Friday, January 23, 2009

Tag dari Ena

January 23, 2009 2 Comments
Ena, here we go...

The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people..

I really want to go to :- Makkah


My fav place..:- In my bedroom of course


My Fav thing : - Laptop

My Fav Drinks :- Juices

My Fav Food:- Nasi Lemak

My Color I Live In :- Pink ( Owh..its so sweet color & also red)
Iwas Born in : My home @ Segambut, KL
My School / College : Uitm Shah Alam ( Really have a sweet Memories )

My Fav Story :- Ayat-ayat Cinta ( It's really touch my heart till am crying)
My Hobby:- am Love watching TV...

I wish:- To have my own home
Wanna tag 6 people : Barine, Anis, Normi, Dyla & Marsha...

Birthday hubby..

January 23, 2009 3 Comments
It's my hubby's birthday...

Ermm.. hari ni hari lahir suami aku.. Aku pun tak beli lagi hadiah untuk dia. Masih lagi tercari2 dan mencari masa sesuai untuk beli present. Silap2 aku bawak die sekali pergi beli hadiah die sendiri..boleh ke cam tu? heheh.. Malam tadi tepat jam 12 malam, aku sempat wish selamat hari lahir pada hubby.. die pun cam memalu je heheh.. pe lah suami ku ni. Bila tanya pe impian dan wish die bila dah masuk umur baru ni pun, die x nak cakap.. gaknye mengantuk sangat dah kot, x pun die malu sebab aku wish bezday die :D. Mungkin kalu aku pun akan malu gak huhuu..

Memula tu aku plan nk dinner kat luar malam ni, tapi memandang kan dah 'strait' beberapa malam ni aku dan family asyik makan di luar je, so hari ni aku nak masak sendiri je lah di rumah. Nk try masak something special for mr hubby, tengok lah nanti petang aku nak singgah kat kedai untuk beli bahan2 yang nak di masak nanti.

Untuk hadiah mr hubby, ade lah beberapa barang yang dah aku list downkan, tapi masih lagi belum di pastikan which one yang aku nak pilih as his birthday present. Antara nya, Sandal ( sebab sandal die pn mmg dah lame ), Kasut Timberland (yang memang dh lame die idamkan), Perfume (senang skit nk cr kan? ) , baju kemeja ( boleh bwk pi keje) atau pun jam kot ( tp die baru je beli).

So, nanti bila free baru aku akan belikan utk die.. memandangkan hujung minggu ni pn kami kena balik kg (N9), so nampaknye terpakse lah aku beli lepas balik dr kampung. To mr hubby, harap bersabar ye menunggu hadiah hari lahirmu.. insyallah, akan dapat jua nanti.

SPECIAL WISH TO MR HUBBY, sekiranye die sempat menjenguk blog aku ni:-
Happy birthday
Semoga Panjang Umur
Di murahkan rezekimu dan rezeki kita sekeluarga
Semoga dapat jadi ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk anak kita nanti
Sayang kat z selalu and sampai bila2 k (ahaks!)

Tuesday, January 20, 2009

Bonus oh bonus..

January 20, 2009 10 Comments
Salam penuh ceria..

Ahaks.. memang aku tersangat lah ceria dan happynya hari ni. Sebabnye, aku baru je dapat gaji + bonus. Ayayayayai.. gumbiranya rasa hatiku. Just nak share kegembiraan ku ini di dalam blog ku bersama pembaca2 blog yang sudi singgah ke mari. Emm.. aku dapat gaji baru je beberapa jam yang lalu. Memang x senang duduk dah bile dpt cek, terus je g bank in. Atleast 2 hari dah boleh clear dan dah boleh aku gunekan.. emm nampaknye, gatal lagi lah tangan aku ni nak bershopping. Dalam kepala dah de bermacam2 bende yang nak di beli.. aduh.. kene bawak bersabar ni. Kalu di ikut kan sangat nafsu berbelanja, memang parah jadinye. Silap2, cukup bulan aku sengkek setengah mati.

Actually, dah ade beberapa planning dlm kepala bila dapat bonus, tp tak tahu lah kesampaian atau tidak plan tu. Bila dipikir2kan, rasa cam x patut pulak aku membazir kan duit semata2 utk bende tu.. emm..kene minta pendapat Mr hubby ni. (walaupun aku tau die akan marah hehehe) Buat masa ni, hubby still x tau yang aku dah dpt gaji + bonus. Kalu die tahu, sure aku kne pau, belanja die makan malam ni heheheh.. pe pun, tunggu je lah.. Memandangkan birthday hubby pun dah dekat, x berapa hari je lagi.. so boleh lah aku gune kan duit ni untuk beli hadiah die.. emm pe ek hadiah yg paling sesuai untuk lelaki a.k.a suami..?? Sila bagi pendapat ye kengkawan..

P/s: korang dapt bonus x???

Sunday, January 18, 2009

TAG FROM ANIS - Apabila aku mengandung..

January 18, 2009 6 Comments
Ni Tag dr Anis.. nak tengok gambar2 aku mase ngandung ni ek? memandangkan ini kali pertama aku mengandung, so banyak bende yang aku kene biasakan. Terutama pakaian yang nak aku pakai. Aku ni jenis yang suka pakai seluar n shirt, lebih memudahkan pergerakan aku bila buat kerja dan aku rasa lebih selesa. Kalu ke pejabat pun aku lebih senang memakai slack, dan dipadankan dengan Kemeja lengan panjang atau lengan separa ( 3 quarter ). Baju kurung aku hanya pakai untuk hari jumaat sahaja.. dan kalu mood aku baik, maybe akan pakai untuk hari biasa. Tu pn, memang jarang2 sekali aku gunakan walaupun koleksi baju kurung aku kira banyak juga lah.

So, bila dah masuk arena ibu mengandung ni, aku masih terikut dengan fesyen lama aku, yang lebih selesa pakai seluar dan baju kemeja atau blous je. Aku ni jenis yang lebih suka beli dan pakai baju yang warna plain terutama warna pink, putih, biru dan hitam, senang nak match dengan seluar atau tudung..(walaupun kadang2 tu x matching pun pakaian aku heheheh). Bila dah mengandung dan perut pun dah semakin memboyot, kena lah cari baju2 yang sesuai dengan tubuh. Aku rasa baju ibu mengandung ni memang mahal2 sokmo, kalu yang murah tu, kebanyakannya x bape cantik dan corak2 die mcm old fashion skit. Tempat fav aku dan yang paling senang untuk aku beli baju ngandung ni hanya di JJ..


Buat masa ni, gambar2 masa ngandung ni jelah yang ade dlm simpanan aku.
Ni gambar terbaru. 2 minggu lepas masa pergi ke Genting Highlands. Masa ni kandungan aku dah pun 22 minggu.
Ni pun sama gak, gambar paling terbaru aku amik. Khamis lepas. Masa ni nk masuk 23 minggu usia kandungan. tapi x nampak besar pun perut kn? (ke sebab gambar ni jauh sgt? emm..kne lebih focus ni.)
Ni masa usia kandungan 4 bulan. Still bleh pakai baju kebaya ni lagi.
nampak x perut aku???
ish.. masa ni muka memang x semenggah heheh.. sebab kepenatan. ( majlis bertunang adikku)
Aku pun nak TAG somebody gak! Hope korang dpt lah tunaikan ek.
To: Ena( walaupun ko penah letak dlm blog, tp musti de lg pic2 yang cun2 kn?), Idah(hope sesangat dpt tgok gambar ko masa ngandungkan twins) & Ibu Iman (iman kene letak gambar2 ibu yang cun melecun masa ibu mengandungkan iman k)
Thanx and best regards,
Eizmierah..

Friday, January 16, 2009

BIG APPLE Donut & Coffee

January 16, 2009 10 Comments











Owh.. makan lagi?? emm ari2 cita pasal makan, memang bersemangat sungguh. Ye tak?

BIG APPLE!.. aduh, bila dengar je tentang BIG Apple ni, sure ramai yang tahu dan pernah pergi kesini kan? Tak kira lah singgah makan atau singgah beli untuk di bawa pulang kerumah. Begitu juga dengan aku. Pertama kali menjengah ke BIG APPLE, aku dah terpikat dengan bermacam jenis rasa donut, yang sememangnya lebih lazat dari DUNKIN DONUT. Dulu, aku memang sangat teruja bila singgah ke DUNKIN, tapi sekarang, BIG APLLE lah tempat aku melepas kan gian untuk menikmati donut yang lembut dan sedap. Tapi yang pastinya, memang aku sangat suka kan donut disini. Terdapat pelbagai perisa donut yang di jual disini seperti Mocha, Chocloate, Kiwi, durian, cheese, Almond, Chocolate Rise, Mango dan banyak lagi lah.. bahkan minumannya juga tak kurang sedapnye seperti Cappuccino, ice Mocha, Coffee n byk g lah..

Antara donut yang akan aku beli dan memang dah menjadi kegemaran aku serta keluargaku setiap kali singgah ke sini adalah perisa Cheese, Kiwi, & Almond. Makan memang tak ingat lah.. sedap, walaupun donut nya dah sejuk, tapi kelembutan donut tu masih lagi terasa. Tak seperti segelintir donut yang ada di kedai2 kek atau cafe, yang mana donut yang dah sejuk pasti akan terasa sedikit keras. So far, aku amat2 berpuas hati makan donut di BIG APPLE ni.

Hari ni, lunch time pun aku akan pegi kesini utk beli donut2 ni. Nak snap gambo2 dia skit, tu pn kalu muka aku x malu lah heheheh.. so BIG APPLE pic's will update later k. Tungguuuuuuuuuu..










Wednesday, January 14, 2009

My 1st Award..

January 14, 2009 6 Comments

This is the 1st Award i had since i'm blogging.. Thanx to Dalila for this award.. it's so sweet.

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda: Ok, Done.

Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda:

http://dylarizadi.blogspot.com/ yg bg award ni kat aku. aku kenal dia dari semenjak sekolah menengah lagi, n still keep in touch using this web blogger with her.

Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

1. Nama panggilan yg sering orang panggil aku:- gee, zie, suzie, su (aku x bape berkenan ngn nama ni huhuuhuhu)

2. Aku orang yang mudah kecik ati.

3. Tak bape berkenan ngan orang yang suka bagi alasan n berdolak dalik. (cakap terus terang sudah ar!)

4. Kebanyakan orang yang pertama kali jumpa aku, sure akan kata yang aku ni ustazah @ cikgu maths. (sbb dorang kata muka aku cam cikgu. Ada ke patut?? x sessuai..)


5. Kalu time drive, aku suka dengar radio sambil nyanyi ikut lagu dlm tu.
6. Suka jalan-jalan cari makan, sebab nk tahu rasa n specialty kat satu2 tempat makan tu.
7. Kalu pergi travel, aku lebih suka menikmati makanan dr menikmati keadaan tpt aku bercuti tu. (aku lebih mengutamakan perutku hahah).
8. Aku jenis yang bila dah ada yang istimewa dalam hati, (suami) lelaki lain aku akan abaikan hahha..
9. aku memang x reti nak make up atau make over diri sendiri.
10. Aku selalu kene demam + batuk + selsema yang berpanjangan.

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

1. Ena, Barina, Idah,Iman aka imah, (korang berempat ni sila jwb dengan segera k) Manja, Cikgu Jawa, Shumie, Sherrina_KL, Cik Scarlet & Cinta Milo Ais

Monday, January 12, 2009

~Jalan2 Cari Makan~

January 12, 2009 4 Comments
Jom jalan-jalan cari makan..........!!!

Ermm... MUMTAZ NAN (tul rasenye ejaan die). Korang penah makan tak makanan ni? This dish's are fully recommended by me. U'll must try this.. very the SEDAP!! Aku mula di perkenalkan pada MUMTAZ NAN ni oleh hubby aku. Masa tu belum kawin lagi.. Tempatnya di TTDI, nama Restoran tu MOHSIN, 1st time makan mende ni, aku terus terpikat, dan sehingga ke hari ni, aku pasti akan makan nan ni kalu ade kesempatan. Nan ni macam ala-ala Pizza skit. Price for this NAN?? ermm.. Currently it's quit reasonable, just RM4.50 per plate. On top of this NAN, they put some mayonnaise, slice of tomatoes and cheese. Rasa die memang best.. menyengat..!! Nan ni boleh dimakan macam tu je atau pun lagi sedap di cicah dengan kuah dal.

Lets c the pics of MUMTAZ NAN:-



~MUMTAZ NAN~


Ni tandoori Chicken.. korang for sure tau kn?? Bertambah kenikmatannya bile makan sekali ngan Mumtaz Nan ni. Syiok ar!!



Tengok tu, banyak kn tomato, cheese and mayonis die. Emmm yummmyyy!!




Ni air yang biasa aku order untuk diminum bila dah pekena mumtaz nan. Teh O Ais





So apa tunggu lagi??? moh ler kite pekena MUMTAZ NAN!!
P/s: bagus x aku?? siap promote lagi utk restoran ni!





Saturday, January 10, 2009

Solat Hajat untuk sedara seislam kita..

January 10, 2009 2 Comments
Nauzubillah.. x tau nk ungkap kata2 apa tiap kali tonton berita atau baca surat khabar. Geram pun ade bile tgok betapa zalimnya pihak israel yang menzalimi sedara2 islam kita di Palestin sekarang ni. Lebih2 lagi bile tengok mayat budak kecil yang ditanam, dan hanya menampakkan kepala nye sahaja. eee.. binatang sungguh dorang ni. Dorang ni macam nak mulakan perang agama je rasenye. Pihak Israel yang dengan sengaja mengebom sekolah dan mengorbankan banyak nyawa yang tak berdosa. Menitis air mata aku bila tengok mayat2 yang bergelimpangan, dan manusia2 yang menangis, meraung meminta belas kasihan yang langsung tak di endah kan.. Kenapa harus jadi begini?? Dimana perginya sifat sebagai seorang manusia?? Dorang ni dah tak ada hati dah perasaan ke bila melakukan kekejaman pada manusia lain tu?? ish.. x paham betul lah..

Semalam, Selepas solat Jumaat, Seluruh Masjid di Malaysia ni telah pun mengadakan Solat Hajat untuk Sedara2 seislam kita yang berada di sana. Sesuatu yang aku rasa amat2 terharu dan tindakan yang baik sebagai umat islam, yang mana buat masa ni, hanya doa dan solat hajat minta sedara kita disana selamat je yang mampu kita laksanakan. Dan aku juga menerima beberapa SMS untuk mem'boikot' barang2 yang di edarkan oleh pihak PENZALIM tu. Ni antara langkah2 yang mudah untuk kita umat islam buat dalam membantu sedara islam kita sendiri.

Thursday, January 8, 2009

Tentang Kehamilan ku - 5 Bulan

January 08, 2009 3 Comments
Salam..

Dah lima bulan pun usia kandungan aku. Bulan kelima ni aku dah pun rasa macam2 perubahan dan pengalaman yang aku rasekan sangat 'menterujakan' diriku. Dari bab nafsu makan, perubahan perut yang semakin membesar dan sampai lah ke bab betapa aktifnya baby dalam perut ni.

Cerita tentang bab nafsu makan ni, memang aku terlalu berselera makan walaupun dulu sebelum mengandung atau masa single mingle, aku sememangnya manusia yang suke makan, makan.. dan makan.. Tapi skang ni lagi bertambah-tambah nafsu makan tu. Kadang2 tu sampai kene sound gak ngan hubby sebab asyik mengunyah je. Pantang nampak makanan, sure nk makan, lelebih lagi kalu nampak iklan2 pasal makanan kat TV, aduh... memang aku terus g cari je. Itu belum lagi tengok majalah2 masakan atau blog2 rakan yang ada gambar2 hidangan makanan ni. Lepas tengok sure pi cari tempat makan tu, x pun dalam kepala otak ni asyik terbayang2 je makanan tu. Makan plak bukannye sikit2, tp banyak.. Pe nak jadi lah ngn aku ni. Lepas makan tu plak, sure perut akan jadi tersangat lah tegangnye, dan rase susah gak nak bergerak. Time ni, mule lah aku mengadu kat semua orang terutama hubby aku, dan yang pastinye aku bukannye di kesiankan oleh hubby, tapi kene marah lagi ade. Sebabnye?? makan ikut nafsu, heheheh.. Memang betul lah ape yang kawan-kawan dan orang kate, bile dah masuk bulan ke-4 @ ke-5 ni, selera makan akan secara automatiknya bertambah. Dan kini aku sedang mengalaminya..heheheh:D Selain tu, aku bersyukur yang selama aku mengandung ni, x ada lagi mengidam makanan yang pelik2 dan susah nak cari.

Bab perubahan perut plak, aku dapat rasakan perut aku time ni dah nampak besarnye, dan ramai jugak orang dah mula perasan yang aku pregnant. Maknanye sebelum ni dorang x perasan langsung lah yang aku sedang pregnant hahaha.. lawak je rasanye. Kurus sangat ke aku ni sampai orang2 sekeliling x perasan yang aku sedang pregnant?? Hubby aku plak x sudah2 cakap yg perut aku dh besar. setiap kali bile tengok perut aku je, sure die akan cakap bende yang sama.. sampai aku sound die "dah name pun mengandung, sure lah perut ni membesar..x kan lah perut ni mengecik plak??? " die cuma gelak je.. gaknye die pun rase teruja bile tengok perut aku semakin membesar, same lah cam aku gak sebenarnye..heheh. Kadang2 tu rase macam pelik je sebab perut dah besar cam ni. Ni lah pengalaman yang aku rasa betul2 lain dari yang lain.. Macam tu gak lah bila aku dah mula rasa pergerakan baby aku dlm perut ni. Tak dapat aku nak ungkapkan dan gambarkan dengan kata2 bila aku dah mula rasa baby bergerak2 dalam perut. Awalnya aku rasa risau jugak, yelah..memandangkan ini pengalaman pertama aku dapat experience camni.. Tapi bila dah selalu rasa pergerakan baby, dah ilang skit rasa risau tu. Sekarang ni aku rasa seronok sangat bila tiap kali dapat rasa pergerakan die.. Lebih2 lagi baby ni tersangat lah aktifnya dalam perut aku ni. Tangan aku plak asyik x lepas dari nak pegang perut ni, dan bila pegang perut, aku dapat rasekan baby ni macam bagi respond balik..emm x dapat nak di gambarkan perasaan masa rasa keadaan ni.. Penuh keajaiban. Betapa besar dan ajaibnya kejadian manusia ni sebenarnye. Aku sentiasa doakan semoga baby aku sihat sempurna sampai lah ke hari lahir nya die nanti..

2nd Tag dari Cik Barine

January 08, 2009 2 Comments
Cik Barine, ni jawpan utk TAG yg hang kasi tu ek.. Lets Check it out!!

Nama ‘Timang-timangan’ anda oleh yang tersayang?
Sayang..

Anda seorang yang...
Ermm Simple kot, kadang2 tu cepat terasa.

Describe apa membuatkan dia terlalu istimewa dimata anda...
Suke buat aku ketawa dan tersenyum, Suke buat lawak yg boleh buat aku dan org lain gelak, mudah mesra dan terlalu peramah, ayat manis sangat.. heheh. Serasi kot, sbb tu lah bleh jadi suami aku hahaha:))

Makanan & Minuman favourite anda
Semestinye Nasi lemak bungkus daun pisang & Bihun sup

Favourite Color
Merah & Pink

Favourite song
Ermm..x tentu gak, jap suke sangat kat lagu ni, pastu bile dgr lagu lain, suke lak kt lagu tu.. But mostly lagu by Siti Nurhaliza adalah Fav Songs.

Siapa yg selalu membuatkan anda tergelak
Suami ku..

Sikap yg membuatkan anda stress
Mungkir Janji, Lambat buat kerja, Melawan cakap aku.

3 benda yg mesti ada dlm bag anda
Ermm Wallet ( Complete ngn duit, n berbagai Kad), Handset, Buku Check up ( untuk pregnant)

Kali terakhir anda beriya-iya menangis. Kenapa?
Beberapa tahun lepas (x ingat lah berape tahun dah..) Mase putus cinta ngn Boyfriend lame.. rase cam orang bodoh je menangis beriya-iya time tu. Sebabnye?? Sayang punye pasal huhuh.. cerita lama daaaaaaa..

Perkara yg paling lucu atau memalukan dlm hidup anda
Emm rase cam de.. tp x bape nk ingat lah.. skip soklan ni bleh x? hehehe

Tag rakan anda
nobody!

Wednesday, January 7, 2009

TAG dari cik Barine..

January 07, 2009 2 Comments
Owh.. aku terkene virus TAG lagi.. kali ni 2 tag kne jawab. Adush.. susah sokmo. Aku jawab one by one k barine..



TAG Pertama:-



Four Jobs I've had

ermm pe ek?? lupo lah..kne recall back

1- Cashier kat Rahman Putra Golf Club Coffee House ( buat part time after abis Sekolah-SPM)

2- Clerk - Zumitas Sdn Bhd (Perodua Dealer)

3- naik pangkat ke Customer Relation Exec @ Zumitas gak

4-Blum de lagi buat mase ni. (Penah dpt offer keje kat IBM, tp bos x kasi pi, suh stay kat zumitas sampai ke tua hahahhah)



Four Place I've Lived

1- Segambut

2- Sri Kundang

ke-3 & ke-4, blum ade lagi.



Four Movies I’ve Watched Over & Over

1- Die Hard

2- Harry Potter

3- POTC (Pirate of The Carrabiean)

4- Predator



Four Shows I Watch(ed)

1- Sehati Berdansa

2- Melodi

3- Channel astro (AFC - Asian Food Channel)- tentang dunia masakan

4- Football Match



Four Places I’ve Been (that I like most)

1- Bilik tido aku

2- Umah

3- Kedai makan (Bleh makan, makan, dan makan lagi)

4- Shopping Complex ( Menghabiskan duit yg x berapa nk byk ni :D)



Four People who Email Me Regularly

1- Perodua's Staff

2- Kengkawan

3- Kakak aku

4- Adik aku



Four Favorite Things to Eat

1- Nasi lemak bungkus yg de daun pisang kat dlm perghh..sedap tu

2- Nasi ngan lauk campur

3- Roti canai

4- Bihun sup hrmmm..cedapnye lah



Four Places I’d Rather Be

1- Rumah aku

2- Rumah Mentua aku

3- Shopping Complex

4- Office aku

Four Things I Look Forward to this New Year
1- My future baby..
2- Simpanan yg banyak
3- Umah sendiri
4- Perubahan yg lebih positif

Four People I Tag - no oblige guys ;)
No one.. rasenye sume dh terkena ihik

Monday, January 5, 2009

It's A New Year.......

January 05, 2009 0 Comments
I'TS A NEW YEAR......... Welcome 2009.....
It's not too late to wish all, a happy new year.. with a new wish, new hope, new welcome.. and must be everything new rite?? erm.. nothing much to say here.. thats all for now.
HAPPY NEW YEAR 2009
with
a
NEW CHAPTER
NEW START
NEW BEGINNING
FORGET THE BAD
CHERISH THE GOOD

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates