat hati makin di gamit sayu dan pilu. Tapi semua ni ada hikmahnya, ada rahmatnya dan ada asbab nya.. Ap yang berlaku ni adalah dalam perancangan Allah, Dia lebih tahu apa yang berlaku kan..

Kalau kita rasa ianya musibah, adalah sebaiknya jika ia di pandang dari sudut yang baik dan positif, ianya adalah satu rahmat. Mereka yang terkorban tergolong dalam syahid. Bertuahnya mereka. Di jemput Allah pada hari jumaat yang mulia yang di minta2, di jemput di tanah suci mekah, tempat yang paling mulia, di jemput pula ketika dalam menunaikan haji, rukun Islam ke 5.

Bila lihat video2 yang di rakam oleh jemaah yang berada di sana, teringat balik kenangan masa kami berada di sana mengerjakan umrah. Melihat kan kren2 yang tinggi dan banyak memenuhi persekitaran  masjidil haram tu buat otak berfikir macam2 yang buruk. Tapi, cepat2 fikiran tu di buang jauh2. Bila kita dah berada di tanah suci, automatik mind kita jadi telus. tak nak fikir kan sebarang keburukan. yang kita fikirkan hanya 1, iaitu Allah sedang dekat dengan kita. Apa je kemungkinan yg bakal berlaku pada kita, REDHA adalah jawapannya. REDHA demi Allah.

Al Fatihah buat seluruh Jemaah haji yang terkorban..

Buat seluruh Jemaah haji yang berada di tanah suci, selamat menunaikan ibadah haji.

buat kita yang berada di malaysia, sama2 doakan keselamatan dan perlindungan jemaah haji kita..

Mudah2an ada jemputan buat saya untuk ke tanah suci di kala umur masih muda dan tubuh masih kuat ni. Rindunya nak ke rumahMU Ya Allah..







Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates