Monday, September 1, 2014

Susu Badan Kurang?? Apa PUNCANYA?!

September 01, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..

Kerap sangat saya nampak soalan "Susu saya makin kurang, apa nak buat?"...
rata-rata, ibu yang mengalami masalah susu kurang ni adalah ibu yang masih kurang info tentang penyusuan, tentang situasi2 yang normal akan di hadapi oleh ibu2 dalam penyusuan.

Saya juga salah seorang ibu yang juga pernah alami masalah begini ketika anak pertama dulu.

Apa puncanya?
DIRI SENDIRI..

Ye, diri sendiri puncanya.. bukan orang lain, bukan Allah.. semuanya datang dari diri sendiri.

ok, macam ni ye..
Ketika kita hamil, sepatutnya kita dah set dalam diri nak susu kan anak dengan susu ibu, betul tak? jadi, sepatutnya start dalam waktu kehamilan kita tu, kita kena lah cari ilmu dan informasi tentang penyusuan, bukan setakat set niat di hati je. Itu semua tak cukup. Niat tanpa Ilmu, apa yang kita akan amalkan nanti? betul tak????
Jadi, perlu lah ada ilmu.. ilmu dalam penyusuan tu.

Biasanya hal ni berlaku sebab ibu2 terlalu ambil ringan hal menyusukan anak ni. persediaan pada alam penyusuan kurang. Nak membaca hal2 penyusuan kurang, malah MALAS.nak mencari dan membaca. Lebih2 lagi dalam zaman berteknologi tinggi dan pantas ni, kebanyakan kita lebih suka gunakan medium 'Tanya soalan dan duduk diam tunggu jawapan". Ni memang banyak berlaku dah ni.. sebab dah berlambak group2 sokongan di FB. Jadi, masing2 hanya tahu "Tanya dan tunggu JAWAPAN". Nak mencari info dan cara penyelesaian, -MALAS-..
Sebab itu lah berlaku nya masalah2 begini ketika sesi penyusuan bermula..

Saranan saya buat Ibu2 baru yang dah berniat untuk susukan anak dengan susu badan tu;

* SILA lah cari ilmu penyusuan sebanyaknya, BACA.. jangan setakat Cari, tapi simpan je lebih, bacanya TIDAK.

* SILA lah cari ilmu dan SIMPAN, simpan di dalam sebuah diari / buku / note di handphone yang mudah kita rujuk dan baca bila2 waktu.

* SILA lah Beli buku PANDUAN PENYUSUAN tu, bukan mahal pun, ada yang murah. RM10 je buku tu, tapi baaaaanyak sangat pengisian.

* SILA lah jadikan FORUM tu, medium untuk menambah ilmu. Rajin baca masalah dan cara penyelesaian, kemudian kita share dengan kawan2 dalam tu. bukan setakat jadi tunggul dan pemerhati dalam forum je..

Banyak sangat part2 penting yang ibu perlu tahu dalam memulakan sesi penyusuan ni, antaranya;

1. Kelengkapan penyusuan
2. Bahan rujukan penyusuan
3. Group2 atau forum2 perkongsian tentang penyusuan
4. Cari lah rakan penyusuan supaya mudah untuk merujuk
5. dan banyak lagi.

Buat ibu2 yang telah punya niat untuk susukan anak, jangan lah ambil mudah tentang hal2 penyusuan ni. Perbanyakan cari gali ilmu dan amalkan sikap Membaca dan Menyimpan Ilmu tu.

Saya sebagai ibu yang juga menyokong penyusuan susu ibu, sentiasa doakan ibu2 yang menyusukan anak sentiasa kuat dan tabah dalam mengharungi situasi2 kritikat ketika penyusuan tu.

Setiap titik susu yang kita salur pada anak kita tu adalah pahala yang sangaaaattt besar nilainya di sisi Allah..


Sekian,
Sharing pendek dari saya.

Penasihat Shaklee dan penyusuan anda.
Chugie A.K.A Suzianti Maswar
SID 866440
COD AREA: Kuang, Sri kundang, Laguna Biru, Bdr Baru Sg Buloh
Contact: 012.3814786
FB: Eizmierah Mumnbabyshop

Sunday, August 31, 2014

Kisah motivasi: Marah dan Putus Asa

August 31, 2014 0 Comments
Sekali sekala, bila di saji kan dengan kisah2 tauladan dan bermotivasi macam ni, memang bagus kan..

Jom, saya share kisah motivasi ni untuk pembaca blog sy ni.

****************
Alkisah, seekor ular memasuki gudang tempat kerja tukang kayu di sore hari. Kebiasaan si tukang kayu, membiarkan sebagian peralatan kerjanya masih berserakan dan tidak merapikannya.
Nah ketika ular itu berjalan kesana kemari di dalam gudang, tanpa sengaja ia merayap di atas gergaji.
Tajamnya mata gergaji, menyebabkan perut ular terluka. Tapi ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalas dengan mematuk gergaji itu berkali-kali.
Serangan itu menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.
Marah & putus asa, ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuhnya.
Ia pun membelit kuat gergaji itu. Maka tubuhnya terluka amat parah dan akhirnya ia pun mati..

***********
Kadangkala, di saat kita marah, kita ingin melukai orang lain. Tapi sesungguhnya tanpa disadari, yang dilukai adalah diri kita sendiri.
Mengapa? Karena perkataan dan perbuatan di saat marah adalah perkataan dan perbuatan yang biasanya akan kita sesali di kemudian hari..
*************
Mari, kita sama-sama belajar untuk tidak marah (atau setidaknya mampu meredakan marah) terhadap situasi buruk yang mungkin kita alami.

Tuesday, August 26, 2014

45day berpantang - Slim sudah...

August 26, 2014 0 Comments


Ni dia ‪#‎ShakleeEffect‬
At 45days confinement, berat sy dah back to normal.. 

Tanpa diet
Tanpa ikat perut
Tanpa skip mkn
Tanpa mkn ubat kurus nth ape2
Tanpa pilih makan

Semua mknn sy bedal (khas utk pantang ler)

yg pasti, saya konsisten mkn ‪#‎SetPantangShaklee‬dan now ‪#‎SetMenyusuShaklee‬

Yang paling penting sekali, saya menyusukan Baby Farhana dengan susu badan sepenuhnya..

Alhamdulillah, penyusuan susu badan memang membantu dalam proses Slimming..



Jom dapatkan Shaklee dari saya.
Exclusive consultation n of coz mantop dari saya, khas buat PELANGGAN saya sahaja.. 

Whatsapp 012.3814786

*picTakenAtNewShakleeHO*


Chugie A.k.a Master Suzianti Maswar
FB: Eizmierah Mumnbabyshop

Saturday, August 23, 2014

Rawat Demam Kuning (Jaundis)

August 23, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..

Demam kuning, memang biasa sangat berlaku pada bayi yg baru lahir kn..
Ada yang dah ambil langkah awal semasa mengandung dengan meminum susu kambing.
Ibu mertua saya pun sarankn saya mengambil susu kambing time hujung pregnancy tempoh hari, tapi saya tak sanggup ambil sebab saya memang tak boleh minum susu kambing. Sedang kan susu lembu pun saya tak mampu menelannya, ni kan pulak susu kambing.. memang tidak ler..

Kalau ikut history ank2, memang dua ank sy kena jaundis yang agak lama. Dua2 kena lebih 30hari.. doktor kata, salah satu puncanya adalah di srbabkan beza jenis darah antara mak dan anak. Saya jenis darah A+, dua ank sy yg sulong dan no 2 tu jenis darah O, sebab tu lah kot jaundisnya lama..
Untuk anak yg ketiga ni, alhamdulillah, baby kena juga demam kuning, tapi tak tinggi. Dalam 5hari dah turun dan back to normal.

Cara rawatan demam jaundis yang saya amalkan:
Masa anak pertama dan kedua dulu, memang macam2, cara kami cuba. Dari ubat doktor ke ubat kampung dan sensei cina. Semua kami cuba. Tapi jaundis anak tak turun pun. Cuma yg saya perasan, bila baby dh start kerap menyusu, nampaklah perubahan kuning tu.
Saya yakin, susu ibu memang yang paling terbaik untuk anak.

Jadi, bila ank no 3 ni kena jaundis, saya tak de amalkan petua2 lama tu dah. Saya hanya susukan ank dengan susu badan sahaja. Air masak pun saya tak beri pada anak.
Saya akan pastikan baby minum susu sejam sekali.
Memandangkan anak no 3 ni jenis yang agak susah nak poo poo, jadi saya hanya pantau air kencingnya je. Doktor sendiri ada maklumkan, bayi yang menyusu badan memang normal jarang poo poo, yang penting bayi tu kerap kencing dan kentut.

Alhamdulillah, baby no 3 ni tak kena jaundis yg lama.

Bila orang tanya saya apa petua untuk pulihkan bayi demam kuning, saya akan jawab bagi lah susu ibu.. bagi sekerap yang boleh. Biasanya bayi yg kena jaundis ni memang lebih banyak tidur dari bangun. So, sila lah cuit2 tapak kakinya supaya dia bangun dan boleh menyusukan dia.

Tapi, ingat ye ibu2, sekiranya kuning anak nampak semakin jelas, adalah sebaiknya anda bawa anak terus ke hospital, supaya rawatan lanjut boleh di buat pada bayi kita tu. Jangan lah berlengah2. Memang buruk padahnya..

Sekian dulu,
Sharing is caring
By;
chugie a.k.a Master Suzianti Maswar
Page: Eizmierah Mumnbabyshop

Friday, August 22, 2014

22/8/14 - Hari Ini Hari Lahir Saya!!!

August 22, 2014 2 Comments
Assalamualaikum..

22-08-14 ------>>> 33tahun

Syukur.. hari ini tambah lagi 1angka umur saya.. dah 33tahun pun saya hidup di muka bumi Allah ni.

Tepat jam 12mlm tadi, dapat wish birthday thru whatsapp n call dari hubby n anakanda saya, fatin adlina yang masih berada di San francisco. In shaa allah, sekarang ni dorang dah boarding tu, nak berlepas pulang ke Malaysia. Esok mungkin sampai in shaa allah..

Setiap kali hari lahir, dah tentu ramai yang wish kan.. memang happy lah di buatnya..
Doa dari teman, sahabat dan keluarga, saya ambil dan aamin kan. Moga doa2 itu di makbulkan olehNya..

Untuk hari lahir ni, saya juga tak lupakan, insan yang paling besar budinya pada saya, iaitu Arwah mak yang telah bersusah payah melahirkan saya ke dunia ni. Saya juga seorang ibu dan telah merasai kesusahan melahirkan tu. Dan di hari lahir saya ni, saya mohon sahabat sekalian yang sudi ke blog saya ni untuk sama2 menyedekahkan doa dan Alfatihah buat emak tercinta yang banyak berkorban demi anak2 nya ni.. tanpa dia, saya tidak akan berada di dunia ni.

Saya ucapkan ribuan terima kasih buat teman2 yang tak pernah melupakan saya..

Sekian dulu..

Chugie a.k.a suzianti maswar
22-08-14

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates