Thursday, April 14, 2011

Cabaran menyusukan anak..

April 14, 2011 12 Comments
Salam.. Bukan senang nak beri anak susukan? pada yang senang tu, senang lah.. pada aku yang mulanya senang dan sekarang susah.. memang mencabar betul memang stress dan menangis di buatnye. dah 2 minggu ni fadiah susah betul nak direct bf, macam2 cara dah aku guna, try bf baring, duduk sambil letak bantal, dan last sekali aku berdiri sambil bf dia, baru lah die minum.. tu pun di paksa, baru dia suakan mulut kat B aku.. yang peliknya, susu badan aku yang letak dalam botol nak pulak die minum, direct bf die tak nak pulak.. memang dah buntu, tension dan menangis di buatnye bila baby tak nak direct isap B kita.. aku pun mula tanya2 kawan untuk dapatkan tips menyusu baby, alhamdulillah tips yang sahabat aku bagi ni dah settlekan masalah.. rupanya air susu aku terlalu banyak keluar masa menyusukan fadiah, sebab tu lah die menolak B aku masa menyusukan dia.. skang ni, aku beri dia isap B dengan control aliran susu yang masuk dalam mulut dia, bila aliran tu mula laju, aku lepaskan kejap dari mulut dia, dan biar dia bernafas dalam2 supaya rasa selesa.. Alhamdulillah, satu masalah ttg penyusuan fadiah buat masa ni dah selesai. Mujur dapat bantuan dari sahabat aku sorang ni, kalau tidak mau tension dan pengsan aku di buatnye. Next week dah nak start keje, rindunye nak susukan fadiah time siang... aduhai, kan best kalau full time duk umah kn?? k lah,daaaaaaaaaaaa -chugie-

Wednesday, April 13, 2011

Monday, April 11, 2011

Giveaway : RAGAM ANAKKU DALAM BERPANTANG

April 11, 2011 33 Comments
Salam...


Dengan lafaz bismillah arrahman arrahim,

dengan ini aku anjurkan Giveaway....

" RAGAM ANAKKU DALAM BERPANTANG"


GA yang sangat simple dan mudah...


****Syarat2 nya****



    Terbuka kepada bloggers yang menetap di MALAYSIA sahaja


    Terbuka kepada bloggers yang telah mempunyai anak -dah tentu lah kan??


    1 penyertaan sahaja


    Tarikh tutup pada : 15/4/2011, 12 tengah hari


    Dua (2) orang pemenang akan dipilih..


    pemilihan pemenang berdasarkan cerita yang menarik hati aku dan aku akan meniliti kisah tu berdasarkan cerita2 yang korang siarkan dalam blog korang ye.. so, dont tipu2 ok! sebab aku nak tengok kisah2 yang mencabar lain tentang ragam anak dalam berpantang, selain kisah aku sendiri...


    ****Cara2nya****


    Hanya ceritakan kisah/ragam anak anda ketika berpantang yang betul2 menduga/ menguji kesabaran atau kalau yang tak punye ragam (ada ke yang tak meragam ek??) korang cerita lah tentang pe'el anak korang dalam pantang tu je..


    tak perlu cerita panjang lebar, pendek je, yang penting cerita tu adalah BENAR


    entrykan kisah/cerita ragam anak anda tu dalam blog anda, jangan lupa letak tajuk "RAGAM ANAKKU DALAM BERPANTANG" beserta link backnya sekali..


    ''STICK'' ENTRY KORANG TU SELAMA 5 HARI (DARI TARIKH KOMEN YANG KORANG TINGGALKAN DALAM BOX PENYERTAAN NI ) DALAM BLOG KORANG TU YE.. aku akan cek ye..


    tinggalkan link entry, nick name, dan email anda dalam komen box di entry ini sahaja.


    mudahkan???


    kalau rasa nak TAG kawan2 yang lain pun boleh, di samping mempromosikan contest ku ni.


    so, apa lagi.. jom join!!!


    Hadiahnya sangat berbaloi2...tunggu aku siarkan nanti ye..


    ok, sekian dulu...


    -chugie-


    Pink box untuk ibu mengandung!!

    April 11, 2011 3 Comments
    Salam..


    Khas buat kawan2 yang sedang mengandung,


    jom klik laman web ni untuk reserve your own gift 'Pink Box'


    klik je pada pic bawah ni ye..


    bukan tu je, parents yang sudah punya anak pun boleh melayari laman web ni untuk dapatkan tips2 berguna tentang anak2 korang..


    aku dapat info ni dari PMC aritu, dorang bagi gift box dari baiboo ni.. so, aku share this info dengan korang semua!


    bleh layari wwb baiboo di : http://www.baiboo.com.my/


    sekian dulu, info dari..


    -chugie-

    Thursday, April 7, 2011

    333

    April 07, 2011 9 Comments

    Salam..


    eh, dah 333 dah follower aku? ramai dah rupenye ye..


    cantik no ni kan? walaupun bukan no fav aku, tapi aku dedikasikan entry ni khas buat sahabat ku imah @ anakanakku, sebab dia suka sangat ngan no 3 tu..


    entry ni pun dia yang suruh buat ekekekke..


    sila lihat bawah ye!



    to imah, good luck for your final exam ye.. buat bebetul beb!



    daaaaaaaaaaa


    -chugie-


    psst: no 333 tu sama cam matlamat perodua lah, -333- juga.


    Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

    Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

    Labels

    Follow Us @soratemplates