Saturday, October 30, 2010

Nak pergi Mengecat rumah ni!!

October 30, 2010 6 Comments
Salam..

ni entry express tau!!
jap lagi nak g cat umah yang aritu tak abis lagi..
Penyewanya akan masuk bila2 masa je..
yang kami ni pulak dok busy mencantikkan rumah yang nak di sewakan tu..

Hope penyewa tu gembira dan selesa tinggal kat umah kami tu.
Hope juga dia akan menyewa lama, dan MENJAGA rumah kami tu..

Ok2.. suamiku dah sampai!!
nak pergi mengecat dah ni..
Nanti2 aku try snap gambar untuk di show off kan kat sini ek..

HAPPY WEEKEND FRIENDS.................!!

daaaaaaaaaa
-chugie-

Friday, October 29, 2010

Bahaya Nyamuk Aedes

October 29, 2010 5 Comments
~Pic ehsan dr Yahoo image!~
Salam..
Harini aku nak bentang skit pasal hal Nyamuk!!
Memandangkan kes demam denggi ni dah semakin meningkat balik, so ada baiknye kita share info ni kan?
Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika.
Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aēdēs, yang bererti "tidak menyenangkan",
kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi.
Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia.
Kakinya berbelang hitam putih.
Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu. (perghh..giler dasat kan? kejap betul die membesar dengan jayanye!)
**Tabiat nyamuk aedes**
~Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
~Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
~Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah
**Tempat pembiakan nyamuk aedes**
~Dalam Rumah
~Akuarium
~Perangkap semut
~Pasu Bunga
~Timba
~Tempayan
~Kolam (kolah) mandi
~Tempat air peti sejuk
~Luar Rumah
~Tayar buruk
~Tempurung kelapa
~Botol/gelas pecah yang mengandungi air
~Salur air hujan
~Pokok Pisang
~Pokok Keladi
~Longkang yang tersekat
~Tangki septik (terdedah)

**Pencegahan pembiakan nyamuk aedes**
~Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
~Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
~Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
~Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
~Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
~Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
~Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
~Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali
(info ini seacrh by yahoo & wikipedia...)

pssst: Rasanya nyamuk sekarang ni macam dh up to date lah.. mana taknye, bila di sembur berkali2 pun, cuma pengsan je.. matinye tidak! lepas tu beranak makin banyak.


sekian dulu..
daaaaa
-chugie-

Maher Zain

October 29, 2010 18 Comments
Salam..
owh, i really luv and enjoy to hear his song..
especially lagu "Thank you Allah"..
That's the 1st song i ever felt in luv with his songs.. ekekekek cintan cintun lak kan?

Tapi betul lah.. most of his song are very peacefull je tau!
Dengar pun rasa sejuk je halwa telinga ni..

Jom kenal2 ngan MAHER ZAIN ni..;
~Maher Zain (born 1982) ...eh muda setahun je dariku..:D
~He is a Swedish singer and music producer of Lebanese origin.
~His first album 'Thank You Allah' of 13 tracks and two bonus songs was released on 1 November 2009.
~His music videos on Youtube have collectively gained more than 4 million views. (giler banyakkan?)
~Handsome, but married ok!

~List of his song are:~

"Always Be There"
"Ya Nabi Salam Alayka"
"Insha Allah"
"Palestine Will Be Free"
"Thank You Allah"
"Allahi Allah Kiya Karo (feat. Irfan Makki)"
"The Chosen One"
"Baraka Allahu Lakuma"
"For the Rest of My Life"
"Hold My Hand"
"Awaken"
"Subhana Allah (feat. Mesut Kurtis)"
"Open Your Eyes"
"Ya Nabi (Arabic Version – Bonus Track)"
"Thank You Allah a.k.a Thank You God (Acoustic Version – Bonus Track)"

****Aritu de dengar kat radio, tentang seorang pemanggil yang baru je melahirkan anaknya, telah mengambil nama MAHER ZAIN sebagai nama anak nya yg baru lahir tu..
ni mesti peminat taksub MAHER ZAIN kan?

korang suka dia tak? aku suka... alalalalalalal:D
-chugie-

Thursday, October 28, 2010

chinta..

October 28, 2010 23 Comments
Salam..

Owh, ada apa dengan CHINTA?
eh.. ini bukan C.I.N.T.A tau..
Ini Drama CHINTA tu..
Ala yang di siarkan kat TV3 (6.30-7.30 ptg)
ala pelakonnye si fasha sandha tu...

Komenku,
aku suka cerita tu.. walaupun ada yang tak suka.
Aku rasa ada teladan di sebalik perjalanan cerita tu.. walaupun ada keluar dlm metro kata tak de teladan!
Aku juga suka jalan ceritanya.. serta pelakonnya, walaupun ada yang menyampah!

Owh.. yang pasti.. aku memang LAYANNNNNNNNNNNNNNNn abis cerita tu..

Korang?? suka ke??...
Sila beritahu aku ye.

daaaaaaaaa
-chugie-

Cicak = Lizard

October 28, 2010 14 Comments
Salam..

ei yek.. geli geleman bila sebut tentang cicak ni tau!
selamat dapat google gambar kartun je.. eii..
Seperti yang sedia maklum, fatin memang sangat takut akan cicak!
aku pun tak tau kenapalah die takut bebenor ngan cicak ni..
maka, suatu hari, makcik (pengasuh fatin) pun buka lah cerita tentang cicak ni..
katanye, kat umah ni ade sekor cicak BESAR.. lebih kurang sebesar ibu jari kaki kita..
Makcik tu pernah lah jumpa, tapi yang orang lain tak pasti pernah jumpa atau tak.
Kata makcik, rasanye fatin dah jumpa ngan cicak besar tu lah.. sebab itu lah die takut je bila makcik sebut lizard!!
Memang kelam kabut fatin lari..
tapi memang betul pun, spesis cicak besar ni memang real tau!
sebab aku sendiri pun pernah terjumpa.. sekali lah.,
Tu pun masa balik kg hubby kat N9..
before ni dengar2 adik ipar cite yang umah wan ade cicak besar, dan rasa cam tak percaya je..
bila dah kena batang idung sndiri, baru lah percaya..
eiii.. ngeri gak tengok..
Cicak sebesar ibu jari kaki.. warna kelabu gelap dengan badan yang menggerutu sikit..
tp bukan spesis anak biawak k.. ini memang real cicak!
agaknye moyang cicak kot..ekekekek
Ok, nak share petua untuk halau cicak!
~bunjutkan kecik2 lada itam dan letak lah kat sudut2 umah (biasanye kat atas para)
~ kurangkan lah serangga kat umah, spt semut dan nyamuk.. sebab itukan makanan si cicak?
~Bersihkan rumah selalu.. supaya si cicak tak berkeliaran kat umah tu..
~ Bela kucing! ha.. ni memang bagus, sebab kucing kan suka tangkap cicak?
~lastik! buat lah selalu.. sunat tu, kan?
petua2 yang lain dari korang pun, mesti adakan???
sila lah kongsi kat sini...
k lah, daaaaaaaaa
-chugie-


Wednesday, October 27, 2010

Online LinkScan - Lets check ur site here!!

October 27, 2010 10 Comments
Salam..
Aduh.. memang kelam kabut di buatnye bila dapat tahu blog ade virus.
Macam2 lah yang aku godek malam semalam untuk pastikan betul ke BLOGku ini kena virus?
haish... penat tau!
try suh google webmaster scan, and the result is OK
tapi yang peliknya ade setengah kawan blog tak dpt buka blog ni..
Dan tadi Dilla Ady ada bagi satu site utk buat online checking..
Sila lihat gambar bawah ye..


Dan resultnye..
OK.. my blog/ site is SAFE..
sila lihat gambar bawah ye..
Pada kalian yang nk try checking ur site tu, please click link bawah ini;
sekian dulu...
-chugie-

Tuesday, October 26, 2010

Ha, Virus MALWARE?? tolong aku!!!

October 26, 2010 12 Comments
Salam..

Uwwaaa... nak nangis ni.
Tadi baca komen kat entry sebelum ni dari Nureen..
katanye ade teman blogger yang tak dapat masuk ke blog ku ni,
Disebabkan kehadiran VIRUS MALWARE!

Adush.. camne nak buat ni?
Katanye virus ni aku dapat dari blog arwendanish.blogspot.com..
masalahnye aku tak de plak letak sebarang address blog berkenaan pada blog list ni.
Dan juga, tak pernah pun ke blog berkenaan..

aduhai... ape nak buat ni? tolong lah aku wahai kawan2 yang baik hati..
Tak mo lah blogku ini kucar kacir!!!

uwwaaaaa.....
Pada kengkawan yang tahu bagaimana nak settlekan INI MASALAH..
sila2 lah kongsikan maklumat ye..

Aku sayang blogku ini... huhuhuhu

Sekian...
sangat memerlukan pertolongan!
-chugie-

Telur Dadar Bermayonis..

October 26, 2010 13 Comments
Salam..
Boleh dikatakan setiap hari nampak iklan telur dadar campur mayonis yang di sajikan oleh Sheila Rusly
dalam iklan Lady's Choice tu..
Nampak macam sedap je..
Rasanye dah ramai kot ahli blogger yang dah cuba resipi ni..
Aku je yang tak cuba2 lagi.. cam takut gak nak try.
Kawan seopis aku pun dh try buat gak..
katanye sedap.. rasa lemak2..
em... ni antara gambar yang aku dapat masa godek2 image kat yahoo..
dapat dari blog cikmin.com..
Pic telur dadar yang di ambil dari blog cik min..
(minta izin ye...)

Korang dah cuba ke??

best tak?

bagi tau chugie k!

Lagu Burung Kakak Tua versi Fatin..

October 26, 2010 11 Comments
Salam..
Hari ni nak cerita tentang fatin yang suka sangat nyanyi lagu burung kakak tua..
tak kira lah kat mana pun, dalam kereta, atas katil, tengah main.. kadang2 tengah makan pun die bleh nyanyi gak..

Punya lah dia suka sangat kat lagu tu..

Cuma lagu BKT ni dah di ubah ke versi Fatin lah..

Lagunye camni : "Buai... Kakak Tuo wo wo.. (burung dah di tukar jd 'buai')

"papan..baby, gigi tinggei duo wo wo wo.."

achum..acum..acum lalalallala... tom..tom..bak!'

ahahahahahah:)))

(tom..tom..bak pun masuk dalam Lagu BKT ni..)

pastu macam2 perkataan lah die selitkan dlm lagu tu.. dan yang pastinye, aku tak paham pun ape perkataan yg di sebut tu.. cuma aku tau lah yang die tengah nyanyikan lagu Burung Kakak Tua.. ekekekek:D

Jom Layan pics fatin lah! :D

Sayang ummi yang dh macam2 pe'el..

Sampai ummi dah tak terlayan pe'elnye tu..

gambar2 ni di ambil masa kat langkawi aritu..

tak tau nak tempek untuk entri ape, so tempek je lah kat entri ni..

Sekian dulu..

nanti aku update lagu2 lain yang dinyanyi kan oleh fatin ye.. :D

-chugie-

Monday, October 25, 2010

Kejadian sabtu lalu yang mencemaskan!

October 25, 2010 19 Comments
Salam...

Alhamdulillah, aku masih lagi boleh bernafas..
Syukur yang amat2...

Kejadian yang berlaku sabtu lepas, memang buat aku rasa fobia..
Kejadian tu berlaku di highway NKVE menuju ke Selatan..
Kebetulan masa kejadian tu hujan memang lebat sangat.
Masa tu aku on the way balik ke rumah PIL di damansara,
Baru balik dari mengecat rumah kami yang nak di sewakan tu..
aku dan hubby naik berasingan kereta,
Masa tu aku bersama adik ipar dan kawannya..

Seperti biasa, bila dah hujan lebat, aku memang tak akan pandu laju..
dan kebetulan masa kejadian tu aku berada di lane yang paling kanan sekali dan sedang menuruni laluan berbukit..
mungkin keadaan jalan yang dipenuhi air di sebabkan hujan yang lebat tu,
tiba2 kereta aku macam di tolak ketepi, sedangkan tangan aku langsung tak membelokkan stering,
Memang dah nyaris2 nak menghentam ke bahagian penghadang jalan kat tengah2 tu..
Bila dah sedar kereta mcm dah di tolak, aku pun cuba membalas steering, tp tak boleh jugak..
Try juga break, tapi x berhasil jugak..
bila dah sampai kedepan sikit, tiba2 stering yang aku pulas ke belah kiri tadi, terus pulak membelok ke bahagian kiri jalan.. kebetulan time tu ada treler di lane kiri sekali,
ah! sudah.. time tu memang dh pikir macam2 dah..
Mujur.. akal masih boleh berfikir time tu, aku balas balik steering ke kanan.. dan try control stering balik..

Alhamdulillah.. berhasil.
tapi jantung time tu memang rasa dah berhenti kejap.. yelah memandangkan treler yang ada kat lane kiri tu..
Adoi, rasanya.. tak tau lah ape yang jadi.. dan yang paling mujur sekali, di lane tengah tak ada kenderaan lain, cuma ada treler je di lane kiri tu.
Lepas dah selamat dari kejadian tu,
kepala pulak jadi cam blank kejap memikirkan kejadian yang memang mencemaskan tu..
Pelik sangat2 sebab dengan tak tiba2 kereta aku ke tepi..
ish.. kalau di pikir2 kan balik sekarang ni, agak2nye tak tau lah ape yang akan berlaku pada kami dalam kereta tu..

Bersyukur pada Allah yang melindungi kami saat kejadian yang mencemaskan tu.
Rasanye lepas ni memang aku tak kan memandu time hujan lebat..
Lebih baik aku berhenti dulu, dari teruskan panduan..Takut!

Nasihatku pada kawan2 juga, kalau time2 hujan tu baik berhenti dulu kat mana2,
kalau terpaksa memandu, adalah lebih baik kalau tak melalui lane laju tu..
ei.. menyeramkan! Rasa cam dah fobia nak bawak kereta..

k lah, nak buat kerja dulu..
daaaa..
-chugie-

Saturday, October 23, 2010

Fatin dera ummi!!

October 23, 2010 12 Comments
Salam..
huhuhu.. jangan tiru aksi anakandaku ini ye..
Aksi tu bukan lah aksi pukul memukul.. tapi aksi mendera dari segi mental..ekekek
Aduhai lah.. (mengeluh jap huhuhu..)
Nak di jadikan cerita, anakku ini dah semakin ligat dan cepat tangkap macam2 yang kita ajar..
terutama bab nyanyi dan berselawat.. tak kira lah lagu anak2 atau berselawat bagai.
Dan dengan itu, setiap kali dalam kereta nak pergi dan pulang kerumah dari rumah pengasuhnya,
haruslah aku on kan RADIO ku sendiri..iaitu suara ku..ahaks!
masuk je dalam kereta, dah kena berselawat..
so aku pun mula lah selawat nabi.. pastu fatin pun ikut sekali..
Bila aku dah rasa penat, aku pun berhenti lah berselawat..
Tapi, anakku ini pulak yang mengamuk sakan sebab aku x nak sambung selawat..
Tak cukup dengan jerit2 dan mengamuk.. di lepuk2nye aku.
adui!! aku di dera.. uwwaaaa..
Makanya, sepanjang jalan ke rumahku, aku akan berselawat atau bernyanyi..
sampai lah die puas hati..
Bila sekali sekala aku berhenti selawat atau nyanyi tu, die pun mula lah merengek dan nak mengamuk..
hai.. fening umminye ni tau! kalau cam gini lah selalu.. mau pitam aku..
atau pun, mungkin juga suara ku ini semakin merdu.. ahahahahah:))
Jom layan pic yg di snap di dalam kereta semalam..

Bila dah tak terlayan, aku sua lah kad kerja aku ni kat fatin..
dengan niat nak bg die senyap dan tak mengganggu aku.

Friday, October 22, 2010

Alhamdulillah.. hujan..

October 22, 2010 8 Comments
Salam..

Gembiranya hati ni.. tiba2 muka bumi Allah ni di timpa hujan juga..
Dah lama rasanye tak hujan..
Panas je manjang kan..
tido malam pun terasa bahangnye..

Alhamdulillah.. syukur atas nikmat MU YaAllah...
Moga sejuk lah muka bumi ini selalu..

Hujan lah... selagi mahuMU...
Basahkan muka bumi ini..

Moga kita juga mendapat rahmatNYA..
amin...

Idea terbantut

October 22, 2010 8 Comments
Salam
Tajuk memang ade kene mengena dengan entri tau.
Kalau tak, sure lah aku tak buat apa2 entri arini..
Ok, sebenarnya dari pagi tadi aku dok SIGN IN blogger..
Pastu SIGN OUT..
Pastu SIGN IN balik..
Pastu SIGN OUT..
Sampai lah BERPULUH kali jugak aku berkeadaan begitu.
SENGAL kan?
sampai aku sendiri dah fening2 lalat dah ni..
Dari pagi, sampai lah dh masuk tengah hari ni,
nak berentri pun macam terbantut je..
1st thing, maybe sebab line kat opis yang x bape nak clear..sebab BOS ada.
2nd thing, aku sendiri tak tau nak mulakan cerita yang mana satu..
Adalah 2 3 cerita nak di entri kan dalam blog ni,
tapi... otak cam lembab skit lah arini..
ape hal ntah!
Geramm lah pulak...
dari tadi dok masuk and keluar blog ni semata2 nak cari idea2 berblog!
haish... fening lah..
Idea terbantut pun bleh jadi masalah kat aku..
nak nangis lahhhhhhhhhh! Uwwaaaa...
Tak nak buat pape entri lah camni
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
-chugie-

Thursday, October 21, 2010

Blogger's technical problem..

October 21, 2010 10 Comments
Salam..

Seperti yang sedia maklum, Semalam BLOGGER mengalami sedikit masalah / gangguan..
Mungkin juga mereka sedang meng'update' Blogger Site..

Makanya.. ramai lah antara kita yang tak dapat upload gambar,
dan cuma ber'entry' tanpa gambar sahaja..

Tapi yang bagusnye blogger2 ni kan,
mereka tetap tak putus2 berkarya, walaupun tiada gambar di selit kan..

BAGUS! BAGUS! BAGUS!! aku suke dengan semangat begitu..

Hari ni alhamdulillah, Blogger dah kembali ke keadaan asalnye.
Boleh lah create berbagai cerita serta gambar2 kan??

Moga lepas ni BLOGGER terus maju dan up to date!!

Sekian dari aku,
pengguna blog
-chugie-

Tuesday, October 19, 2010

|Langkawi| Part 3 : Jalan2 sekitar Langkawi..

October 19, 2010 7 Comments
Salam..

ok, now part jalan2 pulak.. Sebenarnye takde lah banyak mana pun berjalannye kami ni..
sebab, kami lebih ke MISI bershopping!! ekekekek..
Cuma nak bawa ke tempat2 yang penting je lah..

ok jom! layannnnnnnnn piccas!

Destinasi jalan2 kami untuk hari pertama kat langkawi adalah ke Beras Terbakar!


Beras terbakar yang x seberapa je yang tinggal.. :D

Kat awana pun ade tempat untuk beraktiviti tau..
macam2 ada, cruise, boating, fishing, cycling and banyak lg lah..
cuma perlu sediakan RM je! :D

Kalau ke Langkawi ni, memang tak sah kalau tak singgah beli Minyak Gamat kan?
Kebetulan, Mil pun ade pesan Air Gamat dari sana, so aku pun shopping maping gak lah kat sini..

Lepas tu kami ke Kota Mahsuri..
Sebelum ni masa aku ke Langkawi tak berkesempatan nak ke Kota Mahsuri ni,
So, kali ni masuk lah jugak..

Kebetulan ada persembahan Gamelan,
so tak lepas peluang untuk bergambar juga..
Fatin boleh plak x pandang camera? adui!

Ini pulak pusara Mahsuri..
emm x nak komen banyak...layan pics..

dan ini pulak Rumah Mahsuri..
Rumah ni pun aku x masuk gak, sebab... emm x yah tau lah!

Ini pulak telaga Mahsuri..
Airnye memang sejuk dan sangat jernih!
Kami siap basuh muka lagi tau..

Sempat juga bergambar kenangan..
Gambar ni sebenarnye di frame kan dalam piring, tp aku try snap guna camera..
so, x de lah clear sangat.. emm so sad!
Tapi aku memang suka gambar ni tau! Berseri2 muka ku ekekekek:D

ok, ni pulak bergambar di Dataran helang..
Panas giler time ni. aku tak pergi sampai ke Helang besar tu pun.. tak larat!

yang lain ada lah pergi..

Ni plak gambar kat Tanjung Aru..
Cantik pantai die. Putih je pasirnye tau.
Tapi tu lah, ramai Mat n minah saleh salai kat situ..
X sessuaiii utk budak2!

Fatin plak, sangat2 takut dengan bunyi ombak an air laut tu..
Mujur sangat2.. kalau idak, mau aku jd mangsa keadaan die. :D

Ada lagi tempat lain yang kami jelajah, tapi x de gambar nye..
Telaga tujuh, kolam air panas (under renovation) Muzium Tun Mahathir dan etc..
semuanya tak de lah masuk sampai ke dalam pun.. duk luar je, sebab masa sangat singkat.
Di tambah masing2 yang malas nak terjah ke dalam..

Dan waktu selebihnye, adalah waktu shopping kami di IDAMAN SURI dan HJ ISMAIL GROUP..
abis rabak duit aku kat sana tau! haishhhhhhhhhhh...

Sorry, no pics on shopping session to show off here!
sebab aku sangat2 bz bershopping. ekekekek...


k lah.. nanti kan episod akhir Langkawi aku ye..
daaaaaaaaaaaaa..
-chugie-

Sepetang di One utama Shopping complex..

October 19, 2010 13 Comments
Salam..
yep, nak story mory about perangai fatin masa kat OU aritu..
kejadian bukan minggu lepas, tapi dua minggu lepas.
Time ni ayahandanya tak dapat join sekali sebab busy layan Motor GP kat sepang.
Makanya, ummi n fatin join adik and family nye ke OU..
Lagi pun bosan duk umah kan, so baik lah kami ikut dorang jalan2 ke OU..
Misi utama kami sebenarnye nak shopping baju untuk anak2.. (anak aku dan anak adikku)
Tapi bila fatin dah sampai OU, dan dapat lepas dengan jayanye..
macam2 peel lah yang di buat!
haishhhhhhhhh.. mau pengsan aku di kerjakannnye tau!
KEJADIAN 1 di Restoran Sri Melaka: yang mana fatin dah buat kacau bilau kat situ..
Penat aku layan dia, sampai nak makan pun memang susah! gerammmmmmmmmm!!
Aku siap mintak cawan plastik khas tuk die sebab die nak minum sendiri, pastu mintak plak pinggan sebab die nk makan sendiri..dan mcam2 lg lah.. (dh tak terlayan)
KEJADIAN 2 di Butik MOTHERCARE:
Mula2 ok je fatin duk ikut aku kulu kilir.. aku pun dapat lah tengok2 baju2 yang tengah SALE kat situ,
dalam dok tengok2 baju, abis die punggahnye anak2 patung kat situ. ayoyoyo... very unbehave nye anak ku ini tau! Lepas tu die ambil lah anak patung anjing, n siap peluk2 lagi.. pastu aku ambil dn letak..
Last2 die nampak anak patung meow, terus die terkam dan berlari keluar..
Ahhh sudah! memang parah and gamat time ni..
Aku yang tengah ngndung ni kena terkejar2..
(time ni, adikku and adik ipar ku g toilet, jadi aku lah yg layan fatin..)
Dan akhirnye, terpaksa lah juga aku belikan patung meow tu untuk fatin..adessss lah!
Baju plak, x jadi beli.. sebab mood dah takde!
And atlast, kami dapat idea untuk dapatkan Kiddie ride untuk fatin..
dan alhamdulillah, die duk diam2 dalam tu..
Bagus! berguna betul bende ni kat ktorang tau!
Ni antara piccas yang sempat aku snap, jom layannnnnnnnn!!


Fatin yang happy bila dpt naik bende alah ni!
dan aku pun rasa amat tenteram dan tenangnye berjalan.
Adikku, babynye dan adik iparku..
Masa ni adik aku masih lg dlm zone berpantang tau, tinggal 2 3 ari lagi nk abis..
tp, tak menyabar nak berjalan.. :D
Aku juga nak enterprem sama... ekekekek:D
k lah, chow dulu..
daaaaaaaa
-chugie-

Monday, October 18, 2010

|Langkawi| Part 2 : Awana Porto Malai..

October 18, 2010 15 Comments
Salam..


Okies, berentri tentang langkawi lagi..


Tak habis2 kan??
Untuk makluman, pakej yang kami ambil ni termasuk dengan penginapan..
jadi, kami ambil Hotel Awana Porto Malai sebagai tenpat penginapan kami kat langkawi nun.
Best gak kat awana ni.. walaupun tempat ni biasanye untuk mereka2 yang sedang honeymoon,
tapi rata2 yang datang sini ada yang berkeluarga, dan group jugak..
Cuma, awana tak de pantai, cuma ada jeti dan tempat lepak tepi laut je..
but, semuanya best.. termasuk layanan pihak hotel!
Memandangkan waktu check in adalah jam 3 ptg, makanya kami kena lah menunggu sementara pihak hotel uruskan bilik2 kami.. dan sempat juga lah kami snap2 pic kat awana tu..
jom layan piccas2 kat awana..



Sampai je kat awana, fatin dah terus terjah kat kolam yang terletak di kedua belah jalan menuju ke reception counter.. banyak betul ikan die..
Nasib baik fatin tak masuk sekali dalam kolam tu, sebab teruja sangat tengok ikan2 dalam tu,
kalau tidak.. umminye jugak lah yang jadi mangsa keadaan..:D
Ini di ruangan menunggu yang terletak di lobby berdekatan dengan reception counter.
Sementara kami uruskan hal2 bilik, hubby dapatlah duduk dan rehatkan badan jap kat situ.
Cantik tempat ni..
dan ini adalah bilik kami..
masuk2 je,fatin dah buat hal..
terus masuk ke toilet, n tak nak keluar..
dan yang paling tak boleh lupe, fatin dah p main air yang ade dlm toilet bowl! eee ngeri je..
aishhhhhhhh.. mcam2 hal anak ku ini!

Biliknya ok, not bad, cuma toiletnye asing2.. bilik mandi dan tandas di asingkan..
rasanya, kebanyakan hotel sekarang ni dah combine kan bilik mandi dan tandas jadi satu..
Tp kat awana, still guna style lama..
Owh, sila abaikan model di atas katil itu ye.. hubbyku yang kepenatan..sian die!
Ini pulak katil dalam bilik kami tu..
ada 2 queen bed. untuk kami memang terlebih cukup lah! hehehe..
Rasanye, kalau dua keluarga duk dalam bilik ni pun ok kot kan?
sebab katilnye besar dan ada dua tu! :D
Sampai2 je, masing2 dah tak tunggu lama.. terus terjun ke swimming pool!
cuma kami anak beranak je yang turun lambat skit.. sebab penat!
dah sejam lebih duk berehat, baru aku bawa fatin join budak2 tu madi kolam..
tapi lepas tu, payah pulak aku nak pujuk si kecik ni naik atas! haisssssssss...
Gambar ni aku ambil pada hari kedua.. masa ni kami lepas breakfast dan nak mulakan sesi jalan2 kami..
Cantik rumah ni.. i like!!

Hubby bergambar di tepi laut.. bersantai lepas breakfast!
best je lepak2 kat tepi ni.. kebetulan malam tu hujan lebat,
so pagi2 memang sejuk dan nyaman je..

huhu.. fatin dan umminye yang suke berposing..
best betul tengok pic ni tau!

owh, saya dan hubby pun nak abadikan kenangan bersama di Awana juga..
berlatar belakang kan kapal2 dan bot! hehehh:D


Gambar fatin lagi... cun arrrr!


antara aksi2 mereka..
gambar ni pun aku suke tengok jugak!
1st time fatin bergambar dengan aksi yang lain dari lain.. eekekeke...
k lah, pasni nak cerita pasal sesi jalan2 kami pulak ye..
tunggu...
daaaaaaaaaa
-chugie-

Sunday, October 17, 2010

Ai.. awalnye!!

October 17, 2010 14 Comments
Salam..
uhuk!
pagi2 buta dah online tau..
tak ade koje dah agaknye kan?
ke mabuk ibu mengandung lagi?? ekekekke...
Tapi syukur alhamdulillah, lepas je mabuk hamil that day,
aku dah kembali normal..
masak, buat kerja dan blogging pun dah makin rajin..:D
hope anak ummi yang dalam perut ni pun rajin cam ummi ye..
Tadi, dah dapat tunaikan sesi join contest yang terhutang dek tag dari kengkawan,
skang ni sesi update blog plak..
dan selepas ini sesi blogwalking and up traffic kat blog2 lain gak..
owh, sebelum tu, jom layan pic aku yang ni jap! ekekekeke..
enterprem lebih lah puan chugie ni kan?? :D


Posing kat opis semalam...
mulanye nak gunakan gambar preggy ni untuk join contest beautiful mom to be by catlina
tapi, perutku x nampak lagi lah time ni..
try pose depan pun, tak nampak gak..
sedangkan dah 5 bulan dah ni..
Tapiiiiiii kalau kat luar pic, rasenye dah timbul gak perut ni..
adui! camne nak buek??
nampaknye terpakse godek2 gambar lain untuk join contest cat tu..
k lah, till then..
daaaaaaaa dulu!
-chugie-

Saturday, October 16, 2010

Tumbler untuk fatin..

October 16, 2010 6 Comments
Salam...
akhirnye dapat gak beli tumbler khas tuk fatin minum air masak..
Sebelum2 ni beli yang biasa je, tanpa straw kat dalam..
Memandangkan fatin dah suke sangat nak guna cawan,
dan selalu tumpah2..
lalu, umminye ni pun dengan berbesar hati mencari dan membeli tumbler ini..
senang sikit..
air pun tak kan tumpah kalau botol ni di tonggang terbalikkan..
Fatin pun suke guna tumbler ni..
kejap2 die minum air, kejap2 die minum lagi..
bagus..bagus..!! ummi suke tu..
Cantik kan??
Harga cume RM11.90 sahaja..
beli di Jusco One Utama.
Sekian dulu..
daaaaaaa
-chugie-

Friday, October 15, 2010

Lepat pisangku..

October 15, 2010 11 Comments
Salam...
Dua hari lepas tekak ni tiba2 teringin nak makan lepat tau.
Time tengah mengidam tu dah petang jugak..
so nak mencari lepat pisang di kala petang hari tu, memanglah bercintanye kan?
kalau waktu2 pagi, mungkin jugak lah bleh dapat..
Jadinye dengan penuh semangat dan perasaan nak makan lepat pisang yang berkobar2,
macam jalur gemilang tu lah gamaknye.
DAH LAH NI 1st TIME AKU BUAT LEPAT..kui kui kui...
Aku pun menjalankan misi mencari pisang..
Selamat kat tepi umah ade pokok pisang, tak yah nak susah2 pegi beli kat kedai.
kelapa pulak memang sentiasa ada kat pokok,
tinggal nak suh orang ambil and mesin je..
Jadinye, lepas je selamat ambil fatin,
aku terus kedapur untuk mulakan misiku..
~pisang dah siap tumbuk dan gaul dengan tepung,
~kelapa muda pun dah siap di mesin..
~Daun pisang pun dah siap di layur dan di potong2..
Bila semua dah settle, aku pun menunggu dengan penuh semangatnye..
Bukan aku sorang je yang dok tunggu tau, tapi seisi familyku..
bila dah time lepat tu masak, dengan penuh terujanye aku ambil dan buka..
tup tup.. lepat aku lembik...
SEBABNYE?? lepatku kurang tepung daaaaaaaaaaaaa...
sedih betul! keciwa! hampa!
Tapi yang buat aku gembira dan bersamangat nak cuba buat balik lepat tu,
family aku tetap MAKAN lepat itu..
walaupun terselit komen2 seperti :
"lepat ko ni lembik lah.."
"apesal lepat camni?"..
Ini lah hasil lepat ku itu..


Lepat pisang dengan inti kelapa..sedapnye kalau menjadi!

next time harus try buat lagi, sampai menjadi ni!

til then.. daaa

-chugie-


Thursday, October 14, 2010

|| Langkawi || part 1 : Airport & Jom Ikan Bakar

October 14, 2010 15 Comments
Salam..
Syukur alhamdulillah.. dapat jua upload gambar2 masa di langkawi aritu..
Kami ke langkawi dengan sponsor dari company.
Yang mana sepatutnye kami ke China,
tapi atas sebab2 dan keinginanku yang tak seberapa ke negara Cina tu,
makanya, aku dan kawan yg lain sepakat ke Langkawi je..
Rombongan kami cuma seramai 10 orang (termasuk ahli keluarga)
Kami menggunakan pakej percutian Fireflyz..
Hotel dan flight termasuk sekali dalam pakej ni..
Harga pun tak lah mahal mana pun..
Kami bercuti 3Hari 2 Malam.. Tapi, jujur aku kata, memang tak cukup dan tak puas!
Ok lah, layan gambar sambil bercerita ye.. lebih mudah!


Gambar kiri tu masa di Subang Airport, Encik hubby dapat layanan 1st class dari staf2 kat sana,
almaklum lah.. OKU sementara.. heheheh:D
Sampai nak naik flight pun kami diberi keutamaan..best gak ler! heheheh..
Owh, anakandaku ini memang x boleh di control ye..
sangat2 lasak masa kat airport tu.
aku pun dah tak larat nak jaga n kejar die merata2..
silap2 terberanak aku di buatnye..
selamat lah ade anak2 kawanku, dorang yang pakat jaga dan main2 ngan fatin.
Seperti biasa.. bila naik firefly, dah semestinye ade jajan kan?
kami dapat kacang, biskut dan juices..
sangat2 best.. siap mintak berkali2 lagi..
Banyak songeh kan kami ni?? *wink*
Fatin yang lasak ini juga, memang tak reti duduk diam kat dalam flight tau!
kejap berdiri, kejap nak berjalan..
dan akhirnye aku bagi main lip glossku.. Hancur di buatnye..
Bila dah dapat jajan, baru die diam membisu..
Hubbyku yang setia dan bosan huhuhu..
Sian die, sebab kena paksa rela ikut aku ke Langkawi..
"Sekali sekala kan b...:D"

Ini lah Kawan2 anakandaku..
Selamatlah budak2 ni ada, peneman dan penjaga fatin kat sana.
Kalau tidak.. memang haru biru lah idupku..

Lebih kurang sejam dalam flight, barulah kami sampai ke Langkawi..
Sampai pun dah ngam2 makan tengah hari, so kami terus terjah JOM IKAN BAKAR!

JOM IKAN BAKAR LANGKAWI..
ha.. kedai ni memang famous tau!
dan sedappppppppppppp.. murah jugak!
tengok je lah gambar kedainye tu.. cam ala2 kat tepi laut je kan?
tapi sebenarnye kedai ni kat tepi jalan besar je..

Lokasinye,
Kalau keluar dari airport, belok kanan dan akan jumpa roundabout.
kat roundabout tu, korang amik angka 9 (belah kiri) jalan menuju ke pekan KUAH..
bila dah belok ke angka 9 tu, korang terus je dalam beberapa meter..
tengok belah kanan, akan nampak lah kedai ni.
Kedai ni berhadapan dengan foodcourt.
Senang je nak cari!

Gambar kiri tu, antara makanan yang di sajikan..
Ada macam2 hidangan tau. Bila tengok lauk2 ni, memang rambang mata di buatnye..
sayur pun ada bermacam jenis..
dan ulam2 yang best serta sambal belacannye..

Aku pekena ikan bakar dan sup daging.. memang sedap tau!
jumlah makan kami untuk tengah hari tu cuma RM40 untuk 10 orang tu..

gambar atas ni aku ambil selepas makan tengah hari kat situ..
dah abis makan baru tempat ni kosong..
hajat hati nak makan kat dalam pondok ni.. tp masa kami datang tu penuh lah pulak!

pssst: kat sebelah kedai ni ade satu kedai roti dan kek..
memang sedap lah! ownernye melayu.. dan tak kedekut tau!
kami sampai datang 2 kali ke kedainye nak beli roti dan donut.
sedap.. try ler kalau ke langkawi k!

tunggu part seterusnye nanti k..
daaaaaaaa
-chugie-

Wednesday, October 13, 2010

Chugie situ sana sini..

October 13, 2010 13 Comments
Assalamualaikum...
Ada orang ke tu?.. ahaks!
Adoiyai! tajuk punye lah gempak kan?
dah macam tajuk lagu Dato' Siti Nurhaliza plak.. ekekekeke..
Ni ha, aku idup dalam kesibukan beberapa arini..
sejak balik dari bercuti, kerja menimbun2..
ade je yang urgent nak di buat tau!
penat dah ni..
Ingatkan dapat lah update 1 2 entri pasal langkawi tu..
tapi tak dan2 gak nak buat.. alahai lah..
aku terpaksa berdondang sayang kat opis ni,
start melangkah je kaki masuk dalam opis ni,
dah terkejar situ sana sini..
kejap2, yang ni nak urgent!
kejap2 yang itu nak urgent!
Mujur ada 2 tangan tau..
kalau boleh di bahagi2 kan badan ni, macam cerita naruto tu,
dah aku bahagi2 kan dah ni..
Itu lah pasalnye aku letak tajuk entri ni
Chugie Situ Sana Sini..
sebab aku terkejar kesana kemari buat kerja hari ni..
K lah, nak melawat tapak umah kawan2 jap ni..
sementara ade sedikit masa yang free.
daaaaaaaaa
-chugie-

Tuesday, October 12, 2010

Cendol...

October 12, 2010 17 Comments
Salam..
eeemmmmm... dapnye..
nak makan cendol...
nak..
nak jugak..!!
Dari pagi tadi dah terasa kat tekak ni cendol tu..
emmm.. dapnye kalau dapat!
Tapi kat foodcourt sini tak dak orang juai... wallawei..
Nampaknye kena tunggu petang nanti baru p carik!

Gambar cendol ehsan dari Yahoo

slurp!

-chugie-

Saturday, October 9, 2010

yuhuu..aku dah balik & tahniah untuk ezan..

October 09, 2010 7 Comments
Salam..

Alhamdulillah.. kami dah selamat sampai ke selangor, rumahku syurgaku.. ahaks!
Lepas bercuti selama 3 hari ke langkawi,
dan selamat menghabiskan RM..
Hari ini, di tengah2 malam ni baru lah dapat dan terasa nak update blog!

Masih lagi penat ni,
mana taknye.. kat sana kena menjaga fatin yang sangat2 lasak..
di samping penat bershopping,
penat menghabiskan duit,
penat berjalan...
dan penat segalanye.. lah!

Dan hari ni pulak penat lagi, sebab rehat tak bape cukup.
Pagi2 dah ke klinik untuk buat checkup..
then ke rumah Mil,
lepas tu ada dua jemputan rumah terbuka, walaupun syawal dah abis!
ekekekeke...

Owh, Nak ucap TAHNIAH juga ni..
pada ezan mummy sarah,
Yang telah selamar melahirkan baby keduanye..
Ezan dapat baby girl, kawan untuk sarah..
Tak sabar nak tengok pic junior tu..
hope ezan dapat upload pic dlm blog sooner!

ok lah.. time to tutup entry ini..
til then.. daaaaa
-chugie-

Tuesday, October 5, 2010

Yeay! dah leh kuar...

October 05, 2010 20 Comments
Salam..

Aduh, ku kepenatan ni.. sebab nak menyiapkan kerja2 di saat akhir.
Sok dah start cuti.. Langkawi trip.
Mulanya plan x nak pegi pun, sebab hubby dah accident kan.
So, agak sedihlah gak..
Tapi semalam hubby kate die mungkin bleh kuar dah hari ni,
sebab die dah berjaya dlm fisio nye tu..

Dan tadi, masa lunch hour hubby call,
katanye boleh discharge hari ni...
haih, gembira gak lah ni..
Mana tau, die leh pegi ikut aku ke langkawi kn?

Hubby skang ni dah boleh mula berjalan, tapi menggunakan tongkat tangan tu..
agaknye semangat die yang kuat kot masa sesi fisio kot,
so, dapat lah die berjalan skit, walaupun gunakan tongkat..

Sok kami akan berangkat ke Langkawi..
Cuma tak pasti hubby nak join atau tak,
harapnye die nak ikutlah, lagipun by flight
so xde lah die penat sangat kan?..
hope semuanya berjalan lancar lah..
amin..

Lagi beberapa minit aku nak berangkat ke hospital untuk jemput hubby..
Best betul bila hubby dah boleh balik kerumah..


k lah, daaaaaaa
-chugie-

Monday, October 4, 2010

Hubby @ ward DSH..

October 04, 2010 26 Comments
Salam..
Alhamdulillah.. syukur,
pembedahan lutut hubbyku sabtu lepas dah selamat di jalankan.
Hubby pun sihat2 je.. cuma masih belum boleh berjalan seperti biasa.
Dia perlukan fisioterapi untuk berjalan semula,
mungkin kena tahan kat wad dalam seminggu dua ni lagi..
Nampaknye hubby kena cuti panjang lah dari kerjanye..
Hari ni masuk hari ke-4 aku berulang alik ke hospital untuk jaga hubby,
Fatin x dapat bawa sama, sebab die terlalu lasak..
tak dapat nak control dah!
kalau die jenis yang behave, memang aku dah bawa die sekali teman ayahnye..
Makanye, die di jaga oleh wan and atoknye kat umah..
Bila dah bertamu kat wad ni, aku pun rasa cam nak demam dan mula selsema ni..
agaknye banyak sangat virus kuar masuk kot kan?
Hope tak teruk lah selsema ku ini..
Penat, jangan cakap lah.. makan pun tak selera bila dah ada kat spital ni.
Jom layan piccas ye..
Muka orang sakit..
sian b..
xpe lah, duk kat wad diam2 ek..
muka hubbyku yang bosan..
selamat ada tv, kalau x.. memang mati kutu lah dlm wad tu..

ini lah hasil pembedahan tu..
pasni die tak leh nak melasak sangat..
aktiviti Paint ball and Futsal pun terpaksa di tangguhkan dalam jangka waktu yang panjang.
**aku kate: baik bersara je lah b dari aktiviti2 lasak tu.."

Dalam dok sakit2 kat spital tu, tetap bz layan call..
kawan2 pun ramai yang dtg ziarah die..
tak henti2 datang sejak hari pertama die accident tu.

isteri yang sangat setia menemani suaminye.. hhuhuhu.. ahaks!
aku pun nak enterprem sama, so snap ler sekeping gambar ni..
kenangan di spital bersama hubby! :D


sekian dulu...
daaaaaaaaaa..
-chugie-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates