Thursday, December 19, 2013

Saya Hamil ank ke-3

December 19, 2013 5 Comments
Salam...

Aduhai.. macam mana lah sy boleh lupa nak buat mukadimah sebelum post 'air liur banyak keluar ketika hamil' tu..

Hihihi...

Buat pengetahuan sahabat semua, sy sedang hamil 8minggu.. Alhamdulillah, masih di beri rezeki dan peluang untuk tambah Harta Akhirat saya.

8minggu, memang dalam zone pening2 lalat dan dugaan maha hebat. Sy anggap ni 'Zone Rehat' saya.. ada hikmahnya kan? Dah beberapa tahun jd wanita yg x cukup masa nak rest dgn pjg nye.. maka Allah beri sy hadiah ni.. melepek je lah sepanjang hari.

Hahaha..

Tapi so far, zone rehat sy dah semakin nak tamat sebab muntah2 dah x over mcm awal dulu.. syukur alhamdulillah..

Lepas ni akn masuk ke zone 'menambah berat' plak ye..

Doakan saya dan kandungan sentiasa sihat sejahtera tau..

Supliment wajib saya sekarang dah tentulah dari Shaklee:
Vitalea - Multivitamin yang bantu berikan extra energy pd tubuh sy, sbb sy kerap muntah dan lembik.
B-Complex - ada kandungan folic asid yg bagus untuk janin saya ni..
ESP- minuman wajib sy setiap pagi. Untuk kurang kn rasa loya dan angin yg banyak dlm perut.. seriusly, best sgt lps amalkan esp time hamil ni.. walaupun x mkn, tp bdn x rasa lesu sgt..
Ostematrix- kalsium wajib yg sy ambil sejak dulu.. memandang kn saya bukan lh penggemar susu, maka sy wajibkn diri untuk makan Ostematrix ni..

Alhamdulillah...


Sekian,
Wasalam..

Chugie a.k.a Suzie Maswar
SID 866440
Master Coordinator Shaklee

*Jemput lawat FB saya di: Eizmierah Mumnbabyshop

Tuesday, December 17, 2013

Air Liur Banyak ketika Hamil

December 17, 2013 2 Comments
Air liur banyak keluar ketika hamil..

Owh.. stress kan kalau air liur keluar banyak..
Memang terganggu aktiviti harian kita. Dah lah sedang hamil.. dengan loya dan muntah bagai. Memang sesuatu yang boleh buat kita sresss..

Ok, sy dapat maklumt ni dari BabyCenter..

Sebenarnya keadaan ni normal je.. ia berlaku di sebabkan rasa loya dan mual tu.

Biasanya berlaku di bawah trimester ke 3 dan ada yang menanggungnya hingga ke minggu 20 kehamilan..

Stresss kn kalu sepanjang kehamilan tu kena lalui saat air liur keluar dgn byk.


Tidak ada sebarang rawatan tertentu bagi keadaan ini, tetapi anda mungkin boleh mencuba kaedah berikut:
1. menghisap buah lemon atau limau nipis, atau menghidu beberapa titik minyak pati lemon atau limau nipis yang dititikkan pada kertas tisu;
2. menggunakan pembersih mulut yang selamat digunakan semasa hamil;
3.menghisap gula-gula pudina atau mengunyah gula-gula getah berpudina;
4. memberus gigi dengan ubat gigi berpudina;
5. menghisap kiub ais.

Tips ni sy ambil dari babycenter.com.


****

Sekarang baru lah saya tahu kenapa ketika hamil air liur sy keluar dgn sgt byknye

Mmg stress tau.. rasa nk buat paip je. Hihi..

Cara saya utk kurangkn air liur ni keluar dgn byknye, sy akn hisap chew vit c shaklee tu.. walaupun tak ilang kan masalah sy.. tp sekurang2nya mengurangkan mslh air liur byk sy ni..


Moga tips2 ni dapat membantu anda yg sedang hamil dan menghadapi mslh ni..

Ok..

Sekian dulu.. wasalam..


Chugie a.k.a suzianti maswar
Shaklee Independent Distributor
866440
Eizmierah Mumnbabyshop

Saturday, November 16, 2013

hantar puteri2ku ke rumah mil

November 16, 2013 2 Comments
Assalamualaikum..

Tinggal beberapa jam je lagi sebelum berangkat ke KLIA.. flight kami jam 11 mlm.. jadi kena standby di KLIA dalam jam 9mlm untuk urusan check in.

Alhamdulillah, ni pun baru lepas hantar puteri2 saya ke rumah mak mentua.. macam2 rasa dah ni.. tapi kena kuat juga kn?

Tapi sejujurnya, memang tak best kalau bercuti tanpa ank2..

Tadi masa dalam kereta, saya borak2 dengan fadiah (puteri bongsu), sy bagi tau dia,
"adik jangan nangis tau.. kalau adik nangis, adik peluk baju umie ye.."
Terus dia pegang baju saya dan peluk saya..

Giler touching time tu..tp control je..
Mujur si kakak senang nak tinggal.. sebab dah biasa tinggal dengan mak...

Kadang2 terfikir gak, macam mana org lain sanggup tinggal anak2 kat orang dan dorang boleh pegi bercuti dengan happynye.. sedangkan saya yg dah menghadapi situasi ni pun dah rasa macam2 dalam hati ni..

In shaa allah, next year sy tak nak tinggalkan ank2 dah.. akan bawa dorang ikut juga..

Sungguh tak best perasaan ni..
Patutnye happy, tapi jadi sangat2 x best..

Harap dua puteri dapat tinggal dengan wan dan atoknye utk 9 hari ni.. harap juga, si kecik tu tak meragam dan mencari2 umie nanti.. jauh tu nak patah balik...


Doakan saya dan suami selamat sampai kesana dan slmt pulang ke sini ye..


-Suzie a.k.a chugie-

Friday, November 15, 2013

London Paris.. cuti2 fully sponsored by Shaklee

November 15, 2013 2 Comments
Alhamdulillah..

Bagai mimpi DULU, jadi realiti HARI INI..

Ye, dulu2 mmg ku banyak bermimpi nak jejakkan kaki ke LONDON dan PARIS... sapa sangka, mimpi yang tak di sangka ni bakal jadi kenyataan sekarang ni..

Ya Allah.. tak de perkataan yang paling hebat nak ku ungkapkan selain rasa bersyukur dengan rezeki yang kau limpahkan pada ku..

In shaa Allah.. dengan izinNYA, Esok saya dan suami akan ke kota london.. kemudian baru ke Paris. Menikmati percutian percuma dan fully sponsor dari Shaklee..

Betul2 macam mimpi je ni..

Dalam suka, ada rasa sedih yang tak dapat di bendung sebab dua puteri kami tak ikut sekali.. harapnya puteri2 ku sihat dan dlm lindunganMu bersama Wan dan Atoknye nanti..


Ok.. nak sambung sesi packing baju..
Daaa dulu ye..

Chugie a.k.a Suzie
Shaklee Independent Distributor
012.3814786

Thursday, November 14, 2013

Daftar sebagai Ahli Shaklee (Pengedar Sah Shaklee)

November 14, 2013 0 Comments
Anda berminat untuk menjadi Ahli Shaklee / Pengedar Sah Shaklee? Jom kita lihat apa faedah2 yang Shaklee Tawarkan...


  • FAEDAH AHLI ( PENGEDAR)
1. Dapat keuntungan dari Harga Runcit iaitu hingga 33%
2. Bonus peribadi dari penjualan produk. (Minima 150uv sebulan)
3. Bonus peribadi yg di terima tertakluk kepada jumlah point uv yg terkumpul. Semakin besar point yg di kumpul sebulan tu, semakin tinggi pembayaran %bonus kita nanti. %bonus bermula dari 5% hingga 21%
4. Pengedar yg mencapai Rank sekurang2nya pangkat Supervisor akan dapat ganjaran extra insentif dari shaklee.
5. Bonus kepimpinan
6. Bonus tambahan
7. Insentif kenderaan
8. Insentif percutian

KEISTIMEWAAN KUMPULAN KAMI:
1. Dinaungi oleh lebih 14Master Coordinator
2. Kelas bimbingan Online dan Offline
3. Kumpulan sokongan tertutup di FB dan chat group
4. Tips2 dan motivasi yang berterusan
5. Aktiviti2 lain yg dianjurkan di setiap negeri


BAGAIMANA HENDAK MULA MENJADI AHLI?
ANDA BOLEH PILIH SALAH 1 PAKEJ DI BAWAH:
1. Pembayaran keahlian seumur hidup sebanyak rm65 (tidak termasuk kos penghantaran memberkit) ATAU

Dapatkan KEAHLIAN PERCUMA apabila:
1. Membuat pembelian sebarang produk yg berjumlah 200uv

Atau

2. Membeli 2botol vivix 

Atau

3. Membuat belian 3 kotak kolagen powder


PERLU KE MAINTAIN POINT??
Tidak perlu sekiranya anda sekadar ingib menjadi ahli shaklee. Sekiranya anda ingin menjadi pengedar dan ingin menikmati insentif2 yg diberikan shaklee, anda wajib maintain point.

RUGI KE KALAU SAYA SEKADAR MAKAN PRODUK SHAKLEE TANPA MENJADI AHLI?
Sudah tentulah anda Rugi . Sekiranya anda membuat belian dgn menggunakan ID sendiri, dah tentulah point akan terkumpul di dlm ID anda.. dan ianya tidak mustahil untuk anda mencapai 150uv sebulan sekiranya anda membuat belian berkumpulan dari ahli keluarga, kawan2 dan  saudara mara.

BOLEHKAH SAYA REGISTER SENDIRI KE BRANCH BERHAMPIRAN?
Ye, sudah semestinya boleh. Anda cuma perlu mengisi ID saya 866440 dan nama saya Suzianti Maswar di bahagian Sponsor di dalam borang pendaftaran ahli shaklee. Pembayaran keahlian boleh di buat di kaunter branch atau HQ
selepas membuat pendaftaran, sila maklumkan saya Id anda supaya saya boleh memasukkan anda ke dalam group bimbingan saya.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya di:
Page: Eizmierah MNB Healthy Shop
Fb: Eizmierah Mumnbabyshop
Email: zumizie@yahoo.com
Hp no: 012.3814786 (whatsapp or sms)


Saya mengalu2kan keahlian anda di kumpulan kami..


SID 866440
Suzianti Maswar
Master Coordinator

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates