Wednesday, June 30, 2010

Rasa...

June 30, 2010 13 Comments
Salam..

Aduhai lah.. Kenapa lah..
Apalah.. Mengapa lah..

Dah seminggu dua ni aku rasa semacam je lah..
lelebih lagi minggu ni.
Tekak rasa semacam..
meloya tak menentu.
Rasa nak makan, tapi bila dah makan, Rasa nak kuar balik..

Dalam kepala berlegar2 nak makan macam2..
tapi bila dah dapat, rasa tak lalu nak telan.

Badan aku..
owh.. badan rasa cam ala2 lembik je..
nak kata tak makan, dah makan dah..
nak kata makan sikit, x lah jugak..

Nak demam ke?? tapi dah lama sangat dah rasa2 ni..
tak jugak demam2..
aduhai lah...

Nak sakit ke?? aduhai.. sakit apa ni??

Ni tengah kerja pun rasa tak lalu je nak bekerja..
Rasa nak landing je atas lantai..
Nak landing kan kepala kat bantal..
Nak landing kan badan kat tilam..

Aduhai lah.. kenapakah?
mengapakah? apakah?

eeeeeeeee.. x best!


-chugie-

Travelku #3 - Bukit Tinggi, Indonesia.

June 30, 2010 20 Comments
salam..
ok, kali ni part ke Bukit tinggi pulak ye..
Owh ya, ada kawan tanya, macam mana dapat idea jalan2 travel camni ye? kan dh inform dalam #1 aritu.. yang kami ke Indonesia bukan setakat travel semata.. tapi melawat saudara mara kami yang tinggal kat sana..
Ok, berbalik pada travel kami ke Bukit Tinggi ya..
Memandang makcik kami ni Cikgu, maka hari ahad jelah masa untuk dia bawa kami ke tempat ni. Kami kat sana pun 2 hari 1 malam je, dan aktiviti kat sana, sangat2 express..
jom layan pics ya!

Gambar atas tu diambil masa berada di hotel yang kami inapi..
suasana pagi dia memang nyaman.. tapi Bukit Tinggi dah tak sesejuk dulu..
Orang kata, dulu Bukit Tinggi macam kat genting tau! Tapi Sekarang, biasa2 je..
Cuma Tempat tu tak sesibuk macam kawasan bandar lain lah..


yeay!! ini lah aktiviti pertama kami..
sempat posing dulu depan kereta kuda ni sebelum kami naik..

yeay!! jalan2 time.. bayaran menaiki kereta kuda ni Rp30,000. Kalau convert duit malaysia dalam belas2 RM je..
kami sewa 3 biji kereta kuda, dan dibawa pusing2 ke sekitar kawasan Bukit Tinggi tu.
Memang happening dan seronok sangat naik kereta kuda sambil menikmati permandangan sekitar kawasan BT.

Ha.. ni yang paling best tau!
Ini di Kawasan bersejarah.. nama nya Kawasan Lubang Japang!
Nama pun dah tau kan??

pemandangan dia memang memukau kalbu.. tapi sayang, masa ni bateri kamera, hp dan lain2 dah kong! jadi tak dapat nak snap2 pic kat sekitar kawasan lubang japang tu.

+ aku tak berani nak masuk ke Lubang Japang, seram wei!! kang tak tido malam plak kang! cuma Hubby, BIL dan anak buah aku je yang masuk.. kami yang lain cuma jalan2 dan tinjau2 kawasan luar lubang japang tu je.

gambar atas ni merupakan sekitar tempat beli belah di BT.. tapi sayang, kami tak sempat menjelajah keseluruhan pasarnye.. memang sangat2 rugi dan frust sangat tau!

kami shopping pun di Pasar aur.. yang rupanya pasar tu tutup pukul 1 ptg hari ahad..
Sempat lah beli ole2 untuk di bawa balik ke Malaysia..

Gambar di sekitar kawasan Bukit Tinggi..


Gambar atas belah kiri tu adalah gambar di Dataran Jam Gadang..Biasanye pelancong akan singgah kat sini untuk bergambar sebab ini merupakan Trade mark utama di Bukit Tinggi ni.
Gambar atas belah kanan tu adalah Hotel The Hill dan juga merupakan hotel yang paling besar dan cantik.

Gambar Kiri bawah merupakan Shopping Mall yang terbesar di sana.. aku pun lupa lah apa nama mall tu.

Dan yang belah kanan bawah ni pulak Bank negeri dia.. lebih kurang cam bank negara kat sini kot kan? :D

Untuk pengetahuan, terdapat banyak tempat2 bersejarah di Bukit Tinggi ni.. antaranya masa perang antara indon dan jepun, Belanda dan banyak lagi.

Abis part kat BT ni, kami ke padang pulak Jalan2.. tapi tak de lah sampai betul2 kat Padang sebenarnye, cuma sempat ke sempadan antara BT dan Padang je..
Memandangkan masa tak mengizinkan, kami cuma sempat lalu kat kawasan yang di landa gempa aritu je..

Yang paling menariknye, dapat tengok kawasan tanaman padi bertingkat kat atas bukit dan kebun sayur nye..memang cantik, tenang dan hijau je..

Rugi sangat sebab tak dapat abadikan gambar2 tu sume dalam ni..ishhh!!


Sekian dulu..
next entry part akhir kami di pekan baru pulak ye..
daaaaaaaaaaaaa...
-chugie-

Tuesday, June 29, 2010

Travelku.. #2 - Santajo,Taluk Kuantan, Indonesia.

June 29, 2010 12 Comments
Salam..

Alhamdulillah, tenet dah idup kembali kat umahku ni..



Ok, sambung cite2 travel ku ek!



Masih lagi di sekitar kawasan taluk Kuantan.. tempat kami menginap untuk beberapa hari ni..

Gambar bawah ni kami ambil masa berada di kawasan Pacu jalur, di pekan Taluk Kuantan.



Memang besar tempat ni.



Pekan dia biasa je.. tak ada bangunan tinggi melebihi 3 tingkat pun..

Kalau ada pun 1 je rasanye.. itu pun shopping mall die.. tp nampak biasa2 je.



Gambar ni di ambil masa kami nak pusing2 1 kampung tu..

Hanya menggunakan motor je.. tapi memang sangat2 happening tau!



Singgah jap kat Jambatan sungai Taluk Kuantan ni.

Panjang dan besar gile sungai ni!

Misi utama kami berhenti pun, sebab abang iparku nak completekan

Dokumentari travel kami ni.. heheh:D


Kami singgah kejap kat kawasan tasik.. tasik ni dah tak di jaga..

Mungkin jarang pengunjung berkunjung ke sana kot..

kalau lah di jaga dan di cantikkan, mungkin akan jadi salah satu tempat riadah yg best.



kami sempat posing jugak...



sekian dulu..

next entry ke Bukit Tinggi pula k!


-chugie-

Monday, June 28, 2010

Hubby g amik kunci... yeay!

June 28, 2010 20 Comments
Salam..

Entry pendek... huhu..
Yeay! yeay!...
Hubbyku pergi ambil kunci...
wallawei.. hatiku gumbira ni!
gumbira... gumbira... gumbira...
tak terkata..

bestnye.. syoknye..
Alalalalalala...

Yep! Alhamdulillah... syukur...
Akhirnye...

Tak sabar nak tunggu Hubby balik bawa kunci tu..
Gembira dan terharu lah pulak aku rasa.. huhuuu

Syukur padaMU Ya ALlah...
Akhirnye kunci tu akan berada di tangan kami juga..
Owh, kunci apa?? CUBA TEKA....!!

Korang happy tak sekarang ni??
Aku happy giler ni!

-chugie-

Moodku mula merudum..

June 28, 2010 9 Comments
Salam..

Harini.. hari isnin kan?
Hari isnin memang hari yang buat kita rasa macam2 kan?
Dan di sebabkan macam2 tu, menjadikan akal dan fikiran pun bercampur aduk..

Owh.. bukan, bukan ni yang nak aku entry kan.
Tapi mood berblogku yang dah semakin kureng..
Entah kemana perginye semangat nak berblog tu, aku pn tak tau.

Aku cuba berblog walking pagi td..
Tapi cuma sekadar membaca cerita kalian je..
Nak meninggalkan komen, aduh... payahnye lah.
Bukan dek kerana masalah web kalian tu,
tapi dek kerana ketiadaan mood hari ni..

Makanya, aku sekadar berblog walking je,
tanpa meninggalkan jejak..
Cuma ada lah seBLOG dua yang aku tinggalkan jejak..
yang lainnye, aku hanya sempat baca je..
Harap maaf ye kawan2..

Mood Aku dah merudum..
Harap tak terjelepuk kat atas tanah je..


-chugie-

Friday, June 25, 2010

Nak tau Ranking Blog korang tak?

June 25, 2010 12 Comments
Salam..





Tadi aku g lah jenguk ke Blog Kak Syidah, dan terbacalah entry tentang "popularkah aku?"
Ingatkan ape lah kan, baca lah entry "popularkah aku" tu..
Rupenya kak syidah baru tau ranking blog dia..

Makanya, aku pun try lah jugak.. nak gak ler tau ranking blogku yang kerdil ini.. eheheh:D

Dan ini lah hasilnya...

Hasilnye :

Malaysia ranking : ke 48K..

ohohoho... banyak tu...

Korang nak cuba ke?? klik je Alexa ni..

sekian dulu,

-chugie-

Assalamualaikum..

June 25, 2010 11 Comments
Assalamualaikum..

Salam jumaat yang penuh dengan keberkatan..
Moga hari ini kita mendapat keberkatan dariNya.

Emm.. tak ada banyak pun nak di posting kan hari ini..
mungkin hanya ini je lah entry untuk hari jumaat.

Line talifon di rumahku masih lagi rosak.
entah bila nak baik, aku pun tak tau lah..
geram, sudah..
sakit hati, pun sudah..
marah, belum lagi buat..
Mungkin hari ni nak laungkan kemarahan aku pada pihak TM kot.. harus kan?

Dah banyak cerita travelku yang terbiar ni,
bila nak ok nye line talifon, aku pun tak tahu..
hopenya, esok lusa ok lah..

Cerita ceriti dari travelku, jalan2ku dan shopping maping ku pun,
dah tergendala nak di posting kan.

owh ya, tentang perkembangan rumahku juga..
dah nak sampai ke penghujung ni..
insyallah next week dapat kuncinye..
tak sabar betul lah!

ok lah, sekian dulu bebelan di waktu pagi jumaat..
tak boleh nak update banyak2 bila gunakan PC opis ni..
harus berpada2.. nanti ada yang jeling2 lagi..
tak best kan??


ok lah... wasalam..
-Puan Chugie-

Thursday, June 24, 2010

Pemenang GAku.. -Lucky Draw!

June 24, 2010 15 Comments
Salam..
Seperti yang telah di war2kan, cabutan bertuah telah pun aku lakukan,
memandangkan tiada peneka yang tepat untuk Go Go travel Giveawayku itu.
Makanye dengan rasa penuh kesyukuran dan gembiranya,
aku umumkan.. pemenang bertuah itu adalah..
*
*
*
*
*
jeng..
jeng..
*
*
*
*
*
*
*
*


NO 24 - iaitu, nieda....
tahniah! tahniah!!!!!
Dan dek kerana hatiku yang sangat baik ini,
ada 1 lagi cabutan bertuah aku telah buat tau!
pemenangnya adalah..........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
No 17 - iaitu, kayyana...
sila beri Nama, alamat dan no talifon korang pdku ye..
boleh tinggalkan di entry ini,
atau boleh email ke zumizie@yahoo.com
sekian dulu... pada yang tidak bertuah, jangan putus asa ya!!
cuba lagi..
daaaaaaaaaaa
-chugie-

Dah.. dah.. kerja! kerja!

June 24, 2010 7 Comments
Salam...
Hari ni, berakhir sudah honeymoon session di office..
Bos aku dah masuk kerja balik... uwwwaaaa!!
makanya, tak dapat lah bertenet dengan tenang nye! huhuhuhu


pic ehsan dr mr google..
Agaknye macam ni lah keadaan aku skang ni kan? huhuu...
x besh! x besh!.... uwwaaaaa!!

Wednesday, June 23, 2010

Pacu Jalur..

June 23, 2010 15 Comments
Salam..
Macam yang aku kata dalam entry INI, aku dah godek2 google pasal PACU JALUR ni..
so dapat lah sikit sebanyak info tentang ini untuk dikongsikan dengan kalian.
##Pacu Jalur merupakan sejenis lumba perahu dayung tradisional dari Riau, Indonesia.
Perahu yang berukuran sepanjang 25-40 meter dengan awak perahu seramai 40-60 orang.
Perayaan ni biasanya diadakan untuk meraikan dan menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia.. yang biasanye di buat sekitar bulan Julai dan Augus setiap tahun.
Antara acara lainnye adalah, Upacara Sakral dan magis, pertunjukan sendratari, lagu daerah, randai dan banyak lagi.##

pic dari en. google

-Dari sumber2 yang aku dapat, acara perayaan ni merupakan acara yang paling besar dan memang di nantikan oleh penduduk di sekitar Daerah Pekan baru, Taluk Kuantan dan kebanyakan tourist dari luar negara.-

Setiap kampung di daerah tu akan menghantar wakil untuk menyertai acara Pacu Jalur ni..

pic dari en. google..
-Tengok je lah tu, memang ramai betul yang datang menjayakan perayaan ni kan?-

pic dr en. google juga..
pergh.. dasat! memang ramai lah.. patutlah perayaan ni di buat besar2an kan?? tengok je lah jumlah manusia yang datang. Penuh sesak..
sekian dulu, sedikit info tentang Pacu Jalur..
pssst: patutnye nak postingkan sambungan jalan2 ku di Indonesia, tapi line tenet di umah rosak pulak!
so, tunggu ya!
daaaaaaaaaa
-chugie

Lucky draw!!

June 23, 2010 11 Comments
Salam..
Selingan kejap ek!!
just nak inform.. memandangkan tiada peneka tepat untuk GA ku aritu,
maka aku akan buat cabutan secara Mr Random lah ye..
Setuju ye!!!
Korang memang terpaksa redha setuju je lah...
sebab aku yang buat ini contest! ahahahahah:))
Ok lah, tunggu pengumuman tentang pemenangnye nanti tau!!
insyallah, dalam minggu ni jugak aku umumkan...

Tuesday, June 22, 2010

#1- Sampai di Pekan Baru Indonesia

June 22, 2010 13 Comments
Salam..
yeay! akhirnye dapat jugak entry kan jalan2 ku ini..
Ok2, x mo cite panjang2 k.. nanti bosan plak..
aku story sikit2 je.. n laju2 tau!


Flight kami telah delay dari jam 1:55 PM ke 3:30PM..
Bila dah naik flight, delay lagi selama 45 minit sebab cuaca hujan yang amat2 lebat..
Masa penerbangan adalah selama lebih kurang 20 minit je.. kejap kan? bontot pun x panas lg tau..
Kami sampai di Pekan baru pada jam 6:00PM.. kat sana pun cuacanye sama macam kat malaysia.
sampai je kami kat PB, makcik ku dah sedia menunggu..
then berhenti makan jap..
tengok je lah lauk2 yang di hidang tu.. macam2 ada tau, semuanya masakan minang..
Tapi awas! kalau sentuh je skit lauk kat pinggan tu.. harus di bayar ya..
So, makan mana yang kita nak je..
Hari kedua, kami di bawa ke Taluk Kuantan, merupakan sebuah pekan kecil.. kat sana terdapat satu kawasan sungai yang sangat besar dan panjang, dimana ia merupakan tempat keraian Pacu Jalur diadakan.
Aku pun tak berapa paham apa makna Pacu Jalur tu.. yang aku tau, ianya merupakan satu tradisi rakyat minang di sana, menyambut kemerdekaan.. kalau x silap di adakan pada bulan Julai setiap tahun.
emm.. nanti aku try godek2 google pasal Pacu Jalur tu k!
informasiku masih kurang pak!
Ha.. ni pulak rumah tradisi (rumah gadang)kat sana..
yang kiri tu Rumah Melayu, dan kanan tu rumah Minang.
Ok, tu je.. tunggu next entry aku ke kawasan Bukit Tinggi dan Padang k.
daaaaaaaa dulu,
-chugie-

Pemenangnya adalah...

June 22, 2010 19 Comments
Salam...
yep.. kali ni aku ingin mengumumkan bahawa...
Pemenang bagi Giveaway Go Go travel ku ini jatuh kepada.......
drummm
rolll...
jeng..
jeng..
jeng...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
TIADA PEMENANG...
sebab tekaan korang semua tak tepat!
Jawapannye adalah...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
PEKAN BARU INDONESIA..
Sila Lihat bukti ini ye..
*
*
*

zoom untuk lebih jelas..

ini pula departure's ticket..
dari Pekan baru ke Kuala Lumpur.

Kami ke sana bercuti2 sambil melawat saudara mara kami yang berada kat sana.
Sambil berjalan2 di sekitar Pekan baru, Padang dan Bukit Tinggi.


Jadi, harap maaf ye.. jawapan yang kalian bagi tu tidak tepat sama sekali..

Makanya, 1 cabutan akan di buat..untuk ketahui sapa yang bertuah untuk terima hadiah ole2 dari sana.
Insyaallah.. akan aku buat secepat yang mungkin..

Sila tunggu keputusannya nanti k!

sekian dulu..
-chugie-

Monday, June 21, 2010

Amboi.. mengata aku ye..

June 21, 2010 10 Comments
Salam..

yeay... dah time nak balik dah. Alhamdulillah... dah abis sehari bekerja.
Dah petang2 macam ni, baru lah bleh post 1 lagi entry.
Tapi entry ringkas je... entry merajuk.. huhuh


Ooooo... pandai ye kamu.. kamu.. dan kamu kata aku jadi gorila lah.
Modzila lah, monster lah... huhuh.. Sampai hati ye kamu..

Dek kerana template ku yang kucar kacir,
hingga menyebabkan akalku juga kucar kacir,
Hingga bikin aku jadi GORILA?? MODZILLA?? MONSTER??
Ada juga yang suruh aku try jadi HULK HOGAN...

uwwwaaaa.....sampai hati korang ye..

Kang aku jadi betul2 kang.... ha... takut!!


k lah, time to balik umah dah ni..
chow sin chi!!!

daaaaaaaaa
-chugie-

Templateku..

June 21, 2010 12 Comments
Salam..

uwwaaa... pening! pening!
templateku ntah jadi ape ntah..
dh godek2 macam2.. tp tetap x puas hati ni..

geramnye.. semua nye tak menjadi ni.
huarghhhhhhhhhhhhhh!

nak jadi gorila ke monster ni?


psst: result untuk Giveaway, aku update lambat skit ye.. bz lah!

Sunday, June 20, 2010

2nd Update My GA : List peserta & macam2 jawapan..

June 20, 2010 6 Comments
Salam..

ok2, 2nd update! Ini adalah antara peserta yang dah pun menjoinkan diri dengan jawapan mereka..

1) Anakanakku- Bukit Tinggi
2) Mamalyna - Bukit Fraser
3) Ibu Ayra - Pulau Pangkor
4) Zura - Bandung
5) Zai kulim - Bukit Tinggi
6) Ya Alya - Sentosa island
7) Mummy Qis - Bali
8) Nana - Cameron highlands
9) Anin - Langkawi
10) Syidasyakirin -Langkawi
11) Kura-kura - Cherating
12) Echa -Bandung
13) IzzatulIman - Pulau redang
14) AdyShariz - Kota kinabalu
15) eima - Medan
16) tiefazatie - Bandung
17) kayyana - Cameron highlands
18) My Lovely note - Cameron Highlands
19) Miko itu nana - Bandung
20) Fuadnis - Langkawi
21) iewa - Bandung
22) Mr yadayadayada - Bandung
23) maszmadi - Langkawi
24) nieda - Medan
25) syakila - Pulau Pinang
26) Rosilah - Genting
27) SoFiAhB - PD
28) illaFira - Kuching
29) izan cute - Phuket
30) yaya - Medan


emmm..macam2 jawapan adakan?? rata2 bg jawapan yg sama... pada yang tak join lagi,sila2 lah join... sebab hadiahnye dah ready! souvenir dari tempat percutianku.. x rugi kalau dapat tau!

Bukan key chain k.. but something valuebale.. ahahahah:)) yeke?? pada aku ler.. tak tau lah pada korang.

So, Hurry!! ada beberapa jam lagi sebelum masuknye jam 2:22PM 20/6/2010...

SEKIRANYA TIADA PENEKA YANG TEPAT, MAKA HADIAH ITU AKAN DI BUAT SEBAGAI LUCKY DRAW JE LER.. TUNGGU NEXT ENTRY UNTUK LUCKY DRAW ITU YE..


sekian dulu..
aku lah..chugie!

Ucapan hari bapa..

June 20, 2010 4 Comments

owh, today is father's day ha!!!
yep... Happy father's day.. to all male called father, ayah, papa, abah, bapak and etc...
Between mother's & father's day, aku ni lebih ke mother's day je..
kenapa?? ... ekekekeke..ntah lah..
apa pun..Selamat hari bapa pada semua ye.. tanpa dia, siapa lah kita..
tanpa dia, tak lahir lah kita ke dunia ni..
tanpa dia, kita bukan lah sesiapa..
eh, fatin nak bg ucapan lah!
- to ayah, fatin nak wish selamat hari bapa... thanks coz be my very good ayah! thanks coz give me a chance to live in this world.. thanks coz ayah selalu manjakan fatin..-
" Happy father's day.. AYAH!!"

Saturday, June 19, 2010

New Look..cantik tak?

June 19, 2010 6 Comments
Salam..

Ha.. perasan tak rumah ku ini dah berubah??
cantik tak?? cantik kan?? aku suka sangat..
sangat2 puas hati dengan template baru ni.
lebih simple... x de bunga2 kat background dah!

Sebenarnye tak de niat pun nak tukar2 template..
tapi ntah ape yang aku buat semalam...
aku try guna new WIDGET dalam blogger " template designer new!" ni..
mulanye tekan satu bende tu je.. lepas tu blog aku bertukar jadi ape nth!
tak cantik... bila tengok blog aku, rasa cam tengok blog org lain je..
Rasa nak nangis pun ada sebab template lama tu tak de backup..

jadinye, haruslah carik new template..
penat gak ler pilih2 template yang sesuai..
dan akhirnye, aku pilih ini..
memang aku puas hati banget!

Apa kate korang? cun gila tak? :D


psst: part header tu, aku still tak tukar lagi.. tak tau nak buat camne. Ada sape2 bleh tolong bagi idea dan tolong ape2 yang patut??

Go Go Travel GiveAway...

June 19, 2010 42 Comments
This is sticky post! please scroll down to latest entry!



Salam..



Cewah, sempat lagi aku mengupdate entry kan??



ok2.. ramainye dok tanye chugie nak g mana kan??



jom!jom! teka...



mana tau betul ke tekaan korang tu..



kalau betul, nanti aku bg hadiah lg..



hadiahnye maybe dr tempat holiday tu.. atau kalau xpun something best.



nk join tak??



syarat2nye...


- Buat lah 1 entry tentang GA ni ye..
-terbuka pada blogger di malaysia sahaja.
-teka tempat holiday kami (1 tekaan je) guna ayat ni je " chugie ke........(nama tempat ye.. x mo nama negara.)"

-bagi nama ngan url link korang kat entry ni.




senang kan??

Due date: 20/6/2010 2:22PM

ok.. selamat meneka..!!

bye
-chugie-

Friday, June 18, 2010

Minnie dan fatin..

June 18, 2010 7 Comments
Salam...
warm up..warm up..
bila dah seminggu x update blog, rasa lain je..
kene cari bahan2 baru..
Di waktu tengah hari ni, x dapat lah aku abadikan gambar makanan untuk tatapan korang ye..
aku just tepek pic tentang fatin je lah..
ok pe?
mana tau,selera makan tu datang ke, bila tengok gambar fatin ngan susu botol tu? heheheh..
si minnie
dan
Fatin
memang tak dapat di pisahkan..
terutamanye time tido.. mesti ada kat sebelah..

menyusu pun kene pegang minnie gak..
mesti peluk erat2..

di sayang, di cium minnie tu..
lagi satu yang buat umminye ni jeles, die pandai pulak sebut 'minnie'

tapi, dia tak reti dan x nak pun sebut "ummi"..

huarggggggg... uwwaaa.. siannye aku!


psst:mujurlah masa cuti2 hari tu die tak nangis2 nak minnie, kalu tak....parah!
aku yang sedih,
-chugie-

NOUGAT

June 18, 2010 4 Comments
Salam...

alahai aku ni, pagi2 dah bukak cita pasal makanan kan??
tp xpelah..layan kan je ler entry aku ni ek?

Sape penah makan gula2 ni??sedap woo..

NOUGAT... macam2 perisa ada.. and ada 2 type, keras dan lembut..
Tapi aku lebih suka yang keras, sebab rasanya rangup dan sedap banget!
Yang lembut tu kureng skit, dan rasanye macam dah masuk angin..

Coklat ni kawan opis yang bagi, die baru balik dari australia last 2 weeks.
Baru lah harini aku dpt entry kan gambar coklat ni.


best..macam2 perisa ada, contohnye Cappucino, green tea, mint and ade lagi yang lain.

Aritu masa sampai airport, nak gak sambar barang sepeket dua, tp x dapek gak..sebab masa yang agak suntuk dan nak cepat balik. Masing2 dah kepenatan, so tak dapat lah jalan2 kat Duty free dalam airport tu.
Next time bleh beli lagi..
k lah, harus buat kerja dulu..nanti di marah-in oleh bosku..ehehe
daaaa....
-chugie-

Thursday, June 17, 2010

Saya dah pulang..

June 17, 2010 8 Comments
Salam..

Aku dah pulang!
yep.. best nye dapat balik umah..
penat?? aduh..memang sangat2 penat!
Alhamdulillah, perjalanan kami bercuti kesana, lancar..
cuma ada sedikit flight delay masa bertolak ke sana.disebabkan cuaca yang x mengizinkan.

Kami sampai kat sini dalam jam 6 ptg, flight bertolak dari sana jam 4.05pm (5.05pm waktu malaysia)

sebenarnye nak update post pagi td, tp line tenet lak problem..
so, baru petang ni dapat online..

Tadi aku dah g terjah peserta2 GA, emm... macam2 jawapan ada tau!
kelakar pun ada.. huhuhu..

Takpe, ade masa lagi untuk peserta2 lain nak join GA tu..

k lah, nanti2 aku update lg k..
bye!

-chugie-

Friday, June 11, 2010

Thanks to Cik Pooh and fieza79..

June 11, 2010 7 Comments
Thanks fieza sebab sudi bagiku award ini.. really appreciated that!
Insyaallah akan jadi penkomen tegar blogmu! :D
Award ni adalah sangat khas tau, dan nak bagi pada
Zella, Nafiraa, Kak Ica dan Zura.. sebab rajin tinggal komen kat sini.
And this from cik pooh.. very cute and really beautiful!
i like it.
and now nak kasi blog award yang cute ni pada...
Wansteady - coz blog die sangat cute pd aku.
Qasehairis - cantik background blog ni
and...
Ease basri, nieda, Lily, fieza, mamalieyna, ena, mek rose, eb, dan semua yang ada anak tu..
kenapa aku bagi?? sebab blog korang dah ade penyeri semulajadi.. iaitu gambar anak2 korang yg sangat cute miut tu!
sekian..
dari aku yg cute! eheheheh
-chugie-
pssst: this is an auto publish entry.. now i dah kat dlm flight maybe.. doakan kami selamat sampai k!

Bila Fatin dapat lepas, ini lah jadinye..

June 11, 2010 10 Comments
Salam..
Inilah dia wajah fatin yang gembira sangat sebab dapat lepas berjalan kat depan umah.
Umminye dah tak dilayan dah!


tengok lah tu, happy kan main dapat berjalan. macam dah berlari pun ada.
Lepas tu buat2 jatuh n terduduk.. sebenarnye die nak main tanah tu.
"ei.. kotor lah yang!"

jalan pulak bukan pandang depan.. die pegi pandang bawah..
apa lagi, semua di langgarnye.

"ha.. ha.. nak kemana tu??? ummi suh jalan kat laman umah ni je.."

kan dah jatuh... jalan tu laju sangat..

Sampai keta ummi pun dia jadikan sasaran..
Lepas geram ye fatin?
say cheese dear!

"ma. ma.... tu.."
ntah ape yang di tunjuk, tak tau ler..
fatin still panggil aku ma.. ma..
dah penat ajor sebut ummi, tp x pass2 gak!
steady lah kamu ye.. dapat main2 kat luar ni!

eee.. chak! dah penat kan???
esok sambung lagi.
daaaaaa
-chugie-

Thursday, June 10, 2010

Yeay! Sok cuti... yippi yai!

June 10, 2010 16 Comments
Salam..

owh.. bestnye.. syoknye.. sukenye.. gumbiranye..
Sebab esok aku cuti!!
dah tak kerje dah..
dah tak tension2 ngan kerje..
dah tak yah nak pikir2 pasal kerje..
dah tak yah nak ngadap salesman2 yang ntahape2ntah..
dah tak yah nak buat2 ade keje..
dah tak yah nk pura2 sedang buat kerje, sedangkan tengah blogging..
dah tak yah nak redah jem..
dah tak yah nak bangun awl2 ..

dan yang paling best................. bleh tido lebih skit esok, sebelum berangkat..

Yes! esok dah nak g cuti2 !!!!

best! best! best!!!!

ok lah, nak siap2 segala barang dah ni..

hope bos tak calling2 aku lah masa cuti ni..
bos ku ini selalu je sibuk2 cari aku tau! x leh bg org senang!
sekian dulu...
bye
-chugie-

Jus Alpukat..

June 10, 2010 10 Comments
Salam..

yeay.. arini dapat buat entry tentang makanan..sukenye hati ku. Korang suke tak???

Ok2.. nak tanye ni, pernah minum Jus Alpukat?? atau nama lainnye Jus Avocado.

Yep, aku dah minum! tp... aku x bape bleh terima lah rasa dia..
Sebabnye?? tekak aku ni pelik skit.. kalau dah rasa lain macam je.. aku memang tak sentuh dah.


ini lah die jus alpukat tu.. aku minum jus ni masa pergi makan kat Waroeng ayam penyet aritu.
Saje je try minum jus ni, sebab aku x pernah rasa.
Kata kawan aku, kalau kat indon rasa die lebih sedap. Tak macam yg ini.. ( kawan aku pernah minum jus ni masa ke bandung dulu)
So, jus alpukat ni, kawan aku tu yg abiskan..selamat bawak die tau!
dan untuk kali yang keberapa nth aku ke Waroeng ayam penyet ni,
makanye, untuk kali ni aku try makan bakso plak.
emm.. rasa pun ok. ade 5 ketul bebola daging kecil.
cuma cili sambal dia lain skit.
Aku biasa makan bakso buatan cik cleaner opis aku ni..
sedap bakso die... dan lain dr bakso kat atas tu..
So, part Bakso, aku still pilih Bakso buatan cleaner aku tu.. lebih umph!
betul.. aku x tipu.. kalau korang tak caya, meh datang opis aku rasa heheheh:D
k lah.. tercapai sudah entry makan2 aku!
-chugie-

Fatin concure ummi's lappy!

June 10, 2010 18 Comments
Salam..

U'll know what?? my daughter want to concure my lappy..

jom.. layan pics!



see that? dengan baju yang tak semenggah, she wanna try to takeover my laptop??
haiyo! pleaseeeeeeee lah my dear.
tu.. jari tu, ei! gatai betui lah... now my 'N' key dah spoilt tau.. just because of ur little finger.
How am i going to use my 'N' key?? uwwwaaaa... have to tekan2 a bit hard, baru ummi can use the key...
She still keep on touching my keyboard..
maybe thingking some plan to takeover my lappy.
Macam reti2 je tu tau!

owh no, now she's on the bed! and sikit je lagi nak concure all!

aha.. ape yang kamu pandang tu ha?? ummi still here ok.
seeing u touched all over my laptop!
ha.. and finally, she's already concured mine!
jaga ye kamu..
if anything happen to my lappy, GANTI BALIK!! ummi tak pedulik!!
Anakku ini tak pernah kenal erti putus asa untuk menyentuh, memegang, memiliki dan mahukan laptop ku ini.. ntah ape yang die suke, aku pun tak tau..
Pantang kite buka laptop, die pun duk kat kite sekali.
owh, korang2.. jangan suh aku beli laptop tuk fatin k.. xde maknenye! huhuhuh
sekian dulu...
daaaa
-chugie-
pssstt: Bahasa rojak pulak entry aku ni.. layan kan je ler ek!

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates